Thursday, November 12, 2015

Kisah Satu Malaysia

Di sebuah pusat membeli-belah di Selangor

Dua orang gadis Melayu memasuki ruang kedai aksesori wanita berjenama dengan tujuan mahu membetulkan jam yang dibeli salah seorang gadis itu. Jam mahal, maka jaminan ganti sepanjang hayat. Sedang salah seorang gadis tadi memberi maklumat mengenai jam dan dirinya kepada pelayan kedai, seorang lagi gadis berjalan-jalan mengelilingi kedai. Melihat kepada harganya, bermimpilah gadis itu di siang hari jika dapat membelinya. Masuk seorang wanita Cina ke dalam kedai dan melihat-lihat barangan yang dipamerkan. Beliau mengambil sebuah beg dan menggayakannya di hadapan cermin lalu bertanya harganya kepada pelayan kedai. 

A : How much is this? 
B : Nine nine nine
A : Oo. What colour do you have? 
.................

Gadis Melayu yang mendengar perbualan tersebut terus mengira di dalam kepala. Adakah RM99 atau RM999. Tidak mungkin beg itu berharga RM99 sahaja. Tas tangan sahaja sudah RM100 lebih. Jadi benarlah harganya RM999. Wau. Bermimpi lagi si gadis di siang hari. Alangkah indahnya jika dapat merasa membeli dengan harga itu tanpa perlu memikir apa-apa.

Menyambung perjalanan kedua-dua orang gadis yang comel ke sebuah kedai seluar yang berjenama. Mencuba seluar yang akan memberi nilai kepada pembeli dengan harganya. Kali pertama si gadis mahu membeli seluar semahal itu. Mari menggembirakan diri sendiri dengan menghadiahkan diri akibat penat bekerja bertahun-tahun tanpa mempunyai seluar yang mahal. Seluar yang jin akan marah kerana berebut dengan mereka. Selepas mencuba dan mahu membayarnya di kaunter, pelayan memberitahu bahawa, jika membeli dengan pembelian RM499 di dalam satu resit, maka kita akan mendapat 20% potongan. Mencongak-congak di kepala lalu berdiskusi sesama mereka, jika mahu mengambil lagi satu seluar untuk mencukupkan RM499. Seluar yang kami pilih berharga RM215. Hampir RM50 jika mendapat potongan. Duit makan tiga hari di pejabat. 

Tetapi, tiada keperluan untuk membeli sepasang lagi. Terlihat sepasang suami isteri berketurunan India sedang mencuba-cuba seluar juga. Akal di kepala mengilhamkan untuk berkongsi resit bersama supaya dapat manfaat potongan harga. Selepas menerangkan kepada si isteri perihal potongan harga dan niat untuk berkongsi resit, beliau mengangguk bersetuju. Gembiralah hati gadis melayu tidak terkira. Fikir mereka, dapat membantu menambah jumlah pada resitnya, rupa-rupanya mereka yang menumpang resit suami isteri tadi. Jumlah pembelian suami isteri itu melebihi dari cukup kerana mereka membeli tiga pasang seluar. Setelah mereka membayar menggunakan kad kredit, gadis melayu itu memberikannya wang tunai dan menyuruhnya menyimpan lebih yang berbaki RM3 itu. Tetapi, si isteri menolak dan memberi kembali walaupun puas gadis itu menyuruhnya menerima sahaja. Apalah tiga ringgit itu jika dibanding dengan RM50 diskaun itu. Si isteri memulangkan semula baki kepada gadis itu tadi. Katanya mereka sudah financially stable. Melihat pembelian mereka, diakui, memang sangat stabil. Terima kasih banyak-banyak. Semoga bertambah murah rezeki kamu. Kaya dan baik. Semoga lebih ramai lagi seperti mereka di Malaysia ini. 

Mari bercita-cita menjadi kaya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Tetapi, sebelum kaya itu juga harus berusaha menjadi baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain dengan cara yang lain.

'Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian, Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putus' Surah At-Tin (95:4-6)

Berebut seluar dengan jin.

Love..

Friday, November 6, 2015

Happy birthday Ai Tee

Di pagi hari 4.11.2015, di pejabat. *teet* Bunyi whatsapp masuk. Aku pun membacanya. 

Kerul : Hari ni hari jadi Ai Tee. 
Nina :  Ye ke. 
Aku : Ye ke. Happy birthday Ai Tee. 
Sity :  Ada Ai Tee ke dalam group ni? 

