Sunday, June 20, 2021

Raya 2021

Tahun kedua beraya bersama Covid. Masa berlalu sangat pantas. Diam tak diam dah setahun. Alhamdulillah diberi kesempatan menyambutnya bersama keluarga tercinta. Saya mendoakan ketabahan dan kesabaran buat semua yang tidak dapat beraya bersama yang tersayang. Kawan saya seperti Liza, Miera dan Deekay. Terpaksa beraya bersama-sama di sini sahaja. Saya mengajak Liza datang ke rumah. Tapi, dia takut kena saman.Hehe.
 
Seperti biasa, malam sebelum tu sama-sama takbir. Tahun ni Fisha raya dekat Sarawak. Buat pertama kali sepanjang beliau mengajar di sana. Dan mungkin juga buat terakhir kali. Semoga dapat pindah sini sayang. Kami juga mengalu-alukan kedatangan ahli keluarga baru iaitu Ijam. Kak Cik selamat tahun ni tak payah gaduh balik kampung mana nak raya sebab tiada pilihan kena raya di Klang. Walaupun kalau tahun depan pun tak gaduh sangat juga ar. Rumah nenek dengan rumah mak ayah Ijam dekat. Mina raya dekat Nilai. Daus raya dekat Putrajaya. 

Mak masak banyak kot. Rendang ayam, rendang itik, apa entah lagi. Seperti biasa lupa. Kitorang tolong-tolong ar juga. Mak dah jadi orang tua. Orang raya kat rumah dia. Hehe. Anak,  cucu menantu semua. Kena tulis blog dekat-dekat cerita ni. Simpan lama-lama lupa. Aishh. Yang pasti, jemu makan rendang, malam raya kami masak maggi. 

Pagi-pagi tu, mak bebel kata kami lambat. Imam dah nak solat sunat raya. Nadiah dan punctuality, out. Minta je jalan dulu. Nanti kita join ar. Sukati kan? Haha. Berlari ar turun. Sian diorang kena panas pagi rupanya. Pastu ayah start baca khutbah. Mana entah ayah print. Dah selesai solat, tangkap gambar jap. Makan lagi. 

Rindu nak susah-susah dekat kampung, lepas tu pergi melawat sedara. Allah. Dulu rasa benda tu senang je. Tak sangka Allah boleh turunkan covid dan semua benda tu jadi payah. Betullah semua benda Allah cipta ada pasangan. Baru boleh nampak perbezaan. Siang, malam. Gembira, sedih. Senang, susah. Kaya, miskin. Semoga kita semua dapat berjaya seperti dulu lagi. 

Makan dan borak dan main sahiba dan saidina je ar kat rumah. Apa lagi? Petang sekali raya, Kak Fisha ajak video call ramai-ramai. Saja update cerita masing-masing. Ramai rupanya anak mak. Camne lah dulu besarkan kitorang. Aku tengok anak buah sekarang, nak jaga pun kemahin payah. Mana nak jaga emosi, agama, manners, pelajaran lagi. Moga diberi kekuatan untuk semua emak-emak dan ayah di dunia ni. Dah tak tau nak tulis apa pasal raya sebab dah lama. Masukkan gambar je ar. Enjoy. 

Zoom meeting dengan keluarga mak. Siap keluar lampu kalimantan. 

Untuk harga yang mahal kuih ni, aku approved. Buat dia renyah giler. Sampai petang nak habiskan 

Lubang najis tersumbat di hari raya. Mujur ada heroes. 

Tolong budak ni buat kerja. Jangan biar sorang. 

Orang lain pula. Baton bergilir-gilir. 

Petang raya dah bosan. Aku layan jap budak-budak ni

Main teka-teka binatang lah, buahlah. 

Keluarga Along




Keluarga Ami

Aku dan Adik

Aku 

Geng raya kat Klang

Mana yang adalah

:) 

:) 

Bebudak

Mak dan aku

Matching dengan baju adiklah 

Makmum ayah

Belum ready 

Anas ni photogenic betul. Tau je nak tangkap gambar. 

Imam Zainal

Beg raya

Kak cik

 
Geng raya Nilai

Geng raya Sarawak 

Geng raya Putrajaya 

Geng raya Klang 2.0

Anak mak. Love.. 


Love..

