Monday, February 25, 2019

Kembara Dunia

London, Brussels dan Amsterdam
Tiga kota penuh citra
Tiga kota penuh cinta
Tiga kota penuh cerita

Mengembaralah jiwa
Di dalam besarnya dunia
Jika punya kelebihan tenaga
Wang dan juga masa

Melihat ciptaan yang Maha Esa
Belajar dari penglihatan mata
Merasai dengan jiwa
Menafsir perlakuan dengan bijaksana

Alhamdulillah untuk kesempatan
Peluang meluaskan pengetahuan
Meningkatkan kefahaman
Menambahkan pengalaman

Pengalaman yang mematangkan diri
Untuk menjadi lebih berani
Berusaha memperbaiki situasi
Menjadi hamba lebih bervisi

Hati semakin percaya
Dunia ini tidak berkisar kita sahaja
Banyak benda perlu dikira
Janganlah kita kita sahaja

Terasa kerdilnya ketika di udara
Kita ini ibarat hama
Jika dibanding semua ciptaanNya
Lagi mahu sombong sesama

Mengembaralah saudara
Membaca alam semesta
Agar kita tidak percaya
Bumi ini berbentuk rata

240219
Petaling Jaya



Love..

Thursday, February 21, 2019

Appreciation Post - Post UK Vacay

Tajuk English, harap maklum baru balik London. Hehe. Tapi, post masih dalam Bahasa Melayu. Antara wishlist aku adalah buat entri dalam English. Masih tak tercapai. Naziha pun dah ada entri dalam English. Satu hari nanti InsyaALLAH.



Seperti sedia maklum, pada 1 Feb hingga 15 Februari 2019, Alin, Mak Ngah dan aku telah selamat melawat ke Eropah iaitu ke London, Brussels dan Amsterdam. Tetapi, cerita berjalan-jalan entri lain. Kalau aku rajin. Haha. Ni entri untuk penghargaan sebab dapat berjalan dengan gembira di sana. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah s.w.t. yang membenarkan semua ini terjadi.


Mula-mula haruslah terima kasih kepada Alin. Sebab utama dia nak bawa emak dia jalan-jalan tersangkutlah aku sekali dalam trip ni. Mudahnya aku ni, senang ikut orang. Lecehnya aku  ni, sebab aku ni a good follower not a good leader. So, dari A to Z Alin yang settle semua. Tiket flight, transportation, list barang, itineraries (tiga negara okay, pening kepala kawan tu) sampai pening-pening masa kat London, list tempat nak pergi, internet nak beli. Dua tiga hari lepas sampai pun masih kurang sihat Alin, tapi masih gagahkan diri juga mengetuai rombongan. Terima kasih Alin. Moga Allah balas syurga tertinggi untuk kepayahan membawa kami melihat ciptaan Allah di muka bumi ini. Untuk semua peralatan yang dibawa, periuk nasi, kuali tefal, garam, sambal dan macam-macam lagilah. Maaf juga tidak dapat membawa balik barang-barang itu di dalam beg semasa pulang. Barang saya sendiri sudah penuh. Haha. Terima kasih sekali lagi.


Yang kedua, untuk teman seperjalanan, Mak Ngah. Yang memasak untuk semua permintaaan. Masak kari telur, kari sardin, nasi lemaklah. You name it. Semua boleh. Bangun-bangun pagi, Mak Ngah dah masuk dapur masak. Aku tolong kemas lepas makan biasanya. Basuh pinggan mangkuk. Akukan ada kepakaran membantu di dapur. Mak Ngah juga yang banyak meneutralkan aku dengan Alin di sana. Yelah, akukan kadang-kadang tak pandai defend diri sendiri, so Allah biasanya akan hantar orang untuk tolong defend. Hehe. Terima kasih Mak Ngah.



