Semasa sedang membuat kerja petang semalam, Kenny menumpang meja saya untuk melipat drawing kerana meja saya berdekatan dengan mesin fotostat. Seringkali meja saya menjadi tumpuan semua staff di sini untuk meminjam stapler, pemadam dan sebagainya selepas mengambil bahan yang diprint out. Jika saya mengenakan bayaran untuk setiap penggunaan alat tulis itu, mungkin saya boleh membuat bayaran bil telefon saya setiap bulan. Kembali kepada cerita Kenny, dia berkata kepada saya "Ha, Nadiah sudah dua tahun kat sini". "Yalah Kenny. 19 hb ni dah masuk 2 tahun. Wah! Sekejapnya. Sudah dua tahun. You? Sudah berapa lama kat sini?". "Almost 10 years. Sudah tua. Hehe.." Dia berlalu dari meja saya.
Entri sebelum ini merupakan tahun 2008, dan saya baru mengaktifkan kembali pada tahun 2010. Pertama kali menulis entri ketika baru masuk ke alam pekerjaan. Ketika itu, saya dan hampir sepuluh orang rakan-rakan dari UiTM diterima untuk projek Double Track (2T). Ipoh - Padang Besar. Satu hari saya akan menulis juga kisah temuduga itu di blog ini. Saya dan seorang rakan saya ditugaskan di HQ, Damansara Jaya. Kami mendapat bilik. Macam gempak je bunyi. Tapi sebenarnya adalah stor yang menempatkan drawing yang banyak. Hehe. Rakan-rakan yang lain, semua dapat ke site. Cuma Ebah dan Din sahaja mendapat projek luar negara. Din dapat projek Bahrain dan Ebah dapat projek India. Jadi, kami setempat di HQ. Mulanya, saya berharap dapat pergi ke site. Sangat berharap. Sehingga pada temuduga confirmation saya, Manager saya bertanya keadaan kerja saya, saya masih mengharap dapat pergi ke site.
Tapi, sekarang tidak lagi. Tekanan yang terlalu banyak di site kerana semua pekerjaan hendak dilakukan dengan segera, persekitaran kerja tak berapa harmoni, dan tentulah di utara sana kurang aktiviti sosial kepada sesiapa yang suka bersosial serta cerita dari rakan-rakan di site yang kurang enak di dengar menyebabkan saya bersyukur di tempatkan di HQ. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA. Saya tidak kuat untuk berada di site. Di sini, saya lebih dekat dengan keluarga. Seperti kata budak rumah saya, kampung saya paling jauh. Sebab tu tiap-tiap minggu kena balik. Dan Alhamdulillah, saya menjadi saya sepanjang dua tahun ini. Banyak yang berlaku (ya, saya memang perlu mengupdate blog ini selalu).
Berbalik kepada kerja saya di Project Management Consortium (PMC), secara keseluruhannya, saya memang membuat benda yang saya belajar ketika di UiTM. Cuma ia tidak sebanyak jika anda seorang juruukur bahan dan bekerja di syarikat perunding. Pernah saya menyatakan kepada rakan saya yang mahu membuka syarikat perunding sendiri untuk mengambil saya bekerja di pejabat yang akan dibuka nanti. Dia dengan selambanya mengatakan tidak kerana pengalaman saya yang tidak banyak jika dibandingkan dengan juruukur bahan di syarikat perunding yang selalu menghadiri mesyuarat bersama-sama kontraktor dan klien dan lebih terdedah kepada aktiviti luar. Ketika itu, saya terasa kecil jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Tetapi, bila memikirkan semula, skop kerja saya yang tidak memerlukan saya menjadi seaktif itu. Saya kembali ceria. Saya cuma perlu menjadi pakar untuk skop kerja saya di PMC sahaja. Tak memasal orang kata, kalau saya minta bos saya untuk mengikuti beliau menghadiri mesyuarat. Huhu.
