Sunday, February 21, 2021

Perasaan Kanak-kanak

Semenjak dua ini saya sering mendengar ceramah mengenai parenting. Sebelum ini memang mengikuti instagram Adli Rajiah. Penulis buku Why So Serious Parents? Waktu itu kerana anaknya mengalami masalah addicted to gadjet terlampau dan cara dia mengatasinya. Dan saya cuba merelatekan untuk anak buah saya. Kebelakangan ini suka pula mendengar Dr. Putri Afzan Maria, founder Kinder Kaizen. 

Minggu lepas, saya mendengar talk mengenai Baran. Sempat saya bertanya soalan bagaimana mahu berinteraksi bersama budak berumur 4 tahun. Antara pesan Dr. adalah kita sendiri menjadi contoh tauladan yang baik untuk mereka ikuti dan acknowledge perasaan mereka. Pada umur 4 tahun? Saya macam pelik juga. Dah boleh ada macam-macam perasaan yer? Dulu masa saya waktu tu tak tau buat apa pun. Takpelah. Kita tengok camne nanti. 

Sembang bawang yer gais

Esoknya, saya menolong emak di dapur. Saya mengajak Afifah menolong juga. Along saya ada kerja di pejabat. Kadang-kadang saya ada meminta Afifah tolong sambil saya berceramah, ya berceramah yer. Tujuan nak menasihatlah konon-konon. Poor me. Selepas mendengar ceramah semalam, saya menukar corak percakapan. Kali ini, saya banyak bercakap bersama dia mengenai perasaan dia dan lebih memberi pilihan untuk dia membuat keputusan. Contohnya, bila memotong carrot, saya bertanya kepada dia, mahu potong camne? Mula-mula dia reluctant to decide. Mana kakak tau, katanya senang. Selepas saya memberi pilihan, dia memilih satu dan gembira dengan keputusan itu. 

Selepas itu, berborak tentang perasaan dan saya mendapat tahu, dia ada satu perasaan yang saya akan selalu marah jika dia berbuat silap. Apabila saya menyuruh dia membasuh papan landas sambil membawa pisau dan bekas sekali, dia menolak kerana katanya, nanti jatuh Alang marah. Saya pun berkata, bawalah perlahan-lahan. Sambil memuji selepas dia berjaya membuat perkara itu. 

Penat sebenarnya, mana kau nak masak, mana kau nak kemas, mana kau nak tengok dia buat kerja, nak jaga dia sebab pegang pisau dan berborak lagi. Tapi, inilah prosesnya. Jangan nak perfect sangat, enjoy je prosesnya. Lantaklah sepah pun, kau dalam dapur tu sampai dua jam dan kau tau yang kau bukan feveret makcik dia dan garang, haha. At least, ada sesuatu yang kau ajar dia. Moga jadi amal yang berpanjangan. 

Petang pula, bawa Asyraf dan Afifah pergi jalan-jalan. Saya naik motor dan diorang naik basikal. Jalan-jalan sampai tali air. Banyak gila soalan Asyraf pasal air, buaya, biawak, tali air dan banjir. Baru perasan yang saya ni, tak banyak ilmu pengetahuan am satu, pastu nak guna layman's term standard budak-budak ni satu hal lagi. Wei, banyak giler benda nak belajar dalam dunia ni. Haha. Patutlah pernah dengar ada quote ni yang masa yang kita ada lagi kurang dari apa yang perlu kita lakukan. Rileks, enjoy je. Bagi je kenangan kat anak-anak buah ni. 

I love them

Punyalah banyak soalan dia. Tapi, Alang suka. :) 

Girl being girl. 

Afifah tangkap gambar ni. Nice kakak. 

Oh, saya pun belajar juga tau pasal acknowledge perasaan ni. Saya guna dekat engineer feveretlah. Siapa lagi? Masa tu sekali, dia tertak layan whatsapp saya dan saya terasa. Tapi, takdelah nak bagitau dia. Biasanya bagitau dekat Deekay dengan Faezah je ar perasaan ni (diorang pun dah bosan dengar aku kerja merajuk je dengan Nga. Haha.) Ada sekali text Nga lepas insiden merajuk yang Nga tak tau, ada peluang bagitau dia yang saya terasa, apa lagi, bagitau ar. I didn't expect anything in return. Just nak bagitau je apa perasaan tu. Lega satu hal, lepas tu dia reply untuk tidak repeat lagi. Lepas ni, dia akan lebih berhati-hati nak reply text bila dia tengah stress. Tidaklah marah dia, sebab faham je dia tengah stress waktu tu ada incident dekat site. Tapi, dah rasa terasa. Lepas tu, saya okay je (okay ke? Haha). Dunia-dunia. Whatever makes me happy kan? 


Kalau saya pun rasa lega, agaknya budak-budak lebih lagi


Teruskan belajar Nadiah

Love..

No comments:

Post a Comment