Saturday, August 29, 2015

Menuju Malaysia yang Lebih BERSIH

Saya terkesan dengan puisi yang dinyanyikan oleh The BangsArt semasa menghadiri majlis peluncuran buku Nurul Hana 'My Dear Papa' atau 'Sayang Papa' semalam. Terkesan sehingga mahu menjadikan sebahagian dari kasih sayang saya di sini.

BURHANUDDIN AL-HELMY 
oleh Black

Ku ciptakan lagu untukmu 
Ku nyanyikan syair buatmu 
Tentang perjuangan 
Tentang pengorbanan

Kau yang bertubuh kecil 
Tetapi berjiwa besar 
Tegas pendirian 
Dan berhati mulia

Dari utara hingga selatan 
Lantang suaramu 
Menentang penjajahan 
Melawan penindasan

Demi untuk negara 
Demi untuk merdeka 
Kau sering terpenjara 
Kebebasanmu dirampas 
Tapi, jiwamu tetap merdeka

Di atas robohan kota Melaka 
Kita dirikan jiwa merdeka 
Kata-kata azimat darimu 
Tak pernah kami lupa

Walaupun kini jasadmu telah tiada 
Namun semangatmu membakar jiwa 
Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan 
Pengorbananmu

Rakyat Malaysia yang cintakan
Perjuanganmu






Buat semua yang akan turun menyertai Bersih 4.0 esok dan lusa, saya mendoakan semuanya dipermudahkan urusan. Marilah menyatakan sikap kita yang mahu menolak pemimpin yang korup untuk kesejahteraan Malaysia. Perjuangan itu memang payah. Semoga usaha kecil kita esok menjadi antara penyebab perubahan di Malaysia. Masih ada harapan InsyaAllah. Kerana kita semua adalah pejuang. Semoga Allah melindungi Malaysia dan semua isinya. Amin.  

Love..

Friday, August 28, 2015

Pertiwi Soup Kitchen

Menyertai Pertiwi Soup Kitchen untuk pertama kali. Biasa tengok dekat TV sahaja. Sebab malam, jadi sukar untuk sertai. Tetapi, masih berimpian untuk ke sana juga. Pabila Gamuda mahu membuat program ke sana, laju-laju saya masukkan nama. Mengajak Faezah bersama, malangnya dia artis yang memerlukan confirmation sebulan awal. Hehe. Mungkin lain kali awak. Sudah punya agenda.

Pergi bersama Mr Heng, senior manager procurement, kami bertolak dari Southgate sahaja. Pada masa yang sama, hampir 30 orang staf gamuda bertolak dari Damansara Perdana. Kami akan berjumpa di sana.

Group photo sebelum bertolak. Wakil dari Southgate. :)

Kami berkumpul di sebelah Tune Hotel pada jam 8.45 malam dan telah diberi penerangan ringkas oleh wakil Pertiwi Soup Kitchen. Sudah hampir empat tahun mereka beroperasi. Kemudian datang van membawa makanan yang telah siap dibungkus. 

Bahrin :  Hai makwe lama.
Aku : Amboi. 
Geng masa naik Mulu dan Gunung Kinabalu. 



Mereka membungkus hampir 600 makanan untuk diagihkan malam itu. Di sebelah Tune Hotel merupakan tempat pertama mereka. Kemudian mereka ke Kotaraya sebagai lokasi seterusnya. Perjalanan malam itu habis dalam jam 11 malam. Hampir pukul 10 malam, mereka sudah selesai mengagihkan makanan di lokasi pertama. Jika mahu menyertai selepas ini, boleh join di lokasi pertama sahaja. Takut esok nak pergi kerja penat. Al-maklumkan umur sudah lanjut. Tidak boleh tidur lewat. :)

Mereka juga menyediakan team kesihatan untuk para gelandangan 

 Sunday, Monday, Wednesday dan Friday. Pilih sahaja mahu join hari apa. 

Esok paginya, selepas solat subuh, saya membaca Al-Quran dan terjumpa ayat ini. SubhanAllah, besarnya pahala orang yang menyediakan makanan untuk gelandangan ini. Semoga Allah, melimpahkan pahala untuk mereka semua. Berdoa juga, Allah memberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama membantu mereka. Nak buat sendiri macam susahkan? Sertai sahaja mereka. 



Love..

