Sunday, September 27, 2015

50 benda rawak mengenai Nadiah

Memang kelakar. Banyak benda nak kena tulis di dalam blog ni. Bersih 4.0, Pakcik Yahaya, impian sempena memasuki umur 30 tahun, perkahwinan Abu dan Raya Korban. Tetapi, tiba-tiba teringin nak buat 50 random things about me selepas melihat youtube Aisyah Syakirah. Jadi, saya pun mahu mencuba. Mari kita mulakan.

  1. Saya sukakan warna ungu. Sebabnya, semasa bersekolah rendah, rumah sukan saya warna ungu. 
  2. Walaupun saya kidal, tetapi jika melihat orang menulis/menggunakan tangan kiri untuk membuat kerja, saya masih rasa janggal. 
  3. Anak ayah. Yup. Haha. Tapi, tengah cuba jadi bestfriend mak. 
  4. Saya suka makan siput sedut. Pernah makan tengahari bersama kawan lelaki ofis sambil menyedut siput. Sila terima saya seadanya. 
  5. Suka pizza hut. 
  6. Suka kek daripada coklat. Cheese cake, memang favourite. 
  7. Suka coklat daripada bunga.
  8. Dah ada empat bear kat atas katil, taknak lagi.
  9. Saya manja. Ada dua orang yang saya kira pendapat mereka memang boleh dikira betul menggelar saya begitu. En. Anuar dan Aizuddin Che Mat. 
  10. Tidak pernah bercinta dengan teman berlainan jenis. Saya suka orang berkali-kali, dan sekali ada orang suka saya. Itu sahaja. Kira sucilah hati saya. Hehe. 
  11. Saya suka makan sayur masa kecil. Sehingga masuk ke sekolah menengah dan tinggal bersama nenek, barulah belajar makan sambal dan makan pedas.
  12. Saya biasa memanggil adik-adik saya dengan panggilan sayang.
  13. Manakala adik lelaki saya Daus, kadang- kadang saya akan memanggilnya bae. 
  14. Memang reserve panggilan abang untuk suami tercinta. :p
  15. Dahulu seperti kurang selesa dengan lelaki yang menggelarkan diri dengan nama. Sekarang dah boleh terima. 
  16. Saya kalau penat, ada potensi untuk malas bercakap. 
  17. Nombor bukan bakat saya. Tarikh lahir, umur dan no telefon memang out. 
  18. Tapi, no telefon rumah dekat tepi sungai dulu masih ingat. 03-33732067
  19. Telefon pertama saya nokia yang ada torchlight.
  20. Saya suka hutan berbanding pantai.
  21. Suka kampung berbanding bandar. 
  22. Pernah pandai bermain roller blade.
  23. Boleh main chess.
  24. Tak kisah sangat pasal duit kalau tak terdesak. 
  25. Cepat fall in love dengan orang yang boleh main gitar.
  26. Senang suka kat orang yang baik. Baik=comel.
  27. Lagu boyband pertama yang hafal ialah As Long As You Love Me by Backstreet Boys. Siap tulis kat papan hitam lepas UPSR dengan budak sekolah dulu.
  28. Suka menari walaupun kayu sikit. 
  29. Seohyun is my bias dalam group Girls' Generation.
  30. Minat Taylor Swift dari lagu Teardrops on My Guitar lagi.  
  31. Pernah suka bawa kereta sampai semua kereta orang pun nak bawa sebelum ada kereta sendiri.
  32. Dulu masa sekolah rendah, suka sangat Matematik sampai pernah dapat 100 markah ujian. 
  33. Cikgu Matematik masa darjah 6 siap panggil Naza sebab menggabungkan nama sendiri dengan ayah.
  34. Takde bakat seni sangat. 
  35. Suka sangat makan laksa. 
  36. Dulu masa tinggal kat kampung, kalau ada orang meninggal je, malam tu mesti tidur dengan nenek. Takut. Hehe. 
  37. Pernah jadi bendahari Pengawas walaupun akaun out.
  38. Saya senang nak tidur. Sepanjang hidup, sekali je tak dapat tidur. Masa tu baru rasa perasaan orang yang tak boleh tidur ni. Penat. Alhamdulillah untuk itu.
  39. Kategori perempuan berdahi licin. Haha. Walaupun muka penuh dengan jerawat, dahi maintain cun.
  40. Agak stabil bila berkomunikasi dengan orang luar. tapi, dengan adik beradik, kalau geram tu mesti ternaik suara.
  41. Suka tengok orang pakai cermin mata. Rasa macam bijak je.
  42. Tak percaya dengan bestfriend lelaki. Hati senang fall in love, so kena jaga.  
  43. Pernah beli handbag kurang dari 5 kali seumur hidup.
  44. Suka Wardina, Irma Hasmie, Amy Mastura dan Izreen Azminda sebelum diorang pakai tudung lagi. Jadi, gembira sangat bila diorang pakai tudung. Sekarang tengah doa untuk Tiz Zaqyah. 
  45. Kebanyakan memori adalah jangka pendek. Kecuali jika diblog/instagram kan. 
  46. Suka buah betik.
  47. Movie kesukaan, Hum Saath Saath Hain.
  48. Suka bawa kereta tak pakai selipar.
  49. Belajar erti hidup banyak dari melihat dan mendengar dari membaca.
  50. Randomness ni pun jenuh nak fikir. Dua tiga hari juga nak post blog ni. Nampak sangatlah bukan saya, random2 ni. Haha. 

Ok, nak kena tulis blog pasal cerita lain pula. Kak cik dah tulis pasal raya. Kena lawan ni. Hehe.  

Love..

Tuesday, September 8, 2015

Kesayangan Alang

Peristiwa 1
Di ruang tamu. Baru balik pergi membeli-belah. Ada beli selipar baru dan mahu mencuba pakai. Tetapi, diikat tali kedua-dua kasut itu. Maka,


Aku : Abang Afiq, tolong Alang potong tali ni guna pisau kat dapur. 
Afiq : *malas layan*
Aku : Abang tolonglah. (Selepas memujuk beberapa kali)
Afiq : Ok. 
Aku : Baik-baik.
Tiga minit kemudian, dia datang balik dengan kasut yang sudah boleh dicuba pakai. 
Aku : Terima kasih.
Afiq : Hmm.
(Dalam kepala dah bayang, ni mesti dia letak sahaja tali dekat tepi tempat pisau tu.)
Aku : Abang, buang tak tali yang awak potong tadi dalam tong sampah? 
Afiq : *senyum*
Aku : Astaghfirullah. Pergi ambil dan buang dalam tong sampah. 
Afiq : *mengikut arahan* 


Peristiwa 2
Di majlis kenduri aqiqah anak kawan Kak Mi saya. Semasa mahu pulang selepas semua sudah makan, Kak Mi saya masuk ke dalam rumah untuk berjumpa kawannya. Saya bersama anak buah saya menunggu di khemah kerana hujan lebat ketika itu. Akmal sedang meratah ayam goreng. Tiba-tiba dia meludah isi ayam yang telah dihisap ke lantai.


Aku : Abang, mana boleh buang sampah merata-rata. Nanti penat orang nak kutip.
Akmal : Tak boleh ke Alang? 
Aku : Tak boleh. Buang sampah kat tong sampah. Abang Akmal tak menyusahkan orang, dapat pahala tau. 
Akmal : Habis macammana nak ambil? 
Aku : Ambil tisu ni dan ambil isi ayam tu. Buang dekat pinggan ni. 
Akmal : *Buat seperti yang disuruh*


Peristiwa 3 
Balik kenduri, masing-masing nak solat Asar. Afiq dan Akmal menggunakan kedua-dua sejadah yang ada di dalam bilik emak. Saya pun solat sahaja di atas karpet dalam bilik emak tanpa sejadah. Tengah-tengah solat, Akmal datang mahu meletak sejadah kerana dia sudah selesai bersolat. Dia melihat saya solat tanpa sejadah dan terus membentang sejadah untuk saya. Allah, comelnya. Nak nangis saya dalam solat. Teringat pula lecture Ustaz Nourman Ali Khan, anak-anak ini perhiasan dunia ni. Hehe. Nampak tak fikir macam-macam masa solat? Astaghfirullah. Lepas solat, saya pergi ke dia yang sedang bermain bola bersama Afiq. Dia kelihatan segan dengan apa yang telah dia lakukan. Hehe. Kemudian, saya peluk dan cium dia dan kata terima kasih dan kemudian meninggalkannya menyambung permainan. Tahu, segan ya. 

Peristiwa 4
Kelemahan anak buah saya adalah suka menonton televisyen secara dekat. Biasanya saya akan kata, "Masuk dalam tv tu Akmal atau Afiq atau Asyraf". Kalau saya tengah berdiri, saya akan angkat mereka dan mahu masukkan kepala mereka ke dalam tv. Akmal kalau masa nak melawan tu, memang akan menjawab, "Tak masuk pun". Afiq pula, dia akan bergerak ke belakang tetapi kepala pula dia ke depankan. Sama juga. Ahad lepas, mereka menonton kartun dengan jarak yang memang kau akan geram sahaja kalau tengok. Hari-hari cakap jangan tengok dekat-dekat pun masih buat juga. Saya tengah duduk membaca surat khabar, mulut pun laju je cakap, "Masuk dalam tv tu sayang. Masuk". Mesej tu untuk abang-abang yang besar yang dah boleh fikir tu. Sekali, Asyraf pula yang mengensot ke belakang sedikit. Dia pandang saya dan cakap, "Kang (belakang)* - Dengan comelnya. *Saya cair kat situ juga*   


Teringat satu status Ustaz Hasrizal menceritakan bagaimana anaknya meletakkan pinggan selepas dibasuh secara salah (tidak terlangkup, terbuka sahaja). Faham sudah sekarang. Memang semua benda nak kena beritahu. Macam mereka tidak berfikir. Haha, Budak besar sekarang pun dah jarang berfikir tau, apatah lagi kanak-kanak. Maka, selagi daya, membebellah nak beritahu benda baik dan buruk sesuatu perkara itu kepada mereka. 

Anak-anak ini ibarat kain putih, kitalah yang akan mencorakkannya. Ibu-bapa termasuk nenek atok dan makcik pakcik sekali yang menolong lukis di atas kain awak itu. Hehe. Doa yang baik-baik sahaja untuk awak semua. Semoga menjadi anak yang soleh, penyambung pahala ibu ayah bila besar nanti sayang. Alang sayang kamu banyak-banyak.




Love..