Tuesday, November 24, 2015

Mimpi

Sedang saya menunggu giliran berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan bulanan (Bilalah boleh buka pendakap gigi ni? Cemuih dah), satu mesej whatsapp masuk. Nama akak Morni naik. Akak kesayangan saya semasa di Damansara Perdana menghantar pesanan. Teman bersembang saya dan tempat meluah rasa.

Dia menghantar ini.


Masuk kali ini, sudah dua kali dia bermimpi saya berkahwin. Sebelum ini katanya saya memakai baju berwarna putih. Juga tengah menunggu pengantin lelaki yang berada di luar rumah. Maka, Kak Morni tidak dapat melihat siapakah gerangan orang yang lama sangat nak jumpa saya ni. Kali ini memakai baju yang memang saya kira akan menjadi warna pakaian pengantin saya nanti. ;p

Gamak macam dah dekat sangat dah tu. Haha. Sedapkan hati sendiri. Dulu Encik Anuar pun pernah bermimpi saya sedang bertunang. Bertahun-tahun yang lepas lamanya. Kata Naziha, agaknya Kak Morni ni berdoa untuk jodoh saya ni lagi banyak dari diri sendiri sehingga masuk dalam mimpi dia. Hehe. Entah. Mungkin.


Love..

Saturday, November 21, 2015

Kisah Satu Malaysia 2

Hari ini merupakan hari seorang anak perempuan Melayu bersama ayahnya. Menguruskan semua keperluan di pejabat kerajaan sebelum terbang ke luar negara December ini. Moga Allah izinkan. 

Selesai menguruskan urusan di bank, mereka anak-beranak ke tempat parkir motor untuk pulang ke rumah. Di situ terlihat seorang India lelaki bertanya arah kepada seorang lelaki Melayu. Mendengar perbualan tersebut, si ayah cuba mencari tempat yang ingin dicari lelaki India tersebut. Budak melayu lelaki seperti bukan orang di situ dan tidak tahu jalan. Si ayah pun menyampuk bertanya tempat yang mahu dituju oleh lelaki India. Katanya mahu menghantar borang pendaftaran perkahwinan. Terus si ayah memberikan arah ke Seksyen 9 di Plaza Masalam Shah Alam. Lelaki India mengucapkan terima kasih dan tersenyum kerana berjaya mendapat jawapan yang dicari. Semoga berjumpa kawan. Nak bertanya juga perlu kena dengan orangnya. Jika tidak, mungkin tidak dapat membantu kata si anak. Ya, kemahiran mengarahkan jalan juga kita perlu belajar ya. 

.................

Hujan renyai-renyai di pejabat imigresen. Sedang si ibu dan anak perempuan berlari-lari mencari teduhan di pejabat kerajaan selepas keluar dari kereta. Dalam perjalanan masuk ke pejabat mengambil nombor, tiba-tiba terperasan si ayah tiada bersama. Si anak menoleh ke belakang dan terlihat si ayah sedang membantu seorang pakcik Cina berkerusi roda memasuki kereta. Di samping si ayah, seorang cucu lelaki turut mengangkat atoknya, pembantu perempuan yang memegang barang dan si ibu cina sedang memegang payung. Walaupun tidak diminta, si ayah melayu menghulurkan tenaga membantu. Setelah selesai, bersungguh si ibu Cina mengucapkan terima kasih kepada si ayah Melayu ini. 

Anak perempuan melayu melihat sambil berdoa diberikan kekuatan dan petunjuk untuk membantu orang lain tanpa mengira siapa sahaja. Ayah, pembelajaran melalui contoh teladan adalah terbaik. Terima kasih. Faith in humanity restored. 

.......................

Malaysia, kepelbagaian kita akan menyatukan. InsyaAllah. Seperti tajuk lagu ini, Kuat kita bersinar daripada Superman Is Dead.


Love..

Tegur

Semasa aku mahu bersiap hendak solat Zuhur di pejabat. Masuk seorang kakak untuk bersolat. Ada seorang budak menegurnya. Nama tiada kaitan dengan watak.

Siti : Cepat akak solat hari ini.
Nurhaliza : Ada meeting pukul 2 nanti.
Siti : Oo.

Apabila sudah selesai kakak itu bersolat dan bersiap-siap untuk keluar. Datang seorang lagi budak pejabat mahu solat dan terlihat kakak itu.

