Tuesday, August 10, 2021

Sesi Mengetam Rambut

PKP bersambung-sambung je kerja dia di bawah pimpinan Mahiaddin ni. Jadinya, kedai gunting rambut tak buka. Rambut ayah dah panjang. Mak tak berani nak potong. Mak minta tolong aku. Ketam no.3 ayah kata. Mujur Kak Fisha dengan kuasa veto telah meminta adik menyeponsor ketam rambut semasa PKP 1 dulu. Maka, aku pun menolong mengetam rambut ayah. Alhamdulillah customer tak banyak songeh. Ketam je tanpa masalah. Teringat dulu kecik-kecik ayah potong rambut kitorang sebab ramai kot adik-beradik, tak larat nak hantar pergi kedai. Aku ingat first time aku pergi kedai gunting rambut dengan Mak Ngah. Dekat belakang kedai bata kat roundabout Jasin dulu. Masa tu Mak Ngah nak potong rambut dengan Alin. Memang pengalaman barulah. Sekarang nak minta ayah gunting rambut, memang taklah. Ayah kata, dah ada duit, pergi gunting rambut kat kedai. Haha. Mujur anak ayah kaya. Hehe. Tapi, aku suka je pergi gunting kat kedai sebab nak diorang cuci rambut sekali. Best perasaannya. Tapi, dapat gunting rambut ayah ni pengalaman yang best juga. 

Masing-masing teruja

Masing-masing dah penat

Selepas menjadi barber, nak kena bersenam. Terinspirasi dari Deekay yang sibuk berjalan petang-petang kat rumah Njang. Maka, aku ajak Asyraf dan Afifah pergi jalan kaki sampai ke TNB. Masing-masing dah penat bila dah nak masuk hutan tu. Aku layan je ar diorang merungut sambil diorang kutip biji getah. Kesian generasi diorang ni, belajar dahlah online, pastu tak boleh jumpa orang. Mengadap telefon je lagi lepas tu. Bila aku dengar Dr. Puteri Afzan Maria selalu bagitau budak-budak ni pun ada stress juga. Kadang-kadang tak tau macammana diorng nak channel out. Aku pun seminggu work from home minggu lepas, jadi stress kot sebab tak keluar. Nak keluar malas nak turun. Biasa aku pergi kerja juga sehari dua dalam seminggu tu just nak tukar angin. Tapi, oleh sebab ada yang positive kat ofis tu, diorang jadi lagi strict. Ai Tee pun tak bagi aku pergi. Syukur Alhamdulillah aku boleh balik Klang setiap hujung minggu untuk give my head a good sense balik. Hampir 45 minit berjalan, aku dapat 5k je steps dan yang paling penting anak buah aku tak mengadap telefon. Pencapaian yang bagus aku kira. Better than nothing. 

Kutip biji getah. Nak buat apa tak tau.


Berlagak kat Deekay

Malam Ahad tu, Afiq ajak main Sahiba. Busu pula cuti sebab esok nak pergi ambil vaksin second dose. Aku layankan juga sebab bila diorang nak ajak tu maknanya diorang selesa dengan kau. Macam aku cerita pasal Ijam bila anak buah boleh je nak minta apa-apa dengan dia termasuk mak aku sekali. Aku pula kalau mak minta, kadang-kadang alasan tu banyak dan malas. Tapi, bila tengok Ijam dapat pahala bila kata ya sahaja atas permintaan mak, aku cemburu dan bermuhasah diri. Sekarang, sehabis boleh aku nak kata ya atas permintaan-permintaan orang di sekeliling saya. Selepas beberapa jam, tamatlah permainan dan haruslah pemenangnya aku. Al-maklum, banyak membaca. Haha.

Aktiviti malam pula

Hari Sabtu itu tidak habis lagi yer. Aku tidur dengan Asyraf malam tu sebab Abang Afiq dengan Akmal nak tidur dekat hall sebab nak tengok Running Man. Asyraf taknak tidur bawah sebab dia takut lipas. Nak tidur tu pun kena paksa. Kalau tak, mengadap je telefon dia dengan Afifah. Bila dah dalam bilik, aku pun suruh Acap baca doa tidur. Dia pun baca. Pastu aku kata baca Al-Fatihah, aku pun baca yang awal, dia pun sambung. Lepas tu minta baca Surah Al-Ikhlas, dia senyap je. Pastu dia kata, 'Alang baca yang awal dia.' Haha. Aku pun baca, dia pun sambung. Pastu kitorang borak-borak kejap. Aku layankan sekejap sebelum aku terlelap. Dalam borak-borak tu, antara dia kata, 'Alang, nak masuk syurga kena berusaha dan solat yer, macammana orang nak kawen boleh ada banyak duit, macammana orang nak kawen boleh baca apa tu yang salam tu, raksasa dengan ultraman mana lagi kuat?' Aku layankan sampai aku tertidur tak sedar bila. Pandai-pandailah sayang nak tidur sendiri. Aku terjaga sekejap malam tu, ternampak dia tengah main phone. Esoknya aku tanya dia, 'Malam tadi masa Alang tidur, Alang terjaga tengok Acap main telefon. Alang mimpi ke betul2 tu?' Dia senyum-senyum pastu kata betul. Budak-budak ni, kalau tak kawal memang camtu ar. Cuma yang aku suka, dia tak tipu. Nak kena ajar yang kena cakap betul walaupun benda yang dia buat salah. Kau pula, takyahlah marah dia sebab dia dah kata jujur pula. Cakap je elok-elok benda tu salah. 

Sesi ngaji

dan berkasih-sayang

Hari Ahad pula, aku bangun pagi sebab nak hantar adik pergi Bangi. Dalam pukul 8.30 pagi aku bangun. Iron baju nak guna nanti. Kalau ikut malas aku, memang malas nak beria-ia nak duduk dalam kereta je pun. Tapi, dah seminggu memang tak iron baju nak pergi kerja. So, mood rajin datang. Mak tengah masak kat bawah. Aku dengar juga kuali berdentam-dentum. Haha. Rileks mak. Anak mak memang tak tolong buat sarapan. Lepas dah siap iron baju, aku turun sebab masa-masa ni ayah dengan mak nak sarapan. Nak borak. Tolong taknak. Haha. Aku turun mak dah sudah masak keutiaw goreng dengan buat air teh. Jadi, aku tolong kemas dapur dan basuh pinggan ar seperti biasa. Kak Cik pun turun ingat nak tolong mak masak. Sekali sarapan dah siap. So, masing-masing turun makan je ar. Mak, sila bersabar dapat anak macam ni.    

Dan-dan aku sudah makan, adik pun turun. Dia dah siap nak pergi vaksin. Aku, mandi pun tak lagi. Biasalah, timing kakak ko memang out. Mak dah pesan sebelum tu, balik bawa adik vaksin nanti minta dia bawa kereta. Nak mahirkan dia. Adik ni, dia ada trauma sebab bawa van ayah hampir nak langgar kereta orang. Jadi, dia tak berani bawa. Geram je aku dengar. Aku nak dia mahir sebab kalau ayah dengan mak nak balik kampung, bolehlah dia bawa. Valid je rasa cuak tu. So, aku pun temanlah dia nak overcome rasa tu. Balik tu aku lupa dia kena bawa sebab dok borak pasal Azizulhasni Awang dapat Silver untuk Olimpik 2020 kat Tokyo sampailah bila nak jumpa tol ni, aku tak jumpa smart tag dan aku kena parking kat Shell. Baru teringat nak minta dia bawa. Mula-mula bawa, aku ajak pula borak pasal Olimpik, dia kata tak boleh nak ulas. Nak kena fokus kat depan jalan. Haha. Aku gelak je. Lepas tol tu, nampak dia dah rileks sikit. Lepas tu masuk federal highway, dah confidence sikit, dah laju dia bawa. Jumpa juga 120km/jam dekat speedometer tu. Ko bayang dulu masa minta dia bawa dari Melaka, 90km/jam je? Tak ke mengucap panjang aku dengan Kak Cik jadi penumpang waktu tu? Sebab dia dah okay sikit, dan aku bagitau dia jalan ni terus je sampai ke Klang, so dia dah boleh borak pasal Olimpik tu. Haha. Aku cerita kat mak. Pastu Ijam sambung, dia kata bukan macam kak ya, macam-macam boleh buat, bawa kereta dan membebel. Haha. Aku gelak je ar. Memang membebel adalah benda yang seronok buat dalam kereta. 

Adik yang ingatkan aku tangkap gambar

Tahniah Azizulhasni. You made us pround! 

Kedai ke-enam cari pulut hitam dan dah nak hujan

Ada orang ngidam pulut hitam. Kita cuba penuhi.


Petang tu, adik minta aku gunting rambut dia pula. Ketam no. 2. Lepas tu, aku ajak Abang Afiq yang memang taknak potong walaupun abah dia ketam rambut adik-adik sebelum tu. Rambut dah macam hutan belantara. Dia setuju pula tiba-tiba. Aku pun nak ketam ar. Cuma skill juga nak potong rambut dia ni. Yang atas nak ketam no. 3, yang tepi nak no. 2, yang bawah dia no. kosong. Sebelum ni, aku potong semua satu no. je. Customer ni, mencabar sikit. Mujur ar Ijam dengan Kak Cik ada, diorang yang tolong sambung dan nampak kemas sikit. Aku ni biasa tak kisah je. Tak cantik nanti end product. Hehe.

Kat kepala dia je tiga jenis ni ketam 

Petang tu, aku hantar diorang balik rumah abah diorang. Kadang-kadang aku kesian diorang punya life ni. Kena berpindah-pindah, time seronok-seronok main dengan sepupu-sepupu kena balik rumah abah. Aku harap diorang gembira je. Isteri Hairol pun okay juga layan budak-budak ni. Acap suka. Masa dah sampai, tak sabar-sabar dia nak turun tak salam aku pun, which is good aku rasa. Takdelah dia rasa tertekan ke. Aku doa yang baik-baik je untuk anak buah aku ni disamping aku bagi je value apa yang aku ada untuk diorang. Erti hidup pada memberi. 

Hujung minggu aku yang penuh. Aku harap Allah terima semua amal yang aku buat. Membaca kisah pemergian Siti Sarah sangat menginsafkan aku. Semua orang bercerita mengenai kebaikan dia. Kisah sedekah yang dia ceritakan ketika hanya mempunyai RM500 di dalam bank dan dia menasihati Shuib untuk memberi kepada emaknya separuh. Selain itu, dia berpesan kepada Shuib, jangan berkira-kira dengan duit kerana akan menjadikan kita berkira-kira dengan sedekah. Allah. Hampir semua orang menceritakan kebaikan dia. Terbaca ig Nadir, raya korban yang lalu, dia mengorban seekor lembu yang berharga lebih kurang RM14k juga. Hidup ini sangat fragile. Dalam kurang seminggu anak-anaknya menjadi yatim. 

Syurgalah tempatmu

Saya mendoakan kekuatan kepada lebih 10 ribu keluarga mangsa yang meninggal akibat Covid19 dan syurgalah tempat mereka. Moga Allah beri kekuatan kepada kita mendepani masa depan dengan lebih kuat, resilience, memberi lebih banyak, membantu seadanya, bertaqwa, berkasih-sayang sesama kita, ikhlas dan pengakhiran yang baik juga untuk kita semua. Berdoa juga Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang adil, bertanggungjawab dan dapat membantu rakyat dengan lebih banyak.

Kes Covid19 di Malaysia - 090821




Salam Awal Muharam 1443. 

Love..

No comments:

Post a Comment