Sunday, June 13, 2021

36 Tahun

Nadiahku sayang

Menginjak sudah umurmu
Bertambah juga ilmu
Moga setara dengan amal
Untuk digunakan sebagai bekal

Jika dihitung saat ini
Masih lopong sana sini
Tidaklah berpegang pada paksi
Semalam lebih buruk dari hari ini

Bertabah sahaja diri
Disamping usaha dan doa bersilih ganti
Telah menjaga dan cuba baiki
Jangan pertikai nasib sendiri

Nadiahku sayang.. 

Lihat rahmatNya di sekitar
Terlalu banyak jangan dipertikai
Kasih sayangNya melimpah ruah
Ku kira kau sangat bertuah

Semoga pertambahan umur
Menjadikanmu lebih bersyukur
Memberi keliling lebih banyak
Yang pasti rezeki tidak terluak

Nadiah sayang.. 

Ingatlah pesan 
Jadikan dunia di tangan
Syurga itu masa depan
Itulah sebenar-benar tujuan

Walaupun cuma persinggahan
Amal di sini menentukan
Banyak kiri ataupun kanan
Kelak mana dipertempatkan

Moga yang baik sahaja untuk diri
Mengucap syahadah bila pergi
Tinggal kelak di syurga tertinggi
Bersama keluarga dan yang kita sayangi



Love..

No comments:

Post a Comment