Ziana : Awal akak solat hari ini.
Nurhaliza : Eh, korang ni. Semua tegur aku solat awal. Masa aku solat lambat tak tegur pula. Sepatutnya  masa tu tegur aku. 

....................

Kenapa aku pun tersentap? 

Love..

Friday, November 20, 2015

Shah Alam Trees for Life 2015

Pejabat saya menganjurkan satu program menanam pokok di Kota Kemuning, Shah Alam Trees for Life 2015. Maka saya yang memang seorang yang penyayang kepada bumi (letak tangan ke bahu sambil mata pandang atas ;p) mengajak Faezah dan Kerul untuk menyertainya. Mereka bersetuju. Yeay. Gembira. Kegembiraan bertambah lagi apabila penganjur membolehkan kami membawa ahli keluarga bersama. Dalam fikiran sudah membayangkan mahu membawa semua anak buah saya. Mari mengajar mereka berkenalan dengan alam sekitar. 

Kita merancang, Allah juga merancang. Faezah tidak dapat menyertai program tersebut. Begitu juga anak buah saya yang lain. Kak Long dan Afifah sahaja mengikuti program ini. Tidak mengapa, mari kita teruskan dengan siapa sahaja yang ada.Yang penting bergerak.

Belajar cara menanam dulu.

Lakonan bersama props. ;p

Di sana, saya berjumpa dengan Kak Morni, Kenny dan Arsyaf. Gembiranya dapat bertukar cerita.  Saya berjaya menanam dalam empat batang pokok. Semoga membesar dengan sihat. Selepas makan tengahari, kami sudah boleh bersurai. Afifah bermain di taman permainan yang terletak di sebelah tasik di Kota Kemuning itu. 


Selesai makan, kita main.

Terima kasih Along dan Afifah. :)

Pekerja Gamuda yang gembira

Sedang menunggu Afifah bermain, datang sebuah keluarga mat saleh dan dua orang anaknya bermain di situ juga. Kemudian isterinya bertanya kepada saya adakah tasik ini merupakan Lake Garden Shah Alam? Bukan balas saya. Mereka perlu menaiki kereta untuk ke Seksyen 2 di mana terletaknya tasik itu. Selepas menggunakan google maps, estimate masa adalah 20 minit. Selepas membenarkan anaknya bermain untuk 5 minit lagi sebelum ke taman yang lain, kami berborak. Terima kasih kepada novel english yang saya baru habis baca semasa deepavali, yakin sedikit saya berborak dengan minah ni. Katanya, mereka bekerja di sini dan anak-anaknya bersekolah di Mont Kiara. 

Maka, hujung minggu adalah masa untuk keluar melawat tempat-tempat yang menarik di luar KL. (Tasik Shah Alam menarik? Kalau orang Malaysia mestilah tidakkan. Tetapi kalau orang luar, haruslah menarik. Sama juga saya melawat muzium di Korea dan orang Korea tidak melawat muzium mereka. Hehe. Faham. Mereka baru sahaja datang ke Malaysia dalam bulan Ogos yang lalu semasa jerebu sedang melanda. Katanya lagi sementara dapat melihat awan biru dan menghirup udara segar, dia membawa anak-anaknya berjalan dan sebelum hujan tengahari nanti. Yeah, membuat kita lebih menghargai apa yang kita dapat sambil lewa. Udara yang bersih. Sesuai dengan program kami hari ini. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur hanya untukMu. 

Tasik Kota Kemuning

Antara pokok yang ditanam

Gambar : google image

Love..

Wednesday, November 18, 2015

Perjalanan Passport Ayah

Jumaat lepas, ketika di pejabat di KL. Lagu I don't care nyanyian 2ne1 menjerit meminta untuk diberhentikan. Saya melihat skrin telefon untuk melihat pemanggil. 'Ayah'

Ayah : Assalamualaikum.
Saya:  Waalaikumussalam.
Ayah:  Ayah baru balik dari Jabatan Insolvensi ni. Hari Isnin nanti boleh datang tandatangan nak jadi penjamin tak?
Saya:  Ok. Nak bawa apa-apa ke? (Dalam fikiran, penyata gaji ke)
Ayah:  Tak ada apa-apa. Bawa duit je.
Saya:  Haha. Yang itu pun orang tiada.
Ayah:  Hai. Kerja eksekutif, ingatkan kaya.
Saya:  Haha.  Mak yang tak kerja lagi kaya dari orang tau. Kaya hutang je orang ni.
Ayah:  Haha. Oklah. Nanti Isnin kita pergi.
Saya:  Ok ayah. Assalamualaikum.
Ayah:  Waalaikumussalam.


................................

Ahad malam, saya menghantar pesanan ringkas kepada Ai Tee memberitahu yang saya terpaksa cuti pada hari Isnin, dan bos saya yang comel itu membenarkan. Maaf, tidak sempat memberitahu hari Jumaat lepas.

.................................

Pagi-pagi Isnin ayah dan saya telah keluar untuk menguruskan hal-hal di pejabat insolvensi. Sebelum itu singgah di bank Islam dan Maybank untuk membuat bank deraf. Kemudian kami ke Jabatan Insolvensi di Menara MRCB Shah Alam. Setelah semua urusan selesai dan penerangan dari kerani yang bertugas sangat membantu kami. Kerani itu juga mengucapkan selamat pergi dan balik untuk ayah saya. Baik sungguh.


  Bila kali terakhir naik motor dengan ayah? Diploma masa ayah nak hantar orang naik bas balik Perak rasanya.
Selesai di Jabatan Insolvensi dalam jam 11 lebih. Kami pulang ke rumah untuk makan tengahari dan seterusnya ke Putrajaya untuk membuat passport. Mak mengikut kami kali ini. Awal lagi ayah kata mak dah meminta izin dengannya mahu mengikut ke Putrajaya. Saya mendengar tersenyum. Ayah, zaman bujangnya memang sudah puas berjalan. Emak, selepas habis sekolah, bekerja sekejap dan kemudian terus berkahwin. Selepas itu, melayan kami yang berlapan ini.  Di mana mahu berjalannya? Azam saya mahu membawa emak berjalan selepas ini. Tinggalkan sahaja ayah mak, kata saya. Ayah tiada passport. Kita pergi Istanbul dengan Pak Busu dan Mak Ngah. Ayah mengangguk membenarkan sahaja. Emak yang  sedikit ralat. Sayang benar nak tinggalkan ayah. Hehe.

Kami ke Putrajaya selepas solat Zuhur. Hujan mengiringi perjalanan kami. Doa semoga semua urusan kami dipermudahkan. Sesampai di sana jam 2.30 petang, nombor untuk membuat passport telah habis. Esok perlu datang semula, kata saya kepada ayah. Terlupa pula nak melihat jalan tadi balas ayah. Ada orang bawa. Kita semak dahulu ayah punya statuslah. Kata kerani di Jabatan Insolvensi tadi, selepas dua jam nama ayah sudah dibuka kebenaran membuat passport. Maka, kami mengambil nombor untuk membuat semakan. Sementara menunggu, ayah berborak dengan seorang budak lelaki di sebelahnya. Allah. Perkiraan yang cantik. Budak itu mempunyai dua nombor kerana mengambil untuk ayahnya juga. Malangnya, ayahnya kehilangan passport yang lama dan puas mencari di rumah, tetapi tidak berjumpa. Maka, budak itu membuat seorang diri. Entah siapa namanya, ayah tidak bertanya. Siapapun kamu, saya mendoakan dipermudahkan hidup kamu dan ayah serta keluarga kamu. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t. Terima kasih kerana memberi nombor itu.  

Abang bawa ini, yang ini tak payah. Dah boleh bincang nak bawa dokumen ke kaunter.


Budak itu datang dari jam 11.43 pagi.

Peramah pula yang jaga kaunter ni. Siap tanya kenapa bankrap, datang Malaysia dengan siapa bagai. 

Kami siap semuanya lebih sedikit jam 5 petang. Selepas itu, singgah sebentar di masjid besi Putrajaya untuk bersolat. Kata ayah, masjid besar sangat. Solat sahaja di bawah dan tidak ke ruangan solat kerana jauh. Alhamdulillah untuk hari ini. Sampai di Klang lebih kurang jam 7.15 malam. Semua urusan dipermudahkan. Emak, ayah, kak Fisha dan Kak Cik, akak doakan semoga dipermudahkan urusan sebelum pergi, semasa di sana dan apabila sudah pulang nanti. Sudah mula terbayang melambai-lambai mereka di lapangan terbang nanti. Wah, perasaanya. Ayah, akhirnya dapat juga menaiki kapal terbang. Selama ini katanya asyik menghantar orang sahaja di lapangan terbang.  

Ayah saya punya. :)

Love..