Saya berjaya untuk kali ketiganya menonton teater. Teater pertama adalah Siti di Alam Fantasi lakonan Amy Mastura. Mak Ina membawa saya ketika kecil. Tetapi saya tidak mengingatinya. Teater kedua adalah Lat the Musical. Teater percuma yang saya tonton kerana mendapat tajaan pejabat saya di atas penajaan syarikat saya ke atas teater tersebut. Bagi saya, teater adalah lebih susah kerana perlu dilakonkan secara langsung dan tidak ada cut or action back. Latihan pastinya sangat perlu!
Sebab utama menonton teater ini adalah lokasi tayangan adalah sekangkang kera dari pejabat saya. Bertempat di Damansara Performing Art Centre (DPAC), teater yang diarahkan oleh Namron ini mencuri perhatian saya. Lakonan berkesan dari Sharifah Amani, Vanidah Imran, Aqasha (pandai berteater juga dia) dan yang paling terkesan pastinya Sofia Jane. Berbeza dengan teater Lat the Musical yang menggunakan banyak props, teater ini hanya pelakon sahaja bermonolog seorang di tengah bilik. Menarik saya kira.
Peneman saya membuat kerja ini ialah Lyza dan Nad. Mereka tidak pernah menonton teater dan saya bawa mereka melihat teater yang agak 'berat' untuk saya. Tetapi mereka enjoy juga. Hehe. Nasiblah korang menjadi geng saya.
Selepas habis tayangan, kami menunggu sebentar untuk bergambar bersama pelakon. Tetapi, tidak banyak sangat gambar yang kami ambil bersama. Tak suka sangat bergambar bersama artis-artis ni. Haha. Boleh percaya ke? Ramai orang juga. Jadi, mana yang sempat sahaja kami tangkap.
Kecil sahaja Amani ni. Bawah bahu saya. Tapi, berlakon power sangat ni. Watak sebagai Indah.
Kami juga tidak mengambil autograph mereka. Haha.
Aqasha. Lain sangat nampak berlakon teater ni. Hebat juga mamat ni rupanya. Watak Laut.
Sofia Jane is superb!! Slot dia sahaja ada lebih kurang 40 minit. Sorang-sorang monolog kat tengah bilik tu. Dengan skrip laju dan sangat menghayati watak sebagai Bulan, isteri yang dicurangi suami.
Vanidah Imran sebagai lawyer yang berkaliber dan ingin membela Laut (Aqasha) tetapi berperang dengan profesionalisme dan individu sebagai seoang isteri.
Tahniah kepada semua yang menjayakan teater ini. Namron sangat bagus dengan mengarah teater ini dan tahniah Rumah Anak Teater kerana berjaya menerbitkannya. Tanpa props yang banyak, emosi wataknya masih sampai. Cuma temanya sukar untuk saya faham sangat. Nampak tak tak berapa nak seni sangat saya? Tetapi, sangat enjoy dan kadang-kadang sesak nafas juga. Huhu.
Selepas itu kami bergambar di kawasan DPAC. Memang cantik. Nampak dari luar seperti bangunan yang tidak siap kerana masih terdapat renovation kedai lagi di sebelah-menyebelahnya.
Ada teater Beng Hock juga.
Lihatlah dinding dan seni ini kata Nad. Aku tak faham apa-apa, kata Lyza. Hehe.
Art sangat ni.
Nad nak pergi pasar. ;p
Macam faham je kami kan?
Antara deko di dalam DPAC
Semasa kami sampai hujan lebat. Mujur ada payung di dalam kereta Lyza. Dan menariknya ada tempat letak payung disediakan di DPAC. Jika tidak, basahlah Black Box tu kami bawa masuk payung. ><
Cak!!
Antara deko di luar DPAC. Payung yang banyak tergantung di bumbung. Tunggu Mary Poppin je ni.
Nad suka gambar ni. Macam kat oversea sangat.
Tenang. Di luar DPAC
Kami singgah di pejabat saya untuk solat Asar dan kemudiannya bergambar lagi di kawasan sekitar pejabat saya pula. Jangan tidak tahu, kawasan pejabat saya merupakan tempat pengambaran untuk post-wedding Lisa Surihani dan Yusry tau. So, mood feeling artis-artis sangat time bergambar tu. ;p Nampak tak kenapa kami tidak hairan sangat bergambar dengan artis-artis ini. Kami bergambar saja sudah macam mereka. Muahaha. Cuma tak ramai orang tengok sahaja. Nad memang suka menangkap dan mengedit gambar. Maka, Lyza dan saya adalah sangat suka ditangkap gambarnya. We are completed each other. Giteww.. Haha..
Lauk mak masak untuk pengantin baru, saya culik sikit. Kampung tak, bawa bekal pergi tengok teater?
Hasil edit dari Nad. Susah nak dapat gambar ni. Dua hari lepas tu baru dia whatsapp kitorang.
Tak sangka cantik macam ini. Kami dah hari-hari lalu, dah rasa biasa je. Nad teruja habis kot.
Buaian besar. Untuk dua orang tau.
Saya suka gambar ini. Berhadapan dengan gym saya.
Kami menghantar Nad pulang ke Selayang. Malam baru pulang ke rumah. Mak dan keluarga saya meraikan Mak Ina dan Pakcik Ghani hari itu. Dari rumah kami, ke rumah Pak Busu dan seterusnya ke rumah Pak Chim. Saya tertinggal masa itu. Mana tahu Mak Ina mahu datang hujung minggu itu. Dah beli tiket semasa Mak Ina memberitahu mahu datang ke rumah. Saya sempat membantu emak di dapur sahaja dan harus terus ke Petaling Jaya selepas itu. Tidak sempat beramah-mesra bersama pengantin. Tidak mengapa, kita punya masa berkenalan yang sangat panjang selepas ini. :D
Love..
No comments:
Post a Comment