Hujung bulan lepas, KAMY telah berjaya membuat usrah pertama di YPU. Bersama Pak Busu yang mengemudi usrah tersebut dan menceritakan bagaimana usrah yang disertai sebelum ini. Berbagai cara rupanya boleh berusrah. Usrah, nama macamlah baik sangatkan? Majlis ilmu saya kira. Ayah saya juga pernah berusrah. Biasa akan dibuat waktu malam mengikut giliran rumah. Saya teringat ketika zaman ayah berusrah, kami adik-beradik tidak boleh menonton televisyen waktu itu. Jika menonton juga haruslah tanpa suara. Emak akan memasak dengan banyak lebih dari biasa. Kami akan menyiapkan makanan selepas ayah masuk ke ruang tengah rumah melalui tabir (yang memisahkan ruang tengah dan ruang tamu) mengatakan makanan boleh mula menghidang. Kemudian, kawan-kawan usrah ayah akan makan di dalam dulang. Selepas mereka pulang, kami adik beradik akan bergaduh giliran siapa yang akan membasuh pinggan. Hehe. Sekarang sudah tiada lagi usrah di rumah kami. Ayah berusrah di Subang sahaja. Terus ke rumah yang sama sahaja setiap minggu.
Di awal pembukaan usrah kami, Pak Busu menceritakan ketika zaman usrah di PKPIM dahulu, mereka mahu membentuk ideologi dan kemudian baru membuat program. Tetapi, KAMY sudah mempunyai program, jadi bersama-sama mahu membina ideologi. Betul saya kira. Bak kata Cik Jamaliah, bila bergerak secara berjemaah itu lebih berkat. Alhamdulillah, usrah KAMY yang pertama berjaya. Tadabur surah Al-Kahfi. Sempat lagi Pak Busu menyambar tafsir Al-Kahfi tulisan Ustaz Haji Hadi Awang di Pesta Buku KL semalamnya.
Pak Busu in-action. :)
Cik Jamaliah dan Cik Leha telah membawa nasi lemak yang sedap!
Kehadiran haruslah diconquer oleh ahli keluarga Cik Leha. Diorang pun tengah cuti sekolah. Hehe.
Saya mengajak Miera, dan Miera mengajak Mel (budak bilik dia). Comel!
Alhamdulillah. Semoga ikatan ini tidak di sini sahaja.
Selepas solat Zuhur berimamkan Ameer, saya harus ke Cheras. Menjadi AJK untuk mesyuarat Agong MIZAN. Syamira meminta ahli usrah kami membantu kerana program-program sebelum ini usrah kami tidak pernah membantu. Hehe. Saya yang berkelapangan waktu itu menjadi wakil dan tidak memasal telah terpilih menjaga kaunter pendaftaran semasa mesyuarat. MIZAN, geng baru saya.
Pada mesyuarat Agong ini, Wardina meletakkan jawatan sebagai Presiden MIZAN. Beliau akan menyambung pelajaran di Australia. Mungkin itu yang terbaik untuk beliau. Saya mendoakan kejayaan beliau di dunia dan di akhirat. Di dalam ucapannya, beliau meminta maaf sambil berseloroh nasiblah MIZAN kerana mempunyai Presiden yang kontroversi. Hehe. Memetik kata-kata Yasmin Mogahed, yang sebenarnya dunia ini seperti permainan monopoli. Tiada siapa pemenang. Semoga sedikit amal yang dibuat di sana sini membantu beliau di akhirat kelak. Oh, saya juga harap begitu. Semoga kesibukan selama ini menjadi amal saya di akhirat kelak. Penat-penat di dunia jika tidak dapat digunakan di akhirat kelak, apakah nasibnya?
Ucapan perasmian oleh Dr. Harlina Siraj juga tidak kurang hebatnya. Seperti mendengar ceramah. Alhamdulillah untuk orang di sekeliling saya ya ALLAH. Semoga saya menjadi hambaMU yang lebih baik. Itu juga adalah struggle. Apabila dikelilingi oleh orang-orang yang hebat ini, saya masih lagi tidak menggunakan potensi saya sehabis baik. Cemburu saya pada mereka. Huhu.
Wakil Support Group PJ. Kak Azli, Dhiya, saya dan Syamira.
It is very nice knowing a very supportive and positive person like Dr. Har.
Sebelum bergambar, Wardina sangat concern memberitahu yang dia selsema dan takut saya berjangkit nanti. Saya rasakan itu sangat comel. Selsema sebab bergambar dengan Kak Dina, takpe je akak.
Love..
No comments:
Post a Comment