Monday, April 1, 2013

Selamat Pengantin Baru Suriani a.k.a Sue


Seorang lagi budak rumah saya telah selamat menjadi isteri orang. Mood : Happy. Dapat berjalan-jalan dengan gembiranya. Berada di rumah Achik di Kelantan pada hari Jumaat memang nikmat. Tak kira di mana sahaja dan tidak di pejabat. Hihi. Kami berempat, Mak Ina, Shima dan kawan baiknya Rabiatul Adawiyah, tapi panggil B sahaja dan saya sempat ke gulai budak rumah saya di Terengganu. Kami menaiki bas dari Putra ke Kelantan pada malam khamis. Sampai di Kelantan, kami dijemput Achik dan terus ke Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Dapat bersolat berimamkan Tok Guru Nik Aziz memang sayu. Suara Tok Guru seperti kurang sihat disamping tidak menyampaikan tazkirah pagi yang biasa dilakukan. Saya berdoa ALLAH memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuknya dan berjaya melihat Islam berjaya ditegakkan di tanah kesayangan saya Malaysia.  

Merayau-rayau di belakang masjid dan terjumpa ini bersebelahan masjid.

Orang menunggu untuk mentahnik anak mereka.

Kami menghabiskan pagi Jumaat di rumah sahaja sambil melanggan Bunohan di Astro First sahaja. Selain itu memasak sahaja untuk makan tengahari. Malam baru kami keluar untuk mencari makanan. Oleh kerana tidak keluar berjalan-jalan maka, tiada ole-ole untuk semua orang. Hehe.

Pada Sabtunya kami bergerak dari Kelantan seawal jam 8.30 pagi. Melalui jalan pantai memang mendamaikan. Perjalan mengambil masa 3 jam. Sesampai di rumah Sue, majlis pernikahan telah selesai dan sempoi juga perkahwinannya. Sue sedang diinai oleh adiknya. Sementara menunggu majlis kenduri. Semakin saya berjalan-jalan melihat majlis orang lain, saya rasakan semakin sempoi-sempoi sahaja sahabat saya ini berkahwin. Tidak tertekan langsung. Secara luaran, dalaman kurang pasti. Semoga begitu juga.

Pelamin yang cantik. Simple tapi cantik.

Begini rupanya memakai inai bercorak-corak itu. Seperti pelekat yang berlubang-lubang mengikut corak yang dikehendaki. Boleh dibasuh dan diguna semula.


Wakil budak rumah No. 86. Seorang-seorang keluar. Tahniah korang. Lepas ni kita pula. *wink*

Tolong touch-up inai bagi sama warna. Shima ni terkenal dengan ketelitiannya, maka dia terpilih untuk tugas ini.

Kawan baik Shima. Rabiatul Adawiyah. Cantiknya nama.

Jam 2 baru berarak. Lepas Saiful datang, terus kami pulang.

Doa untuk Sue dan Saiful, 

" Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini.

Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini." Amin.
 

Perjalanan pergi dan pulang kami memang dihiasi dengan kibaran bendera-bendera parti seperti sudah mahu pilihanraya. Eh, memang pun sudah nak dekat cuma belum tahu tarikh sahaja. Perang bendera di Terengganu memang sudah bermula. Cepatlah pilihanraya, tak sabar nak memangkah ni.


Maaf, bulan lagi tinggi ya.



Kami singgah di pantai sebentar untuk merasa sotong goreng tepung dan udang goreng tepung yang digembar-gemburkan sedap di pantai timur itu. Malangnya mungkin kami tersilap jalan, sukar untuk kami menemui deretan kedai makan yang menjual makanan itu. Cuma terjumpa sebuah restorang lantas menyebabkan kami menyinggah. Oleh kerana satu-satunya kedai yang buka, pekedai itu seperti acuh tidak acuh melayan kami. Mungkin kerana semua orang bertumpu ke kedainya. Sudahlah mahal. Haha.

Muka sabar dan eksaited nak makan gorengan ni.

Udang dan sotong goreng tepung. Shima kata sedap. Saya makan saja.


Eh, samalah baju dengan langit. Terima kasih Achik bagi pinjam baju yang cantik ini. Hehe.

Kami pulang ke Selangor menaiki kapal terbang kerana ada harga promo dari Air Asia. Tetapi jam 8 pagi ya penerbangannya. Tidak mengapa kerana memang sesuai untuk Achik menghantar kami dan terus ke tempat kerja kerana Ahad merupakan hari bekerja di Kelantan. Achik, terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau tertinggalkan barang-barang di rumah Achik. Tetapi, saya memang gembira bercuti di sana. <3>
Tengah tunggu pilot panggil masuk dalam kapal.

Selamat tinggal bumi Kelantan. InsyaALLAH, pasti datang lagi.

Kami sampai di LCCT terus mencari makanan. Kelaparan melanda, mujur masa penerbangan sejam sahaja. Dari LCCT kami menaiki bas ke KL Sentral dan kemudian menaiki LRT ke Asia Jaya. Setelah itu menaiki teksi ke rumah kami. Wah, semua kenaikan kami naik untuk sehari itu. Mujur tiada beca di sini.  

Gambar saya ambil di KL Sentral. My bias. Hehe.

Petang itu selepas sempat mencuci baju, adik lelaki saya menelefon dan memberitahu nenek Sa'abah datang ke rumah kami sempena cuti sekolah bersama Achik Oya dan anak-anaknya. Saya pulang ke Klang malam itu juga. Maaflah, tiada ole-ole yang dapat diberi kepada nenek saya kerana saya memang tidak berjalan-jalan di Kelantan dan Terengganu membeli ole-ole. Cukuplah saya sebagai hadiah yang best untuk nenek. Ok. Sila muntah kawan-kawan. Haha.  

Love. 

Monday, March 4, 2013

Feed The Homeless @ Masjid Jamek KL

Antara keinginan saya sebelum mempunyai kereta ialah memberi makanan kepada gelandangan di KL. Ada beberapa kumpulan NGO yang melakukan aktiviti sukarela ini, saya pernah baca beberapa antaranya MRA, satu yang Mat Lutfhi join, ada Maria Elena juga join (ini semua nama bloggers ya). Budak pejabat saya pernah menyertainya dan dia berjanji akan membawa saya selepas saya mempunyai kenderaan berbumbung kelak. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan dan mudahkan. Khamis yang lepas, Anis, Faezah, saya dan seorang kawan Anis berkesempatan menyertai program ini. Program di bawah 1charity at Masjid Jamek.

Selepas maghrib dan makan malam berdekatan dengan pejabat, kami bergerak ke KL. Program yang biasanya dimulakan jam 9.15 malam itu memang bersebelahan dengan Stesen LRT Masjid Jamek. Semasa kami tiba, sudah ramai orang berkumpul di dataran itu dan sedang menonton tayangan yang disediakan pihak pengajur. Cerita yang dipasang malam itu merupakan filem santai iaitu Wawa Semput. Ramainya memang diluar jangkaan saya. Ada hampir 100 orang saya kira. Tidak kira bangsa, agama dan umur. Ada beberapa keluarga juga turut serta. Saya terfikir, adakah mereka memang tidak mempunyai tempat tinggal? Semasa kami tiba, makanan yang ditaja oleh JAWI masih belum tiba. Kami diberi taklimat ringkas oleh penganjur. Nasihat dan Do's and Dont's diberikan adalah seperti:-
  1.  Memberi dengan kasih sayang. Kami bukan sekadar memberi makanan, tetapi juga memberi kasih sayang kepada mereka.
  2. Tidak memberi sebarang wang atau maklumat diri kepada gelandangan untuk mengelakkan disalahguna oleh mereka.

  3. Tidak bertanya soalan sensitif seperti kenapa ada di sini dan di mana keluarga mereka sekarang.
  4. Sentiasa tersenyum.
  5. Tidak menunjukkan sebarang reaksi/sebolehnya mengawal reaksi terhadap bau badan mereka.
  6. Tidak mengambil gambar mereka secara terlampau. Seminimal yang mungkin dan tidak menggunakan flash.
  7. Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa penyediaan makanan untuk  mengekalkan kebersihan, tetapi semasa memberi makanan kepada gelandangan, tidak perlu memakainya.  

Abang Din. Lupa dah nama penuh dia. Kira otai ar. Bagi briefing kat newcomer.

Kusyuk tak kitorang? Hehe.

Tayangan slaid - Wawa semput. Saya pun turut serta. Belum pernah tengok lagi. Wayang free. :D

Sebahagian dari gelandangan yang hadir. Sangat behave. Mungkin sudah biasa.  

Anis dan kawannya. Marlia kalau tak silap namanya. TQ Anis bawa kami.

Semasa taklimat, makanan tiba. Sukarelawan yang regular dan senior seperti biasa mengisi makanan di dalam pinggan kertas. Lauk ikan keli, sayur suhun dan sambal belacan merupakan rezeki mereka malam ini. Saya berpendapat, mungkin keluarga yang datang itu mempunyai rumah, tetapi jarang dapat merasai lauk semewah ini (Bersyukurnya saya dapat merasai makanan ini sendiri jika saya inginkan.) Kami lihat anak-anak kecil ini menikmati dengan seronok. Ya ALLAH, permudahkan segala urusan mereka Ya ALLAH.  

Kami mengambil tempat untuk memberi makanan. Setiap orang diberi peluang memberi kepada lima orang dan kemudian beratur kembali sehingga semua orang mendapat makanan. Bagus juga, tidak terasa sangat penat dan semua orang merasa memberi makanan kepada gelandangan. Anis dan kawannya ditugaskan memberi kuih-muih.

Penyediaan memberi makanan - bahagian air.

Bahagian makanan.

Lauk ikan keli, sambal belacan dan sayur suun. Alhamdulillah. 

  
Sudah mula mengedarkan. Senyum dan bagi bersama kasih sayang ya sayang. 

Mereka yang sedang menunggu giliran untuk memberi dan diberi.

Kami menunggu sehingga mereka habis makan. Kemudian, ada bungkusan makanan diedarkan untuk mereka membawa pulang. Selepas habis, kami mengemas tempat persekitaran. Sukarelawan yang mempunyai kesempatan, diajak mengikut senior memberi makanan kepada gelandangan yang tidak dapat hadir ke sini. Mencabar dan lebih mengetahui situasi sebenar mereka yang susah ini. Kami tidak mengikuti program itu kali ini kerana esok perlu bekerja. Mungkin di masa yang lain. Pengalaman yang menginsafkan. Bersyukur dengan semua rezeki dan kasih sayang yang ALLAH beri. Terima kasih ALLAH atas pengalaman ini. 

Selesai. Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghulurkan kasih sayang kepada mereka. 1 charity at Masjid Jamek ini menjalankan aktiviti pada Khamis dan Jumaat malam bermula jam 9.30 malam dan bertempat bersebelahan dengan stesen LRT Masjid Jamek. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Marilah bersama-sama mensyukuri nikmat ALLAH dengan menghulurkan bantuan tenaga anda di sini.  
    Di sebalik gahnya bangunan ini, masih ramai yang memerlukan bantuan di sini.


    Love..

Wednesday, February 20, 2013

Girls Trip - Broga

Adik-adik saya yang tercinta Nafisah dan Naziha beria-ia mengajak saya memanjat Bukit Broga. Saya pernah memanjatnya sebagai latihan sebelum ke Gunung Kinabalu. Ketika itu, saya cuma mengikut pekerja Gamuda sahaja tanpa mengetahui jalan. Mujur ada satu application di dalam smartphone yang sangat membantu pemandu-pemandu di jalanraya mencari lokasi lantas menjadikannya buta jalan kerana bergantung penuh kepada telefon bijak sahaja. Tetapi tidak mengapa. Sila gunakan teknologi sehabis baik ya. :D

Terima kasih juga kepada Daus kerana meminjamkan telefon bijaknya. Oleh kerana telefon saya separa bijak (tak cukup memory), saya telah menginstall waze di dalam telefon Daus dan diangkut sekali bersama kami pada pagi Isnin minggu yang lalu. Tanda adik saya masih solo, tidak peduli telefon ada di tangan atau tidak. Hehe.

Mekna, Joy dan Min menunggu kami di PJ sahaja dan kami berkonvoi bersama waze di pagi yang gelap gelita itu. Kami berjaya sampai ke kaki Bukit Broga kira-kira jam 5.30 pagi. Sementara mencari parkir yang sudah hampir penuh, jam sudah mencecah ke angka 6. Sudah ramai orang yang mendahului kami rupanya-rupanya. Ingat kami dah awal dah. Pagi sungguh berjaga hari itu. Kalau hari-hari macam ni, mesti murah rezeki saya. Berpagi-pagian itukan sunnah. :D

Baru lepas solat subuh. Check point yang pertama. Lihat di belakang gambar, masih ada yang perlu didaki lagi.


Yang berbaju hijau itu kawan Nafisah, Amal.


Matahari segan-segan nak keluar. Kami tidak berjaya melihat matahari terbit. Ada sesi lain lepas ini mungkin. Jom sedara-sedara saya.

Di separuh perjalanan ke check point yang kedua. Dua saja pun. Hehe.

Dah nak sampai atas, jalan agak landai dan berumput.

Tidak lama juga di check point kedua, kami memulakan perjalanan turun.

Kawasan berbatu-batu. Semasa naik tadi tidak nampak kerana masih gelap.

Kecuraman.

Masih ramai yang mahu mendaki. Aktiviti yang sihat. Sesuai untuk seisi keluarga.  



Kami sudah selesai, giliran mereka pula memajat. Turun dulu ya. :D


Berjaya sampai ke kaki bukit kembali.

Naziha mempunyai kawan yang tinggal berdekatan dengan Bukit Broga. Katanya, jika kita sampai di puncak, akan ada papan tanda bertulis Puncak Broga. Kami tidak jumpa. Maknanya, tidak sampai ke puncak lagi. Hehe. Perlu ada rancangan di lain kali untuk sampai ke puncak dan seterusnya bermandi-manda di Sungai Tekala. Mari-mari sesiapa yang mahu mengikutnya. Sarapan sebelum mendaki, sila bawa lampu suluh, jiwa yang tenang dan semangat yang kental untuk mendaki. Di samping itu, persiapakan muka yang ceria untuk bergambar jika selepas ini tidak mahu mendaki lagi. Sekurang-kurangnya sudah ada gambar yang comel di atas Bukit Broga. Bukti tu.

Meluangkan masa bersama adik-adik memang gembira. Saya jarang keluar bersama adik-adik saya. Ya lah, sudah jumpa di rumah sampai jemu tengok muka masing-masing. Nak keluar lagi. Memang tidaklah. Haha. Rupanya, bila keluar ini perasaan dan suasananya berlainan sekali. Saya lebih rapat dengan mereka. Lepas ini, kita plan pergi bercuti dengan mak dan ayah sekali ya sayang. Tak pun, korang rancang, akak sponsor duit dan kenaikan. Hihi. ;p . Alhamdulillah atas nikmat ini Ya ALLAH.  

Love..

Thursday, February 14, 2013

Selamat Pengantin Baru Nabiha & Alan

Kejutan untuk nenek di petang Sabtu. Nenek terperanjat kerana cucu kesayangan (haha.. label sendiri je tu. ;p) tiba-tiba saja sampai di depan pintu rumah ketika dia sedang menyapu sampah di halaman rumah. Dah ada kenaikan berbumbung ni, maka langkah kakinya jadi panjang nek. Saya berhenti sekejap sambil bersiap di rumah nenek saya sebelum menyambung perjalanan ke Muar untuk menghadiri pernikahan budak rumah saya. Mekna dan kawan kami Min saya tinggalkan di rumah nenek saya yang seorang lagi. Tidak sampai sejam sahaja saya duduk di kampung, tetapi cukup puas dan gembira kerana berjaya singgah dan menjenguk nenek. Kami berborak sementara saya menggosok baju untuk dipakai malam itu dan keesokan harinya. Berborak-borak dan soalan standard perbualan kami haruslah :

Nenek : Asyik pergi kenduri kahwin orang saja awak ni. Awak ni bila lagi?
Saya : Hehe. Nenek doakan orang tau.
Nenek : Selalu doa untuk awak ni.
Saya : Terima kasih nek. Orang pun lepas ni doa kena banyak lagi. 
Saya sayang nenek saya. *Eh, cam biasa je bunyi. Hehe.*

Nenek memang ternanti-nanti saat saya diijabkabul. Yeah, saya juga menunggu masa itu nek. Haha. Seingat saya, ketika saya bersekolah di kampung, nenek sangat tidak kisah jika saya berkawan dengan mana-mana lelaki. Malah menggalakkannya. Pernah kawan lelaki saya menelefon saya di rumah nenek, tetapi ketika itu saya berada di rumah makcik saya membuat kerja, lalu nenek memberikan nombor telefon rumah makcik saya kepada kawan saya. Semangat nenek nak tengok saya berkahwin. Juga semasa saya berada di Makkah bersamanya, hampir semua tempat yang mustajab dia memaksa saya pergi dan berdoa untuk jodoh saya. Tetapi, saya juga tidak memikirkannya secara serius semasa belajar dan sehingga sekarang masih belum ada rezeki lagi untuk saya. Saya mungkin belum lagi menjadi baik seperti yang dipesan oleh Ustaz Pahrol. Masih belajar mengurus diri sendiri sebelum mengurus orang lain. Masih banyak yang perlu saya baiki dalam diri saya. Buat perjanjian dengan nenek lepas belajar masa tu kata nak kahwin umur 27. Tup tap tup tap dah lepas umur saya itu, tahun lepas. Sekejap betul masa berlalu. Azam bersambung tahun ini ya. Harap bersabar nenek. Hehe.

