Monday, July 16, 2012

Sihat



Semoga bertambah sihat selepas ini Nadiah. :D

Love..

Hari Keluarga Haji Bujang



Perancangan awal untuk kami sekeluarga berkumpul pada cuti sekolah yang lepas adalah untuk memenuhi walimahtulurus sepupu saya Ani Mastura. Nenek dan makcik saya sudah siap-siap merancang untuk bercuti sasmpai ke Kedah menghantar rombongan belah perempuan nanti. Tetapi, kita merancang, ALLAH juga merancang. Perancangan ALLAH lebih hebat dari segala-galanya. Terdapat beberapa kesulitan, menyebabkan mereka menangguhkan majlis perkahwinan tersebut. Maka, Acik Oya bersama Pak Busu mencadangkan kami bercuti-cuti di Port Dickson. Pak Lang telah berjaya mencari Ilham Beach Resort untuk kami sekeluarga bercuti-cuti.

Acara membakar yang ditaja oleh Pakcik Isa
Saya masih dalam perjalanan kerana bekerja pada hari isnin ini.


Daus, Mina dan saya datang lewat sedikit kerana bekerja pada hari Isnin itu. Mujur ada B saya. Sanggup menunggu saya pulang kerja dan membelikan saya makanan untuk berbuka puasa. Selepas itu, baru kami bertiga bergerak ke Port Dickson. Kereta Daus memang sangat membantu keluarga kami. Merasa kami menaiki kereta besar dan laju. Weee¬¬¬.


Antara perancang aktiviti selain Ani dan Nisa. Kitorang tengah masak.

Buat julung-juling kali, abang ipar kesayangan kami join sekali.

Sarapan pagi nasi lemak. Memang best makan beramai-ramai.

Hari Selasa, dan tidak berada di pejabat. Nikmat gila perasaannya.


Pandangan di hadapan bilik kami. Ada swimming pool.

Cucu-cucu ayah saya. Nak masuk empat orang sudah.

Anak-anak Pok Teh yang jarang kami jumpa. Dari sebelah Mok Teh, Iffah, Nabila, Ira dan Fatin. Betul ke? Hehe. Rasanya betul.

 Sebelum pulang, hadiah sempena Hari Ibu. Nenek senyum ar sikit. :D

Mak dan ayah saya. Love you so much.

Pak Lang dan Mak Lang.

Pok Teh dan Mok Teh.

Pak Busu dan Mak Usu

Mamat dan Ummu.

Keluarga besar kami. Sungguh tidak sangka.

Gambar Timah sekali.

Bersama keluarga sebelah ayah, kami jarang mengadakan family day. Jika bercuti itu memang kerjanya berehat-rehat sahaja tanpa aktiviti. Bak kata Acik Oya, "kata cuti". Hehe. Tetapi, pada kali ini, kami melakukan kelainan sedikit. Anak Pak Lang bersama adik-adik saya atas inisiatif sendiri membuat sedikit permainan dan menjadikan percutian kali ini lebih bermakna buat kami sekeluarga. Sedikit permainan seperti pembaca berita berkepala banyak dan bola tampar antara sesama kami.

Kami sungguh tidak sangka dengan sambutan yang sangat menggalakan sehingga Acik terpaksa menyusun tempat tidur kami supaya semua orang mendapat tempat untuk tidur pada malam itu dengan menggunakan semua ruang di dalam resort itu. Alhamdulillah, semua mendapat tempat tidur yang selesa.

Perancangan ALLAH memang terbaik. Saya bersyukur dengan semua kasih sayang dari keluarga saya ini. Sungguh, nikmat keluarga merupakan nikmat ALLAH yang tidak akan saya dustakan. Saya berdoa kita semua akan berjumpa di syurga kelak. Amin.


Love..

Saturday, July 14, 2012

Kasih sayang untuk Adli dan Farini.

