Thursday, April 4, 2013

Lawatan Tapak @ Sungai Siput Part 1

Semenjak saya menjadi QS, benda yang paling jarang saya lakukan adalah lawatan ke tapak projek. Sunggulah tidak QS. Tetapi selalu balik lewat malam. Ok, macam QS sudah. Adakah definisi QS ditafsirkan begitu? Entah, saya juga tidak tahu. Haha. Walaupun tapak projek kami yang paling dekat dibandingkan dengan Bukit Mertajam atau Padang Besar yang lebih jauh. Aishh. Hehe. Jadi, jika mempunyai kesempatan ke tapak, walaupun rasa nak demam atau sudah demam, saya gagahkan juga ke sana. Sebab jarangkan? Benda bukan selalu dapat ini kena hargai betul-betul.

Baru-baru ini kami berpeluang ke Sungai Siput membawa budak praktikal supaya memudahkan mereka membuat laporan selepas latihan industri ini. Wah, ini sudah berita gembira. Tidak berada di pejabat dan ke site memang mengujakan. Faezah membuat temujanji dengan engineer di sana. Selama ini bercakap melalui telefon sahaja, akhirnya kami akan bertemu empat eh, berbelas-belas mata. Dia akan membawa kami  ke sepanjang kawasan dari Tanjung Rambutan ke Kuala Kangsar. 

Kami bergerak dari pejabat jam 6.45 pagi Khamis dan berjanji untuk berjumpa Khong (engineer) di Shell  selepas exit Ipoh. Biasanya jika turun ke Sungai Siput, destinasi kami pasti ke site office sahaja. Alhamdulillah, pengalaman pertama kali membawa trainee dan bertindak sebagai ketua dipermudahkan ALLAH. Kami berjaya membawa mereka bersarapan di Tapah dan sempat sampai 10 minit sebelum masa yang dijanjikan. Selama ini duduk di dalam kereta sahaja tanpa merancang perjalanan. Senior yang berjanji bagai dengan orang site. Pengalaman namanya. Saya suka.

Perjalanan kami dimulai dengan melawat kawasan Faezah dahulu. Khong sangat membantu. Sebelum memulakan perjalanan terlebih dahulu dia menceritakan latar belakang projek ini kepada trainee kami. Secara kasarnya, terdapat empat structure yang besar terlibat di dalam projek ini. Rail Bridge(RB), Road Over Bridge(ROB), Road Under Bridge(RUB) dan Pedestrian Motorcycle Bridge (PMB).

Tapak pertama kami adalah ROB di mana track berada di bawah jambatan.  Gambar di bawah merupakan dari atas ROB Tanjung Rambutan. Sudah hampir siap. Kata Khong, hujung November ini sepatutnya semua sudah dihandover. Kerja saya bertambah banyak. Argh, harus merancang sekarang bagaimana mahu mengatasinya sekarang. Selama ini seperti tidak berguna pulang lewat tetapi masih tidak dapat deliver hasil kepada En. Nadzri. Rancang Nadiah. Semoga ALLAH beri kekuatan dan ilham untuk mengatasi dan menyempurnakan tugasan ini.

 
Sampai di site sudah siap di peringkat ini. Haha. Tidak langsung nampak secara progressively.

Parapet high containment digunakan di atas track untuk mengelakkan kenderaan kemalangan dan terhumban ke track, sementara low containment digunakan di tempat biasa di atas jambatan.

Pertanyaan demi pertanyaan daripada kami dijawab oleh Khong dengan sabar.

Khong sedang menerangkan mengenai retaining wall 


Inilah RUB. Jalanraya di bawah track. Road Under Bridge. Pun dah siap. ;)

Column diikat dengan tie beam untuk mengelakkan kereta yang terbabas melanggar terus dinding retaining wall dan merosakkan structure selain lebih mudah dibaiki selepas kemalangan.

Khong yang sangat membantu. Tengok tangan Nadiah tu, gatal je nak main muka. Ish. Ish.

River protection- menahan hakisan tanah oleh sungai yang mengalir - di bawah rail bridge (RB) 

RB - track di atas jambatan dan di bawahnya sungai. 

Oleh kerana terlalu panjang, pier diperlukan untuk menampung beban di tengah-tengah jambatan. 

Trainee Faezah dari TAR College - mereka meneka umur saya 37 tahun dan Faezah 35 tahun. Haha. Katanya muka kami seperti orang yang sudah berpengalaman 10 tahun. 

