Tuesday, October 13, 2015

Hari Raya AidilAdha

Oleh kerana Sabtu lepas, kami telah berkumpul bersama saudara-mara dan saya telah bercuti pada hari Isnin, maka sempena hari raya Aidiladha yang jatuh pada hari Khamis, saya tidak mengambil cuti Jumaat. Oleh itu, kami akan beraya di Klang sahaja.

Rumah ayah dah jadi seperti rumah nenek. Anak-anak dah datang beraya ke sini. Beginikah perasaannya. Begitu cepat masa berlalu. Allah, semoga Kau kuatkan tenaga emak dan ayah saya untuk mereka beramal kepadaMu ya Allah. Sesungguhnya, mereka telah menjaga aku dengan sempurna ketika aku masih kecil.

Emak memang sudah memasak rendang, Kak Chik pun sudah memasak kuah kacang. Semalamnya, ketika saya pulang dari bekerja, semuanya sudah siap. Hehe. Memang kurang membantu saya kali ini. Pagi raya, kami bersiap-siap untuk ke surau bersolat sunat. Gembira-gembira sahaja, sebab rumah dekat dengan surau.

Keluarga kecil kami berhari raya di Klang.
Missing Kak Long's family in the frame. We miss you Along. 

Menantu yang sangat membantu. Mina, sila kekalkan dia. Ngeh ngeh ngeh.

Daus sedang belajar cara memotong daging. Muzakir kata lulus. 

Go bae, go!
My forever adik. Tengah kongsi gelaran adik dengan Asyraf. 
Every love story is beautiful, but ours is my favorite. 
Petangnya, kami menyokong industri perfileman negara dengan menonton Polis Evo. Saya suka cerita yang mempunyai unsur keluarga. Saya bagi 7/10. Tidak mengantuk dan tidak pula sangat sakit hati ketika menonton filem itu. 

Semangat sangat pakai sweater bagai. Macam sejuk sangat.

Alternative kepada Mc. D, Texas Chicken. Tapau untuk orang rumah. 
Hari Jumaat pergi kerja dari Klang. Jalan raya super heaven. Emak dah bising, pukul 7 pagi tak keluar lagi. Biasanya, jam 6.45 pagi dah kena gerak, baru sampai ngam-ngam pukul 8. Hari itu, jam 7.15 pagi baru keluar. Jam 7.45 pagi dah sampai. Kalau hari biasa, dapat bayangkan lepas jam 8.30 pagi, mesti baru nak sampai pintu. Nak kata kereta tidak banyak, tipu betul, tapi tol naik juga. Jem-jem juga. Cuba jalan dah tak jem, mesti gembira sahaja orang nak pergi kerja. Tiadalah stress. Semoga Allah merahmati bumi Malaysia ini. 

Love..

Thursday, October 8, 2015

Majlis Perkahwinan Abu

Kisah percintaan Abu sangat mudah. Katanya dalam masa dua bulan sahaja berkenalan. Abu mengucapkan hari jadi kepada isterinya (masa itu belum lagi) di facebook. Cerita Abu, dia tidak ingat juga bila dia berkawan dengan isterinya, tetapi connection antara mereka berdua adalah pernah bersekolah di Maahad Kajang. Berkenalan dua bulan, isterinya membuat istikharah dan merasakan Abulah suaminya. Abu pula, buat juga, tetapi tidak merasa apa-apa. Haha. Ngek hang Abu. Tetapi, mahu mengambil tanggungjawab itu. Bulan puasa Abu berjumpa dengan kedua ibu bapa isterinya dan kemudian ibu bapa Khairiyah berjumpa dengan Pak Lang dan Mak Lang kami pula. Terus merancang untuk bertunang semasa raya ke-sepuluh nanti. 

Semasa mengacau rendang di hari puasa terakhir, nenek telah membuka cerita kepada saya. Jadi, tidaklah sangat terperanjat semasa seang berbuka puasa, tiba-tiba Pak Lang berdiri dan memberitahu berita gembira ini kepada kami semua. Mudah bukan jodoh mereka? Jika Allah kata Jadilah, maka jadilah. Dia akan menjadikan semudah-mudah urusan. Abu mengajak saya sekali di majlis perkahwinan itu, katanya jika majlis perkahwinan rumah Pak Lang, yang penatnya keluarga Pak Long juga dan begitulah sebaliknya. Hehe. Kamu betul Abu. Tetapi kali ini, semuanya catering, kurang sedikit penat. Saya perlu menyimpan duit untuk tidak menyusahkan saudara-mara. Semua perlu catering sahaja. 