Hehe. Aku ni, tarikh lahir memang outlah. Adik beradik sendiri pun tak ingat, apatah lagi orang luar. Terima kasih kepada reminder di facebook yang selalu mengingatkan. Tak kawan dengan Ai Tee kat fb, jadi tiadalah yang memberitahu hari itu hari jadinya. Oklah, niat nak belikan kek untuk dia nanti. Dia kadang-kadang kalau bosan, turun kat kedai runcit beli aiskrim, beberapa kali juga bagi aku. Aku nak bagi dia takde sebab, segan kot. Jadi, nilah sebab nak bagi dia hadiah. 

Di belah kiri saya.

Yang kanan. 

Sity, Nina, Nadiah, Faezah. ^_^

Tengahari itu, kami ada makan sempena deepavali di Saloma Bistro Kay El. Balik dari makan-makan, saya singgah di kedai kek membeli kek dan Nina juga membeli puding untuk kakak kesayangan kami itu. Cadang nak bagi nanti-nanti. Tengah jumpa dia bincang pasal kerja, bos contract datang tempat dia. Lepas tu kata kat aku, 'You tak wish birthday kakak you ke?' Hehe. Aku senyum sambil wish kat dia. Lepas dah bincang, aku pun balik tempat dan ambil kek terus bagi Ai Tee. Terperanjat dia. Hehe. Ingat aku tak tahu? Memang pun. Thanks Kerul bagitau. :p

Petang sikit, dia datang kat meja hulur takoyaki satu bungkus beli kat bawah. Katanya kongsi dengan Nina dan Khairul. Nampak tak what you give you get back? 

Ai Tee, happy birthday! Wish you all the best, may all your dreams come true, please, don't be too stress and get sick, enjoy your coming great years with your loved one and cepat-cepat dapat baby. I know you will be a great mother. Thank you for everthing.   

Love..

Wednesday, October 28, 2015

Kemahiran Mengurus Rumah & Wang

Selama ini mendengar keluhan dari kawan-kawan yang mempunyai rumah sewa mengenai penyewa masing-masing. Tak bayarlah, tak angkat telefonlah, tak bayar duit api airlah dan macam-macam lagi perangai manusia yang memang ada dalam dunia ni. Tak bermakna kita tak jumpa lagi, tiada orang macam tu. Dengar dari orang lain, sampai terfikir 'Ada juga orang macam ini. Dah duduk tu, bayarlah'. Tak kisahlah macammana kita nak klasifikasi ambil perempuan sahaja supaya terjaga rumah atau ambil yang dah berkeluarga, senang nak uruskan (tiadalah dia telefon minta betulkan apa-apa ke?) atau taknak ambil pelajarlah, nanti tak pandai jaga rumah. Mungkin ada benarnya, tetapi tidak semestinya. Perangai manusia ini tidak bergantung kepada yang dah keluarga, jadi matang sikit ke, perempuan pandai jaga rumah ke lelaki kurang sikit dan lain-lain. Perangai dan kematangan ini tidak bersandarkan pada status itu semua ya. Kalau awak seorang lelaki yang pembersih, kalah perempuan juga tau. Kalau awak dah berkeluarga, jadi bertanggungjawab membayar sewa bulan-bulan, sebab dah ada keluarga kot, takkan nak bagi keluarga duduk percuma sahaja, tidak juga ya, kalau memang culas nak bayar culas juga. 

Selama setahun saya menyewakan rumah kepada sepasang suami-isteri dengan amannya. Hanya mengambil bulanan sewa tanpa pernah tertinggal, tiga bulan yang lepas mula berlaku drama-drama kecil melibatkan mereka. Sudah mula tidak membayar duit elektrik, kerana saya menerima satu salinan yg dihantar ke rumah saya di Klang dan emak mulai pening. Rupa-rupanya penyewa saya sudah bercerai dan tidak mahu menyewa lagi. Baru juga tahu yang penyewa saya telah menyewakan dua lagi bilik di dalam rumah sewa itu kepada orang lain. Orang semakin susah untuk menyewa sebuah rumah. Terpaksa berkongsi rumah bersama orang lain. 

Selepas mereka berpindah, saya melihat rumah. Terdapat kebocoran paip sehingga menyebabkan rumah di tingkat bawah rumah saya dimasuki air. Terima kasih Asyraf kerana membantu saya menyelesaikan masalah tandas bocor itu. Macam-macam perlu dibuat selepas itu dan pada masa yang sama saya juga perlu membetulkan kerosakan rumah yang ditinggalkan. Paip bocor, dinding bertampal dan berpaku, pintu tidak boleh berkunci. Haha. Barulah nak mula fikir semuanya. Selama ini tenang sahaja mengambil duit rumah sewa. Kak Cik sudah mula bising menyuruh saya meneliti semua kerosakan di rumah itu sebelum menyewakan kepada penyewa baru. Itu adalah aset saya katanya. Haha. Selama ini tidak terfikir pun untuk mengambil tahu. Penyewa senyap, saya pun senyap sahaja. Semoga Kak Cik dapatlah bekerja di Hospital Sungai Buloh, dia dah ada rumah yang boleh diduduki. Boleh juga dia tengok-tengokkan rumah itu nanti. Mengambil kira sebagai aset saya, perlu menjaga sekarang. Terima kasih keluarga saya yang turut membantu menyelesaikan masalah rumah saya.  

Hampir dua bulan saya tiada penyewa, harap-harap selesailah semuanya bulan hadapan. Boleh dikatakan, saya punya belanja bulanan juga dari situ. Selain saya terpaksa bayar ansuran bulanan kepada bank, nak belanja lebih juga mula tersekat. Kemahiran mengurus wang saya memang ke laut. Kenapalah tiada matapelajaran Kemahiran Mengurus Wang semasa sekolah dahulu. Jadikan ia subjek yang perlu lulus cemerlang kerana ia adalah kemahiran yang sangat PENTING sehingga kita mati. Salahkan diri kerana suka tidak mengambil berat selama ini. Hehe. Saya pernah mengikuti satu talk MLM bersama kawan sekerja. Speaker bertanya berapakah banyak duit yang masing-masing nak ada? Kawan saya menjawab lebih dari RM1 juta. Saya, hanya perlu RM100 ribu sahaja. Haha. Nampak tak, duit juga tidak bercita-cita tinggi? Jom ubah. 

Azam tahun baru ini untuk mempunyai kira-kira belanja sendiri, mempunyai simpanan, dapat membantu orang lain dan konsisten untuk meneruskan azam itu. Konsisten itu minta aminkan lebih sikit ya. Seperti kata kawan saya, mungkin selama ini tidak susah, jadi rasa biasa sahaja. Dah susah baru nak berubah. Manusia. Sudah terantuk, baru terngadah.




Love..

Thursday, October 15, 2015

Hujung minggu bersama anak buah

Melihat kepayahan kakak saya menjaga anak seorang diri, kami adik-beradik dan keluarga berusaha untuk membantu yang mana boleh. Jika berdua, ada juga orang mahu disandarkan kepenatan. Apabila seorang diri ini, dia seorang diri menanggungnya dan kami seringkali terlupa bertanya keadaannya. Didoakan kakak saya sentiasa kuat dan tabah menjalani kasih sayang Allah ini. Kami juga perlu sedikit lebih kurang dan berusaha untuk membantu kakak saya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami.

Saya selalu memerlukan me time apabila hampir semua waktu cuti saya dipenuhi dengan aktiviti bersama ahli keluarga ataupun sahabat-handai (Alhamdulillah untuk penggunaan masa yang bermanfaat). Maka, saya merasakan Kak Mi saya memang sangat memerlukan masa itu. Penat kot jaga anak seorang diri. 

Maka, jika ada kelapangan, kami adik-beradik akan membawa anak-anaknya berjalan. Selain itu, kami pun dah sudah mula fikir macammana nak didik anak-anak buah ni jadi orang yang baik. Nak kena ajar adab, ajar commonsense, ajar nak kena jaga ibu bila besar nanti dan lain-lain lagi. Semua dah mula fikir. Nak menjadikan kami sekeluarga lebih baik lagi. 

Pada hujung minggu yang lepas, saya telah membawa anak buah saya ke majlis sambutan ulangtahun pertama anak sahabat saya Mikhail Irfhan yang pertama. Terima kasih atas jemputan Paie. Seronok mereka bermain di taman permainan dan teruja melihat swimming pool di situ. Siap Akmal menyuruh kami balik dan mengambil baju kemudian datang semula ke situ untuk mandi. Ala, siannya anak buah Alang ni. Lain kali ya sayang. 

