Sunday, November 25, 2018

Sambutan Merdeka 61 Tahun Malaysia Baru

Satu lagi, post yang dah lama simpan, tetapi tak post lagi. Tara. Sempena Malaysia Baru katanya.

Sempena kejayaan mengambil alih kerajaan setelah 6o tahun merdeka, maka sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61, Pak Busu dan Alin merancang untuk ke Putrajaya melihat perbarisan. Saya seperti biasa, hanya menyibuk dalam ini cerita. Alang-alang takde kerja nak buat hari tu, Pak Busu pula janji boleh ambil dekat Klang, tak perlu drive lagi, maka kita on sahaja.

Pagi-pagi subuh sapi'ie Pak Busu datang ambil kat rumah. Lepas tu pergi ambil Alin dekat Subang dan terus menuju ke Putrajaya. Sampai-sampai sana, kena parking dekat terminal bas dan kemudian naik chartered bas ke Dataran Putrajaya. Masa kami sampai masih kurang orang walaupun bulatan dah panjang. Tengah beratur, lagi ramai rupanya. Kesian seorang atok ini yang gagah sahaja beratur. Lepas ni kena tingkatkan logistik untuk orang-orang tua ni. 

Dah naik bas, tersekat dalam kesesakan pula. Semua jalan yang masuk ke Putrajaya sesak. Semua kereta pun nak masuk Putrajaya. Sepatutnya, jalan bas ni ada jalan lain. Yang orang lain tak boleh lalu. Tutup guna kon, dan hanya buka bila bas nak lalu. Polis traffic yang jaga pun ramai hari tu. Satu lagi penambahbaikan yang boleh dibuat.

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 45 minit juga kalau tak silap dalam bas tu, sampai juga ke tempat perhentian yang kami turun dan terpaksa naik tangga untuk ke Dataran. Jika tidak silap saya, tempat turun itu di belakang Masjid Besi dan Pintu Gerbang di Putrajaya tu. Seorang makcik yang menggunakan kerusi roda terpaksa dipapah oleh anaknya untuk menaiki tangga. Satu lagi yang perlu difikirkan.

Akhirnya kami sampai, mencari tempat untuk melihat perarakan tetapi penuh semua. Dalam pada berjalan untuk mencari tempat yang strategik, sekali terjumpa dengan Mak Ina. Allah. Kuasa Allah, jumpa dengan Mak Ina dan Pakcik dalam ramai-ramai orang tu. Perarakan memang tak nampaklah sehingga perarakan kereta kebal dan trak FRU. Nostalgia betul. Hampir semua pemimpin yang melihat perarakan pernah disembur FRU semasa pemerintahan Mahathir yang lama. Kemudian perarakan udara.

Saya dengan Alin berjalan-jalan melihat suasana. Berehat sambil makan breakfast sihat yang disediakan Alin. Berjalan-jalan lagi. Ramai sungguh orang. Kalau tidak kerana baru tukar kerajaan, memang tidaklah saya ke sini. Tenang-tenang je tidur di rumah cuti ini. Oleh kerana telah berjaya #kitasudahmenang pilihanraya lepas, maka sambutan kali ini semangaf sikit. Hehe. Dan penutup lagu Faizal Tahir. Tak nampak Faizalnya. Dengar suara sahaja.

Habis perarakan, kami nak balik. Call En. Anuar sebab semalamnya dia kata, bolehlah kalau nak jumpa sekejap sebab lepas program sambutan ni, dia nak pergi Thailand. Sementara tunggu flight petang, bolehlah minum-minum sekejap. Maka, ke Restoran Kelab Tasik di Putrajaya Timbalan Menteri Kerja Raya belanja. Dah jadi ahli dekat situ. Boleh guna kemudahan dekat situ percuma. Ada cycling, kayak dan gym percuma. Bolehlah buat program KAMY dekat situ kata Mekna. Haha. Jauhnya lahai.

Menuju Malaysia Baru. Saya mendoakan kejayaan untuk rakyat dapat diisi dengan kesenangan untuk rakyat yang memerlukan. Selamat bertugas Yang Berhormat. Selamat bertugas Yang Bertugas!


Bas

Mekna dah sampai dulu

Dalam bas

Jumpa!!

Semangat.. 

Besties.. 

Dengan Tuan Tanah, Kak Normah

Good luck En. Anuar.

Love..

No comments: