Juare : Nadiah, apasal kau tak sambung belajar? Buat Master. Kau bukan buat apa-apa pun.
Aku : Wei, aku nak kawenlah. Sity, aku nak kawen. (Merengek bermanja-manja dengan Sity)
Sity : Jangan cakap macam tu, sedih sangat aku dengar.
Haha. Aku nikan manja orangnya. Suka nak bermanja dengan orang. *silamuntah*
Juare dengan Sity adalah orang yang konsisten untuk jual nama aku bila nampak ada available candidate untuk aku dekat-dekat kitorang. Tak kiralah, tengah makan pagi, tengahari, makan company atau dalam lif sekalipun. Dia menjerit nama aku nak bagi orang lain tau. Mula-mula aku segan, tapi tahu diorang sayang. Kita biarkan jelah. Terima kasih korang atas perhatian.
................................
Kerja addendum dah compile semua walaupun tak keluar lagi sebab nak tunjuk dekat Michelle, kira lapang sikit waktu petang itu. Jadi, aku mesej Kak Pit, kakak Finance yang baik hati dekat ofis. Sebenarnya Kak Pit ni kawan Miera masa dekat Kamunting dulu. Masuk sini, terus jadi kawan aku juga sebab Miera selalu cerita pasal aku dekat Kak Pit. Kak Pit baru kehilangan adiknya Selasa lepas. Dan sekarang, anaknya pula masuk hospital akibat batuk-batuk sehingga muntah. Aku mesej untuk ucap takziah sebab adik dia, lepas tu dia kata anak dia dekat hospital. Bekas suami dia jaga. Akak ni dah bercerai dan ada anak dua orang dia kena jaga. Dia kerja dekat KL dan anak-anak dia mak ayah dia jaga. Hujung minggu, Kak Pit balik sana. Mendengar cerita ini, menyedarkan aku.
................................
Aku pun baru sempat mesej makcikku yang belum ada rezeki dikurniakan anak lagi setelah bertahun-tahun berkahwin. Membuat IVF baru-baru ini dan masih belum punya rezeki. Aku mendoakan kekuatan untuk makcik dan pakcikku. Semoga dipermudahkan semua urusan. Semoga Allah memperlihatkan hikmah-hikmah atas kejadian ini. Dan semoga Allah memandang doa-doa kita dengan kasih sayang.
.................................
Kemudian aku menghantar mesej mengajak adikku pulang ke Klang esok kerana adik lelakiku yang baru berkahwin pulang minggu ini. Selamba dia menghantar pesan yang saya rasa kerana geram terhadap suami, tetapi terlepas kepada kami. Allahu. Bertabahlah sayang. Akak tahu awak baca sayang. Akak rasa tindakan itu kurang sesuai, tetapi pasti ada alasan awak buat begitu. Semoga awak baik-baik sahaja sayang. Akak sayang awak.
................................
Semua cerita ini terjadi pada petang Jumaat. Betapa, saya sebenarnya perlu kuat untuk masuk ke alam perkahwinan ini. Untuk menghadapi semua geram, sayang, marah, tidak puas hati, bersyukur, menerima kelebihan mahupun kekurangan, bergaul dengan keluarga mertua, bertolak-ansur yang banyak dan saya rasa banyak lagi. Perkahwinan bukanlah penghujungnya. Ia adalah permulaan. Dari berdua, berdua dengan jangka masa yang lama, bertiga, empat ataupun lima enam, bersama selamanya atau berpisah separuh jalan, berkahwin semula, atau seorang, bercucu atau tidak, sukar sekali kita menduga.
Yang pasti, bersangka baiklah dengan semua ketentuan Ilahi. Allah memelihara kita selama ini. Pasti yang terbaik Dia mahukan untuk hambaNya. Alhamdulillah untuk perasaan yang masih mahu berkahwin walaupun keluarga asas saya mempunyai sejarah yang perkahwinan tidak semestinya bersama. Saya percaya perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan. Apabila kita berkahwin dengan orang yang kita sayang dan dia menyayangi kita kerana, jika tidak, pasti dia tidak akan bersetuju atas perkahwinan itu. Dan proses selepasnya adalah kematangan. Sama seperti jika kita tidak berkahwin. Sentiasalah berdoa pada Allah untuk kita menjadi lebih baik. Doa. Doa.
Saya mendengar ceramah pagi tadi, mengenai bekal apa yang perlu kita bawa untuk akhirat nanti. Bukan pangkat, harta, anak-anak atau pun segalanya. Ia adalah Taqwa. Perkataan Taqwa terdapat hampir 227 kali disebut di dalam Al-Quran. Lebih banyak dari solat dan puasa. Peringatan untuk diri sendiri.
Diambil di sini. |
Love..
No comments:
Post a Comment