Kesayangan Alang

Jom ke Shah Alam ke kita

Masa ini, diorang dilepaskan bermain sendiri

Alang melayan bersembang dulu. :)


Sesekali, pergi tengok tengah main apa

Boleh dah main sendiri

Kalau dengar kata, pasti akan bawa lagi

Akmal yang menangkap gambar ini

Peneman saya di hujung minggu.
Keesokannya, saya ke Selayang untuk menyambut hari jadi Mak Ina bersama Encik Anuar dan Cik Jamaliah di pejabat AMANAH. Hujung minggu bersama anak-anak buah saya. 


Selamat Hari Lahir Mak Ina



Love..

Potensi diri di Southgate

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pejam celik, sudah hampir hujung tahun, maka kami pekerja-pekerja contoh di pejabat akan 'menjual diri' untuk mengisi borang prestasi kerja selama setahun (Performance Management System - PMS) sambil menyatakan kejayaan yang dikecapi dan harapan untuk tahun akan datang. Alhamdulillah, saya jarang pening kepala untuk mengisi borang ini. Lagilah tahun ini, saya ambil yang tahun lepas punya dan menambah sedikit yang baru kerana saya akan dinilai oleh Ai Tee berbanding Mr. Wong tahun lepas. Ingatkan sudah hampir bijak, semasa mahu ditemuduga bersama Ai Tee, dia mahu melihat yang tahun lepas punya. Haha. Mujur ada sedikit yang saya ubah. Segan saya jika saya ambil semuanya tanpa tukar apa-apa.

Setelah setahun, banyak yang saya belajar. Sangat banyak. Selain kemahiran ilmu bekerja QS, saya juga belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik. Ai Tee seorang yang sangat banyak ilmu dan pantas. Apa yang saya lihat, dia mampu melakukan banyak tugasan. Kalau dapat buat banyak tugasankan dapat banyak pahala? Menarik bukan? Kerja dia memang banyak selesai. Di Southgate kerjanya lebih simple tetapi banyak dan mahu cepat. Huhu. Skil yang masih saya dalam usaha mahu gilap. Banyak lagi skil yang saya kena gilap. Antaranya :- 
  1. Kepantasan - Kalau urgent tu maknanya, kerja tu lebih urgent dari yang kerja urgent yang lain. Sila siapkan. Dan memang mereka buat kerja sangat laju. Susah gila nak kejar. Kena belajar ni.
  2. Bijak - fikir cara yang paling cepat tapi keputusan dia lebih kurang dengan cara yang biasa tapi mengambil masa yang lama. 
  3. Tahu apa yang dibuat - Saya mempunyai tabiat yang buat sahaja kerja janji siap. Bila Ai Tee tanya soalan lebih-lebih, mulalah tak tahu nak menjawab. Kamu kena tahu apa yang kamu buat. Dengan cara itu, lagi senang nak ingat. Contohnya harga bagi sesuatu barang, saya tanya Ai Tee, dia akan kata, "Kita pernah award, cuba check dekat kontrak sekian-sekian". Tanya benda lain pun macam tu juga. Semua harga dia tahu. Walhal dah lama gila kerja tu. Dia ingat. Sebab dia kata, dia faham apa yang dibuat. Jadi dia ingat.
  4. Kemahiran - Yang ini kena ada untuk senang buat kerja. Contoh, preliminaries tu dah kena tahu dah apa item yang memang kena ada. 
  5. Fokus - Kena tahu kerja yang kau tak boleh buat dengan kerja lain. Selesaikan satu persatu. Multi-tasking tu perlu, tapi untuk kerja besar-besar, kena selesaikan. Dan untuk kerja kecil-kecil seperti minta surat dan follow up dokumen, yang tu boleh sambil-sambil buat kerja lain.
  6. Komunikasi - Yang ini masalah saya yang bukan sahaja Ai Tee pening, tetapi juga Naziha. Cakap tak fikir. Cakap ikut cakap sahaja. Sekarang memang kena sebut dulu benda nak cakap, baru pergi dekat Ai Tee. Takut tercakap entah apa-apa. Dan kena sampaikan apa yang kamu nak sampaikan dengan tepat.
  7. Faham - Kena faham apa yang kamu buat. Bukan main buat sahaja. Dah kena pegang title senior tu dengan penuh tanggungjawab.
Alhamdulillah, sekarang boleh dikatakan dia agak percaya dengan saya. Syukur banyak-banyak. Jangan ingat dia segembira itu tanpa ada apa-apa kesusahan. Saya pernah menyebabkan Ai Tee menangis dahulu. Dia pernah menyuruh saya membuat kerjanya yang urgent. Oleh kerana Ai Tee seorang yang boleh membuat kerja, bos besar kami suka menyuruhnya membuat kerja. Iyalah, kalau kita jadi bos pun, kita mesti suka bagi kerja dekat pekerja yang pandai buat kerjakan. Selesai cepat jika dibandingkan dengan pekerja yang tidak berapa pandai membuat kerja. Maka, kerja itu penting dan boleh dikatakan saya tidak dapat membuatnya. Dia begitu marah dan geram dengan saya kerana dia datang awal ke pejabat untuk menyambung pekerjaan yang dengan harapan saya sudah habiskan. Tetapi, apabila dia sampai, dia melihat saya tidak menyiapkan tugasan itu. Oleh kerana terlalu geram dan penat kerana terlalu banyak kerja dan tak sanggup marah, perasaan itu dilepaskan kepada tangisan. Allah, perasaan saya waktu itu. Tak dapat digambarkan. Rasa bersalahnya begitu menghantui. Semenjak itu, saya terus membuat kerja dengan efficientnya. 

