Sunday, June 20, 2021

Doa Anwar jadi PM Malaysia

Saya berborak dengan ayah di kerusi depan. Ayah sedang menanam rumput dan hujan turun. Maka, ayah masuk ke dalam. Kami berborak sebentar mengenai politik tanah air. Kekebalan Muhyiddin walaupun telah disuruh Agong untuk membuka Parlimen dengan kadar segera masih tidak dihirau. Rakyat semakin terseksa. Purata yang mmbunuh diri sepanjang PKP ini adalah sehari seorang. Saya yang tidak merasa secara langsung juga membenci kelemahan pemimpin yang tidak berkepimpinan ini. Patutlah antara tujuh golongan yang akak dinaungi ketika di Padang Mahsyar nanti adalah pemimpin2 yang adil. Tugasnya sungguh berat. Tidak semua mampu menggalasnya. 

Ayah positif mengatakan yang Muhyiddin akan jatuh. Allah menunjukkan kepada semua bagaimana Pas memerintah apabila diberi kuasa. Sungguh memburukkan nama Islam. Saya berdoa diberikan semula kepada yang ahlinya. Masih menunggu dan berdoa Anwar menjadi PM Malaysia. Setakat ini tidak nampak figura yang boleh memimpim Malaysia. Walaupun tidak menafikan beberapa Menteri cemerlang semasa menjadi kerajaan dulu seperti Dr. Dzul, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin. Figura yang boleh membawa Malaysia ke mata dunia kembali bagi saya masih Anwar. Connection semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu dan good track record yang orang lain tiada. 

Saya pernah mendengar hadis, hamba Allah mendapat banyak pahala di akhirat akibat doa-doanya yang tidak dimakbulkan di dunia sehingga beliau dinaikkan tingkatan syurga. Terkeliru antara hadis doa anak kepada emak dan ayahnya. Maaf jika saya salah (sudah menggoogle, tapi tak jumpa). Sehingga dia bertanya kepada Allah, dari manakah datangnya pahala-pahala ini? Katanya, pahala doa-doa yang kamu minta tapi tidak dapat di dunia. Hamba ini berkata, baiklah jika doa ini dipenuhi Allah dan mendapat bahagian di akhirat. 

Saya bertanya kepada ayah, pernah dengar tak hadis ni? Ayah kata tak pernah. Lepas tu, saya pun tanya. Ayah agak, kalau kita doa nak Anwar jadi PM, lepas tu Anwar jadi PM, jadi doa tu dah tak dapatlah masa kat syurga nantilahkan? Ayah angguk. Haah. Sebab dah dapat bahagian dunia. Saya pun mengangguk. Jadi, kena doa lainlah pula, balas saya. Ayah membalas, doalah minta dunia dan akhirat. Dua-dua pun dapat. Sambil ayah bangun nak sambung tengok video dukun Indonesia kat dalam bilik katanya. Haha. 

Tenang je ayah. Memang follow politik, tapi nanti kejap-kejap tukar video wrestlinglah , dukun Indonesialah, nak tanam pisanglah, lagu dangdut pun saya pernah dengar. Haha. Jadi, neutral sikit. Kalau 24 jam politik, memang pening kepala. Semoga politik Malaysia bertambah baik. Dikurniakan pemimpin yang bertanggungjawab, adil dan melaksanakan perintah Allah. 

Entri raya otw ye. Dah lupa cerita. Poor me. 

Aktiviti hujung minggu sekarang

Ijam, tenang je kalah. Yang penting meraikan kami. Hehe

Tengok Hungary lawan France. 1-1

Tengok EURO2021 di televisyen, Hungary telah membenarkan penduduknya memasuki stadium kerana lebih separuh penduduknya telah divaksin. Dengan membuat undang-undang yang ketat sebelum membenarkan masuk, mereka sudah boleh menjalani kehidupan semula. Semoga Malaysia juga dapat merasa nikmat berkehidupan semula. Ya Allah Ya Wahhab, yang Maha Memberi, berilah kami kehidupan yang lebih baik di bawah pemimpin yang bertanggungjawab, Kau jatuhkanlah pemimpin yang korup dan menyusahkan rakyat dengan caraMu. Berilah juga kekuatan dan kemurahan rezeki serta ketenangan kepada semua yang terjejas akibat covid dan kelembapan kerajaan in serta ganjarkan pahala yang banyak untuk mereka. Hanya KepadaMu kamu berserah dan kami mohon pertolongan. Ya Rabb. Makbulkan Ya Allah. 

Love..

No comments:

Post a Comment