Friday, April 10, 2020

Keep Your Cool during RMO

Semalam berkesempatan menonton live ig Ustaz Azlan Shah dengan Imanshoppe. Semasa PKP fasa pertama yang lepas, hampir setiap hari saya menonton kuliahnya di Facebook HijrahEd. Beliau mengupas tentang buku 11 Leadership Qualities That Changed The World hasil tulisan Nabeel Al-Azami. Setiap hari beliau akan mengupas sifat Rasulullah s.a.w berdasarkan buku ini dan akan mengaitkan dengan buku-buku lain juga. Antara buku yang sempat diceritakan dari Profesor Tariq Ramadan - In the Footsteps of Prophet dan Ulama Indonesia Syeikh Quraish Shihab - Pengantin Al-Quran, Kalung Pertama Buat Anak-anakku. Saya mahu menulis mengenai kuliah ini, tetapi tidak tahu dari mana mahu bermula. Semua cerita mengenai Rasulullah s.a.w yang beliau ceritakan begitu detail sehingga saya merasa takut saya tersalah tulis. Semoga diberi kekuatan menulisnya juga satu hari. 

Sumber : Wardahbooks.com

Kali ini, marilah bercerita mengenai kuliah di live ig. Memilih tajuk Keep Your Cool During RMO', soalan pertama yang saya dengar dari moderator adalah apakah yang mempengaruhi akhlak kita dalam berdepan situasi sekarang - merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan dan cara kita menangapinya. Ustaz menceritakan dari ulama, ada tiga faktor yang mempengaruhi akhlak seseorang :-
  1. Kehidupan seseorang dalam mengamalkan agama - adakah jenis keluarga yang solat atau tidak
  2. Environment seseorang - Dengan siapa kita berkawan
  3. Faktor Geografi. Contoh melalui cerita seorang pemuda yang telah membunuh 99 orang. Dia mahu bertaubat dan berjumpa dengan seorang abid (ahli ibadah). Abid itu mengatakan yang Allah tidak menerima taubatnya, lalu dia membunuh ahli abid menjadikan 100 orang yang telah dibunuh. Selepas itu, pemuda itu berjumpa pula seorang alim (ahli ilmu) dan menyatakan hajatnya untuk bertaubat. maka orang alim itu berkata boleh tetapi dengan syarat, pemuda itu harus berpindah dari kawasan tempat tinggalnya. Menunjukkan faktor geografi mempengaruhi akhlak seseorang. Dengan tidak menghabiskan cerita itu, tetapi saya tahu pengakhiran cerita itu sebelum ini. Pemuda itu meninggal di dalam perjalanan menuju ke kawasan baru dan mayatnya direbutkan oleh malaikat penjaga syurga dan neraka. Pengakhiran yang baik untuk seseorang yang mahu bertaubat, masuk syurga pemuda yang telah membunuh 100 orang itu. SubhanAllah.  
Kemudian, moderator beralih pula kepada hadis hati dan meminta untuk Ustaz komen yang berbunyi,
“Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” - Riwayat al-Bukhari 
Sebelum mengulas mengenai hadis tersebut, Ustaz Azlan menceritakan mengenai satu hadis, juga saya pernah dengar sebelum ini. (Nota diri : Dengar-dengar ni, kadang-kadang lupa, kadang-kadang ingat. Selalulah kena doa, dapat ilmu yang bermanfaat). Saya pernah dengar melalui Ustaz Asri Zainal Abidin. Jika tidak silap saya, perawi hadis apabila mahu menyebutkan hadis ini, pengsan beberapa kali sebelum membacakan hadis ini. Betapa terkesannya dengan hadis ini. Hadis mengenai orang pertama yang akan dicampakkan di dalam neraka. 

"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. 

Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah bertanya: 
"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?" 
Orang itu menjawab: 
"Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."
Allah berfirman: 
"Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."
Dan sememangnya orang ramai menyebutnya sebegitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya: 
"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"
Dia menjawab: 
"Aku mempelajari ilmu lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."
Allah berfirman: 
"Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut hafiz."
Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan nikmat2 Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah bertanya: 
"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"
Dia menjawab: 
"Aku membelanjakannya di tempat2 yang engkau kehendaki."
Allah berfirman: 
"Engkau berdusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."
Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."
(HR. Muslim)

Allah. Adakah kita buat sesuatu kerana Allah? Walaupun belajar agama, menderma dan mati syahid? Di dalam era serba canggih ini, hendak tak hendak, kita terdedah dengan penyakit hati ini. Apa sahaja yang kita buat, kita akan tayang di media sosial. Teguran untuk diri sendiri juga. Pesan Ustaz, apa sahaja yang kita buat, kena betulkan niat. Semua perkara kita dimulakan dengan niat. Kerjaya, kahwin, beli kereta, pergi sini, tolong orang, solat, derma. Selalu persoalankan why kita nak buat tu?Persoalkan why sampai lima kali atau lebih sehingga sampai sebab kerana Allah. Sebab kalau nak puji-pujian ni semua takde nilai di mata Allah. 

Selalu juga amalkan doa nak jaga hati yang Rasulullah s.a.w selalu baca, 

sumber : google

Minta Allah selalu jaga hati-hati kita yang selalu dibolak-balik ini.

Kemudian moderator bertanya pula mengenai apa yang perlu dilakukan bila kita nak berubah? Ustaz berikan lagi satu hadis (punyalah banyak ilmu Ustaz ni, rasa macam dia takde preparation pun untuk soalan-soalan moderator, tetapi dia kaitkan dengan semua ilmu dari hadis, ulama dan bacaannya. Kagum betul saya) Satu lagi hadis yang Ustaz bacakan, tetapi saya tidak dapat cari di internet hadis penuhnya, jadi apa yang sempat saya catat adalah berbunyi seperti Rasulullah s.a.w bersabda, 

"Semua amal kita ada waktu tinggi dan ada waktu perlahan. Sesiapa yang di waktu perlahan masih bertahan dan bersabar dalam sunnahku, maka dia akan selamat."

Dalam kehidupan ini, nak berubah adalah satu hal. Perkara selepas berubah itu lebih sukar, iaitu istiqomah. Jadi, antara tips yang kita boleh buat apabila orang nak berubah adalah kena bagi ruang dan empati yang tinggi kepada orang yang nak berubah. 

Untuk diri sendiri juga. Kena selalu minta Allah ampunkan dosa kita. Rasulullah s.a.w pun istighfar 100 kali sehari. Sehari, bukan seminggu tau. Tu Rasulullah s.a.w. Kita yang lagi banyak dosa ni, lagilah kena istighfar lebih dari tu setiap hari. Istighfar dengan sebenar istighfar, menyesal dengan perbuatan dan berjanji tidak akan mengulanginya. 

Dalam hidup ni, kita seperti ada sayap yang ada dua belah. Satu sayap adalah harapan (hope) dan sebelah lagi takut (afraid). Kita kena balancekan. Kita takut dengan Allah pada masa yang sama harapan untuk redha Allah tu lagi besar. Bila Allah dah bagi hidayah, doa Allah jaga hati ni. Doa yang kita boleh baca adalah dari Surah Al-Imran Ayat 8.

Sumber : google

Apa lagi yang kita boleh buat untuk istiqomah? Doa dengan Asmaul Husna. Nama Allah Al-Wahhab-Maha Pemberi Kurnia. Allah Pemberi Kurnia beri kita macam-macam. Baik sangat Allah bagi ni sampai :-
  • Dia bagi benda yang kita tak minta pun. Contoh : udara, cahaya, anggota tubuh
  • Dia bagi berulang-ulang. Oksigen ni takde pun dia berhentikan sehari.
  • Dia tak minta balasan pun. Kau nak jadi baik ke, nak jadi tak nak dengar kata ke, dia tetap bagi juga udara ni.
Lepas tu moderator minta tiga tips istiqomah sempena nak masuk Ramadan. Al-maklumlah lagi 15 hari nak puasa. Tiga tips tu adalah :-
  1. Kena clearkan why? Objektif Ramadan kita. Setiap orang, objektif dia lain-lain. Bukan semua orang sama. Jadi, tak perlu ikut orang lain. Semua orang ada target yang berbeza-beza. Jalan nak buat amal soleh ni ada banyak. Ada orang boleh bangun malam, ada orang boleh sedekah, ada orang boleh khatam Al-Quran, ada orang solat terawih. Ada seorang penulis dari Indonesia (Ahmad Mustopha Bisri (Ustaz Gus Mus) membahagikan soleh kepada dua iaitu soleh ritual (ibadah) dan soleh sosial (akhlak).
  2. Detailkan plan untuk enam minggu ni. Start minggu ni (dua minggu Syaban dan empat minggu Ramadan). Kena tulis nak buat apa sehingga sedetail-detailnya. Lepas dah tulis detail tu, kita kena stick to the plan. 
  3. Jangan overdo. Jangan target melambung-lambung. Solat terawih 20 rakaat, takut nanti lepas tu tak buat. Limit ikut kapasiti masing-masing. 
Moderator minta lagi tiga benda untuk kita muhasabah diri sempena Perintak Kawalan Pergerakan ni. Ustaz pun bagilah :-
  1. Kita kena rasa rendah diri dengan Allah. Macam-macam kita plan dah selama ni, tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Kita kena selalu tunduk dan percaya, semua yang terjadi atas kekuasaan Allah. 
  2. Rebut peluang ni untuk lihat sesuatu yang baik. Kita boleh luang masa dengan keluarga. Ada hadis Rasulullah s.a.w. "Ajaibnya orang Mukmin, jika mendapat kesenangan, ia bersyukur dan bila mendapat musibah dia bersabar." 
  3. Sangka baik dengan Allah.  
Terlalu banyak benda boleh belajar dengan Ustaz ni walaupun sejam. Nak praktik dengan tak je. Istiqomah tu yang susahkan? Tapi, doa, usaha dan tawakal kepada Allah untuk jadi lebih baik. Semoga berjumpa dengan Ramadan semua. Ramadan yang tidak akan sama seperti sebelum-sebelum ini. Tiada bazar dan solat berjemaah di masjid. Semoga Allah beri kesembuhan kepada semua yang positif Covid-19. Semoga Allah beri kekuatan kepada semua frontliners yang menjaga kita dan menganjarkan syurga tertinggi untuk semua. 

Di bahagian kita, mari #stayathome #staysafe #kitamestimenang

Love..

No comments:

Post a Comment