SL1M trainee. Skim Latihan 1 Malaysia. Zamir dah Ilani

Kami berhenti rehat makan tengahaari dibelanja oleh Khong di KFC. Boleh claim company katanya. Terima kasih Khong. Setakat ini dahulu coretan perjalanan kami. Nanti saya minta gambar lain dari trainee. Telefon saya telah tersalah letak sepanjang lawatan kami menyebabkan saya tidak dapat menangkap gambar menggunakan telefon. Sudah mahu pulang baru terjumpa kembali. Telefon bersepah-sepah. Hehe.

Satu malam ketika saya sedang stayback, Kenny datang ke pejabat semula untuk menjemput adik iparnya. Kami berborak agak lama. Kami berbincang mengenai masa depan. Masa depan gitew. Hihi. Pengalaman dan umur yang semakin meningkat. Mendengar kisah Kenny menyebabkan saya terfikir masa depan saya juga. Sampai bila mahu diteruskan kerja begini dan pulang selalu lewat? Setakat ini tiada komitmen masih boleh bertahan. Masa saya untuk orang-orang yang tersayang hanyalah pada hujung minggu. Hari Isnin sehingga Jumaat dan kadang-kadang Sabtu dihabiskan di pejabat. Alhamdulillah, saya berjumpa dengan kawan-kawan sepejabat yang sangat baik. Jika tidak, mahu saya bertambah stress. Tetapi, dari segi pembelajarannya dan cara kerja, saya rasakan sangat tidak sihat untuk tubuh badan. Masih ada potensi dalam diri saya yang belum saya terokai kerana sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada. Ada kala terfikir untuk tidak meneruskan semua ini, tetapi masih tidak nampak caranya. 

Ya ALLAH, semoga semua urusan aku di dunia ini dapatlah digunakan sebagai pahala di akhirat kelak. Mudahkan urusan dan tabahkan hati-hati kami Ya ALLAH menghadapi semua ujian dan kasih-sayangMu.

Love.

Monday, April 1, 2013

Selamat Pengantin Baru Suriani a.k.a Sue


Seorang lagi budak rumah saya telah selamat menjadi isteri orang. Mood : Happy. Dapat berjalan-jalan dengan gembiranya. Berada di rumah Achik di Kelantan pada hari Jumaat memang nikmat. Tak kira di mana sahaja dan tidak di pejabat. Hihi. Kami berempat, Mak Ina, Shima dan kawan baiknya Rabiatul Adawiyah, tapi panggil B sahaja dan saya sempat ke gulai budak rumah saya di Terengganu. Kami menaiki bas dari Putra ke Kelantan pada malam khamis. Sampai di Kelantan, kami dijemput Achik dan terus ke Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Dapat bersolat berimamkan Tok Guru Nik Aziz memang sayu. Suara Tok Guru seperti kurang sihat disamping tidak menyampaikan tazkirah pagi yang biasa dilakukan. Saya berdoa ALLAH memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuknya dan berjaya melihat Islam berjaya ditegakkan di tanah kesayangan saya Malaysia.  

Merayau-rayau di belakang masjid dan terjumpa ini bersebelahan masjid.

Orang menunggu untuk mentahnik anak mereka.

Kami menghabiskan pagi Jumaat di rumah sahaja sambil melanggan Bunohan di Astro First sahaja. Selain itu memasak sahaja untuk makan tengahari. Malam baru kami keluar untuk mencari makanan. Oleh kerana tidak keluar berjalan-jalan maka, tiada ole-ole untuk semua orang. Hehe.

Pada Sabtunya kami bergerak dari Kelantan seawal jam 8.30 pagi. Melalui jalan pantai memang mendamaikan. Perjalan mengambil masa 3 jam. Sesampai di rumah Sue, majlis pernikahan telah selesai dan sempoi juga perkahwinannya. Sue sedang diinai oleh adiknya. Sementara menunggu majlis kenduri. Semakin saya berjalan-jalan melihat majlis orang lain, saya rasakan semakin sempoi-sempoi sahaja sahabat saya ini berkahwin. Tidak tertekan langsung. Secara luaran, dalaman kurang pasti. Semoga begitu juga.

Pelamin yang cantik. Simple tapi cantik.