Seminggu selepas perkahwinan Ila, budak pejabat saya pula melangsungkan majlis perkahwinan. Amir Adli telah selamat dinikahkan bersama Farini pada bulan Mac yang lalu dan majlis di sebelah perempuan dibuat pada minggu tersebut. Majlis di pihak lelaki ditangguhkan kerana mahu disekalikan bersama adik perempuan Adli. Kira dua pengantin sekali jalan. Menarik. Jimat pun jimat. Kami sebudak pejabat berjanji untuk berjumpa di Kompleks Sukan Bukit Jalil sebelum Adli berarak. Semasa sedang menunggu Ebah, Kenny juga sampai tanpa berjanji dengan kami. Tepat masa, Adli dan Farini datang berarak. Mereka sungguh cantik berpakaian ungu dan sangat sepadan. Sama kecil-kecil cili padi sahaja orangnya.

Cantik. Cantik.

Dua pasang pengantin yang jelita.  

 Kami se-GSC.


Untuk hadiah Adli, Faezah dan saya telah ditugaskan khas menjadi pencari hadiah. Kerja-kerja ini biasanya dilakukan oleh Ebah sebelum dia berkahwin. Tetapi, memandangkan sudah ada komitmen lain, maka kami yang kurang komitmen ini pergilah ke The Curve untuk mencari hadiah. Hadiah yang sesuai dengan perkongsian ramai-ramai yang terlekat di kepala pastinya comforter. Hehe. Sangat praktikal. Boleh guna nanti selepas berkahwin. Warna pilihan, kami memberi peluang kepada Adli dan Farini untuk memilih. Sayang Adli lebihlah katakan. Adli ini istimewa sikit. Beliau mempunyai rabun warna. Orang pertama saya jumpa di dunia ini yang rabun warna. Beliau tidak dapat membezakan warna yang carah-cerah. Baginya semua warna cerah sama. Kecuali yang gelap seperti merah dan biru. Beliau membuat partition untuk meletakkan duit di dalam wallet untuk mengelakkan tersalah guna duit kerana baginya semua warna duit kertas adalah sama. Salah satu contoh kekuasaan ALLAH bukan? ALLAHUAKBAR.
Setelah dipujuk untuk memilih warna, akhirnya Farini memilih hijau atau pink. Maka, skop kami sudah mengecil. Ingatkan akan memudahkan tugasan kami, rupa-rupanya ianya lebih mencabar. Benda apa-apa sahaja, kalau kita nak beli memang tiada. Masa taknak tu, berlambak-lambak cadar warna hijau. Kami ke Aussino untuk mencari cadar. Untuk Adli, Aussino pun Aussino ar. Mujur kongsi ramai-ramai. Mujur ada jualan murah. Murah pun tak murah sangatlah. Dalam RM400 semua sekali. Tetapi menarik. Kami dapat membeli quilt, quilt cover dan juga bedsheet berwarna hijau. Setelah turun naik Ikano kerana jualan murah terdapat di ground floor manakala kedainya di 1st floor untuk membandingkan harga selain berperang dengan masa kerana kedai akan ditutup pada jam 10 malam. Kami berusaha sehabis mampu selain meminta pendapat rakan-rakan melalui whatsapp.  

Kain cadarnya. Eh, bukan. Quilt cover.

Cadarnya yang ada sale. Tetapi kami tidak membeli yang ini.

Hadiah kasih sayang dari Geng Sri Comel. :D

Masa memilih kad pula.

Muktamad.

Maka selamatlah hadiah untuk Adli bersama wrapper dan kad yang dibeli di Popular. Apabila mahu pulang, kami mahu meletakkan barang yang dibeli di kereta Faezah. Tiba-tiba:-



Haha. Kena clamp. Letak di tempat orang cacat. Setelah 5 kali berpusing mencari parkir, Faezah nekad meletakkan di sini. Maka, hasilnya. Setelah selesai merayu kepada pak guard untuk membuka clampitu dan berjanji tidak akan mengulanginya ditambah dengan lakonan oleh artis ini, maka kami terlepas dari membayar denda. Rupa-rupanya masih ada lagi kasih sayang ALLAH kepada kami malam itu. Kereta tidak boleh start. Bateri kong. Terpaksa memanggil semula pak guard tadi. Mujur pak guard mempunyai jumper. Mungkin banyak kes terjadi di tempat parkir ini menyebabkan mereka mempunyai standby unit. Betul jangkaan kami, ada seorang lagi yang keretanya juga tidak berjaya dihidupkan. Jumper ni murah je Mekna kata. Tapi, kebanyakan pemandu perempuan tiada di dalam simpanan kereta. Semoga selepas saya mempunyai VIOS (VIOS terus tu. Haha), saya akan membeli satu jumper dan diletakkan di dalam kereta.
Berakhir perjalanan membeli hadiah Adli dan Farini sehingga di situ. Semoga kalian suka dengan hadiah kasih sayang itu kerana di situ terlalu banyak pengalaman dan cubaan yang kami hadapi.  Kepada kalian berdua. SELAMAT BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. :D
Love..

