Pada hujung minggu lepas, saya ke Pahang menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya Syuibah Mohamad dan pasangannya. Saya ke sana bersama Lyza dan Faezah pada tengahari Jumaat kerena Faezah bekerja pada pagi harinya. Saya seperti biasa akan menjadi pemandu dan membawa kereta Lyza. Faezah meninggalkan keretanya di Stesen Minyak Gombak Kami berjaya sampai semasa Ebah sedang bersiap-siap untuk dinikahkan sebelum Asar.
Wajah-wajah ceria di bilik pengantin
Pengantin in the making
Sesampai kami di sana, Ili, Paie dan Najwa sudah ada. Najwa sudah berada di rumah Ebah semenjak Khamis lagi. Pengapit dan juga orang kuat rumah waktu itu. Ili sampai tengahari bersama Am dan Kerul. Tetapi singgah di rumah Paie di Mentakab yang telah dulu pulang pada Khamis malam. Tidak lama kami duduk sambil melihat Ebah disolek oleh kakaknya, rombongan Reza tiba. Dengan sekali lafaz, akhirnya, penantian selama lebih 5 tahun dimakbulkan Allah. Berbagai ujian ditempuhi oleh pasangan ini. Jodoh akhirnya menyebelahi mereka. Tahniah Ebah dan Reza.
Ya, ini lagi ceria
Sekali lafaz sahaja. Yeay. Alhamdulillah.
Selesai majlis nikah, Ebah dan Reza keluar untuk bergambar di tasik terdekat kalau tidak silap saya. Kami yang tinggal telah dilayan oleh tuan rumah, Najwa. Hehe. Itu pentingnya sahabat yang boleh menjadi tuan rumah. Ahli keluarga semua sudah letih dan sibuk menguruskan hal masing-masing. Saya memang tengah lapar waktu itu kerana tengahari tadi cuma sempat membekal KFC sahaja. Tambah melaparkan lagi kerana sarapan saya hanya air sahaja. Sesampai di Klang pagi itu, Kak Long saya mengajak saya menemaninya membuat pemeriksaan Nur Afifah di Taman Botanic sehingga pukul 11.30 pagi. Sesampai di rumah, emak saya sedang memasak dan tidak sempat saya makan, Lyza telah sampai menjemput saya.
Selepas kami selesai makan, kami ke rumah Paie untuk membalut hadiah Ebah. Kemudian saya dan Lyza ke Lanchang untuk bermalam di rumah Mak Ngah saya. Mak Ngah saya tinggal bersama emaknya yang kami panggil Mek. Mek tidak berapa sihat kerana sakit pinggang. Mak Ngah saya merupakan isteri kepada arwah Pak Ngah saya (adik ayah saya). Kebiasaan kami akan datang ke rumahnya setahun sekali iaitu pada hari raya setelah balik dari kampung di Melaka. Kata ayah, jangan terputus hubungan. Alang-alang saya sudah berada di sini, saya mengajak Lyza bermalam di sini. Kena minta izin tuan punya kereta dulu. Saya tukang pandu sahaja. Hehe. Lyza bersetuju. Sahabat saya ini memang best. Kami sampai di rumah Mak Ngah sekitar jam 9 malam. Selepas menunjukkan bilik kami, Mak Ngah mengajak kami makan. Alhamdulillah rezeki kami. Memang sudah lapar. Sambil makan, kami berborak. Banyak benda yang diceritakan. Tidak lama lagi, Mak Ngah saya akan menjoin kelab mak ayah saya. Kelab atok nenek. Anak sulungnya yang kini mengajar di Sarawak bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya sedang mengandung sekarang.
Keesokan paginya, cadangannya adalah ke dewan terus. Jadi kami perlu berada di dewan jam 12 tengahari lebih kurang. Kami tiba ke dewan Ebah agak lewat kerana tersalah jalan. Pengantin juga sudah duduk di atas pelamin bersama pengapitnya Najwa dan Am. Kak Morni awal lagi sudah tiba. Ketika kami tengah bersiap di rumah, beliau sudah menelefon menyatakan bahawa beliau sudah sampai di hadapan dewan. Belum ada orang lagi waktu itu. Yang dilihat cuma banner gambar Ebah dan Reza. Sempat juga Kak Morni membeli-belah barang keperluan emaknya yang akan menunaikan umrah. Budak rumah saya juga sudah tiba. Mekna, Shima, N, Biha dan Alan. Su ada temuduga hari itu. Ili, Paie dan Faezah juga sudah ada.
Kami berjumpa sahabat lama ketika sama-sama belajar, Ja'a yang kebetulan abangnya menghantar rombongan merisik di situ sempat meluangkan masa, Zahir yang juga orang Lanchang, dan Syafiq dan Syida yang datang dari Tangkak. Syida sudah mengandung. Tidak lama lagi bergelar bapalah sahabat kami itu.
Bakal ibu dan ayah. Syafiq dan Syida. Tahniah. Zahir dan Lyza. Ja'a sudah pulang.
Dah tinggal kita je ni Awa, Za. Hehe.
Semoga kekal hingga ke akhir hayat Ebahku sayang.
Selesai majlis Ebah, kami berkonvoi pulang ke KL. 3 kereta. Konvoilah sangat. Masing-masing sibuk menunjuk skil membawa kereta gaya Michael Schumacer, saya tertinggal di belakang kerana saya merupkan pemandu berhemah. Hehe. Faezah kata. tidak mengapalah tidak berkonvoi. Masing-masing tahu jalan pulang. Hampir sampai kami di Genting Sempah, Am menelefon Faezah untuk berhenti di situ dan bersolat. Kami setuju. Selepas solat, ada orang mengidam nak makan McD di Genting Sempah. Singgahlah sekejap.
Buat Ebah dan Reza. Selamat Pengantin Baru. Semoga rumah tangga kalian sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH yang banyak. Semoga berbahagia selalu dan selamat bercinta sampai ke Syurga.
Kisah bermula dari kakak pejabat saya yang mengajak saya menemaninya sepanjang ketiadaan suaminya yang terpaksa berkursus di Langkawi. Lalu saya mencadangkan untuk membuat makan-makan bersama dengan rakan-rakan perempuan kami di rumah Kak Morni. Ala-ala parti bujanglah kononnya. Tetapi, Kak Morni memberi cadangan yang lebih bernas dan menarik iaitu dengan mengajak semua geng-geng pejabat yang sekepala dengan kami seperti adik-adik trainee dan kawan-kawan qs yang rapat dengan kami. Yang kepala besar-besar sikit tidak tergolong dalam majlis ini. Maaf.
Selepas perancangan diutarakan kepada ahli mesyuarat tingkap (teman-teman sepermakanan) pejabat kami. Cadangan untuk membakar-bakar dipersetujui ramai dan ahli mesyuarat juga bersetuju untuk menghulurkan bantuan dana dan kepakaran memasak. Ebah akan memasak yee mee dan Am akan memasak spageti. Saya selaku koordinator tak bertauliah telah mengajak jemputan melalui e-mel dan pengesahan yang dibuat seramai 20 orang yang akan hadir. Bab makan, ramailah anggotanya. Hehe. Maka, tarikhnya adalah bersamaan 24hb May 2011 bersamaan Selasa. Destinasinya di rumah Kak Morni di Puncak Alam. Nasib baik Kak Long saya melahirkan anak buah saya pada Isnin pagi. Jika tidak, saya mungkin tidak dapat menghadiri majlis ini. Kena on-call konon-kononnya. Nur Afifah pandai pilih masa nak keluar ya sayang.
Orang kuat dapur. Syaf, Ecah, Ili, Am dan Ebah.
Menu di dapur basah adalah yee mee dan spageti. Chefnya Ebah dan Am. Lihat muka ceria mereka di dapur. Masak dengan penuh kasih sayang, maka hasilnya menarik. Yee mee Ebah memang sedap dan Am punya spageti juga. Korang berdua, sudah boleh berkahwin ya. :) Dapur di luar pula upacara membakar-bakar apa yang patut. Adli bersusah payah menghidupkan api dan mengeluarkan segala tenaga sehingga setelah api berjaya dihidupkan, beliau meninggalkan kami yang comel-comel ini membakar kesemua ayam, ikan, udang dan sotong yang telah ditaja oleh Kak Morni.
Paie, Faezah dan saya bertungkus-lumus membakar.
Makanan yang sangat banyak. Alhamdulillah tidak membazir.
Masing-masing sudah lapar. Meratah apa yang patut. Imam mudanya tak kena marah lagi.
Kek kejutan dari Kak Morni untuk semua birthday girl dan birthday boy bulan May dan Jun
Bergambar sebelum masing-masing mengundurkan diri. Terima kasih semua.
Budak-budak perempuan semuanya tidur di rumah Kak Morni malam itu. Keesokan harinya, melalui jalan yang terpaksa ditempuh oleh Kak Morni hari-hari. Kesesakan lalu-lintas yang sangat hebat bagi saya yang jarang terperangkap kerana menaiki motor. Kak Morni keluar rumah jam 7 pagi setiap hari kerana akan terperangkap di dalam kesesakan dan lewat tiba di pejabat. Baginya biasa, bagi saya luar biasa. Masa-masa itu, biasanya saya tengah mandi. Haha.
Kepada semua yang menjayakan majlis ini, ribuan terima kasih diucapkan. Kalian semua memang sahabat yang baik. Semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan di dunia dan akhirat.
Sudah lama tidak berblog. Bukannya tiada aktiviti yang mahu dijadikan kenangan, cuma semakin tiada idea menulis. Haha. Alasan. Kemalasan melanda sebenarnya. Antara yang paling rajin mengupdate blog dalam keluarga kami ialah Mak Ngah saya. Saya merupakan silent readernya. Hehe. Teruskan usaha Mak Ngah.
Keluarga baru Haji Othman
Kenangan saya pada hari ini ialah menerima anggota baru dalam keluarga kami. Cicit yang ke-3 dalam keluarga Othman telah lahir pada semalam hari. Juga merupakan cucu yang ke-3 ayah saya dilahirkan pada 23 Mei 2011 pada jam 10.00 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kak Long saya selamat melahirkan anak perempuan sulungnya. Mekna, Encik Anuar dan saya sempat menjadi antara yang terawal melawat Kak Long saya. Sejurus selepas waktu pejabat kami bergegas ke PPUM yang terletak tidak jauh dari rumah sewa saya di PJ. Kami menimbangkan bahawa kamilah orang terawal, rupa-rupanya tidak. Sesampai kami di sana, emak mertua kakak saya sudah berada di hospital. Cik Yaminah yang merupakan jiran kami semasa kami duduk setinggan di tepi sungai yang lalu telah dijemput oleh abang ipar saya. Kata Cik Yam juga, mak dan ayah saya baru sahaja pulang dan akan ke rumah Pak Long. Ok, maknanya kami bukan yang terawal. Hehe.
Kak Long saya telah dimasukkan ke hospital pada petang Ahad kerana telah mengalami sakit yang sekejap-sekejap. Pada jam 8 pagi Isninnya, beliau telah di bawa ke bilik bersalin dan selamat melahirkan anak jam 10.00 pagi. Alhamdulillah, Kak Long saya juga mudah. Mengikut emak saya katanya. Emak saya juga bersalin mudah. Saya fikir, 2 jam itu sudah singkat untuk jangka masa bersalin. Rupa-rupanya tidak. Kakak saya yang kedua cuma mengambil masa selama 55 minit semasa melahirkan anaknya yang pertama. Itupun kata Kak Mi, jururawat di Hospital Klang sudah memarahi beliau kerana terlalu lama di wad bersalin. Lain hospital, lain pendekatannya. Mungkin disebabkan terlalu ramai orang di Hospital Klang menyebabkan keadaan menjadi begitu. Bilalah hospital di Shah Alam boleh beroperasi? Terlalu banyak korupsi sehingga kesihatan rakyat juga diperdagangkan.
Encik Anuar mendoakan baby.
Topi mengalahkan chef anak buah Alang ni.
Kak Long saya tiada di katil sewaktu kami datang. Baby sahaja yang tinggal bersama Cik Yam. Saya tengok anak buah saya ini. Argh. Sangat comel hamba ALLAH ini. Subhanallah. Pipi dia. Memang kena gomollah balik Klang nanti. Alhamdulillah, kakak saya dan anaknya sihat. Bayi seberat 2.80 kg ini belum mempunyai nama. Jadi sekarang, boleh memanggilnya dengan nama apa sahaja mengikut selera masing-masing ya. Mak Ina telah memanggil dengan nama Aleya. Amir mahu menamakannya sebagai Siti Aminah. Ini mesti kes baru lepas tengok Nur Kasih Amir ni. Ada nama sebenarnya kata Kak Long saya. Cuma masih dirahsiakan. Jika tidak silap saya, sunnah menamakan anak pada hari ke-7 selepas kelahiran. Saya juga tidak pasti hukum itu betul atau tidak. Nanti confirm balik dengan ayah saya.
