Thursday, July 31, 2008

Tension!!!!

Saya sangat(walhal bukan sangat pun,tapi suka guna perkataan ni) sibuk. Sangat tak sangka, saya adalah orang yang cepat terpressure gak. Selama ini, sayalah dalam family yang paling tak tension sekali. Mewarisi sikap ayah kata makcik saya. Tetapi, sejak kelmarin ada tiga (baru 3,haha...) tugasan yang perlu disiapkan. Dan saya mengaku saya tension. Sekarang dah ok. Satu lagi tugasan perlu disiapkan. Sedang buat satu lagi. Harap2 tension ini tidak berlanjutan. Sebab, saya sangat tension bila tension. Tolongggg.... Ini bukan saya. Saya adalah seorang yang tak tension..haha...Sekian.
Love..

Friday, July 25, 2008

Ubat Lupa

Di entri semalam, makcik saya telefon supaya wish birthday nenek saya. Tapi, saya telah terlupa. Semakin teruk perangai lupa saya ini. Makcik saya kata sebab saya tak ambil serius benda2 yang saya lupa, sebab itu saya tidak ingat (x sama ke x ingat dengan lupa). Saya sering lupa. Sepupu saya selalu menegur. Dia lantas bercerita yang semasa kecil saya selalu membuli dia. Tapi, saya lupa. Ingatan saya pada waktu kecil hampir tiada. Kerana lupa. Sungguh!!. Saya merasa kasihan dengan diri saya. Tetapi, masih lupa. Saya mahu buat bagaimana ya? Sehinggakan pakcik saya memberitahu yang mereka pernah menghentak kepala saya ke dinding, kerana itu separuh ingatan saya masa kecil hilang. Sungguh kasihan diri saya. Di mana ya boleh saya beli ubat lupa?
Love..

Thursday, July 24, 2008

Selamat Hari Jadi Nenek!!

Pagi tadi, makcik saya menelefon saya di ofis. Bertanyakan perihal kerja saya di pejabat. Terharu sebentar. hehe.. Kerana semalam saya telah menghantar kerja 'yang sepatutnya' kepada superior saya. Setelah sebulan makan gaji buta di ofis ni, akhirnya saya telah diberikan kerja mengenai apa yang saya belajar dahulu. Best. Tapi pada masa yang sama, saya cuak. Kerja itu terus di bawa masuk ke bilik mesyuarat tanpa pemeriksaan awal. Huhu.. Setelah di bawa masuk ke bilik mesyuarat, saya mengambil keputusan pulang. Biasanya, saya akan menunggu hingga pukul 6. Tetapi, jiwa saya masih tiada kekuatan untuk menerima jika ada kesalahan pada kerja saya. Superior saya pasti kena marah kalau saya silap. Saya pulang awal dan kembali ke rumah, hati masih tidak tenteram. Saya ceritakan pada makcik saya.

Berbalik kepada panggilan makcik saya, setelah berborak mengenai kerja. Paling-paling pun makcik saya kata kena marah. Taknak kena marah jugak. hehe.. Apa tu? Rupa-rupanya, panggilan itu dibuat untuk mengingatkan saya menelefon nenek saya kerana hari ini hari jadinya. Saya kurang pasti yang keberapa tahun. Nenek saya sebelah emak.

Banyak yang saya boleh cerita mengenai nenek saya ini. Tapi, untuk entri akan datang. Entri ini sudah cukup panjang. hehe..

Apa pun, SELAMAT HARI JADI NENEKKU. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan keimanan untuk menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Amin. Love u so much. <3

Saturday, March 8, 2008

Akhirnya...

Akhirnya berjaya mempunyai blog sendiri.hehe.. Kejayaan kepada diri sendiri. Yang paling best adalah, buat blog ni masa kat ofis. Masa kerja tu wei. Nampak sangat kurang kerja. Bos2 pergi meeting kat luar, anak buah buat blog di ofis. haha.. Mesti mereka bangga giler. Sori.. =) Sila jangan tiru aksi ini. Ke dah pernah buat? =)

Sekarang dah boleh join dengan saudara2 saya yang sudah mempunyai blog. Alin, aku dah join club ko. Jadi sila update selalu. Jangan asyik tulis kat lifejournal je. Nanti tak boleh nak komen. hehe.. Cukuplah setakat ni untuk post pertama. Nanti balik pulak bos2 tu, tengok anak buah dia tak buat kerja, kecik hati diorang.

Love.