Doa Anwar jadi PM Malaysia

Saya berborak dengan ayah di kerusi depan. Ayah sedang menanam rumput dan hujan turun. Maka, ayah masuk ke dalam. Kami berborak sebentar mengenai politik tanah air. Kekebalan Muhyiddin walaupun telah disuruh Agong untuk membuka Parlimen dengan kadar segera masih tidak dihirau. Rakyat semakin terseksa. Purata yang mmbunuh diri sepanjang PKP ini adalah sehari seorang. Saya yang tidak merasa secara langsung juga membenci kelemahan pemimpin yang tidak berkepimpinan ini. Patutlah antara tujuh golongan yang akak dinaungi ketika di Padang Mahsyar nanti adalah pemimpin2 yang adil. Tugasnya sungguh berat. Tidak semua mampu menggalasnya. 

Ayah positif mengatakan yang Muhyiddin akan jatuh. Allah menunjukkan kepada semua bagaimana Pas memerintah apabila diberi kuasa. Sungguh memburukkan nama Islam. Saya berdoa diberikan semula kepada yang ahlinya. Masih menunggu dan berdoa Anwar menjadi PM Malaysia. Setakat ini tidak nampak figura yang boleh memimpim Malaysia. Walaupun tidak menafikan beberapa Menteri cemerlang semasa menjadi kerajaan dulu seperti Dr. Dzul, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin. Figura yang boleh membawa Malaysia ke mata dunia kembali bagi saya masih Anwar. Connection semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu dan good track record yang orang lain tiada. 

Saya pernah mendengar hadis, hamba Allah mendapat banyak pahala di akhirat akibat doa-doanya yang tidak dimakbulkan di dunia sehingga beliau dinaikkan tingkatan syurga. Terkeliru antara hadis doa anak kepada emak dan ayahnya. Maaf jika saya salah (sudah menggoogle, tapi tak jumpa). Sehingga dia bertanya kepada Allah, dari manakah datangnya pahala-pahala ini? Katanya, pahala doa-doa yang kamu minta tapi tidak dapat di dunia. Hamba ini berkata, baiklah jika doa ini dipenuhi Allah dan mendapat bahagian di akhirat. 

Saya bertanya kepada ayah, pernah dengar tak hadis ni? Ayah kata tak pernah. Lepas tu, saya pun tanya. Ayah agak, kalau kita doa nak Anwar jadi PM, lepas tu Anwar jadi PM, jadi doa tu dah tak dapatlah masa kat syurga nantilahkan? Ayah angguk. Haah. Sebab dah dapat bahagian dunia. Saya pun mengangguk. Jadi, kena doa lainlah pula, balas saya. Ayah membalas, doalah minta dunia dan akhirat. Dua-dua pun dapat. Sambil ayah bangun nak sambung tengok video dukun Indonesia kat dalam bilik katanya. Haha. 

Tenang je ayah. Memang follow politik, tapi nanti kejap-kejap tukar video wrestlinglah , dukun Indonesialah, nak tanam pisanglah, lagu dangdut pun saya pernah dengar. Haha. Jadi, neutral sikit. Kalau 24 jam politik, memang pening kepala. Semoga politik Malaysia bertambah baik. Dikurniakan pemimpin yang bertanggungjawab, adil dan melaksanakan perintah Allah. 

Entri raya otw ye. Dah lupa cerita. Poor me. 

Aktiviti hujung minggu sekarang

Ijam, tenang je kalah. Yang penting meraikan kami. Hehe

Tengok Hungary lawan France. 1-1

Tengok EURO2021 di televisyen, Hungary telah membenarkan penduduknya memasuki stadium kerana lebih separuh penduduknya telah divaksin. Dengan membuat undang-undang yang ketat sebelum membenarkan masuk, mereka sudah boleh menjalani kehidupan semula. Semoga Malaysia juga dapat merasa nikmat berkehidupan semula. Ya Allah Ya Wahhab, yang Maha Memberi, berilah kami kehidupan yang lebih baik di bawah pemimpin yang bertanggungjawab, Kau jatuhkanlah pemimpin yang korup dan menyusahkan rakyat dengan caraMu. Berilah juga kekuatan dan kemurahan rezeki serta ketenangan kepada semua yang terjejas akibat covid dan kelembapan kerajaan in serta ganjarkan pahala yang banyak untuk mereka. Hanya KepadaMu kamu berserah dan kami mohon pertolongan. Ya Rabb. Makbulkan Ya Allah. 

Love..

Sunday, June 13, 2021

36 Tahun

Nadiahku sayang

Menginjak sudah umurmu
Bertambah juga ilmu
Moga setara dengan amal
Untuk digunakan sebagai bekal

Jika dihitung saat ini
Masih lopong sana sini
Tidaklah berpegang pada paksi
Semalam lebih buruk dari hari ini

Bertabah sahaja diri
Disamping usaha dan doa bersilih ganti
Telah menjaga dan cuba baiki
Jangan pertikai nasib sendiri

Nadiahku sayang.. 

