Monday, May 22, 2017

Jauh Tapi Dekat

Aku
Masih di sini
Mencari jalan keluar untuk semuanya
Tidak menjumpai apa-apa
Setakat hari ini

Terus berjalan
Terjatuh, bangun, terpinga dan tertanya
Apa sempurna semua ini
Kegembiraan masih tercari-cari
Pencapaian bagaimana yang dihajati
Kepuasan siapa yang perlu dipenuhi
Aku, mereka atau Dia

Masih mencari erti naluri hati
Sedih tetapi tidak ketemu air
Gembira jarang bersemuka ketawa
Risau tidak berjumpa punca
Penat masih mencari rasa
Takut tidak juga terlupa
Sabarlah hati yang sedang diduga

Rupa-rupanya
Pencarian tidak jauh
Aku lebih dekat dari urat leher kataNya
Duduk, tenang dan berkata-katalah
Mengadu pada Dia
Dia gembira mendengar
Suara-suara hambaNya
Merintih dan berdoa
Sesungguhnya kita hamba
Kamu hamba
Aku hamba


Southgate
180517 10:31pm

Love..

No comments: