Saturday, August 14, 2021

Hari Mencucuk Vaksin

Saya mengambil cuti hari Jumaat untuk membawa emak dan ayah mengambil vaksin Astra Zeneca di IDCC Shah Alam. Dalam perjalanan ke sana, kami berborak mengenai Siti Sarah. Betapa Allah mengangkat darjat dia sehingga ke hari ni masih bercerita kisah kebaikan dia. Ayah bercerita mengenai satu video temubual Siti Sarah di mana duit Shuib di dalam bank tinggal RM500 dan mempunyai maid dan komitmen yang lain dan Shuib reluctant untuk memberi kepada ibunya. Sarah menyuruh memberi juga at least half. Ayah terkesan dengan video tu. Katanya, semasa kami membesar, memang ayah tidak memberi kepada nenek. Sebab membesarkan kami. Patutlah tidak tegap. Tetapi Alhamdulillah cukup cuma tidak lebih. Sekarang baru berkesempatan memberi nenek. 

Tidak mengapa ayah. Ada rezeki lagi memberi kepada mak ayah tu. Patutlah rezeki ayah sekarang mencurah-curah ke ladang gandum sekarang. Itu rahsianya. Saya rasa betul juga. Saya pun rasa saya patut memberi kepada mak dan ayah lebih lagi. Tak sampai separuh lagi apa yang saya bagi kepada mereka. Sementara ada hayat mereka ni. InsyaAllah. Marilah kita bersama-sama. Seperti yang saya kata sebelum ini, saya cuba mengata ya untuk semua arahan atau permintaan mak dan ayah. Saya cuba buat untuk minggu ini. Tidak susah rupanya. Selama ni kerja nak melawan je sebab malas. Benda biasa je buat. Masak, jemur baju, basuh baju, lipat baju dan aku tolong buang sampah sebab selama ni kerja Ijam. Dia dah takde. Afiq pun balik rumah abah dia. Aku offerlah buang sampah.    

Lamanya tak bawa 


Petang kosong sikit IDCC ni


Being alive is an occasion. Cherish it.

Alhamdulillah.

Semakin banyak orang keliling saya kehilangan orang tersayang akibat Covid19. Ajmal dari finance kehilangan ayahnya. Aishah dari procurement kehilangan emaknya dan Amnah kehilangan kakak iparnya. Sehingga dia meletakkan jawatan untuk membantu abangnya menyelesaikan anak abangnya yang juga anak susuannya. Saya berdoa semoga kita semua diselamatkan dari penyakit ini. Kes semakin hari semakin meningkat. Perdana Menteri masih tidak mahu melepaskan jawatan walaupun gagal menangani pandemik ini. Innalillah. Semuanya diserahkan semula kepada Allah s.w.t untuk jalan yang terbaik kepada kami. Semoga Malaysia dipimpin oleh kerajaan yang bertanggungjawab dan competent dengan kerjanya. 

Sebab tema ibu bapa pada tajuk ini, maka masuk cerita Korea juga. Hospital Playlist juga memaparkan tema ibu bapa juga pada episod 8 season 2 minggu ini. Emak Seong-Hwa dan Jung-Hwon didiagnos dengan penyakit dan mereka berdua tidak tahu. Walaupun doktor pakar, tetapi mereka berada bersalah kerana tidak mengetahui penyakit ibu mereka. Ya, benda juga boleh terjadi kepada kita. Kita terlalu sibuk menguruskan kehidupan sendiri sehingga terlupa mengambil berat perihal kedua ibu bapa. Walaupun Jung-Hwon melawat ibunya setiap hujung minggu, masih juga terlepas pandang. 

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan berhujung minggu dengan ibu dan ayah saya. Sejenis yang memang tak telefon mak masa hari biasa sebab hujung minggu memang balik kampung. Nikmat Allah yang saya syukuri. Dapat melihat mereka pun dah dapat pahala, apatah lagi berbakti kepada mereka dengan masak hujung minggu. Mujur ayah jenis tak cerewet. Makan je apa yang orang masak untuk dia. Jadi, takdelah insecure masa kat dapur bila mak tinggalkan sorang-sorang. Dulu kadang-kadang merungut juga sebab kena masak, sekarang dah memang nak memberi, maka lebih tenang bila memasak tu. 

Semalam Kak Cik belanja makan malam. Dia beli lauk sweet sour, ikan stim, tom yam dan kailan untuk makan malam. Pagi tadi pula, Along belanja sarapan lontong. Tengahari pula, aku belanja nasi arab kat seksyen 7. Ayah kata, lepas ni beli kambing je sebab kambing dia lembut. InsyaAllah ayah. Kita repeat yer. 

Buat adik-adik yang takde rezeki macam akak, buatlah dengan kapasiti yang ada. Bila korang kat sini, akak angkat tangan tau. Korang buat. Hehe. Rajin-rajinlah join ngaji dan borak dengan mak. Mak gembira dapat tengok anak-anak dia. Mak mana reti nak tunjuk, tapi dia gembira. Kena teruskan tau. 

Love..

No comments:

Post a Comment