Thursday, May 26, 2016

Sambutan Hari Lahir ke-31

Terima kasih sahabat yang membuat kejutan sedikit kerana menyambut awal hari ulang tahun saya kali ini. Sangatlah tidak mencurigai apa-apa ketika Kerul mahu mengajak makan di luar dan Nina mahu ke tandas sementara menunggu makanan. Alih-alih datang bawa kek. Okay, saya masih suka perasaan kejutan ini. Alhamdulillah. 

Happy birthday in advance to me

Geng luncheon

Kerul melayan kami #ootd

Terima kasih kawan-kawan. Terasa sangat laju masa meninggalkan kita. Baru teringat saya meminta jam dari Geng Sri Comel (GSC) tahun lepas, tahun ini Ebah sudah menghantar e-mel untuk meminta hadiah hari jadi lagi. Allah. Allah. Tidak tahu mahu meminta apa lagi. Beg, Ai Tee baru bagi saya hadiah dia pulang dari Thailand. Selama ini, kerja dia mengkritik beg tangan saya sahaja. Tiadalah saya meminta dia membelikan untuk saya. Sekali, tara. Kena kerja lagi keras gamaknya.

Ada nama sendiri di beg ini
Alhamdulillah untuk semua kasih sayang ini. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah di saat-saat semakin hampir dengan kematian ini. Tidaklah semakin berkurang umur kita setiap kali menyambut tarikh lahir ini, mengingatkan kita kepada kematian. Sedang berusaha menjadi umat Muhammad yang lebih baik dari hari ke sehari. Susah. Tetapi, jangan pernah mengalah. Allah sayang, sebab itu Dia uji. Terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang mendoakan. Tidak sangka dengan mengakui kita dalam kesusahan, ahli keluarga dan orang terdekat saya memberikan semangat lagi-lagi doa kepada saya. 

Love..

Thursday, May 19, 2016

Mak Lang Menunaikan Umrah

Pejam celik, hari ini Mak Lang telah kembali dari menunaikan umrah pada 1hb Mei yang lepas. Sahabat saya juga, Miera sahabat saya kembali menunaikan umrah selepas bertolak pada 4hb Mei yang lepas. Pakej Mak Lang ada ziarah di Turki. Sebab itu panjang sedikit masanya. Dua minggu lepas, sebelum bertolak pada hari Ahad, nenek Sa'abah, Achik dan Pak Busu datang ke Klang. Seperti di mana ayah dan emak serta Naziha dan Nafisah pergi menunaikan umrah dahulu. Sudah hampir setengah tahun mereka pergi menunaikan umrah. Betapa masa berlalu pantas meninggalkan kita. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua.

Kisah Mak Lang menunaikan umrah menarik. Abu Hurairah meminta ibunya berdoa supaya di majlis makan malam pejabatnya, hadiah utama adalah menunaikan umrah dan berjaya. Maka, Abu membayar untuk tiket untuk seorang dan selamat pergi bersama ibunya. Isterinya pula sedang mengandung dan pernah pergi menunaikan umrah, maka perjalanan kali ini, Khairiyah tidak mengikutnya.

Nenek dan Acik serta Pak Busu sekarang rajin datang ke Klang. Anak-anak Acik sudah boleh diharap untuk memandu. Maka, kita on sahaja. Hujung minggu awal bulan yang lepas merupakan hujung minggu yang penuh. Memang biasa hujung minggu penuh sahaja. Alhamdulillah.

Malam Jumaat sebelumnya, saya berdating dengan Kak Fareen. Mahu memberi hadiah dari UK katanya. Keseronokan berjumpa Kak Fareen adalah makanan. Hadiah dari UK juga tidak kurang menariknya.


Pada hari Sabtunya, saya menghantar kereta untuk servis. Memang menggunakan semua masa dan tenaga yang ada. Servis kereta kali ini memaksa saya menukar tayar kerana sudah nampak besi di dalamnya. Di situlah lagi duit lebihan cukai tahun lepas diletakkan. Macam banyak je kan dapat balik? Balik menservis kereta, lari sekejap berjumpa dengan sepupu dunia akhirat sebentar. Sekarang memang dating sekejap-sekejap sahaja. Janji melepas rindu. Nanti selepas saya sudah selesai Wai Fong, kita dating lama sikit ya.



Balik dari makan-makan bersama Alin, Acik sedang menggoreng ayam berempah. Menu kenduri kali ini nasi lemak ayam goreng dan meehon sup. Kenduri doa selamat adik-beradik ayah sahaja. 



Cutie Pie

Nenek! Sayang kamu. :)


Pagi Ahad itu, Abu membeli roti canai sahaja. Jadi, kami cuma membuat air. Tidak penat. Hehe. Tengahari juga tidak perlu masak. Mahu meraikan Sobri yang telah selamat berkahwin pada minggu lepas.

Tunggu roti canai
Tengahari Ahad, kami ke Rawang meraikan Sobri dan pasangan. Semoga dipermudahkan semua urusan Awie dan bahagia sehingga ke syurga.