Kesayangan

Sementara menunggu pengantin perempuan turun.

Selesai juga Abu.

Majlis pernikahan berlangsung di Semenyih, kami bertolak dari Klang bersama Pak Lang dan Ani. Nenek, Acik, Mok Teh dan Pak Busu dari Melaka. Dollah dari Bangi. Juga tidak ketinggalan Fatimah dan suami dari Pahang mewakili Mak Ngah yang sekarang berada di Sabah sempena menyambut kelahiran cucunya yang ketiga.







Selepas pernikahan, kami tinggal di homestay berdekatan yang disewa Abu dari jam 10 pagi sehingga 2 petang. Kata tuan punya homestay, itu merupakan kali pertama dia menyewakan orang begitu. Hehe. Tetapi, memang memudahkan kami untuk beristirehat. Terutama untuk nenek yang dari kampung. Pada jam 2 petang, kami ke rumah pengantin untuk majlis persandingan. Selepas semuanya selesai, kami pulang ke rumah. Mahu masak pula untuk doa selamat saudara-mara kami. Nenek memang terbaik, masuk dapur jam 6.00 petang, 8 malam dah siap lauk masak asam dan kuah lemak. Cuma tinggal masak nasi sahaja. Kami mengadakan tahlil selepas isyak. 


Keesokan harinya, majlis di rumah kami pula. Majlis berlangsung di surau berdekatan rumah kami. Alhamduillah, perjalanan majlis sangat lancar walaupun hujan lebat pada tengahari itu. Lauk semuanya habis. Semoga semuanya gembira. Perkahwinan yang menyatukan dua keluarga baru dan pastinya merapatkan lagi hubungan kami saudara-mara. Tidak sabar untuk majlis saya. Semoga semuanya dipermudahkan Allah juga. ;p

Malamnya pula, Pak Lang membeli lauk dari luar sahaja untuk mengelakkan kami perlu memasak. Menarik bukan? Semua untuk kesenangan bersama. Masa untuk bersantai-santai. Kami cuma memasak nasi sahaja. Sama juga keesokan harinya, Pak Lang membelikan sarapan untuk kami, cuma emak memasak nasi goreng kerana mempunyai lebihan nasi semalamnya. 

Hari Isninnya, saya bercuti. Wee~~. That is the best part. Penat kalah siapa yang berkahwin. Pengantin terus pergi berbulan madu di Langkawi pagi itu. Kami pula berjalan ke Petrosains membawa anak Mak Usu dan Pak Busu. Nenek pula sempat melawat saudaranya yang tidak sihat hari itu. 

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagiMu. Buat Abu dan Khairiyah, Selamat bercinta hingga ke syurga. 

sumber : google


Love..

Thursday, October 1, 2015

Bersih 4.0 untuk Malaysia yang lebih baik

Saya bercadang untuk menaiki keretapi laju ke Perlis pada cuti Merdeka yang lalu. Projek 6 tahun yang saya buat di Gamuda sebelum ini. Cadang mahu ke Langkawi dan balik singgah di rumah En Anuar sebelum menaiki keretapi  dari Padang Besar dan pulang ke KL Sentral. Projek saya bersama Miera, Lyza dan Faezah. Menarik bukan. Tetapi, kami terlambat membeli tiket dan telah habis. Maka, plan bertukar untuk cuti Merdeka lalu.

Saya dan Miera bersama-sama turun menyertai Bersih 4.0. Memang teringin membawa Miera merasai perasaan berdemo. Barulah namanya pembangkang, kata saya kepada dia. Hehe. Demo GST yang lepas, kami ada hal. Maka, inilah masanya. Cuak juga mulanya mahu turun sendiri. Selepas Amir berkata mahu turun sekali, semangat kembali membara. Jom Miera! 

Semasa kami menaiki LRT di Asia Jaya, sudah ramai orang yang memakai baju kuning. Wah, semangat dah membara. Baju saya belum dapat waktu ni. Cadangnya mahu berjumpa dengan Yi Hao di KL nanti. Tetapi, Yi Hao berkumpul di Pasar Seni dan kami di Masjid Negara. Tidak sempat juga saya memakai baju berwarna kuning. Pagi-pagi itu, Ai Tee sudah mewhatsapp saya perihal-perihal keadaan di KL. Sepupunya merupakan pekerja di pejabat DAP. Baju kuning pun saya beli melaluinya.

