Wednesday, April 30, 2025

Melancong ke negara lain

Cuti Anzac masa tu berjalan ke Brisbane. Masa borak-borak dengan Mira dan Grace, ada beberapa memori berjalan ke Amsterdam dan Korea yang aku berkongsi cerita. Seperti satu cerita di Netflix yang berlatar-belakang di Amsterdam dan hujan-hujan di Brisbane menyebabkan aku teringat berjalan-jalan di Korea semasa hujan. 

Bila sudah lebih dua tiga kali aku bercerita pengalaman berjalan tu, aku clarify dengan diorang. Aku pernah pergi dua negara tu je. Itupun ikut sepupu aku dengan mak dia. Obviouslylah Alin yang akan fikir semua. Aku masa pergi Brussels dia bagi task pun aku tak perform. Takkanlah nak aku yang fikirkan? Ke lautan dalam nanti. Haha. Penat kot arrange trip ni. Sian aku tengok Layla. Tapi member rileks je. Kadang2 kitorang support ar dengan bayarkan dulu, gunakan waze dan bawa barang. 

Cara aku cerita macam banyak benor tempat aku dah pergi. Haha. Walhal pergi dua tempat je. Haha. Okaylah asalkan ada pengalaman cerita kat orang tu. 

Pagi Isnin tu, bila cerita dengan jiran sebelah workstation aku, Tam Do cuti dia buat apa, dia pergi hiking sorang-sorang. Naik train sejam dari Sydney. Aktif dan berani sungguh. Aku haruslah tidak. Pastu borak dengan sorang lagi personal site, Maddy dia tak pergi mana-mana sebab dua minggu lagi dia nak cuti. Pergi Japan sorang-sorang. Pastu dia cerita pernah pergi Sri Lanka sorang-sorang juga. Dia volunteer untuk jaga gajah kat sana dan dia juga pernah volunteer jaga singa kat Afrika. Aku dengar, terlopong. Dia kata aku patut cuba. Haha. Benda yang scary tapi bila dah buat, best experience ever. Patutkah? 

Memang tak naik roller coaster ni






Love..

Friday, April 25, 2025

Kawan2 Yang Baik

Umur-umur macam ni, biasanya malas dah nak berkawan. Nak maintain kawan-kawan yang ada je. Circle kawan pun tak banyak sangat. Tiba-tiba jadi introvert. Tapi, kawan-kawan yang ada sangatlah baik sampai aku rasa, semoga adalah pahala-pahala ikhlas berkawan dengan diorang ni. 

Kitorang kat sini ada cuti panjang Easter dengan Good Friday. Empat hari straight. Aku ni haruslah tak plan pegi mana2. Layla pula pergi Adelaide ada game dan Mira masih kat Malaysia raya. Bila bagitau dekat Nicole dengan Amellia, sibuk diorang nak pergi makan-makan ar dengan teman aku nak pergi muzium. Nicole ajak makan-makan sebab ingat aku raya sorang kat sini. 

Amelia pun ajak makan juga, tapi weekend aku penuh juga untuk raya. Yang cuti Good Friday tu je, aku rasa nak pergi jalan-jalan muzium. Dia nak teman. Pastu ajak Grace pun dia nak ikut. Haha. Cuti pergi Muzium Australia. Saje je nak pergi membuat sesuatu di cuti. Kalau kau suka sains, menarik pergi muzium tu. Banyak belajar pasal haiwan, rare materials dan banyak lagi benda sains. Boleh tahan ramai keluarga juga yang datang. Budak-budak seronok sebab banyak benda boleh temgok dan semua saiz sebenar dan rupa. 

Satu Malaysia






Makan raya

Aku memang dari sekolah rendah tak rasa pun budak-budak cina ke india ni saingan. Diorang selalu baik je dengan aku. Dari Sham, Yok Chew ke time zaman kerja. Aku selalu dapat engineer yang supportive dan tolong aku. Bila kat sini, wife engineer pun baik dengan aku. Alhamdulillah. 

Aku harap aku boleh bagi nilai dan contoh muslim yang baik juga untuk diorang untuk semua kasih sayang Allah melalui diorang. 

Love..

Tuesday, April 22, 2025

Itqan dalam bekerja

Lately, aku tak sure kenapa, banyak sangat benda jadi. Aku banyak kali kena tegur dengan Ian. Sebab aku tak rapat dengan dia, jadi tak boleh baca pattern works dengan dia. Tapi, aku okay je bila dia tegur. Aku boleh belajar. Pastu bulan Jan25 masa tu, aku punya forecast overrun. Pastu masih lagi overrun bulan Feb25. Walaupun boleh justify still. Ko kenapa asyik overrun je? Aku jadi lost. 

Tapi, lepas tu diorang shuffle organisation chart. Aku bawah Chin. Okay, berasa sikit ada bos. Ada beberapa kerja aku minta advise dia. Dan dia rajin buat meeting catch-up dengan teammates dia. Bila personal session dengan dia, aku kata Thank God aku dapat dia sebab aku boleh je buat kerja dengan minor supervision. Selama ni aku rasa, Ian tak tengok pun aku. Sebab kalau dia datang kat tempat kitorang, dia akan cari Justin, Chin or Barry. Aku jaranglah. Selama ni aku kerja buat forecast, memang banyak deal dengan Evan dengan Daniel B je. Diorang lebih banyak interract dengan aku compare Ian. Pastu, forecast aku memang akan submit semuanya. So, takde isu aku punya kerja. 

Awal bulan November tahun lepas, aku dah start pegang Payment Schedule (PS), payment kepada subcontractors. Selama ni, aku berdendang-dendang dua minggu pack dan seminggu biasa2 je dan seminggu cam takde kerja sangat sebelum nak mula balik forecast. Jadi, bila dah pegang PS, takde makna aku nak berdendang-dendang. Semingg yang macam takde kerja tu, aku dah kena buat PS sebab claim masuk waktu tu. Pastu dua minggu aku kena buat forecast dan kadang-kadang ada juga PS yang aku masih lagi tengah evaluate. Setakat ni, manageable lagi, sampai aku tak boleh nanti, boleh bawa bincang dengan bos. Seminggu lepas tu aku kena buat post-meeting forecast dengan VO lagi. Dah penuh dah jadual aku sebulan. 

Baru-baru ni aku dapat award Get Together ar. Chin nominate aku. Aku ni rasa biasa-biasa je, tapi dia boleh nampak effort aku. Okaylah kot. Pastu aku baru tahu Evan dengan Daniel Boylan kena transfer pergi tender team. Mostly aku rasa alasan diorang sebab overrun $25 juta tu. Habis semua profit projek, pergi ke tunnel team je. Evan ni aku rasa capable je. Daniel B macam kena questions sikit. Tapi, takkan nak transfer sorang je? Haruslah dua2. Lepas tu, Project Manager dari Westmead datang sini. Engineer kat sini kata nonsense punya idea. Yang Westmead tu takdelah bagus sangat. Aku pun tak sure macammana nanti. Biasa aku memang harapkan Evan je kalau buat forecast ni. Pei Wen kata, ex-bos dia banyak rely kat Cost Control untuk forecast. 

Nak dijadikan lagi drama, Evan dengan Tom tak jumpa pun sebab untuk discuss handover kerja. Tom cuti sampai minggu depan dan Evan dah start cuti dari minggu lepas. Lagi dramanya, bulan depan forecast dengan Tom (PM) baru dengan Daniel B akan present. Ian dengan Chin akan cuti. Ye, begitulah kalau nak fikir serabutnya forecast bulan depan aku. Tapi, aku doa je ar yang baik-baik. Dah boleh-bolehlah bangun tahajud Nadiah. Susah kerja kau ni. Haha 

Bila aku cuti minggu lepas, tiba-tiba aku terfikir, dulu aku selalu doa nak buat kerja dengan itqan. Aku suka jadi macam Ai Tee/Evan yang boleh provide solutions dan bantu ramai orang. Cekap, pantas, bijak dan boleh buat keputusan dan stick dengan keputusan dia. Adakah semua kesusahan-kesusahan ini nak jadikan aku macam tu? Nak jadikan aku cekap, pantas, boleh buat keputusan dan stick dengan keputusan tu? 

Berhati-hatilah ketika meminta sesuatu doa. Untuk semua hal-hal yang terjadi ini, marilah bersyukur dan menjadi pemimpin yang lebih baik untuk diri sendiri. Dalam video baru Ustaz Azlan, memimpin itu menderita. 


Ustaz Azlan pesan dekat budak-budak sekolah masa dia bagi ceramah, kalau hanya baca buku sekolah je ada problem. Jadi, aku tengah bina balik kemahiran membaca ni. Semoga berjaya habiskan dan teruskan membaca. 

Baru start balik nak membaca

Award pertama sepanjang kerja other than Long Service.