Balik dari Rawang, kami bersiap-siap untuk menghantar Mak Lang di KLIA. Dahulu semasa ayah mengerjakan umrah, Mak Lang sekeluarga datang menghantar sehingga ke KLIA. Sebelum itu, kami ke PJ untuk mengambil baju saya dan menghantar Daus ke Sri Petaling. Dia sedang keluar tabliqh. 




Adik beradik emak juga sedang membuat makan-makan di rumah Achik Iza sewaktu kami ke KLIA. Tidak larat untuk ke sana bersama-sama mereka. Tenaga sudah hampir habis. 


Muzakir turut membantu


Selamat Mak Lang dan Abu. Semoga beroleh taqwa.


Love..

Wednesday, May 18, 2016

Pre-Ramadhan


(sumber : google image)

Love..

Saturday, May 14, 2016

Makan malam bersama sub-con orang

Sedang saya membuat kerja di dalam bilik mesyuarat (sebulan ini akan masuk di dalam ICU untuk menyiapkan semua kerja. Seperti biasa, mohon diberi kekuatan), Bunyi pesanan ringkas masuk ke dalam telefon saya. Saya melihat penghantarnya. Khairul Azhar.

Kerul : Malam esok free? 7pm NU Sentral Tony Roma's
Saya : Kau salah hantar kan? (Punyalah perasan yang dia nak hantar ke orang lain, tetapi terhantar ke saya, sampai terus menjawab sebegitu tanfa berfikir panjang.)
Kerul : Sub-con ajak makan. Aku pun nak ajak kawan-kawan aku yang bujang makan sekali.
Saya : Faezah dengan Nina ikut ke? 
Kerul : Diorang ok. Mimi pun ok. Aku ajak Yan dengan Tan Yik Ping juga.
Saya : Ok.


Memang saya tidak balik Klang malam Jumaat itu kerana mahu menghantar kereta ke pusat servis berdekatan dengan rumah sewa. Timing belt menjerit untuk meminta tukar. Sudah 86,000 kilometre, sebelum apa-apa terjadi, marilah kita tukar. Alhamdulillah duit lebihan income tax baru masuk bulan lepas. Maka. ke situlah kamu akan diletakkan. Hehe.

Semasa Kerul menghantar pesanan itu, saya di dalam bilik meeting bersama Steven dan Afy yang membantu membuat measurement untuk Stesen Pasar Seni. Saya mengoffer Steven dan Afy untuk ikut bersama. Steven bersetuju. Afy mahu pulang ke kampungnya di Perlis. Jika tidak, mungkin sudah diangkut sekali. Selamba angkut orang lain walhal bukan sub-con sendiri yang ajak makan. Nasiblah Kerul ada kawan yang bantai redah sahaja pantang ada peluang. Kerul kata ok juga. Maka, malam tadi kami berjaya makan malam dibelanja sub-contractor IV2. Semangat MRT di situ. Haha.

Bersiap untuk ke NU Sentral
Sebelum datang makanan
Selepas habis makanan

Terima kasih Mr. X dari OTA Tunnel Squad Sdn. Bhd. (memang datang makan sahaja tanpa berkenalan. Cis sungguh. Selepas ini kena belajar lebih beramah-mesra dengan sub-con yang dah belanja kamu semua makan ya. Sedikit ralat kerana tidak berborak cuma menikmati makanan sahaja) Terima kasih juga Kerul sebab ajak. Aku doakan kau cepat-cepat naik pangkat. Kredibiliti tu dah terserlah.

Love..

Thursday, May 12, 2016

Selamat Pagi

Hari ini awal sedikit saya datang ke pejabat. Jam 7.55 pagi. Haha. Itu kira awal berbanding selalu jam 8.15 pagi. Di dalam hati, memang teringin datang ke pejabat sebelum waktunya, tetapi biasanya gagal. Oleh kerana banyak kerja sekarang, azam baru untuk sampai ke pajabat awal kembali meluap. Saya mulakan dengan hari ini. Dapat bersarapan dan menyelesaikan diri sebelum 8.30 pagi. Kembali bersemangat membuat kerja seterusnya. Berbanding jika saya datang jam 8.15 pagi, saya akan memulakan kerja jam 8.45 pagi biasanya. Itupun makan sambil membuat kerja. Memang tidak sihat. 

Sesampai di pejabat hari ni.

Siti : Nadiah, eh awal hang hari ni.
Saya :*senyum sahaja sambil makan kuih*

Selepas beberapa minit, Ai Tee pula sampai (saya lebih awal dari Ai Tee tu);

Ai Tee : Eh, you punya jam ada problem ke? You datang awal.
Saya : *masih senyum*

Nampak tak kurang memberi respon saya di situ. Hehe.

Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya dan hari esok lebih baik dari hari ini. Didoakan kita lebih produktif dan memberi manfaat kepada orang lain. . Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 




Love..