My Bestfriend Wedding.

Kawan baik saya semenjak dari kecil Siti Zalilah binti Nor Munir telah berkahwin. Yeay. Saya gembira. Saya mula kembali rapat bersama-samanya ketika dia mengajak saya untuk ke majlis pertunangannya. Saya jarang berjumpa dengan Ila. Kadang-kadang hampir bertahun-tahun tidak jumpa. Tetapi, bila berjumpa, wah, semua kenangan dan rahsia habis dalam masa sehari. Saya dan dia berborak dari pagi sampai ke malam. Kami jarang berjumpa, tetapi bila berjumpa, semua masa dan perhatian saya adalah untuk dia. Ceritanya, dia berkenalan dengan Hafis melalui rakannya di sekolah. Kemudian terus menyuruhnya berjumpa dengan mak dah ayahnya semasa raya. Memang sudah jodoh, semuanya dipermudahkan. Ibunya suka dengan Hafis berbanding semua calon yang dibawa sebelum ini. Selepas itu, terus bertunang dan berkahwin. Tidak sampai setahun jarak perkenalan dan perkahwinan mereka. Semuanya dipermudahkan oleh ALLAH. Saya berdoa, saya juga begitu. Tidak mahu bercinta lama-lama. Okay, berangan Nadiah. Hehe. Keadaan Ila sama seperti kawan rapat saya di sekolah menengah dan di universiti. Sham dan Ina. Kami jarang berjumpa dan jarang juga bermesej. Mungkin saya bukan lagi teman rapat mereka, tetapi mereka masih teman rapat saya. Tetapi, saya tahu, saya boleh mencari mereka jika ketia menghadapi masalah dan mereka juga boleh mencari saya. :D

Ila, kawan saya semasa tinggal di Kampung Tepi Sungai dahulu. Nombor rumah saya yang lama adalah 14D dan dia adalah 8D. Dia bukan teman sepermainan saya. Ila merupakan seorang anak dara yang baik. Dia tidak bermain sorok-sorok, galah panjang, rondas dan lubang babi dengan kami yang kebanyakkannya lelaki. Hehe. Dia duduk di rumah dan belajar masak. Saya dan dia rapat kerana kami bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah agama yang sama. Kami ke sekolah agama bersama-sama  menaiki basikal. Kami mula terpisah ketika saya berpindah sekolah di Melaka. Cuma kadang-kadang jika mempunyai kesempatan baru kami berjumpa. Boleh dikira dengan jari hari kami berjumpa kerana masing-masing sibuk. Tetapi, untuk semua perkara besar yang berlaku dalam hidup, kami akan menyokong antara satu sama lain.  Alhamdulillah, ALLAH memberi saya kesempatan menghadirkan diri ketika beliau bertunang dan kemudian dia menjemput saya menjadi pengepitnya ketika majlis perkahwinannya.
Masa yang ditunggu telah tiba. Ila selamat dinikahkan bersama Hafis pada 12 May 2012 di rumah beliau yang terletak di Jalan Johan Setia dengan sekali lafaz. Konfiden benar anak muda sekarang ini. Jarang saya dengar dua kali lafaz. Semuanya sekali. Lafaz yang datangnya bersekali dengan tanggungjawab yang berat. Memimpin dan mendidik seorang dan bakal anak-anak dalam mencari redha ALLAH dan menuju ke syurga yang hakiki. Ini bukanlah kali pertama ayahya menikahkan anak, mungkin kurang gementar. Adiknya Zalina telah berkahwin pada tahun lepas. Tetapi, jika mengikut tarikh bulan, tidak sampai setahun kerana majlis adiknya pada bulan November. Saya selalu bising dengannya menyuruhnya membuat sekali bersama adiknya. Tetapi dia tidak mahu. Wah, cepatnya masa berlalu. Sudah selesai majlisnya dan dah lepas hampir dua bulan juga dari tarikh saya mengupdate kisah ini.
Bang, eh belum lagi. Awak kat mana tu?