Ai Tee ni jenis yang dia bagi kita redah dulu. Salah tidak mengapa, dia akan back-up. Tapi, cuaklah jika salah. Mungkin sebab saya tidak dibesarkan begitu. Dahulu, siap senior saya memarahi jika saya menghantar e-mail yang salah tanpa menconsultnya dahulu. Tetapi, dengan Ai Tee, dia akan memberitahu apa salah saya dengan call sahaja. Saya yang perlu take note untuk tidak membuat kesalahannya di lain masa. Selalu buat review sebelum menghantar e-mail dan tugasan. Dan kalau boleh memanglah taknak buat salah. Tetapi kitakan manusia biasa. Saya pernah cuba mahu membuat sesuatu tugasan, tetapi niat mahu menunjukkan yang saya mampu. Tetapi, saya terlupa, semua kebolehan saya adalah dengan pertolongan Allah. Akhirnya, saya tidak dapat membuat seperti yang dirancang. Kena selalu banyak berdoa supaya sentiasa dibantu Allah dan didoakan sentiasa membuat sesuatu ikhlas kerana Allah. Nak didik hati ini susah sayang. Doakan saya. 


Saya senang bekerja dengan Ai Tee. Kerja memang selesai. Dia selalu memuji sahabat saya Khairul kerana kepantasan dan kecerdikannya dalam membuat kerja. Saya mengakuinya kerana setiap soalan yang ditanya saya kepada Kerul, hampir 97% ada jawapannya. Bijaknya pakcik ni. Saya menyimpan impian supaya dapat membuat kerja sepertinya. Sedang dalam proses pembelajaran dan pembaikpulih diri. Apabila bekerja dengan Ai Tee, kerja jalan dan saya pun sungguh tak sangka boleh menjadi seperti hari ini. Dipercayai. Ada potensi dalam diri saya yang Ai Tee berjaya gali. Seorang lagi insan yang perlu dikekalkan dalam diri ini. Saya sukakan dikelilingi oleh orang yang berjaya mengeluarkan the best in me. Itulah #relationshipgoals saya. Setiap manusia adalah terbaik jika ada orang yang berjaya mengeluarkannya. Yang penting belajar dan berusaha. Saya juga mahu menjadi seperti itu. Kalau dapat mengeluarkan potensi diri orang lain mestilah sesuatu yang gembira. Apa yang penting adalah ilmu. Marilah bersama berubah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH, kita pasti boleh.


Saya sempat menghadiri Forum Mempertahan Maruah Melayu pada 30hb September yang lalu. Bak kata Profesor Khoo Kay Kim, manusia bukannya ada kelemahan, tetapi bagaimana kita mendidik seseorang melalui pendidikan. Pendidikan sepatutnya menjadikan seseorang lebih sempurna. Kebanyakan orang sekarang berubah kerana terpaksa berubah. Sepatutnya kita berubah kepada yang lebih baik. Nasihat yang baik untuk semua. 
 


Barisan panel yang hebat

Peneman ke sana ke mari semasa weekdays.




Love..