Monday, October 9, 2017

Kegembiraan kecil

Saya sepatutnya menghadiri perasmian buku En. Anuar yang terbaru pada semalam 8hb Oktober 2017 di YPU. Tetapi, selepas mengisi minyak di Shell Shah Alam kereta saya kehabisan bateri dan tidak boleh dihidupkan.

Mujur Shell mempunyai TeaLive dan tempat makan untuk saya bergant, jadi sementara menunggu tukang bateri datang, saya berehat di situ. Hampir tiga jam barulah kereta saya sbuh sepenuhnya. Terima kasih kepada Adrian tukang bawa bateri dengan bayaran RM280 dan seorang pekerja di situ yang berusaha menjump kereta saya tetapi masih tidak berhasil.



Sesampai di YPU, program telah selesai. Saya terlepas mendengar ulasan dari Pak Busu, En. Jamal dan Afif mengenai buku Tekal Berjuang karya Haji Anuar Tahir. Tetapi, Alhamdulillah, dapat juga berkumpul bersama.

Saya agak sedih hujung minggu ini. Mendapat panggilan dari bos pada malam Jumaat mengenai kerja saya memang menyemakkan fikiran. Oleh kerana Sabtu saya menyertai Perkampungan Buku Jejak Tarbiah di Bangi dan Ahad program di PJ, saya tidak sempat ke pejabat. Selepas program di YPU, saya ke pejabat sebentar. Sebentar ke benda. Sampai pukul 10 malam. Untuk kesusahan itu, Alhamdulillah masih diberi kesempatan bekerja. Deekay sekarang sedang sakit dan tidak mampu bekerja lagi untuk sementara waktu. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada dia kelak. Amin. 

Ada sesuatu yang menggembirakan saya semalam di YPU. Seorang kenalan En. Anuar, En. Jamal, menegur saya setelah saya sampai di YPU dan sedang makan. Baru dia terperasan saya agaknya sudah datang. "Ha, si comel ni." Tegurnya. Haha. Nasib tidak terbang di situ. Kepenatan tadi menunggu pomen, terbang seketika masa itu.

Ketika di pejabat membuat kerja petang itu, saya asyik tersenyum beberapa kali mengingatkan peristiwa itu. Haha. Saya comel yer. Mendapat pengiktirafan sebegitu dari orang yang tidak rapat dengan saya (jarang saya bercakap dengannya) memang mengujakan. Lagi-lagi sahabat En. Anuar ini memang hebat-hebat belaka.

Walaupun sejak dua-menjak ini, saya perasan dan ada beberapa orang telah mengatakan kepada saya bahawa, ada beberapa sifat saya berubah. Faktor usia dan faktor sekeliling mungkin. Namun, sifat saya yang mudah dipuaskan dengan benda-benda kecil ini, Alhamdulillah masih ada. Teruja bagaiman benda kecil itu mampu memberikan kegembiraan kepada orang lain. Jadi, buatlah benda baik sekecil mana pun. Kita tidak tahu dia mungkin memberi impak yang besar kepada orang lain.

Another to read list
Love..

No comments: