Sunday, August 17, 2025

Sakit Perut - Penghapus Dosa

Semalam hari pertama period. Perut saya merasa tidak selesa. Tetapi, saya biarkan sahaja. Masih boleh menahannya. Hari pertama mungkin, kata saya di dalam hati. Walaupun jarang saya merasa sakit sewaktu period. Malamnya semasa tidur, saya terjaga jam 3 pagi kerana tidak selesa. Saya masih menahannya kerana percaya sakit ini akan mengurangkan dosa. Dosa dahlah banyak, asbab Allah sembunyikan, ramai orang nampak saya baik. Selepas bergolek di atas katil selama 15 minit, masih tidak dapat menyambung tidur. Saya terfikir, inilah agaknya perasaan deekay dan mamat yang tidak dapat tidur. Tidak best rupanya. Tidur jarang sekali menjadi masalah kepada saya, Alhamdulillah. Sejenis kata dalam hati nak tidur, memang dapatlah. 

Selepas 20 minit, saya masih tidak dapat tidur dan masih sakit, saya bangun dan mengambil minyak angin. Kesakitan saya waktu itu mungkin 2/10. Boleh tahan sebenarnya, cuma saya mahu tidur. Sudah habis bergolek kiri kanan, duduk, sujud dan semua posisi yang saya boleh, masih sakit. Jadi, walaupun mahu tahan, saya perlu membuat sedikit usaha dan menyerahkan hasilnya kepada Allah selepas itu. 

Selepas menyapu minyak di perut, belakang, kepala dan tengkuk, saya cuba untuk tidur. Masih tidak berjaya. 10 minit saya berzikir sambil mengurut badan sendiri. Selepas itu, saya berasa mual dan seperti mahu muntah. Saya bangun ke bilik air dan  muntah di sinki. Sambil mengurut-urut tengkuk dan perut untuk mengeluarkan lagi saki-baki muntah.

Rupanya saya salah makan dan sakit perut. Ingatkan period pain. Selepas muntah, saya kembali ke katil dan tidak sedar bila waktunya tertidur. Esoknya, saya tersedar jam 9 pagi. Haha. 

Saya jarang  sakit, Alhamdulillah dengan nikmat itu dan semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang sempurna untuk saya dan kedua mak ayah supaya dapat beramal kepada Allah. Kekadang terfikir, bagaimanaka Allah mengampunkan dosa saya jika tidak melalui sakit? Tapi, kalau boleh taknak sakit sebab tak tau camne nanti sakit, sabar ke banyak mengeluh. Haha. 

Sebenarnya, banyak yer cara Allah nak ampunkan dosa. Ambil wudhu, istighfar, sedekah, sambungkan sillaturahim dan lain-lain. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan semua yang saya sayang daripada cara lain selain sakit. 


Sumber gambar : Amalan penghapus disa

Love..