Tak membantu punya pembantu. Tak tolong pengantin langsung. Hehe.

Orang tengah sibuk cari bakal suami nilah nak tangkap gambar.


Cuak. Cuak.

Encik Monir dan Cik Zurai bersama menantu baru. 

Majlis berlangsung pada keesokan harinya. Walaupun baru tahun lepas mengadakan kenduri, tetapi tetamu masih ramai. Ibu dan ayah Ila merupakan orang yang suka meraikan orang lain. Suka memasak dan menjemput orang makan. Mungkin disebabkan itu, orang masih mahu menghadiri kenduri itu. Perkara yang paling mengujakan adalah kehadiran murid-murid Ila dari Port Dickson di dalam satu bas yang hasil usaha murid-murid itu sendiri. Mencari bas dan mengumpul sesama mereka untuk pergi ke majlis perkahwinan ustazah mereka. Sampai ada kawan kami yang berkata Ila telah memberi sesuatu kepada muridnya sehingga mereka berusaha sebegitu sekali. Tetapi, ada sesuatu di dalam Ila yang menyebabkan dia disukai sebegitu. Saya dan dia pernah berborak mengenai persekitaran sekolahnya. Keadaan di sekolah yang berdekatan dengan kem tentera dan kebanyakkan pelajar merupakan anak tentera selain berdekatan dengan pantai yang sangat terdedah dengan gejala sosial. Ila di atas inisiatif sendiri membuat kelas tambahan dan selalu mengambil berat perihal anak muridnya. Ya, memberikan kasih sayang dan perhatian yang kurang mereka dapat kerana ibu bapa mereka sibuk mencari rezeki. Wah, memang dengar macam cerita di dalam televisyenlah. Hasilnya, anak murid lebih mendengar kata. Kasih sayang adalah kuncinya. Hasilnya, mereka lebih rapat dengan kita dan lebih mendengar kata. Lebih mudah untuk memupuk dan mengajar ke arah kebaikan. Bas itu satu, tidak termasuk dua orang pelajarnya lepasan SPM yang sanggup bermalam dan membantu sepanjang majlis. Memang terbaiklah Ila.
  
Sabar menunggu.


Pengantin lelaki di seberang sana.

Kami perlu ke seberang sana juga.


Berjaya. Kembali semula ke sini di bawah pedang gitu.


Raja sehari bersama pari-pari dan para-para. :D


Hadiah untuk Ila. Sangat suka katanya.


Buat Ila dan Hafis, selamat melayari bahtera rumah tangga. Didoakan semoga kalian tabah dan sabar sepanjang membina jambatan ke syurga. SELAMAT BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Malam Ahadnya pula, saya ke Stadium Malawati sempena Sambutan Hari Pekerja oleh Lajnah Buruh dan Peneroka Bandar. Pada petang harinya, Mekna dan Pak Busu saya telah membaca sajak untuk majlis ini. Tetapi, saya tidak dapat menyaksikannya kerana terlelap setelah pulang dari majlis Ila. Saya sempat mendengar ceramah dari Anwar Ibrahim. Sudah lama rasanya tidak mendengar ceramah politik. Saya berdoa untuk kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang. Amin. J

Love..