Semoga menjadi anak yang solehah besar nanti.
Kak Long, Abang Aidil dan baby.
Saya sudah mempunyi 3 orang anak buah. Wah! Sungguh tidak sangka. Muhammad Afiq dan Muhammad Akmal serta seorang yang namanya belum diketahui. Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah apabila besar kelak.
Sudah lebih dua tahun kami di pejabat ini. Kami merupakan penginap pertama bangunan ini setelah team PMC ditubuhkan dan berpindah ke sini pada penghujung tahun 2008. Telah bertukar-tukar team yang duduk di pejabat yang lebih dikenali sebagai PMC office seperti System, M&E, Finance dan QA/QC. Terdapat juga ura-ura kami dikehendaki berpindah ke bangunan lain, tetapi akhirnya team lain yang berpindah. Begitu kuat jodoh kami pada bangunan ini. Semua budak pejabat saya tidak mahu berpindah kerana masalah parkir dan tempat baru yang lebih kecil katanya. Setelah beberapa kali percubaan memindahkan kami gagal, akhirnya pada bulan Februari terdengar lagi ura-ura mahu kami berpindah ke bangunan utama dan akhirnya terpaksa berpindah juga. Keputusan management sangat tidak boleh disangkah. Mereka mahu kami semua di bawah satu team berada di bawah satu bumbung. Sebenarnya, pejabat baru kami tidak jauh dari pejabat lama. Cuma sudah selesa di tempat lama. Tidak mahu berubah. Hehe. Berubah Nadiah.
Maka, kerja-kerja pembungkusan perlu dilakukan. Semua barang perlu dikemas kerana tempat baru kami lebih kecil dari sedia ada. Fail-fail yang tidak digunakan harus dihapus untuk mengelakkan tiada tempat untuk diletakkan kelak. Bos saya mula menyuruh saya menyimpan semua barang yang tidak digunakan untuk minggu itu. Saya punya sahaja sudah 13 kotak.
Sebelum mengemas. Tempat lama saya di bangunan PMC
Kakak-kakak kami sedang bertungkus lumus
Mr Looi punya barang yang banyak sampai Kenny dengan Pooi Lai yang tolong pack.
Ini semua barang Mr Looi
Kotak yang ke berapalah ni?
Tangkap gambar hasil usaha sendiri.
Rak drawing Kak Morni. Sebelum buka, bergambar dulu.
Chong masih mengemas. Kotak Chong paling banyak.
Ili pun kena tolong bungkus barang Chong
Am yang bijak. Print out, Box 1 of __ sampai 10 keping. No 2 tak belajar lagi, dah berhenti tadika.
Faezah sampai stress dan sakit badan mengangkat barang yang berat dan banyak.
Bersama kotak-kotak hasil penat lelah.
Barang Kak Morni juga banyak. Sebenarnya lebih kepada barang kami kebanyakannya seperti drawing dan dokumen-dokumen yang telah di'archive'. Kak Morni telah seminggu awal membungkus barang-barang itu. Hari-hari terakhir pun masih sibuk mengikat-ikat lagi. Kami dijangka akan berpindah pada hari Jumaat, maka hari khamis masing-masing telah mengemas. Sehingga Kak Morni juga yang tidak pernah-pernah pulang lewat terpaksa pulang jam 9 malam. Kami, pukul 12 malam itu sudah biasa. Saya dan Ili menolong Kak Morni mengikat dokumen sehingga merah-merah jari. Kak Morni terpaksa memakai sarung tangan pada hari Jumaat.
Bergambar bersama kotak pertama yang saya ikat. Kak Morni dah 3o pun tak hairan.
Macam-macam gaya mengikat kotak.
Hero-hero yang mengangkat kotak kami. Terima kasih mak dan ayah. Hantar orang belajar tinggi. Tak perlu kerja penat macam ni.
Suasana baru, tempat baru, mood baru, teman baru. Semoga Nadiah akan menjadi seseorang pekerja yang lebih baik selepas ini.