Monday, August 24, 2015

Ajaibnya orang beriman

Berkesempatan melawat Achik Iza yang masih di dalam pantang di Bukit Badong hujung minggu lepas. Aminah mahu memberi batu sungai untuk Achik mengurut. Berpantang, tetapi tiada bayi di rumah. Perasaannya. :( :( :( Achik baru sahaja kematian anaknya yang kedua (ketiga juga mungkin). Nurul Jannah meninggal dunia beberapa jam selepas dilahirkan. Kami juga tidak sempat melihatnya. Terdapat beberapa komplikasi yang dapat dikesan ketika bulan-bulan terakhir kandungan. Teringat gentingnya waktu sebelum raya itu. Perasaan bercampur-baur. Argh, menulis sahaja sudah sedih. Apa lagi yang menanggungnya. Semoga diberikan ketabahan Achik..

Nurul Jannah, bergembiralah kamu di sana sayang. Sesungguhnya dunia ini amat penuh cabaran. Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk ke sana menyertai kamu. Kamu sudah mendapat jalan pintas ke sana. Sekarang, InsyaAllah tunggulah sambil tersenyum akan kehadiran ummi dan ayah serta kakak Ilham di sana. InsyaAllah, kami juga sayang. 

Semasa kehadiran kami, Achik rancak bercerita perihal membeli barang elektronik untuk rumah barunya. Nampak tenang sahaja walaupun dugaan yang diterima sungguh hebat. Benarlah Allah adalah Al 'Adl (Yang Maha Adil) - sangat adil dalam meletakkan sesuatu. Walaupun nampak kuat, tidaklah kita ketahui bagaimana perasaan dan cara menghadapi kasih sayang ini kepada orang yang menanggung. Achik Iza dan Achik Didi, orang doakan sentiasa kuat dan sabar dan dilimpahi pahala yang banyak akibat kesabaran menerima qada' dan qadar Allah. Semoga Allah mengurniakan darjat yang tinggi dan ketaqwaan yang sebenar-benar taqwa kepada Achik sekeluarga. 

Rasulullah s.a.w bersabda:  
'Sangat ajaib keadaan seorang yang beriman. Sesungguhnya semua keadaan adalah baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan dia bersabar. Maka demikian itu adalah kebaikan baginya.' 
(HR Muslim) 

Ini adalah bukti bergambar. :)

Masuk sekali tuan tanah ke daun. :)

Love..

Wednesday, August 19, 2015

Jom ubah!

Pernah tak rasa kosong sahaja sebab dah biasa buat benda yang sama sahaja. Hidup untuk makan, tidur, bangun tidur, pergi kerja, balik tidur, mandi, tidur balik dan ulang benda yang sama setiap minggu? Rasa, apa benda yang kau nak buat dengan diri ni? 

Cara nak hilangkan rasa tu adalah dengan keluar dengan orang yang jarang jumpa dan dia akan jadi lagi best kalau dia adalah kawan baik kamu. Set tarikh, keluar makan or jalan-jalan dekat shopping complex adalah idea yang menarik. Menonton wayang pula adalah jika kamu mempunyai masa yang lebih. Jika tidak, cukuplah sekadar keluar makan dan borakkkkkk. Malam Jumaat yang lepas, berjaya mengurangkan kebosanan hidup apabila keluar dengan sepupu kesayangan merangkap partner in crime saya. Sebab dah jarang jumpa, perjumpaan macam ini adalah sesuatu yang menarik.  

Sepupu saya ini sangat banyak mempengaruhi hidup saya dari sekolah sehingga sekarang. Sebab dialah saya tolak seorang budak yang mahu mengajak saya menjadi girlfriend dia masa Tingkatan 1. Haha. (Aku tahu kau akan baca, sila tidak menjerit. :p) Tiada jodoh namanya tu. Dia jugalah yang ajar saya dengar lagu Backstreet Boyslah, 911, Spice Girls dan beberapa boyband zaman dulu-dululah. Album Max menjadi hawa telinga saya ketika kakak saya menyukai Spoon, Spin dan Spun tu. Kira saya terselamatlah. Dia jugalah yang mengajar saya membaca novel-novel omputih yang kalau faham semua makna, ada part-part yang menjeritlah mak saya kalau tahu saya baca buku macam tu. Mujur tak faham sangat masa tu. Hehe. Habiskan buku inilah, buku itulah. Maka, kenallah saya dengan Julia Quinn, Judith McNaught dan Susan Elizabeth Phillips. Sampai saya pernah ada skill baca novel omputih habis dalam seminggu ke dua minggu sahaja masa di Sri Iskandar dulu. Sekarang, hehe. Gelak dulu. 