Saya dan Miera menaiki LRT sampai ke KL Sentral dan menukar Komuter untuk ke Stesen Komuter Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami menaiki keretapi yang sama. Selepas berjumpa Mak Ngah, Amir, Aiman dan Alin di Stesen KTM Kuala Lumpur, kami menapak ke Masjid Negara.

Keadaan di KL Sentral. Gelombang kuning sudah menunjukkan warnanya.
Props baju kuning di belakang menunjukkan kami sudah bersedia untuk Bersih. 4.0

Selepas mengerjakan solat Zuhur di Masjid Negara, beberapa ahli politik dari Keadilan, DAP dan Gerakan Harapan Baru memberikan ucapan di luar masjid. Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat. Semangat berjalan sudah membara ni. Allah. Selepas itu, kami beramai-ramai berjalan ke Dataran Merdeka. Sangat bersopan dan semangat. Semua orang dengan satu misi, menyatakan pendirian terhadap ketidaktelusan kerajaan Malaysia. Kami tiba berdekatan dengan Dataran Merdeka, tetapi tidak dibenarkan memasukinya. Hanya duduk disekelilingnya sambil bersantai-santai. Tema kali ini adalah duduk di KL selama 36 jam.

Harap maaf, kamera tidak dapat zoom. Hehe. 
Mari berjalan kaki secara santai di KL.
Wee~~
Semangat dengan kelengkapan tidur lagi, Tahniah.
Miera dan saya pulang pada petangnya. Ramai juga yang tinggal tidur di KL. Alhamdulillah, bantahan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dari pihak polis atau FRU. Sempat kami singgah di Masjid Jamek membeli tudung. Tanya saya kepada peniaga, tidak tutup kedai ke? Ada demo ni? Dia menjawab yang jika tiada gas dilepaskan, okay sahaja perniagaannya. Nampak tak siapa sebenarnya onar di situ?

Tahniah kepada semua yang hadir. Yang mendoakan juga terima kasih. Marilah kita berdoa semoga Allah sentiasa merahmati bumi Malaysia yang kita sayangi.

Love..

Sunday, September 27, 2015

50 benda rawak mengenai Nadiah

Memang kelakar. Banyak benda nak kena tulis di dalam blog ni. Bersih 4.0, Pakcik Yahaya, impian sempena memasuki umur 30 tahun, perkahwinan Abu dan Raya Korban. Tetapi, tiba-tiba teringin nak buat 50 random things about me selepas melihat youtube Aisyah Syakirah. Jadi, saya pun mahu mencuba. Mari kita mulakan.