Lihat rahmatNya di sekitar
Terlalu banyak jangan dipertikai
Kasih sayangNya melimpah ruah
Ku kira kau sangat bertuah

Semoga pertambahan umur
Menjadikanmu lebih bersyukur
Memberi keliling lebih banyak
Yang pasti rezeki tidak terluak

Nadiah sayang.. 

Ingatlah pesan 
Jadikan dunia di tangan
Syurga itu masa depan
Itulah sebenar-benar tujuan

Walaupun cuma persinggahan
Amal di sini menentukan
Banyak kiri ataupun kanan
Kelak mana dipertempatkan

Moga yang baik sahaja untuk diri
Mengucap syahadah bila pergi
Tinggal kelak di syurga tertinggi
Bersama keluarga dan yang kita sayangi



Love..

Sunday, May 9, 2021

Budget Lagi

Presentation Budget PEApr21 untuk Chan Sow Lin dah sampai. Tarikh presentation kami adalah pada 3th June 2021 at 3.00pm. Masa nak confirmkan jadual dengan operation minggu lepas, saya call Kobi nak tanya jadual dia. Dia okay masa tu. Lepas tu, dia tanya, slide dah siap? Giler. Haha. Ada lagi sebulan kot. Ingat saya ni apa secekap itu ke? Hehe. Saya plan untuk buat dalam minggu lepas. Perancangan kita pastilah mengatasi perancangan Allah s.w.t. Dalam pada saya nak pulun buat budget minggu lepas, anak Sity positive covid-19. Saya pula menjadi casual contact Sity kerana bercakap dengan Sity pagi Isnin itu. Malam Isnin Ai Tee telefon menyuruh saya mengambil laptop dan bekerja dari rumah. Aish. Dahlah tak percaya dengan diri sendiri kalau kerja kat rumah ni. 

Hari pertama WFH, saya gagal memaksa potensi diri untuk membuat kerja. Malam tu pula, Ustaz Azlan menyampaikan podcast untuk HijrahEd untuk mengatasi kemalasan dalam mengejar malam Lailatulqadar. Saya membaca doa itu dan Alhamdulillah berjaya membuat kerja dengan produktif. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri, Rasulullah s.a.w berjumpa dengan sahabatnya di dalam masid pada waktu bukan solat dan waktu sepatutnya orang keluar bekerja. Apabila Rasulullah s.a.w masuk dan melihat seorang sahabat bernama Abu Umamah di dalam masid. Beliau bertanya perihal sahabatnya yang muka seperti dilanda keresahan. Sahabatnya menjawab, 'Wahai Rasulullah, aku berada di dalam keadaan anxiety dan sedih memikirkan masa depan dan dikelilingi hutang-hutang'. Maka, Rasulullah s.a.w. mengajarkan sahabatnya dengan doa ini di mana bila kita membaca ni, Allah s.w.t akan menghilangkan perasaan anxiety, anxious dan Allah akan melunaskan hutang kau. Baca doa ini setiap pagi dan petang. Doa ini terdapat dalam Al-Mathurat.


Sumber : Fb HijrahEd


Di bahagian akhir hadis ini, Abu Umamah menceritakan, 'Aku membaca doa ini dan Allah Azzawajalla telah menghilangkan rasa sedih dan anxiety dan aku telah berjaya melangsaikan hutang aku'. 

Masih lagi dalam membuat budget, masih susah. Ini kali kedua saya membuatnya. Ai Tee punya expectation memang tinggi. Tidaklah saya menyalahkan dia untuk itu. Saya terpaksa mempush diri sendiri. Saya fikir mahu pulang ke rumah Jumaat malam, tetapi masih membuat kerja. Saya tunda ke hari Sabtu. Sesampai di Klang pada Sabtu, ayah dan mak mahu solat Asar. Saya join. Benda yang saya syukur dalam keluarga ni adalaah solat berjemaah untuk hampir semua waktu semasa covid ni. Kalau solat sorang-sorang ni, biasa lewatlah, tak fokuslah. Saya masih struggle lagi mengenai tu. Doalah banyak-banyak dengan doa di atas ni. 

Selepas solat Asar, kami masuk dapur untuk menyiapkan makanan berbuka. Mak nak goreng meehon dan masak sup ikan untuk sahur. Kepakaran saya adalah membantu di dapurkan? Jadi, apa ada hal. Masuk dapur jam 5 petang, jam 6 dah siap. Masak je kuah untuk meehon tu, nanti nak buka, baru masukkan meehon. Siap dengan air buah lagi mak request. Saya dah settle masak, boleh keluar-keluar rumah sapu sampah bagai. Berkat sungguh masa petang tu. 

