Dua minggu yang lalu, teman sepejabat saya dimasukkan ke hospital Sungai Buloh. Kami beberapa orang geng pejabat merancang melawat Cuna semasa rehat pada hari Selasa. Cuna merupakan seorang ibu yang superb kepada sepasang anak yang comel dan bijak. Saya suka mendengarnya bercerita melibatkan anak-anaknya dalam proses memasak kek. Memberikan pilihan kepada anaknya untuk membuat dekorasi kek sendiri. Kretif nanti anak itu. Ibu bekerjaya yang hebat saya kira. Hehe. Semua yang berkerjaya dan mempunyai anak memang saya kagum! Selain itu, Cuna pandai masak, mengemas, menjaga anak dan menjaga mak mertua juga. Balik kampung suaminya dan take over dapur pada hari raya kedua akibat kebosanan memakan nasi kerabu. Hebat tu.
Cuna dimasukkan ke hospital akibat jangkitan ke atas matanya. Pada mulanya matanya merah dan dia ke klinik biasa pada hari Ahad jika tidak silap saya. Pada malam Ahadnya, semasa sedang tidur, matanya menjadi semakin sakit dan dia ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). DEMC menyarankannya ke hospital Sungai Buloh kerana keadaannya yang seperti harus ditahan lama di hospital. Kos di hospital swasta pastinya tinggi dan memandangkan Cuna telah menggunakan insurans company untuk satu minor operation di hospital swasta sebelum ini, jumlah untuk tahun ini telah berkurang. Benar, Cuna ditahan seminggu di hospital Sungai Buloh.
Pada hari melawat kami, keadaan mata Cuna bertambah elok berbanding hari sebelumnya. Isninnya, mata sebelah kanan cuna sudah tidak boleh melihat. Anak mata hitamnya diselaputi dengan warna putih dan dia tidak boleh melihat langsung. Penyakit yang dialami oleh Cuna adalah ulser mata. Di mata juga boleh terkena ulser selain dari perut dan mulut. Allah. Cuna hanya bergantung dengan ubat titik sekarang. Setiap hari ada perubahan walaupun tidak ketara. Dia sudah boleh melihat bayang-bayang benda bergerak berbanding sebelum ini yang tidak boleh melihat langsung. Dalam masa 3 hari sahaja, satu nikmat Allah telah hampir hilang dari Cuna. Dia sangat tenang menceritakan pengalamannya semasa kehadiran kami. Allah, betapa dia perlu kuat untuk keluarga dan anak-anaknya. Saya mendoakan ketabahan dan ketenangannya dan keluarganya dengan ujian dan kasih-sayang Allah ini.
Cepat sihat mama Cuna. :)
Kumpulan A (Ebah and the gang) telah pulang dahulu, maka ini yang tinggal. Kumpulan B.
Amaran tu! Membahayakan anda tau.
Cuna terpaksa charge juga. jika tidak, sukar untuk dia berkomunikasi bersama orang lain terutamanya suami dan ahli keluarganya.
Sebelum pulang ke pejabat, kami makan di food court hospital sahaja. Boleh cuci muka tengok doktor. Haha. Tetapi, saya lihat majoriti doktor yang ada di sana muda-muda. Adik-adik kepada saya, saya kira dan kecil-kecil sahaja saiz mereka. Semoga menjadi doktor yang berguna untuk ummah. :)
Semasa makan, Kak Morni menyatakan yang satu impian saya telah tercapai. Saya bertanya apakah ia? Oh, rupanya makan tengahari bersama Sunnie Yeoh. Saya pernah berseloroh dengan Kak Morni mahu makan dengan Sunnie dan cemburu kerana Kak Morni pernah makan bersama mentor saya. Sedangkan saya tidak, Siapa punya mentor sekarang? Hehe. Tak sangka Kak Morni ingat. Saya main-main sahaja.
Sunnie secara tulisannya telah saya pilih untuk menjadi mentor saya untuk program mentor-mentee yang dianjurkan Gamuda. Tetapi, kami tidak pernah keluar makan atau sebarang komunikasi sebagai mentor-mentee. Hehe. Semasa memilih Sunnie sebagai mentor saya, saya melihatnya sebagai seorang yang sangat positif dan ceria. Berborak dengan geng saya semasa awal pemilihannya sebagai mentor saya, saya pernah bercita-cita (sila baca : berangan) untuk ke UK bersama Sunnie dengan hanya backpack (sambil terbayang satu cerita Tiz Zaqyah - Cinta Jangan Pergi). Sunnie sudah 9 tahun di UK dan telah mendapat Permanent Resident (PR) di UK. Untuk tidak menggugurkan kelayakannya, dia perlu ke UK setiap dua tahun - cerita Adli kepada saya. Adli pernah menaiki kereta bersama Sunnie ke satu kursus di Perak.
My mentor. Love to have your spirit and passion. :)
Semasa kami makan dan berborak, terkeluar cerita mengenai Sunnie akan ke UK pada September tahun hadapan. Faezah dengan selambanya menceritakan keinginan (sila baca : angan-angan) saya mengikutinya ke UK. Haha. Sunnie yang saya kenali walaupun tidak rapat sentiasa akan berkata ya sahaja. Dan ia adalah YA untuk soalan Faezah. Dia mengalukan keinginan saya. Kami gelak sahaja. Tidak pasti ia akan terjadi atau tidak. Tetapi, saya gembira pernah membayangkannya sahaja.
Saya suka berangan-angan sekarang. Lebih menggunakan otak saya kira. Dapat bayangkan tak neuron-neuron bercantum macam dalam iklan susu jika kita menggunankan otak berfikir/berangan? Haha. Sebelum ini kan saya hidup biasa-biasa sahaja. Baru nak mula hidup luar biasa. Ada potensi diri saya yang saya masih nak cari dan guna. Untuk dua angan-angan saya yang telah termakbul (walaupun nak ke UK tu baru tidak pasti lagi. hehe) saya kira dengan hanya menceritakan keinginan saya, dengan izin Allah, Allah akan makbulkan. Terasa sangat kasih sayang Allah. Terima kasih Allah. Segala Puji hanya untukMu Tuhan sekalian alam. Wah, jika di dunia sahaja Allah sudah makbulkan dan saya berasa gembira. Di syurga nanti bagaimanakah perasaannya? ><
Selamat bercita-cita (berangan) buat semua pembaca semua. Bercita-citalah sebanyak mana. Tiada had untuk itu dan tidak perlu dibayar. Percuma. Semoga semua cita-cita kamu tercapai. Jangan lupa bercita-cita depertemukan semula di syurga ya. Selamat mencuba! Ia adalah aktiviti yang sangat menggembirakan untuk diri sendiri. :)
Love..