Ok, tajuk lain, cerita lain. Haha. Mari berbalik kepada perkahwinan budak rumah saya. Budak rumah saya sudah hampir hilang perkiraannya kerana terlalu ramai yang telah masuk dan keluar selepas berkahwin. Bulan lepas Paie, bulan ni Biha dan bulan depan Sue. Tiga bulan berturut-turut saya akan ke majlis perkahwinan. Bulan depan di Terengganu. Nenek, sila jangan stress. Nabiha merupakan sahabat baik kepada Najwa, dan Najwa membawa Biha masuk ke rumah kami. Sangat peramah dan ceria. Semua orang boleh disapanya. Penceria di rumah kami. Rajin berkongsi cerita dan meminta pendapat dari Mekna. Selamat diijabkabulkan bersama tunangnya Alan pada sabtu malam yang lepas. Mekna, Min dan saya bertolak dari Jasin hampir jam 7 dan tersesat sedikit di bandar Muar. Mujur majlis belum bermula. Ada rezeki kami untuk melihat pertautan dua hati ini menjadi satu. Disebabkan oleh perwatakan Biha yang happy go lucky, selepas sah akad nikah, tiada langsung air mata mengalir walaupun telah disediakan tisu untuknya. Yang menangis adalah Alan. Serius comel kau Alan. Haha.  

Cantik. Pengantin perempuannya. <3>

Bersama Najwa, kawan baik semasa bersekolah menengah sehingga sekarang.

Bersama Joy, bekas teman sebilik Biha. Terbang dari Sabah untuk menghadiri majlis kawan baiknya.


Pengantin bersama all the lovely girls. Sweet sangat kitorang. Haha. 

Bunga lawang dan duit syiling yang bagi menggantikan bunga telur. Gigih makcik Biha buat.

Selesai akad nikah dan menjamu selera, kami bergerak ke homestay berdekatan yang telah disewa khas oleh ibu Biha untuk kawan-kawannya yang datang dari KL. Kami berkongsi rumah tersebut dengan budak pejabatnya. Budak pejabatnya menolong Biha membuat photo booth malam itu dan menjaganya ketika majlis kenduri keesokan harinya. Rajin membantu sungguh kawan-kawannya. Pagi Ahadnya Mekna, Min dan saya mencari sarapan di Bandar Muar. Kata budak pejabat Biha yang telah dahulu keluar bersarapan, orang Muar biasanya bersarapan dengan sate. Kami mencari sate berdekatan dengan Perhentian Bas Muar. Suasana seperti berada di bandar asing. Terlalu ramai muka asing yang bukan orang Malaysia. Kami yang berasa takut ketika berjalan di sana. Hehe. 

Orang Muar sarapan dengan sate. Patutlah Faezah jenis yang suka makan sate. Kaitan? Haha..

Mee bandung Muar. Sedap, tapi manis sikit.

Mekna dan Min. Berjalan habis-habisan Min cuti ini. Senang bawa budak ni.


Joy tidur di rumah Biha malam itu. Sesampai kami, Biha sedang bersiap dan kami, hehe. Bergambar seperti biasa.

Juara Bintang Tiru Gaya P Ramlee zon utara yang merupakan saudara Biha sedang mendendangkan lagu Madu Tiga.

Kami bergerak pulang dalam jam  3 petang kerana hari mulai hujan. Biha pun dah selamat makan beradap. Kepada Biha dan Alan, Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma Wa jamaah baina kuma fii khair. Selamat bercinta sampai ke syurga.

Sampai di PJ hampir jam 6 petang kerana terdapat sedikit kesesakan di Bangi akibat kemalangan. Selepas menghantar Mekna, Joy dan Min di PJ saya pulang ke Klang. Di rumah saya, ramainya saudara-mara. Wee~~. Nafisah dan Naziha dibantu oleh Rahman dan Mamat sedang menyiapkan bahan-bahan untuk menggoreng meehon. Rahman membantu? Ajaib. Hehe. Dia dipaksa membantu yer. Tapi, membantu juga. Mak Chah sekeluarga datang mahu menghadiri majlis perkahwinan adik Achik Didi bersama nenek. Mamat yang memandu bersama Rahman. Dah besar sepupu saya. Mak Chah demam dan berbaring di dalam bilik sahaja. Pagi tadi mereka telah melawat Mus'ab di TTDI Jaya, pergi ke kenduri dan melawat anak Lina, Irfan di SJMC. Cik Lia juga pergi sama melawat Irfan. Saya doakan Irfan segera sembuh dan kembali menceriakan keluarga Pak Long saya. Selain itu, untuk Lina dan Zack serta keluarga Pak Long, saya doakan diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian dan kasih sayang ALLAH ini.

Love..