Aku menyambut awal 2020 dengan berkenduri di rumah Nina. Dia baru berpindah ke rumah baru. Jadi, kami Geng Luncheon berkumpul di PV10 untuk makan-makan sambil bergosip. Terima kasih Nina. Kali ni aku bawa anggur dan aiskrim Baskin Robbins. Sebab ada promo hujung bulan, bolehlah beli. Anggur sekarang lagi murah dari tembikai ya. Dan tak payah potong. Sesuai juga untuk budak-budak. Kalau ada duit lebih, beli yang takde biji. Gemar banyak budak-budak.
|
Geng Luncheon |
Punyalah rancak berborak sampai lepas maghrib baru aku balik. Dari pukul 3 petang kot. Itupun sebab mak dah call tanya aku dah balik ke belum? Dia risau aku takde parking kat rumah baru. Ye, rumah baru. Alhamdulillah, aku sambut tahun baru dengan satu komitmen yang menarik. 1hb Jan 2020 merupakan hari pertama aku tidur di rumah baru. Walaupun komitmen aku ni, dah terlari dari perancangan awal dan menyebabkan aku hutang keliling pinggang, segala puji bagi Allah kerana memudahkan kepada aku untuk ada rumah sendiri.
Aku beli rumah subsale dekat Taman Sri Sentosa. Dah setahun juga cadang nak beli. Pakcik yang nak jual rumah ni, dah habis bayar. Tapi, dia tak tukar nama lagi. So, ambil masa. Dah nak setengah tahun proses dia yang rumah tu pun orang sewa dah keluar. Aku saja cuba nasib nak minta kunci nak kemas dulu. Sebab tak mampu nak bayar sewa bilik dengan sewa rumah sekaligus. Makcik tu bagi pulak..
Alhamdulillah. Dapatlah aku kemas dulu. Proses kemas ni, melibatkan ramai tenaga kerja dan tenaga saudara. Keluarga adalah untuk disusahkan yer kawan-kawan. Haha. Tapi, Liza termasuk keluarga sekali. Sekali dengan Nga. Waktu nak kemas barang dari atas nak turun tu, Liza suggest guna workers kat site. Aku tanya Nga, dia tolong arrangekan. Mujur ada diorang. Banyak giler barang nak bawa turun tingkat lima tu. Tak tau aku berapa trip diorang turun naik. Aku dengan Liza, kemas kat atas je.
|
Balik bawa workers, dia sempat muntah. Haha |
Lepas tu minta tolong Muzakir pasangkan kipas dengan lampu dan betulkan wiring. Wiring dia dah lama. Mina dengan Muzakir tolong cat sekali. Aku cari juga gambar kak Mina mengecat, tak jumpa. Hehe.
Dalam bulan 11 macam tu, makcik tu dah tanya balik bila nak masuk? Kalau tak, dia nak kunci balik. Aku pula, salah percaturan. Ingat nak bayar baki downpayment yang 20% tu melalui pengeluaran KWSP. Tapi, tak boleh. So, hutanglah aku keliling pinggang untuk bayar baki deposit. Hutang dengan Mina, Kak Cik, Kak Fisha dan Mamat. Takpelah. Pelan-pelan.
Lepas makcik tu minta kunci, aku cepat-cepat siap cat lantai dan betulkan apa-apa yang patut untuk aku masuk juga bulan 12. Bulan Jan 2020, aku let go bilik dan masuk rumah baru. Iyalah, orang dah berbudi. Kita berbahasalah. Bulan Jan 2020 aku dah bayar sewa ke makcik tu. Tengah bulan pula, aku bayar deposit ke lawyer. Tak sure bulan Feb, aku dah bayar bank ke tak. Takpelah. Mana-mana je.
|
Muzakir dah cat dinding |
|
Anak buah cat lantai pula |
|
Kerahan tenaga |
|
Semua kena angkat. Demam-demam pun |
|
Makkkkk... Orang ada rumah kat KayEll |
Terima kasih Kak Fisha yang tolong arrange barang aku dari bilik sewa dan paksa aku pindah juga. Dia bersusah-susah untuk aku pindah. Hari yang nak angkut barang dari bilik aku tu, dia siap-siap masak untuk kami makan lepas mengangkat barang. Mamat yang pilih tarikh 28hb Dec untuk aku angkut barang-barang dengan bantuan anak buah.
|
Ko tengok barang satu bilik |
|
Haha. Aku nak solat, tolak tepi je |
|
Selamat tinggal. 11 tahun di Seksyen 14 |
|
Kak Fisha siap-siap masak untuk kami |
|
Mamat pun kena kerah gak |
|
Pintu nak buang. Dari tingkat 5 angkat |
|
Masa ni dah tak larat kot |
|
Karpet Ami tolong beli kat Nilai |
|
Tempat kunci hadiah dari Kak Cik |
|
Bilik lagi satu |
Aku masuk memang bawa barang dari bilik je. Dan aku beli almari kain untuk letak baju. Tapi, barang dari bilik pun banyak. Jadi barang satu rumah. Haha. Tak pandai kemas. Semua barang rasa nak guna balik.
Sekarang, aku dah ada rutin baru. Sapu sampah, mop rumah, buang sampah dan nak tukar cadar katil. Lap tingkap belum lagi. Masak-masak nanti. Komitmen ini, walaupun telah tersasar budgetnya, aku sambut dengan gembira. Walaupun kadang-kadang malam, aku balik dan tidur sahaja, ada masa aku membuat rutin yang lain juga.
Kalau balik lambat dari pejabat, dah siap-siap baca doa makan. Dengan doa, adalah parking. Alhamdulillah rezeki parking ada je.
Selamat datang 2020. Semoga bertambah kebaikan dalam amal kita semua. InsyaAllah ada kenduri besar bulan Ogos dengan Disember nanti. Doakan. Azam yang tidak termakbul tahun lepas, masih disambung tahun ini. Aku doakan semua impian kecil dan besar pembaca blog ni (bajet ramai followers? Haha.) dimakbulkan Allah dan dikurniakan umur yang berkat.