  1. Saya sukakan warna ungu. Sebabnya, semasa bersekolah rendah, rumah sukan saya warna ungu. 
  2. Walaupun saya kidal, tetapi jika melihat orang menulis/menggunakan tangan kiri untuk membuat kerja, saya masih rasa janggal. 
  3. Anak ayah. Yup. Haha. Tapi, tengah cuba jadi bestfriend mak. 
  4. Saya suka makan siput sedut. Pernah makan tengahari bersama kawan lelaki ofis sambil menyedut siput. Sila terima saya seadanya. 
  5. Suka pizza hut. 
  6. Suka kek daripada coklat. Cheese cake, memang favourite. 
  7. Suka coklat daripada bunga.
  8. Dah ada empat bear kat atas katil, taknak lagi.
  9. Saya manja. Ada dua orang yang saya kira pendapat mereka memang boleh dikira betul menggelar saya begitu. En. Anuar dan Aizuddin Che Mat. 
  10. Tidak pernah bercinta dengan teman berlainan jenis. Saya suka orang berkali-kali, dan sekali ada orang suka saya. Itu sahaja. Kira sucilah hati saya. Hehe. 
  11. Saya suka makan sayur masa kecil. Sehingga masuk ke sekolah menengah dan tinggal bersama nenek, barulah belajar makan sambal dan makan pedas.
  12. Saya biasa memanggil adik-adik saya dengan panggilan sayang.
  13. Manakala adik lelaki saya Daus, kadang- kadang saya akan memanggilnya bae. 
  14. Memang reserve panggilan abang untuk suami tercinta. :p
  15. Dahulu seperti kurang selesa dengan lelaki yang menggelarkan diri dengan nama. Sekarang dah boleh terima. 
  16. Saya kalau penat, ada potensi untuk malas bercakap. 
  17. Nombor bukan bakat saya. Tarikh lahir, umur dan no telefon memang out. 
  18. Tapi, no telefon rumah dekat tepi sungai dulu masih ingat. 03-33732067
  19. Telefon pertama saya nokia yang ada torchlight.
  20. Saya suka hutan berbanding pantai.
  21. Suka kampung berbanding bandar. 
  22. Pernah pandai bermain roller blade.
  23. Boleh main chess.
  24. Tak kisah sangat pasal duit kalau tak terdesak. 
  25. Cepat fall in love dengan orang yang boleh main gitar.
  26. Senang suka kat orang yang baik. Baik=comel.
  27. Lagu boyband pertama yang hafal ialah As Long As You Love Me by Backstreet Boys. Siap tulis kat papan hitam lepas UPSR dengan budak sekolah dulu.
  28. Suka menari walaupun kayu sikit. 
  29. Seohyun is my bias dalam group Girls' Generation.
  30. Minat Taylor Swift dari lagu Teardrops on My Guitar lagi.  
  31. Pernah suka bawa kereta sampai semua kereta orang pun nak bawa sebelum ada kereta sendiri.
  32. Dulu masa sekolah rendah, suka sangat Matematik sampai pernah dapat 100 markah ujian. 
  33. Cikgu Matematik masa darjah 6 siap panggil Naza sebab menggabungkan nama sendiri dengan ayah.
  34. Takde bakat seni sangat. 
  35. Suka sangat makan laksa. 
  36. Dulu masa tinggal kat kampung, kalau ada orang meninggal je, malam tu mesti tidur dengan nenek. Takut. Hehe. 
  37. Pernah jadi bendahari Pengawas walaupun akaun out.
  38. Saya senang nak tidur. Sepanjang hidup, sekali je tak dapat tidur. Masa tu baru rasa perasaan orang yang tak boleh tidur ni. Penat. Alhamdulillah untuk itu.
  39. Kategori perempuan berdahi licin. Haha. Walaupun muka penuh dengan jerawat, dahi maintain cun.
  40. Agak stabil bila berkomunikasi dengan orang luar. tapi, dengan adik beradik, kalau geram tu mesti ternaik suara.
  41. Suka tengok orang pakai cermin mata. Rasa macam bijak je.
  42. Tak percaya dengan bestfriend lelaki. Hati senang fall in love, so kena jaga.  
  43. Pernah beli handbag kurang dari 5 kali seumur hidup.
  44. Suka Wardina, Irma Hasmie, Amy Mastura dan Izreen Azminda sebelum diorang pakai tudung lagi. Jadi, gembira sangat bila diorang pakai tudung. Sekarang tengah doa untuk Tiz Zaqyah. 
  45. Kebanyakan memori adalah jangka pendek. Kecuali jika diblog/instagram kan. 
  46. Suka buah betik.
  47. Movie kesukaan, Hum Saath Saath Hain.
  48. Suka bawa kereta tak pakai selipar.
  49. Belajar erti hidup banyak dari melihat dan mendengar dari membaca.
  50. Randomness ni pun jenuh nak fikir. Dua tiga hari juga nak post blog ni. Nampak sangatlah bukan saya, random2 ni. Haha. 

Ok, nak kena tulis blog pasal cerita lain pula. Kak cik dah tulis pasal raya. Kena lawan ni. Hehe.  

Love..

Tuesday, September 8, 2015

Kesayangan Alang

Peristiwa 1
Di ruang tamu. Baru balik pergi membeli-belah. Ada beli selipar baru dan mahu mencuba pakai. Tetapi, diikat tali kedua-dua kasut itu. Maka,


Aku : Abang Afiq, tolong Alang potong tali ni guna pisau kat dapur. 
Afiq : *malas layan*
Aku : Abang tolonglah. (Selepas memujuk beberapa kali)
Afiq : Ok. 
Aku : Baik-baik.
Tiga minit kemudian, dia datang balik dengan kasut yang sudah boleh dicuba pakai. 
Aku : Terima kasih.
Afiq : Hmm.
(Dalam kepala dah bayang, ni mesti dia letak sahaja tali dekat tepi tempat pisau tu.)
Aku : Abang, buang tak tali yang awak potong tadi dalam tong sampah? 
Afiq : *senyum*
Aku : Astaghfirullah. Pergi ambil dan buang dalam tong sampah. 
Afiq : *mengikut arahan* 


