Wednesday, October 27, 2010

Harta ini Ahmad Albab yang punya

(Tajuk tiada kaitan dengan entri ini-untuk mengelakkan mendapat markah karangan terpesong)

Satu-satunya harta saya sepenuhnya merupakan motor kesayangan saya. Pembelian semasa mengikuti latihan amali tahun akhir diploma dan masih lagi digunakan sekarang. Satu-satunya harta yang saya 'nampak' dari Pinjaman Melaka semasa belajar dahulu. Motosikal Yamaha SRV hasil perkongsian duit ayah dan saya pada tahun 2005 memang berbaloi. Semua pinjaman saya pada semester tersebut digunakan (hairan juga untuk yang lain-lain semester. apa yang saya buat?). Motor yang telah sangat banyak berjasa ketika saya menjalani latihan amali di ARM Perunding Seksyen 13, Shah Alam bersama Deekay. Selepas itu, satu semester saya meninggalkan motor di rumah. Ada juga cadangan untuk membawa motor itu ketika semester 6 di Perak tetapi tidak berhasil. Ayah saya agak keberatan membenarkan saya membawa seorang motor ke Sri Iskandar ketika awal semester. Mujur saya tidak bawa. Jika tidak pasti langkah saya menjadi semakin panjang.

Saya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Shah Alam selepas itu. Harta saya itu menyambung jasanya kepada saya. Saya menggunakannya ke kelas dan hampir setiap hujung minggu balik ke rumah di Klang ketika tinggal di hostel. Selain itu, motor itu juga mengabadikan kenangan bersama rakan-rakan saya ketika di Shah Alam. Saya membawa hampir semua kawan-kawan saya. Pembonceng saya sudah pasti Ina, Lyza, Miera, Deekay dan Alin. Ketika Ramadhan, perkara yang paling diingati pastilah menaiki motor bersama Ina atau Miera untuk solat terawih di Masjid Shah Alam. Ina, merupakan teman baik saya yang sering saya ajak untuk ke mana sahaja. Kami pernah bersama-sama Lynda pergi ke PKNS untuk menyaksikan Izwan Pilus. Ina merupakan peminatnya. Kami layankan sahaja. Saya lupa, tetapi saya rasa saya mendapat cabutan bertuah CD lagu Syura ketika persembahan tersebut. Selain itu, pengalaman membawa motor ke UiTM Puncak Perdana untuk menonton filem Itali kerana saya mengambil bahasa Itali sebagai bahasa ketiga.

Ketika di UiTM, Tam dan Zaidi merupakan 'teman lelaki' motorsikal saya. Ada sekali ketika tinggal di Teratai, tayar motor saya pancit. Saya berjalan kaki ke tempat kuliah. Sampai di kelas, saya mengadu dengan Tam dan dia bersama Zaidi membawa motor saya ke bengkel motor. Hehe. Selain itu, ada sekali saya mengepam tayar di BHP. Tetapi, pam di situ telah rosak menyebabkan motor yang sepatutnya menjadi semakin keras, telah menjadi sebaliknya. Mujur ada seorang kakak yang sanggup menghantar saya dan Alin ke UiTM dan saya meninggalkan motor di situ. Sampai di kelas, saya ceritakan kepada Tam dan dia bersetuju mengambil motor saya dan membawa ke bengkel. Terima kasih Tam.

Saya masih menggunakan harta saya ini ketika bekerja. Memang mudah. Oleh kerana rumah sewa saya berdekatan dengan pejabat saya. Saya mampu keluar rumah jam 8.15 pagi dan sampai di pejabat jam 8.30 pagi. Orang kata, makin dekat, makin lambat. Hehe. Bulan lepas, motorsikal saya pancit di pejabat. Oleh kerana pulang malam, saya terpaksa meningalkan di pejabat dan meminta makcik saya menjemput. Seorang trainee di tempat saya bersetuju untuk menghantarkannya ke bengkel motorsikal keesokan harinya. Menarik bukan? Saya berjumpa boyfriend motor saya di pejabat juga. Haha. Antara paksa rela juga. Tetapi, Amir memang best. Kelmarin sekali lagi motor saya meragam. Tanda sayang orang kata. Sekali lagi, Amir menawarkan diri untuk membawa motor saya ke bengkel. Kali ini, bearing saya pula bertukar. Alhamdulillah, saya mempunyai orang di sekeliling yang sanggup membantu menjaga motorsikal saya ketika meragam. Mujur motorsikal saya tidak banyak meragam. Jika tidak, pastilah akan lebih menyusahkan mereka yang menjadi boyfriend motorsikal saya. Hehe. Teruskan berkhidmat BHS 4074. Jasamu masih diperlukan. :)

p/s: Bila nak ganti dengan Vios ni? Haha.. Tak tercapai akalku..

Love..

4 comments:

aLynNzAmri said...

Vios?? Kecik je kete tuh...~kata emily..hahahahha

Lidahkukelu said...

Semoga impian nadiah akan tercapai. sy suka naik vios.bila impian nadiah tercapai sy tidak perlu balik ke pahang kalau nak naik vios.kerana nadiah sudah ada vios.maka boleh la kami2 merancang girls + guy's' night out dgn lebih kerap lagi...hehe

Fadzlin said...

Terima kasih motor Nadiah yang telah banyak berjasa.

(Terima kasih dekat Nadiah juga..) :P

nadiah said...

Ili : Huhu. Kenapa masukkan nama lawan kita kat sini? *sigh* Haha..

Paie : Amin. Boleh aje. (Patutlah tak dapat lagi, panjang langkah kalau ada vios nanti. Sekarang pun dah agak panjang. Hehe..)

Alin : Kasihmu saya terima. :)