Monday, October 12, 2020

Pembedahan Busu Bani

Untuk kali ketiga, Busu akan menjalani pembedahan otak kerana ada tumor di otak. Kali pertama pada 2013, kali kedua pada Aug 2019 dan kali ini pada 2020. Masih belum diberi kesembuhan oleh Allah. Ini langkah kita selain berdoa moga Allah beri kesembuhan. Setelah di warded pada Isnin yang lepas, hasil usaha Acik, pakcik dan Fahmi membawa dari Melaka, juga Khairiyah dan Abu yang tunggu di Hospital Kuala Lumpur sebab vision Busu dah kabur-kabur. Khairiyah menyarankan untuk warded sahaja. Mak Usu cerita, lama dah nak suruh pergi check. Tapi, Busu kata boleh tahan lagi. Sampailah Acik datang rumah nak bawa pergi hospital. Sempatlah berbohong kata Fahmi tak kerja sebab tu boleh hantar Busu.. Sebenarnya kerja je. Mujur Abu ada tunggu kat HKL, jadi Acik dengan Fahmi balik Melaka awal. 

Hujung minggu lepas, Mak Usu datang Klang sebab Moksu kata, nenek kat kampung asyik nangis je. Bawalah datang Klang. Ramai-ramai ni, takdelah dia nak nangis sangat. Betul. Takdelah nampak nangis sangat. Sebenarnya, tak nampak langsung. Benarlah keluarga memang penenang jiwa. 

Pagi Sabtu masak meehun goreng. Makan ramai-ramai. Lepas tu, pergi Petang Sabtu kami masak meehon sup. Ayah nak buat solat hajat untuk operation Busu. Alhamdulillah untuk nikmat saudara-mara dekat dan rapat ni. Moksu tengah sedih dan risau. Tapi, sebab ramai-ramai ni, dia kata kurang sikit perasaan tu. Moga Allah beri kekuatan kepada Moksu sekeluarga dan nenek. Juga kepada Busu, moga Allah sembuhkan juga. Lepas Maghrib, ayah imamkan solat hajat untuk pembedahan Busu. Kepada Dia kami semua memohon. 


Tahlil sikit 

Orang dapur buat onar


Pagi Ahad, beli bungkus. Takyah susah-susah masak

Anaqi dah jumpa bantal empuk


Sabtunya minggu depannya pula, sepatutnya orang kampung datang Klang nak tengok Busu. Sebab Busu operate hari Khamis. Tapi, sebab PKP bersyarat dekat Klang dan masuk sekali rumah ayah. Diorang terpaksa cancelkan. Hari Khamis, Nisa ambil barang Busu dan bagi ke aku. Sebab aku masih berada di KL, senanglah nak hantar barang. Jumaatnya pula, ingat nak hantar barang dekat HKL. Tapi, Busu masih tak sedar. Jumpa Moksu je dekat parking. Dia datang dengan kawan dia. Hari Sabtu pun Moksu datang lagi. Dengan abang dia pula. Dah dua harilah, pergi HKL balik hari. Risau kot. Dahlah tak boleh jaga. Moga dipermudahkan untuk Moksu dan Busu. 

Hari Jumaat Moksu datang 


Aku cerita perihal melihat kebahagian dan menjadi lebih baik Busu dan Moksu lepas kahwinkan? Sama juga semasa sakit ni. Masa nilah kau nak susah senang sama-sama. Aku percaya perkahwinan ni tak mudah. Tapi, percayalah ia membahagiakan. Teringat dialog Fazura dalam drama siri Gol dan Gincu, bila mak dia tahu yang boyfriend Fazura ada hiv positif. Mak ralat nak bagi dia teruskan hubungan tu sebab sayang sangat kat Fazura, tapi Fazura pun sayang kat Pierre Andre, so dia kata dengan mak dia. 'Ana lebih rela hidup susah dengan orang yang Ana sayang, dari hidup senang dengan orang yang Ana tak sayang'. Benda yang kena belajar adalah ambil keputusan sendiri dan kau bertanggungjawab dengan keputusan kau. Baik buruk. 
 
Sama kes macam Moksu, kepayahan ni memang berat mata memandang, berat lagi bahu Moksu memikulnya. Tapi, sebab sayang. InsyaAllah, kepayahan semua ini, moga Allah ganjarkan dengan pahala yang banyak, kesembuhan yang kekal dan ketenangan yang abadi. Pasangan ini pun rezeki yang Allah bagi pinjam. Memang kena tawakal bila Allah bagi ujian nak ambil balik. Walaupun berat sebenarnya. Allah takkan uji lebih dari kemampuan hamba Dia. Itu pasti. 

Love..

No comments:

Post a Comment