Tuesday, October 29, 2019

Teater Sawah Padi

Mak Ina ajak pergi tengok teater sawah padi di Kuala Lumpur arahan Dinsman. Beberapa tahun lepas telah dipentaskan, tetapi di Sungai Besar. Pak Busu, Mak Ina sampai tidur di sanalah. Jadi, bila dipentaskan di Kuala Lumpur, Mak Ina eksaited ajak pergi tengok. Aku pun okay sahaja. Cadangan awal, En. Anuar nak bawa Mak Ina pergi beli hadiah hari jadi sebelum pementasan teater. Oleh kerana teater tersebut dipentaskan di Padang Merbok, berdekatan dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) maka En. Anuar ajak jumpa dahulu. 



Pada hari kejadian, kami bercadang untuk bersolat Maghrib di KKR dan kemudian makan bersama. Tetapi, lebih kurang jam 5.30 petang, Mak Ina called dan bagitahu yang En. Anuar tak sihat dan tak join tengok teater. Jadi, kami bertukar tempat perjumpaan di Masjid Bukit Aman. Mak Ngah, Alin, Amir dan Insan telah sampai dahulu. Pak Busu, saya dan Mamat datang kemudian. Pak Busu yang rajin telah menjemput saya di pejabat dan menghantar saya dan Mamat semula di pejabat. Sempatlah berjumpa dengan Linda untuk memberitahunya saya perlu keluar dahulu. Ada kerja dia yang saya perlu submit pada hari itu. Tetapi, tidak berjaya siap. Maka, pada hari Sabtu, saya datang untuk menyiapkannya kerana Linda akan datang pada hari Ahad untuk membuat bahagiannya pula. Aish, apalah punya kerja kami ni. Haha. 

Kami berjumpa Mak Ngah di Masjid dan kemudian makan dahulu. Selepas itu, baru kami ke Padang Merbok. Mak Ina dah sampai awal-awal lagi. Dia duduk bersama Kak Normah dan Abang Zam.

Pak Busu belanja. Terima kasih! 

Tunggu Grab datang jemput. Hehe.

Kami sampai di sana dan duduk di belakang-belakang. Awal-awal persembahan sudah meleret saya rasa. Sudahlah hero (Si Uda) dah spoilkan dengan menjadi lemah. Bergaduh pasal harta dengan Dara. Aish kau ni, hero ni walaupun takde harta, janganlah tunjuk lemah sangat depan heroin. Lepas tu, Pak Busu kata hero dia bukan Uda. Nanti Uda ni mati. Haha. Awal-awal dah spoiler. Tapi, aku okey je. Maling dengan Pak Utih tu yang Pak Busu kata hero. Okaylah. Boleh terima. Haha. 

Di suku pementasan, hujan mulai turun. Saya sudah memakai jaket kerana dari pejabat lagi sudah merasa sejuk. Muhammadlah kesian, takde bawa apa-apa. Dia baru balik kerja. Pak Busu pun ada jaket juga. Alin dan Mak Ngah ada payung. Ni namanya, sediakan payung sebelum hujan. Pengalaman mandi hujan ini sangat saya suka! Setiap kali hujan, saya selalu rasa nak main. Tetapi, gila kau nak mandi hujan dekat pejabat, lepas tu nak naik kereta. Basahlah seat. Lupakan sahajalah.

Benda lain yang menarik adalah, Padang Merbok itu ditutupi dengan jerami. Oleh kerana kasut saya basah, maka saya pun membuka kasut, dan berkaki ayam sahaja di Padang Merbok tu. Menarik! Teringat ayah selalu pesan, jangan sombong dengan tanah. Ayah nanti, dia cabut rumput dekat rumah, kaki ayam je. Nak buang toksin katanya. Hehe. Saya cuba korek jerami itu, mahu tahu berapa tebal mereka letak. Dalam juga. Saya korek-korek dengan kaki tak jumpa lagi padangnya. 

Ada kakak bagi baju hujan. Terima kasih! 

Menara KL gais..

Bersepah kat belakang tu. 


Waktu nak cari shoot yang cantik konon-konon


Pengalaman menonton Teater Sawah Padi sambil disirami hujan dan berkaki ayam di tengah bandar Kuala Lumpur memang mengujakan. Saya suka. 

Kami tunggu sehingga selesai. Mak Ngah sudah pulang sebelum habis pementasan. Mak Ina juga. Balik dari Padang Merbok, kami mengeteh dahulu di Chan Sow Lin. Walaupun berdekatan dengan pejabat saya, haruslah saya tak tahu ada kedai apa yang buka malam-malam pukul 11 malam tu. Jalan-jalan, jumpa kedai mamak. Apa lagi. Memamaklah kita sebelum Pak Busu hantar kami di Southgate. 

Ngeteh sebelum balik
Malam itu juga, kami terima berita yang Encik Anuar ditahan di hospital kerana ada penderahan di otak. Allah. Saya cadang mahu melawatnya pada esok hari. Kerana saya bekerja dan masih di KL. Tetapi, esoknya, Nazifah memberitahu, En. Anuar dalam waktu-waktu kritikal, tidak digalakkan melawat, jadi saya simpan sahaja hajat itu. Didoakan semoga En. Anuar sihat-sihat sahaja. Memang tidak sangka, saya menelefon En. Anuar tengahari itu untuk memberitahu kami mahu menumpang solat di KKR dan En. Anuar menjawab dengan gembiranya. Dan selepas itu, dia tidak sihat dan ditahan di Hospital Kuala Lumpur. Life is so fragile. Tengah-tengah sihat, sakit. Cherish all the moments sekarang ini. Jangan fikir sangat benda yang kau tak dapat, tetapi appreciate benda yang Allah bagi. Dan bila sayang, kata sayang. I love you, LillahiTaala. 

Love..

No comments:

Post a Comment