Monday, November 23, 2020

Post Operation Busu - Melaka

Selepas pembedahan, beria-ia Busu minta pulang. Moksu di kampung jadi serba-salah. Manakan nak mengajar, manakan memikirkan Busu, anak-anak lagi. Allah. Ada sekali Moksu telefon aku minta ke HKL kerana Busu call. Waktu itu aku tak boleh keluar dari pejabat. Jadi, aku pun telefon Nisah minta dia tolong. Dia selesaikan. Selepas beberapa hari drama nak pulang, kawan kak cik tak boleh masuk, aku pun tak boleh masuk hantar beg, bacaan garam tak cantik untuk keluar hospital, akhirnya Busu keluar juga. Katanya kalau Moksu tak nak sign surat kebenaran, dia sign sendiri. Degil juga Busu ni. Mujur dapat isteri taat. Syurgalah tempat Moksu. Gigihlah petang Jumaat tu, Nisa, Moksu dan Acik Oya mengusahakan nak bawa balik Melaka. Dengan PKPB takleh bawa kereta lebih dua oranglah. Jadi Nisah kena drive Busu balik kampung. Kerajaan sekarang ni punya incompetent memang menyusahkan rakyat. Semoga Allah balas semua perbuatan kamu setimpal. 

Balik cerita pasal Busu, tenang agaknya dah ada kat kampung dah depan mata. Minggu pertama di kampung, Kak Cik dan Nisah meneman. Kemudian Pak Lang datang untuk membantu. Ada kudrat lelaki okaylah. Meneman nenek dan Busu semasa Moksu dan budak-budak ke sekolah. Hujung minggu, Pak Lang pulang ke Klang. Minggu kedua, Kak Mi dan Mina balik. Meramai-ramai bak kat Moksu pada Ami. Masa ni Ami cerita, nenek nangis je hari-hari. Sedih agaknya. Time aku balik dah tak nangis dah. Minggu ketiga, Along pula balik dengan Afifah. Ada cuti Maulidur Rasul. Jadi, lama sikit Along kat kampung, dari Khamis ke Ahad. Hujung minggu keempat, aku pula. Nenek minta aku balik. Cadang nak balik dengan mak ayah, PKPB, tak boleh dalam satu kereta lebih dua orang. Jadi aku balik sorang lepas kerja Jumaat tu dengan baju opis. Berlakon sikitlah.

Geng Luncheon

Nak singgah belikan ole-ole untuk Moksu kat Petronas Bemban, sekali tengok baju oren yang terang-benderang ni, terus cancel. Bagitau Moksu je. Tak bawa apa-apa pun. Moksu okay je. Dia kata, barang makan kat rumah ni pun dah banyak. Sampai-sampai, Moksu tengah ngaji, Umair tengah buat exercise dengan Busu. Masa salam Busu, Busu cakap nenek kat bilik. Clear juga berbanding masa aku jumpa lepas operate masa tu. Aku dah gembira dah. Ada improvement. InsyaAllah okay ni. Jumpalah nenek kat bilik. 

Kecik je doktor-doktor sekarang


Hari Sabtu. Moksu dah siap beli sarapan. Nak hantar Umair pergi sekolah. Aku volunteer tolong. Macam tak buat apa-apa pun balik ni. Nak cakap dengan Busu, bukannya pandai berborak sangat. Hantar je ar Umair. Balik tu, borak-borak dengan nenek dalam bilik sebelum tolong Moksu masak tengahari. Tenang je Moksu uruskan rumah. Tapi, anak-anak memang dah banyak membantu.Umair dengan Ainur memang boleh buat kerja dah. Bagi je. Walaupun mulut akan bising, kerja masih jalan. Moksu cerita, dia memang kata dengan Umair, 'Ummi tak boleh buat sorang, abang kena tolong.' dan Alhamdulillah, dia tolong. Buatkan Busu fisio pagi dengan petang. Kalau Busu nak air, sebut nama anak-anak je. Diorang pergilah ambilkan.