Lain orang, lain corak pembelajaran dan pengalaman kerjanya. Saya tidak sehebat kawan-kawan yang sudah selalu masuk mesyuarat, marah-marah sub-kontraktor, berurusan dengan klien dan sebagainya. Tetapi, saya masih memenuhi setiap arahan yang diberikan oleh superior saya dan melaksanakan tugasan dengan jayanya (walaupun kadang-kadang buat silap juga). Saya tidak perlu sehebat kawan-kawan saya di hadapan bos saya. Saya cuma perlu belajar dan terus belajar dari semua senior-senior saya di PMC. Sebagai bukti saya juga masih hebat seperti mereka adalah bonus yang saya perolehi pada tahun lepas, melebihi kawan-kawan saya di Gamuda (yang sepatutnya P&C hehe..). Motivasi untuk setiap kali kemurungan bila memikirkan betapa jauhnya pengalaman dan ilmu QS saya berbanding dengan rakan-rakan saya yang lain. Syabas Nadiah! Teruskan usaha menjadi pekerja yang lebih berdedikasi di tahun akan datang. Selamat Hari Pekerja 2010.
Beberapa gambar tempat kerja saya.
Mesin photostat yang menyebabkan meja saya menjadi perhatian.
Belakang meja saya merupakan bilik bos-bos besar. Sangat tidak strategik untuk ular-ular secara terlampau.
Love..
11 comments:
Sangat sukakan entri ini. Kerja ini juga satu ibadat, insyaAllah kalau kita kerja dengan niat-niat yang baik, balasan bukan takat di dunia (bonus lebih? wah belanja! :P) malah di akhirat juga. Nadiah pasti akan sukses selalu!
Kak ieya,
thank for this entri..teringat kata2 ko "Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya"..Fisha sudah serba sedikit merasakan yang maktab adalah terbaik berbanding berada di UITM..Alhamdulilah..teruskanlah membimbing adikmu ini..
Alin : Sangat suka komen ko! Ya, kerja ini satu ibadat. Jangan ular-ular tau Nadiah. :) Alin juga akan sukses. Bonus dah tak nampaklah sayang. Tak boleh belanja. Hehe. Alasan.
Fisha : Tak payah rasa sedikit. Dah boleh rasa banyak dah. Ko kena kerja gomen. Nak buat loan nnt senang. Haha.
Congrats Nadiah,
At least I do not have to wait 2 years to read a new post :-)
Good approach to your work also. One of these days I would like to give a lecture (more likely membebel) to all my nephews and nieces who who have started working or in colleges about work. I have met too many "workers" especially Malay Muslims who do not have the right approach towards their work.
Nadiah, syabas! sebab dah update blog, dan betul kata alin, ini entri yang bagus dan menarik. Ianya informatif, santai dan seronok dibaca. Teruskan menulis dan tulislah di dalam Bahasa Melayu Tinggi.
Pak Long : Terima kasih atas kasih sayang. Kat sini pekerja Melayu Muslim dia jenis yang gigih2. Cina lagilah gigih. Jadi, nak taknak kena follow. Dan Alhamdulillah mungkin kat situ keberkatannya.
Mak Ngah : Terima kasih atas kasih sayang juga. Masih belajar lagi menulis, InsyaALLAH akan belajar dan memperbaiki tulisan guna Bahasa Melayu Tinggi.
Alin, Bahasa Melayu Tinggi tu macammana? Hehe..
Salam..nak tanya berapa range gaji site engineer gamuda di india?
ali
ali : Maaf, engineer tak tahu. Tp klu QS sama rate dgn malaysia pya rate. Cuma elaun je dia tmbh dalam rm3k utk sebulan.
nadiah : kat india, projek apa yerk? ramai tak staff melayu kat sana?
ali
ali : So far,highway kat India dah siap.Tinggal maintain je. Biasanya tak ramai melayu yg dihantar oversea. Tak request or mmg diorg tak hantar. Tak surelah yang tu.
salam...hye, saye teruja mmbaca entry saudari nadiah...sbenarnya saya ade nak tnya sesuatu tentang Gamuda ni. sbb baru2 ni saya dapat offer SL1M under Gamuda. tp saya x tau nak pergi interview tuh ataupun tidak. masih samar2 lagi. harap saudari dpt mbntu mberi sedikit sebanyak pndapat ye..terima kasih.. =))
Post a Comment