Begini rupanya memakai inai bercorak-corak itu. Seperti pelekat yang berlubang-lubang mengikut corak yang dikehendaki. Boleh dibasuh dan diguna semula.


Wakil budak rumah No. 86. Seorang-seorang keluar. Tahniah korang. Lepas ni kita pula. *wink*

Tolong touch-up inai bagi sama warna. Shima ni terkenal dengan ketelitiannya, maka dia terpilih untuk tugas ini.

Kawan baik Shima. Rabiatul Adawiyah. Cantiknya nama.

Jam 2 baru berarak. Lepas Saiful datang, terus kami pulang.

Doa untuk Sue dan Saiful, 

" Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini.

Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini." Amin.
 

Perjalanan pergi dan pulang kami memang dihiasi dengan kibaran bendera-bendera parti seperti sudah mahu pilihanraya. Eh, memang pun sudah nak dekat cuma belum tahu tarikh sahaja. Perang bendera di Terengganu memang sudah bermula. Cepatlah pilihanraya, tak sabar nak memangkah ni.


Maaf, bulan lagi tinggi ya.



Kami singgah di pantai sebentar untuk merasa sotong goreng tepung dan udang goreng tepung yang digembar-gemburkan sedap di pantai timur itu. Malangnya mungkin kami tersilap jalan, sukar untuk kami menemui deretan kedai makan yang menjual makanan itu. Cuma terjumpa sebuah restorang lantas menyebabkan kami menyinggah. Oleh kerana satu-satunya kedai yang buka, pekedai itu seperti acuh tidak acuh melayan kami. Mungkin kerana semua orang bertumpu ke kedainya. Sudahlah mahal. Haha.

Muka sabar dan eksaited nak makan gorengan ni.

Udang dan sotong goreng tepung. Shima kata sedap. Saya makan saja.


Eh, samalah baju dengan langit. Terima kasih Achik bagi pinjam baju yang cantik ini. Hehe.

Kami pulang ke Selangor menaiki kapal terbang kerana ada harga promo dari Air Asia. Tetapi jam 8 pagi ya penerbangannya. Tidak mengapa kerana memang sesuai untuk Achik menghantar kami dan terus ke tempat kerja kerana Ahad merupakan hari bekerja di Kelantan. Achik, terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau tertinggalkan barang-barang di rumah Achik. Tetapi, saya memang gembira bercuti di sana. <3>
Tengah tunggu pilot panggil masuk dalam kapal.

Selamat tinggal bumi Kelantan. InsyaALLAH, pasti datang lagi.

Kami sampai di LCCT terus mencari makanan. Kelaparan melanda, mujur masa penerbangan sejam sahaja. Dari LCCT kami menaiki bas ke KL Sentral dan kemudian menaiki LRT ke Asia Jaya. Setelah itu menaiki teksi ke rumah kami. Wah, semua kenaikan kami naik untuk sehari itu. Mujur tiada beca di sini.  

Gambar saya ambil di KL Sentral. My bias. Hehe.

Petang itu selepas sempat mencuci baju, adik lelaki saya menelefon dan memberitahu nenek Sa'abah datang ke rumah kami sempena cuti sekolah bersama Achik Oya dan anak-anaknya. Saya pulang ke Klang malam itu juga. Maaflah, tiada ole-ole yang dapat diberi kepada nenek saya kerana saya memang tidak berjalan-jalan di Kelantan dan Terengganu membeli ole-ole. Cukuplah saya sebagai hadiah yang best untuk nenek. Ok. Sila muntah kawan-kawan. Haha.  

Love. 

Monday, March 4, 2013

Feed The Homeless @ Masjid Jamek KL

Antara keinginan saya sebelum mempunyai kereta ialah memberi makanan kepada gelandangan di KL. Ada beberapa kumpulan NGO yang melakukan aktiviti sukarela ini, saya pernah baca beberapa antaranya MRA, satu yang Mat Lutfhi join, ada Maria Elena juga join (ini semua nama bloggers ya). Budak pejabat saya pernah menyertainya dan dia berjanji akan membawa saya selepas saya mempunyai kenderaan berbumbung kelak. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan dan mudahkan. Khamis yang lepas, Anis, Faezah, saya dan seorang kawan Anis berkesempatan menyertai program ini. Program di bawah 1charity at Masjid Jamek.