Saya sudah lama menulis entri ini. Cuma diletakkan di dalam draft sahaja. Sementara menunggu Ili di pejabat, saya mengeditnya dan mempostnya. Kisah mengenai satu-satunya temuduga kerja yang pernah saya hadiri. Temuduga terbuka ketika saya di tahun akhir pengajian sarjana muda. Sekitar bulan berapa, saya kurang pasti. Tahun 2008. Sebelum peperiksaan akhir semester. Iklan mengenai temuduga terbuka itu sebenarnya sudah lama tertampal di dinding-dinding fakulti kami. Cuma saya tidak merasakan hendak pergi kerana malas dan syarikatnya dengarnya macam syarikat besar. Sehinggalah, kawan saya Miera mengajak saya menemaninya kerana budak rumahnya tidak berminat. Pada mulanya, saya menolak juga. Tetapi, kerana memikirkan saya perlu menghadiri temuduga untuk mencari pekerjaan selepas habis belajar, jadi saya pergi untuk mendapatkan pengalaman. Hari temuduga, saya masih ingat betapa penuhnya jadual saya hari itu. Temuduga diadakan pada tengahari, dan malamnya kami perlu menghadiri jamuan makan malam (malam pra-graduan) di Summit Hotel. Selepas habis kelas pagi itu, saya perlu pulang ke Klang untuk mengambil baju yang akan dipakai malam itu dengan menggunakan kereta Mak Ina saya. Makcik saya telah meminjamkan keretanya kerana saya akan membawa kawan-kawan saya juga ke makan malam itu.
Berbalik kepada temuduga tadi. Selalu sahaja membuat karangan terpesong. Huhu. Saya tiba lewat sedikit. Penerangan telah dimulakan. Saya ada juga membaca mengenai syarikat ini sebelum menghadiri temuduga. Memang syarikat yang besar. Projek di Doha, India, Vietnam dan lain-lain lagi. Di Malaysia juga ada. Lebih kepada kerja-kerja tanah dan sivil. Ketika sesi penerangan, yang menarik minat saya adalah mereka menawarkan latihan kepada sesiapa yang berjaya. Latihan untuk memantapkan diri sebagai seorang pekerja. Saya suka yang itu. Kemudian ada yang bertanya, kriteria pekerja yang mereka akan pilih. Wakil dari syarikat itu menjawab, "Attitude". Saya suka lagi. Jika itulah yang diinginkan berbanding keputusan peperiksaan, saya ingin bekerja di situ. Tetapi, saya masih tidak berharap. Terlalu jauh diri saya berbanding pelajar-pelajar lain yang hadir. Tibalah masa untuk temuduga. Haha. Walaupun saya pergi hanya untuk mendapat pengalaman, saya masih cuak. Pelajar-pelajar yang pergi ke temuduga ini saya lihat pointer mereka. Memang tak boleh blah. Hebat sangat. Bila diorang keluar sahaja dari bilik, semua bertanya apa soalan yang akan ditanya. Biasa akan ditanya, kenalkan diri kamu, kenapa kamu nak bekerja di syarikat kami dan apa perancangan diri lima tahun dari sekarang. Mulalah yang belum ditemuduga ini merangka-rangka jawapan di dalam otak. Ada seorang penemuduga, siap nak tanya macammana nak buat measurement. Hehe. Cuak gila. Tibalah giliran saya. Saya ditemuduga oleh dua orang wanita. Yang memanggil saya merupakan seorang pekerja HR Sherrena, saya tahu setelah saya masuk bekerja dan yang menemuduga saya merupakan bos besar kami. General Manager. Madam Tan Dea Dy. Perbualan pertama yang menyebabkan saya merasa senang dengan temuduga ini adalah kerana TDD menegur jumlah adik beradik saya yang ramai sehingga saya perlu membuat row baru untuk mengisi kesemua nama mereka. Maka, ice pun telah pecah di situ.
(Bahasa Inggeris saya teruk. Maaf. Sekadar yang saya ingat perbualannya.)
Seperti yang dijangka, soalan yang pertama adalah :-
TDD : Tell us about yourself. Saya : My name is Nadiah binti Zainal and i lived in Klang Selangor. I'm 23 years old. ....... Before this, i'm taking my diploma in QS at the UiTM Seri Iskandar Perak and straightly continue my study also in QS. I'm now are in the final semester of finishing my bachelor at UiTM Shah Alam TDD : (Sambil menyemak resume saya). Are you willing to be send to oversea if you have to work there. Me : Yes. (Tanpa teragak-agak kerana saya memang suka berjalan). I loves to travel. Last time i went to Jogjakarta to attend a program. TDD : What program? Me : We visit the victim (haha. waktu ni, English punya karut. Apa je yang ayat yang teringat, guna) of earthquake. Before that, we already collect a fund to donate there (haha. Walhal, saya tidak langsung terlibat untuk mengutip dana itu). At the Jogjakarta, we distribute the money. There, we found that, after the earthquake, the relationship between each villagers become strong. (Yeah, sangat teruja bercerita sebab baru balik dari Jogja. Dan saya menjadi orang yang baru selepas pulang. Macam pernah bacakan? Hehe. Terima kasih kepada semua yang terlibat menghantar saya ke sana.) They build the house together, each day they choose one house to be construct together. It's a new experience and I enjoyed it. So, if I have to travel oversea for my work, i love to. TDD : Ok. (Senyum lagi) Can you work underpressure?
