Friday, October 11, 2013

Masa untuk melaram.. :D

Saya pernah menjadi pengepit pengantin sebanyak dua kali. Kali pertama semasa sepupu saya, Lina dan kali kedua untuk sahabat baik saya Ila Untuk kali ketiganya saya kembali menjalankan tugas untuk pasangan pengantin kawan baik saya. Pengantin lelaki atau pengantin perempuan? Hehe. Dua-dua pun kawan baik saya.

Saya mengenali Awa semenjak diploma lagi. Kami sebilik semasa minggu haluan siswa. Tetapi, sampai ke sudah tak tahu yang dia merupakan satu jurusan dengan saya. Ketika itu, saya sudah mula rapat dengan Ina, maka setiap kali pehimpunan, saya bersama Ina. Teringat betapa hecticnya ketika masa itu, program seminggu yang penuh, bilik pula tingkat 3, penatnya. Tak boleh nak kata. Ada sehari saya tidur bersama baju kurung, dan Najwa dengan lembutnya mengejut saya untuk menukar baju tidur. Haha. Kamu comel Awa. Persahabatan kami berterusan sampai ke degree. Keluarganya sangat baik. Saya belajar berkasih-sayang melalui keluarga Najwa. Semasa diploma, kakak saya yang kedua berkahwin, ibu dan ayah datang ke rumah kami. Saya memanggil ibu dan ayah Najwa dengan panggilan ibu dan ayah. Hehe. Saya sudah merasa memanggil seseorang dengan panggilan itu. Saya sukakan panggilan itu. Jika ada anak nanti saya nak mereka memanggil saya ibu. #berangan. Haha.

Awa mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki. Juga saya panggil kedua-duanya dengan panggilan Along dan Adik. Dah besar gabak pun masih adik tau. Ada sekali saya pulang dari hostel bersama Najwa dan kemudian Along dan Kak Ira (akak ipar Awa) membawa kami ke Jaya Jusco sebelum menghantar saya pulang ke rumah. Along selamba sahaja memegang tangan Najwa semasa berjalan-jalan di dalam Jusco. Pemandangan yang baru untuk saya. Nak pegang Daus, memang taklah. Haha. Tetapi, saya suka aktiviti itu. Saya mengaplikasikannya kepada adik-adik saya. Bila berjalan bersama Nafisah, Aminah, Naziha dan Fikri saya pasti akan memegang tangan mereka. Fikri pada mulanya tidak mahu. Haha. Tetapi, sekarang macam dah boleh terima jugalah. Saya perlu bagi mereka rasa kasih sayang itu, supaya mereka tidak mencarinya di luar sana. Sedangkan saya sendiri suka dimanja oleh adik-adik saya.

Am pula merupakan kawan baik saya semasa saya bekerja di Gamuda. Sepatutnya saya boleh berkawan dengannya semasa degree, tetapi memandangkan saya semasa itu tidak geng sangat dengan kelas lain. Am kelas lain. Jadi, saya tak heran dia. Haha. Masa masuk Gamuda dan ditempatkan satu department dengan Am, budak pejabat mengingatkan kami berkawan semasa belajar kerana kami dari UiTM. Tidak rupa-rupanya. Bila dah rapat semasa kerja, sekepala juga pakcik ni. Kadang-kadang tak terlayan juga. Mujur kenal semasa kerja, tidaklah lama sangat masa nak melayan kerenah pakcik sorang ni. Haha. 

Kegembiraan pastinya melambak-lambak kerana akhirnya jodoh mereka telah tertulis. Lama juga nak pujuk suruh kahwin masing-masing. 

On the way~~~

Pasangan pengapit saya. Amir budak trainee pejabat saya.

Tinggi juga Amir ni. Saya dah pakai kasut tumit tinggi kot. 


Bersama raja seharian. Hehe. :D

Semasa pengantin sedang bersantap, pengapit melayan tetamu yer. 

Melayan tetamu. Ili dan Faezah.

Sepatutnya kami makan juga, tetapi masa ni rasa macam nak luangkan masa dengan member. Pilihan yang tepat. :D

Bersama budak diploma dan degree. Saya ada.

Geng-geng Gamudian. Juga ada saya. Hehe.


Baju Faezah pun dah sama macam pengapit. Glamorous giteww.


My first ever dress. SUKA!!


Untuk menjadi pengapit ini, Am dan Awa telah membelikan kain untuk saya. Kain chiffon dan lagi satu apa entah jenis kain tu. Mula-mula ingat nak buat baju kurung moden sahaja. Boleh buat baju kerja. Lepas tu terfikir kain tu mahal dan nak buat cuba buat dress. Am sangat menggalakan. Siap design bagai tetapi akhirnya guna design cari sendiri di internet. Upah jahit RM130 di Shah Alam. Kira murah juga sebenarnya. Dan saya dah ada dress saya yang pertama. Selama ini tidak terfikir untuk menghantar baju lain selain baju raya. Hehe. 

Kegembiraan kedua pula adalah, untuk pertama kalinya saya dimake-up penuh. Haha. Saya biasa memberikan muka saya kepada Ebah dan Ili jika terdapat majlis-majlis tertentu. Biasanya cuma eye-liner dan lipstick sahaja. Kali ini, saya dapat sentuhan juru-solek pengantin lagi. Penuh satu muka. Dan harganya. Pergh. Memang tak terjangkau akalku. Bertuahnya badan saya. Enjoy~~

Baliknya, kami singgah di rumah Nad di Selayang. Sepupu Nad kahwin dan makciknya telah mengajak kami datang. Nad dah tukar baju mahu mengemas sebenarnya. Sudah petang. Tetapi masih melayan kami makan.

Bersama Nad.

Sesi selfie bersama make-up tajaan Awa dan Am.

Melayan juga yang belakang itu.




Semasa pulang dari kenduri Am, malang yang tidak berbau telah terkena kereta Faezah. Keretanya telah dipecahkan tingkap. Kami membuat spekulasi mungkin kerana Faezah terparkir di laman rumah orang. Tetapi, Faezah kata jauh dari rumah orang itu. Entahlah. Faezah sangat sabar. Kuatkan semangat awak. Dan untuk yang membuat kereta Faezah, balasan untuk kamu pasti ada. Terfikir saya, sebusuk itu ke hati manusia? Tidakkah boleh bawa berbincang? Faezah telah meletakkan kad namanya di dashboard jika keretanya menggangu kereta yang lain. Tetapi, tiada nombor yang naik kata Faezah.  


Hujan renyai-renyai menambah kesayuan hati Faezah. 


Love.

No comments: