Tuesday, October 29, 2019

Perkahwinan Angah

Berbanding perkahwinan Afiq dan Safwan, Fahmi punya majlis kali ni, kita tak buat dekat rumah Acik. Kita buat dekat Rumah Citra Sari Ayer Keroh. Sebab sekalikan dengan majlis belah perempuan, maka Acik bersetuju untuk buat dekat sini. Kalau tidak, memang alamat kat rumah dia pasang khemah lima je.

Maka, berbondong-bondonglah saudara-mara balik. Pak Lang, Mak Ngah pun datang on the day majlis bawa aiskrim, Mok Teh, Busu lagilah awal dah ada sebab memang duduk dekat kampung. Nenek Som, Nek Siah dengan Cik Ta memang dah tidur rumah nenek nak masak lauk tambahan. Kali ini, Acik buat dekat Rumah Citra Kasih di Ayer Keroh. Kali ini katering, sebab majlis Fahmi combine sekali dengan majlis belah perempuan, Aida. Takut tak cukup lauk, jadi nenek minta tolong Nek Som masak lauk tambahan. Masak lemak perut, masak asam daging dan masak acar sayur. Sedapnya sebab nenek-nenek yang masak. Bilalah kita nak ambil resepi-resepi nenek ni sebelum terhapus dek zaman. Huhu. Saya ni, tak pandai sangat merasa. Jadi, masak tu ala kadar sahaja. Walaupun Kak Cik selalu pesan rasa masakan atau minuman sebelum nak hidang dekat orang. 

Kami balik hari Jumaat, masak-masak hari Sabtu, Fahmi bernikah malam Sabtu. Saya membawa ayah, mak, Nek Som dan Cik Ta untuk ke majlis nikah Fahmi. Oh, cerita membawa emak sedikit kelakar. Ayah memang tidak mahu membawa kereta sekarang. Saya layankan. Tetapi malam itu, saya perlu membawa empat orang. Untuk memberikan keselesaan kepada penumpang, saya mencadangkan kepada ayah membawa kereta saya dan saya menumpang Aminah sahaja. Punyalah ayah tidak mahu membawa kereta, dia yang mahu menumpang Aminah dan tinggalkan saya dan emak bersama nenek-nenek. Haruslah emak tidak mahu. Maka, berhimpitlah emak dan Nek Som dan Cik Ta di belakang. Mujur tidak jauh. Emak ni, clingy dengan ayah. Haha. Takpelah mak. Dah laki sendiri. Love you emak. 

Alhamdulillah, majlis pernikahan selesai, walaupun sebelum majlis berbagai drama yang terjadi. Terutamanya di sebelah keluarga Aida. Allah. Allah uji sedikit di bahagian masing-masing. Saya jarang mendengar ayah memberikan nasihat yang negatif, tetapi dari segi kes Aida, ayah mencadangkan supaya Aida memutuskan sahaja hubungan dia dan ayahnya selepas perkahwinan ini. Untuk mengelakkan lebih mudarat kepada kedua-dua belah pihak. Allah. Semoga Aida dan Fahmi mencapai keluarga mawaddah, sakinah dan rahmah sehingga akhir hayat.

Inilah penumpang saya

Geng tunggu dekat bawah sebab sakit kaki

Tahniah Angah! 

Ni, hari esoknya. 

Hari Ahad, hari majlisnya. Saya menemani Acik untuk menjaga duit dan memberi Acik goodies untuk tetamu. Sekali dengan Nabila. Oh, Nabila sedang mengambil lesen memandu kereta. Anak Pok Teh memang semuanya independent sekarang. Allah. Semoga Allah tempatkan Pok Teh bersama orang-orang beriman dan ditinggalkan doa anak-anak yang soleh InsyaAllah. Majlis berjalan lancar. Saudara-mara memang gembira. Saya suka kenduri. Masa untuk bersama saudara-mara dalam satu masa dan berjumpa semua.

Geng sambut tetamu

Kesayangan hamba. :)

Sayang juga

Orang kuat kenduri

Oh, tidak lupa tragedi pecahnya tayar kereta saya pada hari itu. Dan baru tahu, saya tidak punya tayar ganti. Honda memberi saya pam sahaja. Tetapi, oleh sebab telah tercarik tayar itu, maka tidak dapat dipam. Perlu diganti. Ayah dan Safwan yang mencari tayar. Alhamdulillah ada Safwan, tahulah dia kedai mana yang buka pada hari Ahad itu. 

Nak cari tayar ganti. Tak jumpa. Hehe.

Selepas sebelah tayar pecah, saya pula perlu menukar sebelah kanan pula. Sedang memandu di roundabout hampir sampai di pejabat selepas melawat nenek dan Nek Som di Selayang, ada seorang hamba Allah memberitahu bahawa tayar saya pancit. Malas untuk berhenti dan berdoa rim saya tidak rosak, saya memandu sahaja sehingga ke parking pejabat. Di sana, baru betulkan. Orang pertama yang saya tanya adalah Faezah. Dia bahagian tukang-tukang ni memang hebat.

Pam tayar di basement

Setentang dengan site ofis. Kalau tak cukup duit, minta Nga tolong hantar.


Segini panjang paku dia. Manalah aku bawa ni.

Tukang teman. Nina

Berbalik kepada cerita majlis Fahmi. Selepas kenduri, budak-budak mandi kolam di situ, Malamnya, saya, emak dan ayah tidur di rumah Nenek Rammelah. Yang lain tinggal di rumah Nenek Saabah. Mahu menolong mengemas. Malamnya juga, lauk kami adalah maggi. Walaupun nenek ada menyimpan lauk untuk malam, kami semua sudah tak lalu makan nasi kenduri. Maggi adalah lauk wajib selepas bosan makan nasi biasanya. Jangan risau, masing-masing pandai dah bawa diri sekarang. Dah tahu tanggungjawab nak menolong di dapur.

Aiskrim Kenangan dari Lanchang

Saudara belah mak

Dari atas rumah

Katering yang sangat bagus! 

Orang kuat juga. 

Tumpang pelamin

Nenek-nenek yang kuat sangat

Ko tengok, bakal raja sehari

Balik kenduri tu, malam main Saidina. Wei, tak reti penat!

Esok paginya, masing-masing nak pulang. Saya membawa Baim, adik dan Nafisah. Kak Mi anak beranak, dan ayah bersama Kak Long dan Kak Cik satu kereta. Ngam-ngam sahaja kereta sekarang. Oh, cerita di dalam kereta bersama Nafisah juga menarik untuk diceritakan. Sudah lupa sedikit. Harap saya masih ingat, ataupun nanti tanya Fisha balik. Hehe.

Untuk majlis perkahwinan Fahmi ni. akak doakan awak dan Aida bahagia dengan doa, Barakallah. Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebajikan.


Love..

No comments:

Post a Comment