Coklat untuk Evan

Farewell

Good luck Evan. Good luck juga Nadiah

Penenang hati

Buah hati

Buah hati


Love..

Sunday, April 13, 2025

Raya di Perantauan Tahun ke-2

Alhamdulillah, dah selamat beraya di Sydney untuk tahun ke-dua. Layla dengan Ain balik Malaysia, Mira kerja pada hari pertama raya. Aku dengan tak malunya, tanya dekat bos Mira, Hamzah nak join open house rumah dia. Walaupun aku sorang je single, yang lain semua dah kawen. Dah umur-umur macam ni, memang aku dah tak hairan dengan orang lain. Janji aku dapat makan ketupat rendang di hari pertama. Takdelah loser sangat raya aku. Mira tu dia nak balik Malaysia next weeknya, tu yang kena kerja sebab ada inspection yang tak boleh tunda lagi. 

Kami raya hari Isnin, hari Ahad malam tu aku tanya Bushra, wife engineer aku kat sini. Dia tengah merendang ayam nak bawa pergi rumah Hamzah esok. Aku beli donut je ar. Senang. Takdelah aku nak merendang kat dapur aku tu. Aku habiskan hari Sabtu Ahad tu dengan habiskan cita-cita nak khatam tu. Dan, Alhamdulillah habis. Hari Sabtu malam tu kan aku pergi masjid dekat Auburn nak solat terawih last. Rupanya, orang Turki kat sini ikut sama macam Arab Saudi. Diorang hari Ahad dah raya. Jadi, takdelah solat terawih malam tu. Aku buat je kat situ. 

Padang nak solat


Aku terlupa biasa pakai tudung je dgn stokin

Baju raya


Lepas solat raya

Jumpa geng


Hari Isnin tu, solat raya start pukul 7.25 pagi. Dia buat dekat padang dekat area rumah yang gamuda bagi aku sebulan mula-mula datang sini. Alhamdulillah juga sebab kat Malaysia dulu memang jenis pergi solat raya, jadi aku takde geng pun, aku pergi je sendiri. Kat sana, Alhamdulillah jumpa Nad. Tapi, dia tak solat. Dia bawa jumpa Jiha, wife Ikhlas. Aku ingat nak solat tepi dia, tapi ada sorang lagi kawan diorang dengan anak dia datang juga kat situ. So, aku pergi depan sikit solat. 

Balik solat tu, singgah breakfast dekat cafe kat situ sementara nak tunggu bank buka. Nak tukar duit raya. Kat sini takyah bergaduh sebab takde orang nak tukar. Aku masuk-masuk kena que dekat teller counter. Aku orang kedua. Haha. Aku time tukar tu pun, comel je orang kaunter tu tanya untuk Eid ke? Happy Eid dia wish. Pastu aku singgah beli donut dengan kek nak bawa pergi rumah Hamzah. Aku balik rumah letak telekung dulu, pastu baru pergi rumah Hamzah. Diorang semua dah ada dan makan. Duduk lama juga kat situ, siap ar buat tik-tok dua. 

Comel je isteri masing-masing. Diorang ni semua ikut husband datang sini. Jiha ni dulu dia cikgu kat Malaysia. Yang lain aku tak sure. Wife Hamzah Syafiqah siap bekalkan rendang untuk Mira. Aku memang cadang nak minta sikit bawa balik untuk Mira. Dia dulu dah pesan bawa balik sikit lauk. Menarik betul diorang ni. Alhamdulillah untuk semua kasih sayang sesama kami di sini. 







Rehearsal nak buat tik-tok


Ini baru raya


Member kerja di hari raya

Bagi mak-mak kat sini duit raya


Next weeknya, pergi lagi rumah Hamzah sambut birthday anak dia. Time ni, main kad siap Nad dengan Bushra bergaduh nak menang. Tapi lepas tu, rileks je Nad kata, biar bergaduh, maknanya okay. Kalau tak bercakap tu, maknanya gaduh. Aku dengan Mira gelak je. Diorang ni aku rasa adik-adik je. Jiha ni lahir tahun 91 kot. Dia siap nak panggil aku kakak. Haruslah aku larang. Haha.

Alhamdulillah untuk semua pengalaman kat Sydney ni. Rindu raya dekat Melaka. Kita tak boleh dapat semua bendakan? 

Taqaballahuminna waminkum semua. Semoga Allah menerima semua amal kita di bulan Ramadan dan memberikan taqwa. 






Love..