Peristiwa 2
Di majlis kenduri aqiqah anak kawan Kak Mi saya. Semasa mahu pulang selepas semua sudah makan, Kak Mi saya masuk ke dalam rumah untuk berjumpa kawannya. Saya bersama anak buah saya menunggu di khemah kerana hujan lebat ketika itu. Akmal sedang meratah ayam goreng. Tiba-tiba dia meludah isi ayam yang telah dihisap ke lantai.


Aku : Abang, mana boleh buang sampah merata-rata. Nanti penat orang nak kutip.
Akmal : Tak boleh ke Alang? 
Aku : Tak boleh. Buang sampah kat tong sampah. Abang Akmal tak menyusahkan orang, dapat pahala tau. 
Akmal : Habis macammana nak ambil? 
Aku : Ambil tisu ni dan ambil isi ayam tu. Buang dekat pinggan ni. 
Akmal : *Buat seperti yang disuruh*


Peristiwa 3 
Balik kenduri, masing-masing nak solat Asar. Afiq dan Akmal menggunakan kedua-dua sejadah yang ada di dalam bilik emak. Saya pun solat sahaja di atas karpet dalam bilik emak tanpa sejadah. Tengah-tengah solat, Akmal datang mahu meletak sejadah kerana dia sudah selesai bersolat. Dia melihat saya solat tanpa sejadah dan terus membentang sejadah untuk saya. Allah, comelnya. Nak nangis saya dalam solat. Teringat pula lecture Ustaz Nourman Ali Khan, anak-anak ini perhiasan dunia ni. Hehe. Nampak tak fikir macam-macam masa solat? Astaghfirullah. Lepas solat, saya pergi ke dia yang sedang bermain bola bersama Afiq. Dia kelihatan segan dengan apa yang telah dia lakukan. Hehe. Kemudian, saya peluk dan cium dia dan kata terima kasih dan kemudian meninggalkannya menyambung permainan. Tahu, segan ya. 

Peristiwa 4
Kelemahan anak buah saya adalah suka menonton televisyen secara dekat. Biasanya saya akan kata, "Masuk dalam tv tu Akmal atau Afiq atau Asyraf". Kalau saya tengah berdiri, saya akan angkat mereka dan mahu masukkan kepala mereka ke dalam tv. Akmal kalau masa nak melawan tu, memang akan menjawab, "Tak masuk pun". Afiq pula, dia akan bergerak ke belakang tetapi kepala pula dia ke depankan. Sama juga. Ahad lepas, mereka menonton kartun dengan jarak yang memang kau akan geram sahaja kalau tengok. Hari-hari cakap jangan tengok dekat-dekat pun masih buat juga. Saya tengah duduk membaca surat khabar, mulut pun laju je cakap, "Masuk dalam tv tu sayang. Masuk". Mesej tu untuk abang-abang yang besar yang dah boleh fikir tu. Sekali, Asyraf pula yang mengensot ke belakang sedikit. Dia pandang saya dan cakap, "Kang (belakang)* - Dengan comelnya. *Saya cair kat situ juga*   


Teringat satu status Ustaz Hasrizal menceritakan bagaimana anaknya meletakkan pinggan selepas dibasuh secara salah (tidak terlangkup, terbuka sahaja). Faham sudah sekarang. Memang semua benda nak kena beritahu. Macam mereka tidak berfikir. Haha, Budak besar sekarang pun dah jarang berfikir tau, apatah lagi kanak-kanak. Maka, selagi daya, membebellah nak beritahu benda baik dan buruk sesuatu perkara itu kepada mereka. 

Anak-anak ini ibarat kain putih, kitalah yang akan mencorakkannya. Ibu-bapa termasuk nenek atok dan makcik pakcik sekali yang menolong lukis di atas kain awak itu. Hehe. Doa yang baik-baik sahaja untuk awak semua. Semoga menjadi anak yang soleh, penyambung pahala ibu ayah bila besar nanti sayang. Alang sayang kamu banyak-banyak.




Love..