Yang ketiga, untuk Nina sebab supplier baju aku kat sana. Outfit aku memang banyak dari Nina. Memang untuk perjalanan musim sejuk. Satu set heattech je aku beli. Yang lain semua pinjam Nina. Dan juga Ili. Walaupun baju Nina lagi banyak pinjam dari Ili, tapi Ili punya item lagi selalu nampak dalam gambar. Sebab baju sejuk Ili. Nina ada bagi baju sejuk juga (nampak tak pakej dia bagi pinjam? Semua sekali. Terima kasih Na!) tapi, pendek. Aku takut sejuk kaki, tu yang pinjam Ili. Ili juga bagi pinjam Oyster Card dan heattech. Oyster Card ni  macam Touch n Go kitalah. Guna masa nak naik public transport dekat London. Terima kasih Nina dan Ili.




Item keempat adalah beg troli. Naziha punya. Walaupun pulangkan dah rosak sikit, terima kasih sayang untuk beg tu.


Yang seterusnya untuk Nic dan Nina yang tolong cover masa aku huhahuha bercuti, diorang tolong cover kerja untuk Chan Sow Lin. Juga untuk semua yang mendoakan perjalanan kami dipermudahkan. Terima kasih

Dan pastinya untuk kedua orang tua aku yang merestui perjalanan ni. Tanpa restu diorang, mana mungkin  aku dapat berjalan setenang ini. Sepanjang kat sana, tak telefon langsung mak ayah. Beberapa kali dah Alin ingatkan. Hehe. Keluarga kami ni, tak telefon maknanya okay. Tapi, InsyaAllah, nanti sampai masa, kita akan selalu telefon mak ayah. Harap-harap sementara mereka masih ada ni Nadiah. Sebab diorang redha je anak diorang ni pergi, memang takde masalah sangat kat sana. Tenang-tenang je Nadiah bercuti. InsyaAllah, nanti orang bawa mak pergi Acheh yer. Masa Salam nak balik PJ, minta maaf dengan mak ayah dan kata terima kasih sebab redha dengan anak dia yang sorang ni. Kerja berjalan banyak dengan orang lain je. Semoga aku menjadi lebih baik, lebih itqan dan lebih bertaqwa sebagai hadiah atas pembesaran emak dan ayah. 


Entri seterusnya pasal perjalanan ni nanti. Tak sure macammana nak mula. Dapat idea nanti, aku tulis. Doakan kerajinan singgah ke jari. :) 

Love..

Saturday, January 19, 2019

Geng Luncheon semakin mengecil

Untuk sahabat. #gengluncheon
....

Dia
Menghitung hari
Meninggalkan kami
Berlari melepaskan diri
Yang semakin sunyi
Meninggalkan kepayahan hati
Moga ketenangan dikecapi
Moga tercapai mimpi

Kami,
Meneruskan perjuangan
Bersama tinggalan teman
Kenangan dan kasih sayang
Mengutip cebisan kekuatan
Menjalani kehidupan
Di dalam lautan
Yang penuh cabaran
Dan Rahmat Tuhan

Dia
Tahu kita hamba
Diuji dengan adanya
Terkadang kita lupa
Rindu, sedih, suka dan cinta itu tanda
Dia Yang Maha Esa
Kita cuma menikmatinya
Sambil meletakkan hak pada tempatnya
Kerana apabila pulang ke sana
Hanya jiwa yang tenang dikira
Dan kekal selama-lamanya

.................

Mohd pula akan meninggalkan kami. Sudah tidak merasa gembira apabila bekerja, merupakan permulaan kepada perletakan jawatannya. Hidup ini kita selalu punya pilihan. Hanya kita yang berhak menentukan kebahagiaan kita. Yang pasti untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Moga ketenangan bersama kau. 











Love..

Monday, January 14, 2019

Bonus 2018

Sementelah Pakatan Harapan berjaya mengambil kerajaan Malaysia pada pilihanraya yang lalu, banyak pembaharuan atau penutupan atau polisi baru yang telah dilakukan. Ternyata, tugas menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Mereka berdepan dengan cabaran yang hebat. Cabaran kuasa, wang, rakyat, protokol dan macam-macam lagi. Dan yang pasti terkena secara terang-terangan kepada saya yang pasti adalah pembatalan MRT Line 2. Sepatutnya ada entri khas untuk itu. Tapi, masih di dalam draft (seperti biasa).