Dah nak buka, siap boleh duduk depan makanan dan masih belum masuk maghrib. Saya memesan kepada Fikri yang bercuti hari itu supaya membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali malam ni. Malam ni merupakan malam 27 Ramadan. Ayah bertanya. malam 27 yer? Bila saya mengangguk, ayah berkata, dulu yerlah, kita tengok malam ganjil. Sekarang memang buat je amal 10 malam terakhir. Saya pun teringat tadi pagi yang saya sempat mendengar ceramah Ustaz Rozaimi Ramle bersama Amin Idris. Di hujung-hujung ceramah Ustaz Rozaimi mengucapkan Selamat Hari Raya dan berpesan supaya teruskan beramal untuk malam-malam terakhir ni. Apabila Amin Idris bertanya adakah malam ini malam malam ganjil? Ustaz Rozaimi juga tidak pasti. Beliau beramal sahaja sepanjang 10 malam terakhir ini. Pergh, ayah dah sama dengan Ustaz Rozaimi ni. Hehe. Moga Allah ganjarkan malam Lailatulqadar untuk mereka yang mencarinya. 

Kembali kepada budget, saya tengah buat di hari Ahad untuk present kepada Ai Tee esok ni. Doakan saya berjaya menyelesaikan tugasan ini.  

Minggu lepas punya cerita

Semoga mengurangkan sedikit beban


Love..

Sunday, May 2, 2021

Kisah Pakcik Ijam

Dua minggu lepas, rumah mak penuh. Anak mak kecuali Fisha, semua balik. Alhamdulillah untuk nikmat yang Allah bagi ni. Untuk Nafisah, semoga bertabah sayang. Tahun akhir awak kat sana. Tahun depan raya dengan kami. InsyaAllah. 


Telefon baru Abang Afiq 


Si comel ni.. 


Hari Sabtu, aku turun lepas bangun agak lewat. Hujung minggu adalah masa untuk bermalas-malasan. Walhal bulan puasa. Sungguh tak menggunakan kelebihan Ramadan untuk mengaji ke, solat ke. Allah. Tengah-tengah aku buat apa entah, mak buka stor dan tengok stor dah banjir. Masuk air dari mana tak tahu punca. Mak pun minta panggil Ijam kat atas. Kak cik on call sekarang setiap Sabtu. Nak kena ganti time dia cuti bersalin nanti. Hari ni dia bawa kereta pula. Biasa Ijam hantar. 

Aku membangkang, kata kemas je ar. Entah-entah Ijam tengah tidur. Afiq pula yang sudah selesa dengan Pakcik Ijamnya, terus telefon Ijam. Minta Ijam turun selamatkan stor. Haha. Mak aku dengan Afiq dah sangat selesalah tu. Nak minta tolong orang tu senang je. Turunlah Ijam membantu mengeluarkan semua barang dalam stor. Lepas tu panggil ayah nak investigate mana punca air. Tak jumpa. 

Petang Ahad, aku minta tolong mamat pergi amik bubur dekat masjid Kota Raja. Dia balik amik bubur, dia kata masjid Dato' Dagang pun ada. Aku suka lagi bubur lambuk masjid Dato' Dagang. Aku pun minta Muzakir tolong amikkan. Alang-alang, dia boleh amik untuk kakak dia sebab diorang nak buka kat rumah kakak dia. Muzakir bawa balik empat bungkus. Sebungkus dia dah bagi Mak Lang. 

Sebungkus lagi, aku minta tolong Akmal bagi dekat Cik Nazim, satu-satunya jiran kitorang. Akmal segan, tapi lepas aku pujuk, dia pun okay. Ingat dia nak pergilah sendiri. Sekali dia panggil Pakcik Ijam tolong teman. Haha. Masing-masing. Pakcik Ijam aje. Aku kata dengan Mamat, ni ha. Belajar. Nanti masuk keluarga orang, layan. Mamat kata, dia okay je nak tolong. Tapi, Kak Mi kata, sebelum orang nak minta tolong, kena rapat dulu. Baru dia selesa nak minta tolong. Boleh je ar Mad. Akak percaya ko boleh. Semoga kau pun boleh jadi nilai tambah dalam keluarga yang lain juga. Daus pula kata, sebelum pakcik ijam ada anak, dia layan ar korang.  Tak kisahlah apa nak jadi nanti, janji kita, enjoy je moment-moment sekarang. Untuk nikmat trust in family ni, aku memang hargai. 

Love..