Tuesday, July 13, 2010

World Cup 2010

Untuk memasukkan dalam kenangan saya mengenai World Cup 2010, saya tulis entri ini. Cuma dua perlawanan yang saya tengok secara penuh. Berpuluh-puluh perlawanan yang lain, budak pejabat saya akan tolong meng'update'kan maklumat pemenang dan perlawanannya kepada saya. Dua perlawanan itu ialah perlawanan Brazil menentang Ivory Coast dan Sepanyol menentang Belanda. Perlawanan pertama saya lihat siaran ulangan ketika menemani budak rumah saya merangkap budak pejabat, dan bekas budak bilik masa di UiTM Sri Iskandar serta bekas budak kelas masa di UiTM Shah Alam, Syuibah ke hospital kerana sakit perut. Dia mengadu sangat sakit perut pada tengahari dan meminta seorang lagi kawan sepejabat kami menghantarnya ke hospital. Ili dan saya menghantarnya ke Damansara Specialist kerana berdekatan dengan pejabat kami dan Gamuda menyediakan insurance yang membolehkan kami ke hospital swasta. Menarik. :)

Kami ke bahagian kecemasan. Malangnya, suasana di bahagian tersebut langsung tidak menggambarkan detik-detik cemas. Selepas mendaftar, kami terpaksa menunggu sehingga nama kawan saya dipanggil. Mungkin hampir 15 minit juga kami menunggu untuk dipanggil, dan ingatkan akan selesai. Rupa-rupanya tidak. Ebah disuruh berjalan sendiri dengan keadaan yang sakit untuk mengambil ujian darah, scan, dan macam-macam lagi. Hospital berbayar pun macam tu perkhidmatannya. Sementara menunggu Ebah selesai semua urusan, saya dan Ili sempat melihat perlawanan bola sampai habis. Setelah semua urusan selesai, selepas tiga jam barulah Ebah dibenarkan ke biliknya. Tiga jam?! Sangat menggambarkan ketidakcemasan unit kecemasan tersebut. Ebah disahkan appendix dan terpaksa dibedah pada keesokan harinya. Jumlah kos rawatan dan pembedahan Ebah adalah sebanyak RM11,000. Haha. Agak gila di situ. Boleh buat downpayment nak beli Vios. Nasib baik insurance tolong bayarkan. Terima kasih Gamuda! Itulah kali pertama saya menonton perlawanan bola secara penuh. Kaka sangat comel berjalan keluar padang setelah dilayangkan kad merah.

Kali kedua, perlawanan terakhir Piala Dunia 2010. Saya melihat bersama Aleen, tetapi dia di Subang dan saya di Petaling Jaya. Aleen ada mengajak saya menonton bersama-sama. Mesti lagi menarik. Tetapi, saya kepenatan kerana paginya saya menghadiri kursus di Jalan Klang Lama sepanjang hari. Kemudian menemani Sze Zee ke Amcorp mencari beg tangan dan hanya sampai di rumah hampir 9 malam. Setelah bergayut bersama Aleen sehingga pukul 12 malam, saya tidur kerana memang bercadang mahu melihat perlawanan bola malam nanti, jadi saya perlu tidur dahulu. Jam loceng saya berjaya mengejutkan saya pada jam 2.30 pagi. Kalau sembahyang tahajud ni mesti banyak pahala. Ini, menonton bola Nadiah? Hehe. Untuk mengurangkan rasa bersalah, saya memenuhkan aktiviti ketika menonton bola dengan melipat baju yang telah seminggu di dalam bakul, kemudian menggosok baju untuk ke pejabat esoknya. Teringat adik kecil saya, mesti sedang menonton juga bersama abangnya dan mungkin bersama ayah saya juga. Adik saya itu memang kaki bola. Ada sekali, ketika Pak Busu tinggal bersama kami dan mahu menonton perlawanan bola pada malam hari, beliau terpaksa melihat tanpa suara untuk mengelakkan Fikri terjaga kerana dia perlu ke sekolah keesokan harinya. Tetapi, Fikri terjaga juga. Hehe. Pada jam 4 pagi, budak rumah saya bangun untuk bersahur dan menemankan saya menonton perlawanan sehingga habis. Maka, itulah dua perlawanan yang saya tonton sepenuhnya.

Adikkk.... Rindu.... :)

Macam bukan entri pasal bola. Tiada langsung ulasan bola. Haha.

Love..

3 comments:

azizah said...

Markah karangan berdasarkan tajuk: 5/100 (Kaka comel(?) dan kad merah boleh dijadikan bukti World Cup 2010).

Walaubagaimanapun, markah boleh naik mendadak sekiranya tajuk diubah.

Pleasant-to-read entry :-)

Fadzlin said...

Spain menang woot woot! Mungkinkah kau dah memberi nasib baik kepada Spain dengan menonton perlawanan? :D

nadiah said...

Achik : Kalau UPSR ni, dah kira terpesong dah. Hehe.

Alin : Mungkin? Mestilah, penat lipat baju tau. Tu sekarang ada sebakul lagi tu. Nak tgk cerita apa baru nak lipat? Haha..