Perkara pembatalan MRT 2 itu, walaupun tidak terjadi kerana kami berjaya mencapai kata sepakat, membawa kepada, tidak sambungnya kontrak pekerja yang sudah tamat kontrak (Jua merupakan antara yang terawal), ketidakbolehan mengambil orang baru (membawa kepada berlambak kerja, jika teman satu team letak jawatan, takziah Faezah. Moga Allah mudahkan untuk awak) dan pengurangan bonus dan kenaikan pada tahun ini.

Masih bersyukur kerana diberikan juga bonus yang telah digunakan untuk membeli pound untuk trip ke UK saya nanti. Al-maklum, tidak mempunyai simpanan, maka saya memang menantikan bonus untuk membuat benda-benda di luar jangka. Hehe. Bukannya nak menyimpan.

Selain bonus itu, bonus saya lagi adalah kenaikan pangkat Ai Tee. Sudah menjadi manager. Alhamdulillah. Dia memang berkaliber walaupun beza setahun dengan saya. Bagi sahaja masalah kepada dia, pasti ada solusinya. Dan jika dia mahu membuat sesuatu, pasti akan berjaya. Antara dia mahu atau tidak sahaja. Sangat menginspirasikan. Selalu mahu menjadi seperti dia. Tetapi, tidak berjaya. Saya harus menerima diri seadanya. Oh, Adli pun jadi Manager juga. Am pun naik jadi Assistant Manager. Belum rezeki Ebah naik pangkat lagi. Semoga tahun depan. Takpun, mid-year evaluation.

Maka pada tahun 2019 ini, sudah hampir 11 tahun saya di Gamuda. Ai Tee minta saya bertahan lagi. Susah mahu cari kerja sekarang. Tetapi, saya akan menyusahkan dia sahaja. Sudahlah ada ura-ura tengah mengandung. Sebab Nic nampak dia makan acid folic. Tetapi, orang cina tak boleh beritahu orang lain jika belum tiga ke empat bulan. Saya takut nanti dia stress sebab saya pula. Harap-harap mengandung betul dan dipermudahkan sehingga kelahiran nanti. Fasa baru dalam kehidupan.

Saya rasa sudah terlalu lama di sini. Keinginan berpindah tempat kerja biasanya akan datang jika banyak kerja yang penting dan nak cepat. Banyak kerja adalah biasa. Saya selalu balik lewat. Mungkin kerana tiada komitmen lagi. Dan jika saya balik awal pun, saya tidur sahaja di bilik. Hmmm.. Haha, walhal azam tahun baaru nak kurangkan merungut. 


Love..

Friday, January 11, 2019

Pengakhiran 2018

Asyik pergi tolong Amanah Temerloh sahaja, kali ni kita ikut program Amanah Kota Raja pula. Ayah nak main bowling masa tu. Jadi, dia ajak anak-anak dia yang nak ikut. Kak Long dengan Kak Mi nak pergi join Mak Usu main kolam dekat Kajang. Aku pula, takde apa-apa minggu tu. Jadi, okay jelah cakap dengan Along. Oh, tak bayar lagi duit Along. Haha. Nanti yer Along, orang bayar. Along pula dapat ajak adik. Maka, kami pun pergi ke Jaya Jusco Shah Alam. Saya, untuk pertama kalinya pergi ke sana. Hehe. Jaya Jusco Bukit Raja tu, dah rasa heaven dah. Kecil dan semua kedai ada kat situ. Takde apa-apa program lagi dekat Jaya Jusco Shah Alam, maka tak pernah ke sana. 

Sebab tak tahu tempat bowling dekat rooftop, kami berebut-rebut parking bawah. Masa cari tempat main bowling dekat rooftop, pergh. Kosong. Hehe. Oleh sebab kami berempat, kami satu kumpulan. Senang. Ayah pandai main. Ayah memang aktif dulu masa muda remaja. Pak Lang pernah kata, ayah hebat main bola sampai wakili kelab apa entah. Ayah pun pernah cerita, dia main-main sampai selalu gol sampai boleh jadi riak sebab selalu gol. Sekarang dah tak main dah. Kerja membesarkan kamilah tu. Huhu.

Sebelum

Selepas


Sayang sangat






Mak pula, tak sempat nak bermain-main dah kahwin dengan ayah. Jadi, banyak benda baru nak buat. Sebelum ni pun sibuk membesarkan kami. Main bowling ni pun baru pertama kali. Dan yang mengejutkan, emak juga boleh tahan permainannya. Emak pernah strike. Saya pun tak. Saya? Bowling is not my thing. But, being a good daughter is my thing. Gitu.. Hehe. Main dua game. Dah game kedua, mak dah penat. Oklah tu. Lepas game, terus balik. Tau dah tak menang. ;p

Secara keseluruhan, permainan menggembirakan. Dapat makcik sebelah yang main pun dengan anak-anak dia. Aku pula baru balik ambil injection untuk vaksin sebab nak pergi UK bulan Februari ni. Inject pula dekat tangan kanan. Lepas main, lebam tangan. Haha.

Balik main bowling, teringin nak makan satay pula, Adik rajin pergi beli. Dekat rumah tiada orang. Semua dah pergi jumpa nenek dekat Kajang. Mak Usu hantar anak dia program dekat UPM dan sewa bilik dekat De Centrum. Yang pasti ada kolam renang. Haha. Itu sahaja kegembiraan budak-budak ini. Sampai sana tengahari. Mak masak lauk asam. Abu bawa sayur. Nenek, Acik dan Nisa dah memang ada dekat situ. Kerja makan jelah kami kat situ. 



Memang bersenang-lenang je

Budak-budak


Turun beli barang

Kegembiraan


Nak balik dah


Lepas maghrib, kami balik. Hulur sikit untuk Mak Usu bayar duit rumah sewa tu. Tapi, Mak Usu taknak. Dia kata, Busu nak belanja. Terima kasih Busu dan Mak Usu. Semoga Allah kurniakan banyak lagi rezeki. Bagus Mak Usu ni. Mak kata, kadang-kadang dia datang tidur rumah kami pun hulur duit dekat emak.

Esok paginya, aku cuti. 31hb December 2018. Hantar Cikgu Nafisah ke lapangan terbang. Rasa macam penuh sahaja aktiviti Fisha kali ni. Dari kahwin Safwan sampai ke ala-ala family day semalam dan sibuk uruskan rumah sewa dia sekarang. Alhamdulillah, Fisha dah ada harta yang mahal. Tapi, kegembiraan untuk semua anak buah kami. Rumah yang ada kolam renang. Acap, sikit-sikit nak pergi rumah Uda. Jadi, sesiapa yang mahu menyewa homestay di Sepang, silalah ke rumah adik saya di sini. Moga murah rezeki sayang. Terima kasih untuk kemasan di dalam bilik (kalau harap Kak Cik, sama je macam akak. haha), kemasan dalam stor, TV dan semua masakan dan menjaga anak buah dengan ggih sekali sayang. Jumpa lagi nanti InsyaAllah. Sehingga itu, jaga diri di tempat orang. Moga Allah mudahkan semua urusan awak :)

Lepas hantar Cikgu Nafisah, saya ada janji temu bersama Mak Ina dan Kak Fareen di Melawati Mall. Menyembang sampai Asar dekat situ dan Maghrib dekat rumah Mekna.




Bagaimana saya menghabiskan cuti hujung tahun 2018 dengan jadual yang penuh. Semoga semua amalan saya diterima sebagai amal yang akan membawa saya masuk ke dalam syurga. Jika saya seorang diri, pastinya saya akan cuma tidur. Hehe. Oleh sebab ramai geng, semua ajak keluar, maka penuhlah aktiviti saya. Alhamdulillah untuk tahun 2018. Walaupun rasa tiada apa-apa yang hebat 2018 ni dan sangat cepat saja tahun ini. Moga tahun depan, saya menjadi lebih rajin tulis blog dan lebih bertaqwa.

Selamat Tahun Baru 2019 followers. (Bajet sangat)  

Love..