Saturday, November 24, 2018

8footsal

Banyak benda nak cerita. Ada lapan benda dalam draft untuk saya tulis. Tapi, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Inilah akibatnya menangguh-nangguh dan rasa nak tulis panjang-panjang. Hehe. Maka, antara lapan benda dalam draft, inilah satu daripadanya. 

8footsal. Nama team futsal kami yang berjaya terbentuk di Southgate. Bunyi dia eight footsal yer. Bukan lapan footsal. Permulaan cerita bermula dengan Leha ajak, saja nak main-main katanya. Saya pun okay je. Pada masa yang sama terfikir, masa nilah peluang nak jumpa anak kawan E. Anuar yang jumpa masa dekat Temerloh dulu. Anak kawan En. Anuar yang kerja di Gamuda juga. Cuma, manalah nak jumpa in real life En. Anuar. Budak tu dekat PDP, saya ni pula underground. Jadi, on sajalah dengan Leha ni.

Leha ajak Faezah juga. Softspot saya pun dah diajak, maka saya bertambahlah on. Lagi sebulan nak tournament, baru kami berlatih sebab masing-masing sibuk. Leha selaku ketua kumpulan, berjaya mencari coach untuk kumpulan ni. Cakap dengan budak-budak UG yang selalu training hasil sewaan Sport Club UG di Ampang. Selamba Leha telefon organiser minta jadi coach kami yang masing-masing baru nak join. Organiser yang pertama macam kerek sikit. Cubaan kedua berjaya. Fitri nama budaknya. Setuju je bila kami nak join training diorang. Siap kata boleh ajar lagi. Gembira Leha. Maka, bermulah sesi training dan perlawanan kami.

Minggu pertama training, Fairos terkoyak tisu. Dah ada history sebelum ni. Jadikan asbab sahaja, tambah teruk. Okay. Rehatlah. Minggu kedua training, Aishah pula. Sebelum ni pun dah ada history juga. Allah. Cubaan sungguh. Masa training ni, anak Leha join juga. Kemahin lagi main. Memang Leha hantar anak dia pergi training bola sepak. Katanya. lepas hantar main bola ni, anak dia kurang sakit. Kalau tak, kerja demam sahaja. Oklah, badan sihat, InsyaAllah otak pun cergas. Suka tengok anak dia main. Lincah je. Tips rumahtangga. Hehe.

Minggu ketiga, Alhamdulillah, takde sebarang kecacatan berlaku. Oleh kerana dua dah injured, kami ingat nak ambil pemain simpanan ganti, tapi masing-masing gagah nak main juga. Oklah. Kami pun okaykan sahaja. Esok nak tournament ni. Kami datang main, kat Fikri, budak-budak lelaki taknak main malam tu, takut injured. Sebab diorang pun join tournament tu. Alih-alih kami datang, diorang dah training dah. Cis sungguh. Kacau kami nak conquer padang. Lepas ni, dah tentu-tentu tak jejak lagi kaki ke situ. Kalau tak kerana Leha. Terima kasih Leha bagi berpeluh sebulan ni. 

Tournament, Syam siap bagi idea pakai tudung sama. Baru cantik nak bergambar dan nampak sangat satu team. Menarik kot idea tu. Pilihan kami, warna kelabu. Datang main. Serius penat. Ada lima team, semua kena lawan. Orang lain siap bawa pemain import sebab last-last game mesti dah pancit punya. Tu belum kira yang main kasar. Tolak-tolak orang. Haha. Pengalaman sungguh. Kami main dengan jujurnya dan dua orang injured. Maka dapat tempat pertama dari bawah. 

Surprisingly, jumpa anak kawan En. Anuar. Saiful nama dia. Dia kapten, sebab tu perasan. Bila nak pilih padang mana nak main, semua ketua kena pergi depan. Allah punya kuasa. Niat je masa mula-mula nak main tu, Allah makbulkan terus. Haruslah takut nak bergambar dengan dia. Bagitau Faezah, nak kena tangkap gambar dengan dia ni. Nak tunjuk dekat En. Anuar. Faezahlah penguat semangat. Maka, dapatlah gambar dengan dia. Itu je. Lepas tu, aku minta no telefon sebab nak ajak pergi cuci masjid dekat Temerloh. Haha. Tapi, buat masa ni masih krik krik. Aku bukannya pandai nak mengorat orang. En. Anuar selalu tanya, 'Tak ajak dia keluar makan ke akak?' Aku ber hahahaha je. Bila masanya sampai, aku doa je Allah mudahkan. Kalau dia untuk aku, aku jadi berani nak buat benda-benda yang aku tak buat dengan orang lain. Haah, aku noob macam tu. Ok, sampai sini dulu. Aku ada tujuh lagi post nak kena buat, dan aku pula suka tulis panjang-panjang. Memang berzamanijhj



Minggu pertama, Fairos injured

Minggu kedua, Aishah pula


Survived. Tiada sebarang kecederaan. :)

Fitri, coach terjun kami. Bulan 10 katanya nak jadi bapak. Tahniah dan terima kasih.

Hari perlawanan


Saiful


Mothilal. Dulu trainee, la ni AM

Pencetus idea. Leha
Bila keluar promo cerita Gol dan Gincu 2, masing-masing ajak cuti half day dan pergi tengok wayang. Tup-tup bos bagi cuti dekat semua Contracts and Commercial selepas dua minggu kerja non-stop masa MoF terminate contract underground masa tu . Jadi, mohlah kita tengok wayang. Ke KLCC kita.



Love..

No comments:

Post a Comment