Selepas maghrib dan makan malam berdekatan dengan pejabat, kami bergerak ke KL. Program yang biasanya dimulakan jam 9.15 malam itu memang bersebelahan dengan Stesen LRT Masjid Jamek. Semasa kami tiba, sudah ramai orang berkumpul di dataran itu dan sedang menonton tayangan yang disediakan pihak pengajur. Cerita yang dipasang malam itu merupakan filem santai iaitu Wawa Semput. Ramainya memang diluar jangkaan saya. Ada hampir 100 orang saya kira. Tidak kira bangsa, agama dan umur. Ada beberapa keluarga juga turut serta. Saya terfikir, adakah mereka memang tidak mempunyai tempat tinggal? Semasa kami tiba, makanan yang ditaja oleh JAWI masih belum tiba. Kami diberi taklimat ringkas oleh penganjur. Nasihat dan Do's and Dont's diberikan adalah seperti:-
  1.  Memberi dengan kasih sayang. Kami bukan sekadar memberi makanan, tetapi juga memberi kasih sayang kepada mereka.
  2. Tidak memberi sebarang wang atau maklumat diri kepada gelandangan untuk mengelakkan disalahguna oleh mereka.

  3. Tidak bertanya soalan sensitif seperti kenapa ada di sini dan di mana keluarga mereka sekarang.
  4. Sentiasa tersenyum.
  5. Tidak menunjukkan sebarang reaksi/sebolehnya mengawal reaksi terhadap bau badan mereka.
  6. Tidak mengambil gambar mereka secara terlampau. Seminimal yang mungkin dan tidak menggunakan flash.
  7. Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa penyediaan makanan untuk  mengekalkan kebersihan, tetapi semasa memberi makanan kepada gelandangan, tidak perlu memakainya.  

Abang Din. Lupa dah nama penuh dia. Kira otai ar. Bagi briefing kat newcomer.

Kusyuk tak kitorang? Hehe.

Tayangan slaid - Wawa semput. Saya pun turut serta. Belum pernah tengok lagi. Wayang free. :D

Sebahagian dari gelandangan yang hadir. Sangat behave. Mungkin sudah biasa.  

Anis dan kawannya. Marlia kalau tak silap namanya. TQ Anis bawa kami.

Semasa taklimat, makanan tiba. Sukarelawan yang regular dan senior seperti biasa mengisi makanan di dalam pinggan kertas. Lauk ikan keli, sayur suhun dan sambal belacan merupakan rezeki mereka malam ini. Saya berpendapat, mungkin keluarga yang datang itu mempunyai rumah, tetapi jarang dapat merasai lauk semewah ini (Bersyukurnya saya dapat merasai makanan ini sendiri jika saya inginkan.) Kami lihat anak-anak kecil ini menikmati dengan seronok. Ya ALLAH, permudahkan segala urusan mereka Ya ALLAH.  

Kami mengambil tempat untuk memberi makanan. Setiap orang diberi peluang memberi kepada lima orang dan kemudian beratur kembali sehingga semua orang mendapat makanan. Bagus juga, tidak terasa sangat penat dan semua orang merasa memberi makanan kepada gelandangan. Anis dan kawannya ditugaskan memberi kuih-muih.

Penyediaan memberi makanan - bahagian air.

Bahagian makanan.

Lauk ikan keli, sambal belacan dan sayur suun. Alhamdulillah. 

  
Sudah mula mengedarkan. Senyum dan bagi bersama kasih sayang ya sayang. 

Mereka yang sedang menunggu giliran untuk memberi dan diberi.

Kami menunggu sehingga mereka habis makan. Kemudian, ada bungkusan makanan diedarkan untuk mereka membawa pulang. Selepas habis, kami mengemas tempat persekitaran. Sukarelawan yang mempunyai kesempatan, diajak mengikut senior memberi makanan kepada gelandangan yang tidak dapat hadir ke sini. Mencabar dan lebih mengetahui situasi sebenar mereka yang susah ini. Kami tidak mengikuti program itu kali ini kerana esok perlu bekerja. Mungkin di masa yang lain. Pengalaman yang menginsafkan. Bersyukur dengan semua rezeki dan kasih sayang yang ALLAH beri. Terima kasih ALLAH atas pengalaman ini. 

