Friday, June 7, 2019

Rindu

Benar
Kau datang tanpa dipaksa
Memberi rasa tanpa dijangka
Tidak terlalu memaksa
Aku tidak perlu berpura
Kau terima seadanya
Hubungan ini luar biasa
Kau menyambut saat aku memula
Memang jauh dari norma
Benarlah jika kita selesa
Banyak benda untuk dibicara
Satu persatu benda ditanya
Dan kau menjawab tanpa dipaksa

Ya
Aku menduga-duga
Ikatan ini sampai ke mana
Tidak mahu terlalu meminta
Walaupun itu tujuan utama
Biarlah kita mengenal sesama
Pesan sahabatku
Usah memikir terlalu lama
Menambahkan pening di kepala
Cukup untuk sekarang sahaja
Yang lain, kau nyahkan jua

Akur
Kuturutkan katanya
Menikmati sahaja peristiwa
Menjiwai rasa
Berkongsi cerita
Dari diri, kerjaya dan keluarga
Benarkah ini rasanya
Beginikah caranya
Selesa itu membesar makna
Jarang aku sebegini rupa
Aku terima dengan gembira
Sehingga aku terlena seketika
Menganggap ia sesuatu yang istimewa

Terlupa
Aku terbang terlalu tinggi
Walau sudah terdetik di hati
Berpijak sedikit pada realiti
Kelak jatuh kurang disakiti
Degil juga rupanya diri
Masih mahu bermimpi
Walau tidak tidur di siang hari

Tiba-tiba
Kau seperti mahu menghilang diri
Membalas pesanan tidak seperti
Hari-hari sebelum ini
Aku masih tercari-cari
Silap apa yang telah terjadi
Dan aku tidak jumpa walau seinci
Kurasa kau bukan begini
Membiarkan aku seorang diri
Ku percaya pasti
Kau punya alasan kukuhmu sendiri

Percaya
Dengan semuanya
Aku melihat ini sebagai tanda
Yang kau bukan orangnya
Seperti sebelum-sebelumnya
Habis tenang tanpa ke fasa
Untuk peringkat seterusnya

Pelik
Kau tinggalkanku rasa berbeza
Rasa yang tidak pernah aku ada
Kepada jantina berbeza
Kukira inilah rindu yang diperkata
Untuk orang bercinta
Walau kita tidak pernah ada apa-apa

Oh
Inilah rasanya
Inilah gembiranya
Inilah sakitnya
Aku sedang merasainya
Terima kasih untuk pengalaman berbeza
Jujur, aku menikmati semuanya

Semoga
Semuanya baik-baik sahaja
Untuk aku, kau dan kita
Biarlah masa merungkai segala
Walau kita tidak berdua
Kita masih sekerja
Mogaku tidak memendam rasa
Dan melayan kau dengan berbeza
Sebagai tanda kematangan jiwa
Jika bukan jodoh, masih bisa bekerja bersama

Aku punya rencana
Kau juga pasti ada
Rencana Allah jualah yang kita kira
Terbaik di alam semesta
Yang Maha tahu kehendak hambaNya
Aku redha atas semua

Kekasih awal dan akhir. #tilljannah

Kesang Tua, Jasin
07 Jun 2019

Love..

1 comment:

aku.cik.sity said...

Ohh goshh.. Mau nanes kitew..