Pagi tu budak-budak buat kerja. Siram pokoklah, buat kerja sekolah dan baca buku. Tak buka TV pun. Sampai Adi bangun, dia yang buka. Rasanya ada jadual Moksu buat diorang ni. Kalau tengok TV pun channel pendidikan dengan History, National Geographic. Haha. Memang bukan channel rumah Pak Long Zainallah. Kitorang channel bola, mobile legend, KBS je nampak. ;p

Nak bagi telefon dekat anak-anak pun Moksu pantau. Ada nak bagi Adi main game, Moksu kata boleh. Hafal surah Al-Mulk ayat 1-10. Hadi baru 6 tahun kot. Camtu sekali ye nak didik anak-anak. Nenek cerita, Umair dah hafal Yassin dengan Ar-Rahman kalau tak silap. Tingkatan 1 ye. Dapat pendedahan awal ni. Syukur je. Ko boleh tengok cara orang didik anak dan masa yang sama meraikan je budak-budak ni. Aku tanya juga Adi malam tu dah hafal ke? Dia kata kejap je tu. Pastu aku cubalah baca. Merangkak-rangkak ayat kedua dengan ketiga. Ainur yang betulkan. Dia dah hafal sampai ayat 8. Bila Moksu tanya Adi dah hafal ke tak? Boleh Adi jawab, Kak Nadiah pun tak hafal lagi. Gelak aku dalam bilik. Kemahin bijak ko kan Adi. Petik nama akak. Hehe. Moksu haruslah lagi bijak. Moksu jawab je, Kak Nadiah tak nak main game. Tak jawab leaps tu. Comel je aku rasa budak-budak ni. 

Pada masa yang sama, kecil lagi dah ada cabaran ayah sakit. Tanggungjawab tu dah kena pikul sama-sama. Moga membesar menjadi semakin bertanggungjawab dan bermanfaat untuk orang lain. Moksu dengan Busu mesti fikir anak-anak kecil lagi. Masa borak-borak dengan Moksu, dia kata dia pun tak tahu nak fikir camne? Dia serah je kat Allah. Minta Allah beri jalan. Masa nak bawa Busu balik kampung, macam-macam dia fikir. Tapi, sampai satu tahap, dia kata, dia buat je part dia. Yang lain Allah yang aturkan. Setakat ni okay je. 

Aku pernah terdengar ig live Jejak Tarbiah dengan cucu ke cicit Hamka. Sudah lupa. Ketika ditanya, apa pesan Hamka yang dia ingat. Cucunya seorang wanita berkata, Hamka berpesan, 'Jika ada masalah, keluarlah. Ke pasar, ke mana sahaja, janji keluar.' Mungkin hal ini kerana jika kita rasa masalah kita besar, kita melihat masalah orang lain lagi besar. Juga dunia ini sangat besar untuk terlalu memikirkan masalah sebegitu. 

Untuk masalah kecil yang aku hadapi dengan tidak memperlekehkan masalah siapa paling besar. Bersyukurlah. Biasa dengan kata-kata Ustaz Pahrol, 'Dunia ni tempat berlelah-lelah. Akhirat kekal abadi.' Satu ayat yang Ustaz sebut dari Surah Al-Mulk ayat dua. Allah menguji untuk menguji siapa yang lebih baik amalnya. Bukan lebih banyak. Lebih baik. Peringatan untuk kita memperelokkan lagi ibadah yang kita lakukan. Dengan ilmu, dengan hati dan redha. 



Teringat Kak Cik kata, kenapa bila orang mengajar, dia akan kata, 'Yang baik dari Allah, yang salah dari kekhilafan saya sendiri.'. Lepas tu dia dapat tahu, jawapan dia sebab kekurangan kita yang tak belajar. Allah. Kadang-kadang fikir dengan solat lima waktu, puasa, zakat tu dah cukup Islam. Banyak lagi benda nak kena buat kat dunia ni. Semoga kita semua diberikan Allah kesempatan untuk memperelokkan ibadah sebelum ditakdirkan pergi ke dunia yang kekal abadi. 

Sekadar gambar sebab susah nak arrange balik gambar-gambar ni.

Busu tak boleh cakap lepas operate. Tulis no phone Moksu. Ingat pula kata Moksu.

Masa tengok Busu 



Ayra Si Kiting

Amik bunga dari Moksu

Love.

No comments:

Post a Comment