Dia jugalah yang membebel kalau saya tengok cerita melayu dekat TV. Walaupun, kadang-kadang terlepas tengok satu dua drama bersiri, tapi masih terselamat sebab tak tengok semua drama. Kalau tak, semua dalam hidup ni penuh dengan drama. Tak berpijak di bumi yang nyata. Oh, dia pun tak galakkan saya membaca novel melayu dari dulu lagi. Justifikasi dia memang tepat, watak lelaki kaya gila, perempuan cantik gila dan kesian, orang kampung susah. Tapi, pandai masak, pandai buat semua benda. Dan kena kahwin paksa. Nampak tak drama-drama adaptasi novel sekarang? Alin dah nasihat saya dari saya belajar sekolah menengah lagi. Sampai sekarang, jalan cerita dia masih sama. 

Dia pun tak bagi saya tengok Melodi, katanya jatuh IQ 2 mata. Dulu selalu juga, kalau pergi rumah dia, tukar TV3, dia membebel-bebel. Nasib baik saya jenis yang mendengar kata. Jadi sekarang saya memang jarang tengok melodi tu dan kalau buka sekejap, 2 minit lepas tu terus tukar channel. Memang kena selamatkan IQ sendiri dan IQ keluarga. Tak boleh terimalah nak cari kesalahan artis sahaja. Walhal slogan kurangkan kontrovesi, tetapi mereka jugalah yang mencari kontrovesi itu.

Alin ini seorang yang sangat banyak baca buku. Pernah sekali, saya duduk mengelamun seorang, tiba-tiba terfikir yang Alin ni sangat banyak ilmu dia berbanding saya sebab dia banyak membaca. Walhal umur dia dan saya beza setahun sahaja. Rasa down sekejap. Macam tak terjangkau sahaja ilmu yang dia ada. Tetapi tidak mengapa, itu apa yang dia dapat sebab dia membaca. Siapa suruh diri sendiri tak rajin? Haha. Nampak tak senang sangat nak gembirakan hati sendiri. Oleh sebab dengan dia, dia rajinlah ajak pergi dengar talk dari orang yang memang sebelum ni tak pernah kenal, terus kenal. Biasa yang dia dengar lecture mat salleh. Akibatnya, saya boleh mendengar lecture dari ramai speaker luar negara seperti Tariq Ramadan, Sheik Yasir Qadhi atau Brother Nourman Khan. Memang sangat membantu pembentukan diri. Alhamdulillah.

Jangan ingat perhubungan kami setenang sahaja. Bergaduh zaman dulu adalah sunat. Seperti dapat pahala bila bergaduh. Kalau dah kenduri di rumah nenek, seorang di Utara, seorang di Selatan, memang namanya bergaduhlah. Haha. Dia mana boleh orang tak punctual ni. Memang habislah kau, Dan kau pula, tak reti-reti orang tak suka tak punctual ni? Haha. Apa lagi, gaduhlah. Tapi, the loves getting stronger lepas tu. Chewah. Tu zaman dulu je kot. Sekarang sudah tidak lagi. Masing-masing dah boleh terima kekurangan dan kelebihan masing-masing. seorang

Macammana nak tahu sesuatu/seseorang itu baik untuk kamu? Jika kamu berubah menjadi insan yang lebih baik. Maka, kamu patut bersama orang/benda itu. Aplikasi kepada pasangan/tempat kerja/hobi dan lain-lain. Bersama Alin, saya menjadi seseorang yang lebih baik. Ia adalah struggle, tapi bersama orang-orang yang mempunyai matlamat dan nilai yang sama, InsyaAllah ia tidak akan tersasar. Maka, haruslah perhubungan ini dikekalkan malah dirapatkan lagi.

Wah, dah macam buat dedikasi untuk hari lahir pula. Nah, hadiah hari jadi in advance. Hehe. Setakat itulah, banyak lagi benda boleh cerita pasal makcik sorang ni. Tapi, kalau tunggu lagi, memang tak postlah cerita ini. Ada orang Sarawak suka nak baca blog ni. (Walhal dia nak baca pasal keluarga dia, bukan pasal personal saya. Hehe.)  

