Wednesday, August 31, 2016

Performance Management System (PMS)

Bila nak hujung tahun, maknanya apa untuk staf Gamuda? Maknanya kau kena nilai diri kau sepanjang tahun dan memuji-muji diri sendiri di dalam borang PMS dan berdoa-doa bos akan termakan dengan tulisan itu dan engkau akan dinaikkan gaji dan bonus yang berkepuk-kepuk hujung tahun nanti. Tetapi tidak untuk saya. Rasanya tahun ini paling sedikit kerja saya kerana hanya memfokus kepada Final Account Wai Fong yang masih lagi tidak siap. Haha. Maka, di dalam borang PMS, saya hanya memberikan markah diri 18 daripada markah penuh 30. Kemudian, Ai Tee melihat borang saya dan menyuruh saya menaikkannya sehingga 20 atau 21. Saya membalas yang saya tidak perform sangat tahun ini. Ai Tee yang comel itu berkata, "You are not perform up to my limit only". Kau nampak tak expectation dia punya tinggi? Untuk orang lain, masih dikira performlah kiranya. Tapi sebenarnya menarik tau ada orang nak tengok engkau berjaya ni. Sebenarnya macam boleh push diri jadi lebih baik. Dah macam Lin Dan pula rasanya.

Selepas dah hantar borang puji diri, haruslah ada sesi bersama Manager dan Ai Tee untuk bagi tahu perasaan kau kerja di sini. Nak cakap puas hati ke, tak puas hati ke, nak mengamuk ke, masa inilah. Bila kena panggil dengan Mr. Lim, mula-mula yang dia tanya, "You okay tak zumba? I dah nak quit". Haha. Aku gelak je. Aku jawab aku okay. Mr. Lim kata, dia tak boleh synchronize body dengan tangan bila menari. So, dia akan berbalik dengan bermain badminton.

Dia tanya, aku okay tak dekat sini? Aku jawab aku okay. Setakat ini memang okay je pun. Cuma dah pernah cakap dengan Ai Tee dulu, aku dah bosan buat Wai Fong sebab tu aku kurang perform. Mr. Lim tanya lagi, Ai Tee garang tak? Lepas itu Ai Tee kata, bos lama dia lagi garang. Hehe. Betul, Ai Tee ni memang jauh garang dia dengan Pooi Lai. Garang dia bertempat. Dan tak lama, janji kau buat kerja kau betul-betul, lepas tu dia oklah balik. Kerul pernah kata dengan Nina, Nadiah tu tahan kena maki. Haha. Aku tak rasa pun Ai Tee selalu maki, dia gurau je. Sebab bila kau dah kenal dia, dia adalah orang yang baik. Semoga dia masuk Islam dan cepat dapat anak.

Lepas tu, Mr. Lim tanya Ai Tee, apa kelemahan aku. Aku pun dah boleh agak. Kurang confident, urgency kurang (selalu bagi feedback lambat) dan spoonfeed. Aku setuju je. Aku ni memang okaykan je apa yang Ai Tee cakap selalunya. Sampai dia pernah kata, "You jangan okay-okay sahaja. Lepas tu tak siap". Hehe. Memang penat melayan aku sebenarnya. Lepas tu, aku cakap dengan Mr. Lim, aku kurang pandang jauh satu-satu isu tu. Mr. Lim advice baca buku Da Vincci Code untuk fikir jauh. Gelak dalam fikiran aku. Haruslah kurang faham. Tapi, kalau nak ambil cabaran, boleh baca buku tu nanti dah review dalam blog ini. Mr. Lim kata, nak minta transfer pergi mana-mana ke nak pergi Line 2? Okay sahaja aku nak pergi Line 2. Tiada masalah. Nak lagi Ai Tee ke aku ni, walhal dahlah tak perform. Hehe. Semoga menjadi lebih baik Nadiah.

Mr. Lim. Baik, handsome, smart, witty.

Nasi daun pisang Salak Selatan yo.
Kami telah berpindah dari Level 7 ke Level 3 di Southgate. Nak bersama sekali Contract and Commercial dan sekalikan juga Line 2 Commercial. Kami diberikan dua hari untuk berpindah. Dasar memang kena buat kerja laju-laju. Last minute beritahu, jadi kita kena speed up nak pastikan semua turun dan Hari Isnin mula bekerja di Level 3.

Tempat lama. Level 7

Pindah-pindah


Nampak gembira sangat pindah tempat. :)

Geng Luncheon

Tempat baru, sebelah Ai Tee

Office warming Level 3
Panjang lagilah perjalanan aku kat Gamuda ni nampaknya. Mungkin naik pentas award 10 tahun. Ke 10 tahun dan lebih? Tahun ni pun sudah 8 tahun. Pejam celik pejam celik cepat benar masa berlalu, kalau ada anak, dah boleh pergi sekolah nampaknya. Kak Morni tanya masa tu, tiada boyfriend lagi ke? Haruslah tiada. Boleh Kak Morni kata aku memilih. Cis sungguh. Hehe. Pasar Seni memang tiada yang available, station lain pula banyak budak muda. Hai future husband, manalah awak menyorok ni. Susah benar nak jumpa. Semoga awak gembira sekarang dan cari saya cepat-cepat ya. :)


Love..

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Nadiah, boleh x nak dapatkan email hr instead apply through gamuda web email. Nak cuba kerja dengan gamuda lah hehehe

nadiah said...

Wa'alaikumussalam Anonymous.

Awak boleh email saya resume awak. Saya tolong send ke HR. :)

nadiah3005@yahoo.com

Anonymous said...

Terima kasih Nadiah, saya dah email.

nadiah said...

Maaf, tapi saya masih tidak terima Anonymous. Boleh tolong send sekali lagi. Thanks

Anonymous said...

saya dah semak email nadiah3005@yahoo.com sama seperti yang dihantar. boleh bg email lain?