Wednesday, November 8, 2017

Pak Wan Khazim

Bersama En. Anuar ni, saya dapat berkenalan (jika tulis berkawan, macam sebaya pula) dengan orang-orang hebat. Antaranya Pak Wan Khazim, ayah kepada En. Wan Kharizal. Kalau tulis mengenai penglibatannya dalam politik, antara golongan kiri semasa menentang British dan UMNO memang sangat hebat. Tetapi saya lebih mengenali beliau sebagai seorang atok yang penuh dengan kasih sayang, mencintai seni, kelakar dan bersemangat waja.

Pernah terlibat dalam lakonan bersama P. Ramlee dalam beberapa cerita antaranya Hang Tuah, yang menjadi penari dan beberapa cerita lagi. Saya kurang pasti. Isnin lalu, Pak Wan turun kerana menghadiri pelancaran bukunya bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya dan Mak Ina berkesempatan menziarahinya dan isteri di Mandarin Court Hotel. Berdekatan dengan pejabat saya di Chan Sow Lin. Saya mengambil Mak Ina di LRT Stesen Chan Sow Lin selepas pulang kerja dan terus ke hotel di mana En. Anuar sedang menunggu kerana telah sampai dahulu. 

Pada umur hampir 90 tahun, saya kira Pak Wan masih bersemangat walaupun tidak sihat. Pertemuan sebentar sahaja itu, sempat kami (Mak Ina dan Pak Wan, saya senyum di tepi sahaja) berbalas pantun. Pak Wan memang terkenal dengan kehebatannya memberi pantun secara spontan. Sesuai dengan pelancaran buku kompilasi pantunnya. Saya lihat tulisan tangannya di dalam buku ini tersangatlah cantik. SubhanAllah. Pak Wan sempat memberi pantun kepada saya, saya hanya mampu tersenyum sahaja. Jika saya seorang yang spontaneous, mungkin boleh. Tetapi, masih memikirkan pembayang sahaja sudah lama. Saya tersenyum sahaja.

Macam sedang diwawancara

Sesi tandatangan dalam bahasa jawi

En. Wan, dapat kelakar dari ayahnya



Sebelum pulang, Pak Wan menitip pesan, "Lawan Tetap Lawan!"

Sudah umur begitu pun masih memikirkan perjuangan. Saya termalu sendiri kerana muda-muda sahaja sudah mengaduh penat bekerja. Apatah lagi membuat apa-apa pun untuk perjuangan negara. Terima kasih untuk semangat ini Pak Wan. 

Apabila di dalam kereta selepas menghantar Mak Ina di rumahnya di Melawati, saya mereka-reka pantun yang boleh diberi kepada Pak Wan. Maka, terkeluarlah idea ini.

Pagi-pagi bermain guli,
Ada umur jumpa lagi.
Bermain guli bersama Ali,
Pak Wan, jaga diri.

Buku Pak Wan
Haha. Tak tahu bila boleh cakap dekat Pak Wan, saya ni penyegan. Alhamdulillah untuk perhubungan ini. Semoga di syurga kelak kita berjumpa. Semoga Pak Wan dan Cikgu Aminah sihat-sihat selalu.

Love..

Wednesday, November 1, 2017

Saya seorang QS?

Antara tugas Juruukur Bahan adalah merasionalkan harga yang diminta oleh sub-kontraktor untuk kerja-kerja baru (variation order) yang tidak terdapat di dalam Bill of Quantities (BQ). 

Baru-baru ni, Keller menghantar quotation untuk kerja baru (VO) grouting works iaitu compaction grouting. Berbanding curtain grouting yang terdapat di dalam BQ, compaction grouting menggunakan material yang lain iaitu shortcrete yang lebih cepat mengeras berbanding cement sand di dalam curtain grout.

Grouting Works - To treat the ground to form a reliable hydraulic cut-off around the excavation or tunneling works. Different types of grouting techniques are introduced depending on the ground/rock conditions. - "Method Statement for Grouting Works at Chan Sow Lin Station 2017"

Contoh rajah kerja grouting yang diambil di internet :-

sumber : google

Setelah bertanya kepada hampir semua station untuk rate ini, mereka tidak pernah menggunakan method ini. Method ini digunakan di Chan Sow Lin kerana :-
  1. Terdapat floater (batu yang tidak keras) diselang-seli dengan tanah dan batu dan tanah di kawasan yang dimaksudkan (berdasarkan keputusan rock probing yang dibuat) sebelum berjumpa core point yang ditentukan.
  2. Laluan air deras di bawah tanah yang akan menghakis semua tanah sebelum sempat mengeras jika menggunakan cement sand untuk kerja-kerja grout.

Harga yang dihantar Keller ialah RM600/m3. Manakala harga cement sand cuma RM380/m3 di dalam contract. Beza sungguh. Saya bertanya Andy samada mempunyai harga ini atau tidak. Dia pun tidak ada. Berbincang dengannya, kami mengambil pendekatan mudah iaitu mengambil harga kontrak yang ada, dan menolak harga supply material cement sand (yang memang dibeli oleh gamuda) dan menambah harga supply shortcrete G30 yaang juga memang dibeli oleh kami.

Andy : You ambil harga contract award to Keller. (menyebut beberapa station, dan beberapa harga) RM380, RM390 dan RM450
Aku : So, I ambil RM450 and deduct the material supply cost for cement sand and add on material supply cost for shortcrete. (mencongak-congak menggunakan kepala, harga dalam RM387/m3)
Andy : Hey, you QS ar. You suppose to take the lowest rate. Not the highest rate.
Aku : Haha. Okay. I take RM380 as that is my existing awarded rate. 
(Aku punya niat nak bagi near to the sub-contractor's rate. Nanti tak banyak sangat argument. Haha. Tapi, Andy punya niat supaya boleh save banyak lagi duit company. Memang bukan QS yang bagus aku ni. Tak pandai jaga budget company)


Letak gambar dekat Bromo supaya menaikkan semangat nak tulis pasal benda ini. 

Setinggi gunung harapan bertemu awak. :p

Klasik

Geng


Love..

Wednesday, October 25, 2017

Kejar

Masa mencemburui kita semua
Terlalu pantas
Tidak sempat bernafas
Sungguh-sungguh kita menyelesaikan kerja
Mengejar yang kita sangka berjaya
Rupanya cuma keinginan manusia
Yang tidak pernah puas
Untuk semua lepas

Hari, minggu, bulan dan tahun berganti
Adakah kita masih di sini
Di tempat semalam
Melihat cahaya suram dan kelam
Atau cahaya terang yang datang
Bersama harapan dan impian
Mengisi hati-hati kecil
Dengan titik-titik putih suci
Merambak penuh ke ruangan hati
Mungkin?
Doa ia ya
Juga untuk semua
Semoga bersama
Di syurga

Southgate
251017
Me

Me, the not spoiler

Kegembiraan

Muncung menjuih

#nadiahketawa

p/s : 
Tolong rajin tulis blog tentang :-
a) Tunang Daus
b) Cameron Highlands
c) Opening dan closing ParaAsean Games
d) Bisik Pada Langit
e) Ai Tee
f) Trip ke Bromo


Love..

Wednesday, October 11, 2017

Slanga

Di satu petang di pejabat, saya sedang berdiskusi bersama General Manager dari Australia Steve bersama seorang lagi rakan pejabat, Gaek Ting.

 Steve : Nadiah, how about Chan Sow Lin cost for Architecture works?
Aku : We have come out with the figure amount about 16 million.
* Sambil aku menghulurkan breakdown kepada Steve untuk dilihat
Steve : You make it 20 million. Put in relocation for utilities 2 million and provision for working under live rail environment 3 million.
* Dengan penuh keyakinan aku pun tulis :- a) Relocation of Utilities RM2 million b) Provision of Life Rail Environment RM3 million
Steve : It is not life, it is live, like living
Aku : Ha. Ha. Okay. Okay
* Sambil betulkan life jadi live, aku gelakkan je diri sendiri. Banyak nak kena buat kalau nak kerja dekat Australia ni. 

Mat Saleh tu Steve

Love..

Monday, October 9, 2017

Kegembiraan kecil

Saya sepatutnya menghadiri perasmian buku En. Anuar yang terbaru pada semalam 8hb Oktober 2017 di YPU. Tetapi, selepas mengisi minyak di Shell Shah Alam kereta saya kehabisan bateri dan tidak boleh dihidupkan.

Mujur Shell mempunyai TeaLive dan tempat makan untuk saya bergant, jadi sementara menunggu tukang bateri datang, saya berehat di situ. Hampir tiga jam barulah kereta saya sbuh sepenuhnya. Terima kasih kepada Adrian tukang bawa bateri dengan bayaran RM280 dan seorang pekerja di situ yang berusaha menjump kereta saya tetapi masih tidak berhasil.



Sesampai di YPU, program telah selesai. Saya terlepas mendengar ulasan dari Pak Busu, En. Jamal dan Afif mengenai buku Tekal Berjuang karya Haji Anuar Tahir. Tetapi, Alhamdulillah, dapat juga berkumpul bersama.

Saya agak sedih hujung minggu ini. Mendapat panggilan dari bos pada malam Jumaat mengenai kerja saya memang menyemakkan fikiran. Oleh kerana Sabtu saya menyertai Perkampungan Buku Jejak Tarbiah di Bangi dan Ahad program di PJ, saya tidak sempat ke pejabat. Selepas program di YPU, saya ke pejabat sebentar. Sebentar ke benda. Sampai pukul 10 malam. Untuk kesusahan itu, Alhamdulillah masih diberi kesempatan bekerja. Deekay sekarang sedang sakit dan tidak mampu bekerja lagi untuk sementara waktu. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada dia kelak. Amin. 

Ada sesuatu yang menggembirakan saya semalam di YPU. Seorang kenalan En. Anuar, En. Jamal, menegur saya setelah saya sampai di YPU dan sedang makan. Baru dia terperasan saya agaknya sudah datang. "Ha, si comel ni." Tegurnya. Haha. Nasib tidak terbang di situ. Kepenatan tadi menunggu pomen, terbang seketika masa itu.

Ketika di pejabat membuat kerja petang itu, saya asyik tersenyum beberapa kali mengingatkan peristiwa itu. Haha. Saya comel yer. Mendapat pengiktirafan sebegitu dari orang yang tidak rapat dengan saya (jarang saya bercakap dengannya) memang mengujakan. Lagi-lagi sahabat En. Anuar ini memang hebat-hebat belaka.

Walaupun sejak dua-menjak ini, saya perasan dan ada beberapa orang telah mengatakan kepada saya bahawa, ada beberapa sifat saya berubah. Faktor usia dan faktor sekeliling mungkin. Namun, sifat saya yang mudah dipuaskan dengan benda-benda kecil ini, Alhamdulillah masih ada. Teruja bagaiman benda kecil itu mampu memberikan kegembiraan kepada orang lain. Jadi, buatlah benda baik sekecil mana pun. Kita tidak tahu dia mungkin memberi impak yang besar kepada orang lain.

Another to read list
Love..