Sunday, February 21, 2021

Majlis Perkahwinan Kak Cik 2020

Masih lagi dalam cerita tahun lepas. Saya cuba clearkan apa kenangan indah dalam kehidupan saya. Tahun lepas, di dalam kepayahan kita mengikut Perintah Kawalan Pergerakan, majlis Kak Cik dan Ijam berjaya diadakan di kampung pada tarikh 29hb Ogos 2020. Nenek dah beri green light, so kita buat kat kampung. Lagipun Ijam duduk Jasin, lagilah senang. Takyah sewa homestay or datang awal Klang. 

Aku ingat lagi nak balik kampung Hari Khamis malam. Sebab aku cuti Jumaat tu. Aku dengan Fikri amik anak-anak Ami dari rumah Hairol. Sebelum tu, Arip ada tanya nak tolong apa untuk majlis ni? Mak bagitau tolong rebus telur je. Tapi, malam tu aku balik, telur pun diorang dah rebus. Buat kenduri kat kampung kan? Semua memang settle ar. 

Amik diorang kat rumah, pastu singgah mamak nak bungkus airlah. 

Afifah


Kenduri adalah kegembiraan 



Time ni nak hantar budget 

Orang kuat

Orang lagi kuat 

Masa untuk jumpa geng

Tukang PA sistem. Angah

Pak Long Hussin belanja buah


Tolong senduk lauk. SOP. 


Siapa yang rajin dok  print out nama lauk ni


Orang Kedah dah jadi orang Putrajaya sekarang 

Tinggal ni dengan Busu je yang lelaki

Takde aktiviti, buat aktiviti 

Sepupu kitorang dah besar. Dah bagi hadiah kawen. 

Aku sampai-sampai pun pelamin dah siap yer. Penangan saving duit nak kawen, dapatlah guna untuk benda-benda supaya tak menyusahkan orang. Kak Cik sebenarnya memang dah saving RM13k untuk majlis kawen dia nak catering je. Sebab memang niat taknak nenek-nenek dengan sedara-mara susah. Last minute planning jadi lain pula. Kita merancang, Allah juga merancang. 

Alhamdulillah majlis tenang-tenang dengan Standard of Procedure (SOP) yang ditetapkan. Gigih sedara-mara tolong apa yang patut. Jemputan tak ramai sangat. 20p orang kot. Acik Oya buat aqiqah cucu dia juga kalau tak silap. Sampai pukul 2, lauk dah tinggal sikit. Memang Acik ada beli lauk lebih in-case tak cukup. Telur tiga papan. Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu, lauk memang laju. Sebab nenek buat lauk kampung. Orang bertambah. Tapi, mungkin sebab kali ni, ada orang jaga lauk jadi orang amik lauk tu terjaga. Agaknyalah. Aku tanya Acik, lauk tinggal sikit. Nak masak lauk lain tak? Acik balas dia punya orang dah datang semua dah. Tanya Kak Cik pun kawan-kawan dia dah datang. Nenek pun okay. So, takyah masak lain. Maka, tenang-tenang kami kemas je. 


Bangun pukul 4.30 pagi nak masak

Pemeriksa suhu 


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semua dipermudahkan. Kak Cik dengan Ijam duduk rumah mak dekat Golden Villa sekarang. Sebelum tu dok rumah mak ayah sebab ayah tengah betulkan tandas. Pastu dah cat dan pasang vinyl. Cantiklah rumah diorang. 

Alhamdulillah, Ijam jenis yang senang juga. Tak banyak kerenah. Boleh tolong tengok-tengok anak buah juga. Kak Cik pun dah makin rajin. Lipat baju. Kalau tak, sebelum tu ayah kata balik-balik kerja je terus naik bilik. Sekarang, lepas siap-siap mandi, turun makan, lepas tu lipat baju. Kebaikan tu. Marilah kita raikan. Semoga berkenalan hingga ke syurga sayang. 


Keluarga belah mak


Keluarga belah ayah

Keluarga kami

Sesi membuli

Ada banyak lagi gambar nak letak. Tapi, nanti kang entah bila nak upload. Jadi, nanti kalau rajin, edit tambah gambar. Kalau tak, Alhamdulillah dapat tulis pasal ni. Saya suka kenduri. Kenduri adalah kegembiraan. 



Love..

No comments:

Post a Comment