Selesai. Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghulurkan kasih sayang kepada mereka. 1 charity at Masjid Jamek ini menjalankan aktiviti pada Khamis dan Jumaat malam bermula jam 9.30 malam dan bertempat bersebelahan dengan stesen LRT Masjid Jamek. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Marilah bersama-sama mensyukuri nikmat ALLAH dengan menghulurkan bantuan tenaga anda di sini.  
    Di sebalik gahnya bangunan ini, masih ramai yang memerlukan bantuan di sini.


    Love..

Wednesday, February 20, 2013

Girls Trip - Broga

Adik-adik saya yang tercinta Nafisah dan Naziha beria-ia mengajak saya memanjat Bukit Broga. Saya pernah memanjatnya sebagai latihan sebelum ke Gunung Kinabalu. Ketika itu, saya cuma mengikut pekerja Gamuda sahaja tanpa mengetahui jalan. Mujur ada satu application di dalam smartphone yang sangat membantu pemandu-pemandu di jalanraya mencari lokasi lantas menjadikannya buta jalan kerana bergantung penuh kepada telefon bijak sahaja. Tetapi tidak mengapa. Sila gunakan teknologi sehabis baik ya. :D

Terima kasih juga kepada Daus kerana meminjamkan telefon bijaknya. Oleh kerana telefon saya separa bijak (tak cukup memory), saya telah menginstall waze di dalam telefon Daus dan diangkut sekali bersama kami pada pagi Isnin minggu yang lalu. Tanda adik saya masih solo, tidak peduli telefon ada di tangan atau tidak. Hehe.

Mekna, Joy dan Min menunggu kami di PJ sahaja dan kami berkonvoi bersama waze di pagi yang gelap gelita itu. Kami berjaya sampai ke kaki Bukit Broga kira-kira jam 5.30 pagi. Sementara mencari parkir yang sudah hampir penuh, jam sudah mencecah ke angka 6. Sudah ramai orang yang mendahului kami rupanya-rupanya. Ingat kami dah awal dah. Pagi sungguh berjaga hari itu. Kalau hari-hari macam ni, mesti murah rezeki saya. Berpagi-pagian itukan sunnah. :D

Baru lepas solat subuh. Check point yang pertama. Lihat di belakang gambar, masih ada yang perlu didaki lagi.


Yang berbaju hijau itu kawan Nafisah, Amal.


Matahari segan-segan nak keluar. Kami tidak berjaya melihat matahari terbit. Ada sesi lain lepas ini mungkin. Jom sedara-sedara saya.

Di separuh perjalanan ke check point yang kedua. Dua saja pun. Hehe.

Dah nak sampai atas, jalan agak landai dan berumput.

Tidak lama juga di check point kedua, kami memulakan perjalanan turun.

Kawasan berbatu-batu. Semasa naik tadi tidak nampak kerana masih gelap.

Kecuraman.

Masih ramai yang mahu mendaki. Aktiviti yang sihat. Sesuai untuk seisi keluarga.  



Kami sudah selesai, giliran mereka pula memajat. Turun dulu ya. :D


Berjaya sampai ke kaki bukit kembali.

Naziha mempunyai kawan yang tinggal berdekatan dengan Bukit Broga. Katanya, jika kita sampai di puncak, akan ada papan tanda bertulis Puncak Broga. Kami tidak jumpa. Maknanya, tidak sampai ke puncak lagi. Hehe. Perlu ada rancangan di lain kali untuk sampai ke puncak dan seterusnya bermandi-manda di Sungai Tekala. Mari-mari sesiapa yang mahu mengikutnya. Sarapan sebelum mendaki, sila bawa lampu suluh, jiwa yang tenang dan semangat yang kental untuk mendaki. Di samping itu, persiapakan muka yang ceria untuk bergambar jika selepas ini tidak mahu mendaki lagi. Sekurang-kurangnya sudah ada gambar yang comel di atas Bukit Broga. Bukti tu.

Meluangkan masa bersama adik-adik memang gembira. Saya jarang keluar bersama adik-adik saya. Ya lah, sudah jumpa di rumah sampai jemu tengok muka masing-masing. Nak keluar lagi. Memang tidaklah. Haha. Rupanya, bila keluar ini perasaan dan suasananya berlainan sekali. Saya lebih rapat dengan mereka. Lepas ini, kita plan pergi bercuti dengan mak dan ayah sekali ya sayang. Tak pun, korang rancang, akak sponsor duit dan kenaikan. Hihi. ;p . Alhamdulillah atas nikmat ini Ya ALLAH.  

Love..