Broga Hills - Latihan sebelum ke KK




Banyak latihan yang dianjurkan oleh Gamuda sebelum kami semua menawan puncak Kinabalu sebagai menguji kemampuan diri. Cuma satu yang berjaya saya ikuti iaitu menawan Bukit Broga. Selain itu, mereka juga membuat aktiviti mendaki ke Bukit Gasing dan Gunung Irau. Tetapi, jadual saya tidak membenarkan saya mengikutinya. Maka, ke Semenyih saya bersama Faezah dan Anis. Perjalanan dari SS2 dimulakan seawal jam 3 pagi. Awal kot. Faezah dan Anis bermalam di rumah sewa saya dan kami ke sana menaiki kereta Faezah. Kami berkonvoi bersama seorang staf Gamuda yang tinggal di SS2 kerana tidak mengetahui jalan ke sana. Sampai di sana hampir jam 5 pagi. Kami memulakan pendakian ketika gelap. Faezah dan saya menggunakan lampu suluh pada telefon bimbit dan Anis membeli lampu suluh yang dijual di sana. Kami memulakan perjalanan di dalam kelompok bersama dengan staf Gamuda yang lain. Tetapi memandangkan jarang bersenam, maka kelajuan kami tidak sama. Kami tertinggal di belakang. Hehe. Mujur di atas sana masih terdapat liputan telefon. Mereka menelefon kami bertanya keadaan kami. Alhamdulillah. Masih berjaya meneruskan perjalanan.

Keadaan di bukit seperti berbatu-batu dan curam. Faezah merupakan seorang yang gayat. Ketika menaikinya dalam keadaan gelap menyebabkan beliau tidak merasakan apa-apa. Apabila turun ketika keadaan sudah cerah, maka bermulalah sesi berhenti-henti dan sesi motivasi yang perlu diberikan kepada Faezah. Hehe. Pada jam lebih kurang 6.45pagi, kami masih belum sampai ke puncak. Mujur di sini sudah kurang kecuraman dan terdapat kawasan yang lebih rata. Kami bersolat sahaja di sini. Masih ada juga orang yang bersolat sama di sini. Alhamdulillah. Allah Maha Kaya, kita boleh bersolat dengan pakaian yang dipakai sahaja yang menutup aurat. Menggunakan sebotol air mineral untuk mengambil wudhu’ yang dikongsi tiga dan masih mencukupi. Kagum. Biasa di rumah, buka air paip macam air terjun. Terasa bersahabat dengan syaitan ketika di rumah. Hehe.
Ini bukan kami.

Selepas bersolat, kami meneruskan perjalanan. Sampai ke satu puncak yang lain, masih ada puncak yang lain lagi. Tetapi, kami membuat keputusan untuk berehat sahaja di sini. Sambil melihat matahari yang hampir menunjukkan mukanya dan menghirup udara segar, kami bergambar dan makan di sini. Cantik pemandangannya. Kelihatan perkampungan di bawah sangat kecil. SubhanALLAH, ALLAH, MasyALLAH. Memang sangat cantik. Sesuai untuk sesiapa yang meminati fotografi.

Selepas puas bergambar dan berehat, kami pun memulakan perjalanan pulang. Hah! Dah nampak laluannya sangat curam. Faezah hampir menangis kerana gayat. Bahaya juga penyakit ini ya. Baru saya faham perasaannya. Mujur tiada keadaan yang tidak diingini berlaku. Kami selamat turun ke bawah dan selamat sampai ke rumah mengikut GPS Faezah kerana telah terpisah dengan sahabat dari Gamuda tadi.  

Matahari baru mahu tersenyum. :D



Model tak berbayar.

Cantiknya pemandangan dari atas puncak ini.

 
Pit stop kami. Dah tak larat nak meneruskan perjalanan. Hehe.

Sesi bergambar. Saya sudah kepenatan.

 
Anis juga mahu bergambar bersama lalang-lalang yang cantik. Hehe.  

Inilah laluan sebelum kami berhenti tadi.

Muka berpuas hati dengan pencapaian diri. :D
 
Budak gayat ni. Nak turun dah. Wee¬¬¬


Turun-turun, ada pakcik jual aiskrim. Tiga scope seringgit. Murah betul pakcik.

Saya memang suka aktiviti luar rupanya. Haha. Baru tahu Nadiah. Saya selalu bersemangat untuk aktiviti-aktiviti mengeluarkan peluh. Badan sihat otak pun cergas. Saya berdoa begitu. Sepanjang perjalanan turun, ramai juga orang yang baru memulakan pendakian. Kebanyakannya kaum cina. Ada juga melayu, tetapi yang ramainya masih kaum cina. Rajin sungguh mereka berpagi-pagian. Sedangkan Rasulullah S.A.W yang berpesan kepada orang Islam supaya berpagi-pagian untuk memurahkan rezeki. Siapa mahu dimurahkan rezeki, sila berpagi-pagian ya. :D

Love..