Masa jumpa Alin Jumaat lepas, saya mengadu dengan dia sebab dah bosan menjalani hidup sekadar hidup. Kerja, tidur, kerja, cukup bulan dapat gaji, bayar duit rumah, duit kereta. Macam apa yang dia selalu pesan dekat pelajar dia supaya tidak begitu. Respond pertama dia adalah, "Kau baca buku tak?". Terus hujung minggu itu, semangat habiskan buku yang tengah baca sekarang. Wisdom ni boleh datang dari pembacaan juga. Dan haruslah minggu ini rasa berbeza sedikit berbanding minggu-minggu sebelumnya. Nampak tak seseorang boleh mengubah perjalanan minggu kamu? 

Jadi, jika rasa dah selalu buat benda yang biasa, angkat telefon dan telefonlah orang yang lain. Berboraklah dengan dia. Atau kalau ada kelapangan, jumpa sahaja orang itu. Rasakan perbezaan kamu melalui kehidupan selepas itu bagaimana. Selain itu, Iqra. Bacalah dengan nama Tuhanmu. Selamat mencuba. :) 

Alin, moga sentiasa dirahmati Allah di sini, lagi-lagi di 'sana'. 

Saya berjaya menghabiskan buku ini hujung minggu yang lepas. :)
Love.

Monday, August 17, 2015

Sebab bolehkan

Sekarang dah kena jaga main claim. Baru take over dari Andy. Bila nak minta tandatangan superior, semua benda nak kena tanya. Diorang nak tahu diri ni dah hadam ke belum certificate tu. Haruslah belum. Baru sebulan setengah kot. Kalau dah hadam semua, bestnya. Memang best student Nadiah ni. Tapi, masalahnya belum. Sila terima seadanya.

Ai Tee : Kenapa JMS (Info : Joint Measurement Sheet (JMS)-biasanya sebagai supporting document yang bertanda-tangan engineer dan sub-contractor sebagai bukti sesuatu kerja telah dijalankan) ni takde sign sub-contractor dua-dua? Minta Sharifudin (bukan nama sebenar) datang esok sign.
Aku : Okay (Walhal, lepas tu tanya Andy, dia kata sebelum ni satu column je yang sign. Puas juga kalau nak macam tu, yang lepas-lepas tu kena korek dan sign semua. Dah certificate nombor 20 kot. Takpe, yang itu nanti fikir.)

Aku pun mintalah nombor Sharifudin dari Andy dan telefonlah Sharifudin nak minta dia datang esok

Aku : Hello, Sharifudin (nyesal pula letak nama samaran ni panjang-panjang. Nak taip panjang. Haha.) Saya Nadiah ni dari Southgate. (Dia dah kenal sebab pernah masuk bilik meeting sama sebelum ni.)
Dia : Ha. Ya. Ada apa ya.
Aku : Esok nak minta tolong datang Southgate boleh?
Dia : Ada makan tengahari percuma ke? 
Aku : Haha. Takdelah. Nak minta tolong sign JMS. 
Dia : Oo. Urgent yer. Bolehlah esok nanti saya datang cari Nadiah.
Aku : Ok. Terima kasih. Tapi, makan siap-siap tau dekat site. Takde makan tengahari kat sini.
Dia : Oh, kalau macam tu makan malam? 
Aku : Haha. Oklah (malas nak layan). Esok dah sampai bagitaulah. Terima kasih ya.
Dia : Ok. Sama-sama.

Lelaki ni, sebab bolehkan nak test market ni, selamba je nak ajak pergi makan malamlah. Walaupun bergurau, aku macam tak boleh terima juga. Sebab tak rapat lagi kot yang nak bergurau sampai macam tu. Baru pertama kali cakap, dah sampai ajak makan malam. Kalau aku kata ya? Korang rasa benda ni boleh proceed tak? Atas nama kawan. Mungkin ada orang boleh kawan sahaja dengan lelaki tanpa rasa apa-apa. Tetapi, aku bukan jenis yang macam tu. Baiklah tidak sambung lawak tu. 

Lagi satu, aku ni malas nak layan sebab dah dapat info yang dia dah ada anak dua orang. Kalau available, boleh juga cuba test market. Haha. Peringatan kepada diri sendiri untuk tidak sangat melayan suami-suami orang lebih-lebih supaya kelak nanti tidaklah orang lain melayan suami kita lebih-lebih seperti itu juga. Mencegah lebih baik dari merawat. Sekian, pesanan khidmat masyarakat. :) 

Love..