Me : (Senyum dulu. Waktu ni, teringat Alin selalu menasihatkan saya, kalau nak tension, ambil masa 5 ke 10 minit untuk rasa sedih. Lepas tu, jangan fikir lagi. Saya gunakan aplikasi ini untuk jawapan saya.) If I have to work underpressure, i will take 5 to 10 minutes to do something that i like. Such as singing or walking to other place and continue my work with good mind. For example, (ada contoh lagi tu. Haha) if i'm bored when study, i'll take a break five to ten minutes and then continue with a better brain. (Haha. Lawak gila. Direct translation memang tak agak-agak.)
TDD : If, the works can't give you break. They want it as soon as possible. How? Me : Ok. I'll do my very best to finish that work on time and after that, i'll reward myself if i can finish it. (Ni yang tak boleh lupa jawapan, mana entah dapat idea waktu tu. Haha.) TDD : Can you work under fierce boss?(Senyum dan dia memang selalu senyum) Me : (Saya senyum juga) I'll be depressed in one month. (TDD pun senyum juga). But then, I'll learn from my boss and try to be a better person everyday. I know that all bosses want the best from his staff. So, he want me to be a better workers. I'll learn from him.(Haha..masa tengah jawab ni, dah gelak-gelak dah dalam hati. Selalu bersama orang-orang yang bermotivasi seperti Alin, menyebabkan saya berjaya menjawab sebegitu). TDD : (Senyum lagi) Can you cook? Me : (Pelik juga soalan ni. Saya senyum je) I can cook a little bit. For myself and my family. TDD : Because if we sent you to oversea, you have to cook by yourself. It's easy for you because you need halal food. But, normally we seldom sent muslim workers to place where difficult to find halal food. Me : Oh. Ok. TDD : Ok. Is there anything you want to ask? Me : (Saya ada bertanya soalan, tetapi saya lupa apakah soalannya dan setelah TDD menjawabnya. Saya pun akhirkan temuduga saya ini dengan perkataan ini) I hope to work under your company and improve myself. TDD : Ok.
Begitulah kisah temuduga pertama saya dan masih menjadi yang pertama. Saya diterima bekerja di Gamuda. Alhamdulillah. Rezeki mak dan ayah saya. Rezeki mak saya mendapat peti sejuk yang baru. Hehe. (Walaupun, banyak nama peti sejuk itu). Saya sangat gembira dengan temuduga ini. Saya bercerita mengenai benda yang saya suka. Allah mengilhamkan saya dengan jawapan yang saya rasa agak selamat ketika temuduga. Selain itu, saya dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa bermotivasi tinggi. Benarlah kita perlu berkawan dengan ramai orang untuk membantu kita dalam kehidupan seharian. Membantu dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam meneruskan perjuangan dan kehidupan. Selalu belajar dan belajar dari orang sekeliling.
Baru-baru ini saya terdengar ceramah cara-cara untuk menjadi kreatif dan produktif iaitu kita perlu berkawan dengan orang baru, pergi ke tempat baru dan banyakkan membaca. Juga saya pernah membaca, kreatif itu adalah apabila kita memudahkan membuat sesuatu kerja. Kita sebenarnya kreatif. Dahulu, saya selalu menafikan jikalau orang mengatakan sesiapa yang menulis menggunakan tangan kiri adalah seorang yang kreatif. Kerana saya sangat tidak kreatif dalam hal-hal seni. Sekarang, jika saya berjaya memudahkan kerja saya, saya sudah merasakan saya kreatif. Satu lagi pelajaran adalah selalu membuat keputusan. Mulakan dengan yang kecil dan kemudian dia akan melatih kita membuat keputusan yang besar.
p/s: Saya memang suka menulis entri panjang-panjang. Hehe.