Wednesday, September 12, 2018

Raya Haji di Klang

Raya Haji kali ni, di tengah-tengah minggu. Hari Rabu. Memula aku cadang nak balik kampung lepas kerja hari Selasa. Balik sini lepas kenduri rumah Mok Teh (majlis merisik Ipah), call mak pun mak kata okay je. Lepas tu tanya adik kerja ke raya tu? Mak kata kerja. Makanya, takde orang dekat rumah raya tu. Along dengan Kak Cik dah balik kampung Sabtu lepas. Masa aku pergi cuci masjid dekat Temerloh. Cakap dengan ayah, anak dah ramai pun, raya sorang-sorang je kali ni. Kak Mi pergi Kelantan rumah kawan dia. Kak Mina balik Sungai Besar sebab raya puasa dah raya dengan kitorang, Daus tak balik juga, raya dekat Kedah, Aida tak sihat sangat, Kak Fisha, jalan-jalan Sarawak kali ni. Tinggal aku dengan adik je. Jadi, aku mengambil keputusan raya di Klang sahaja. 

Sehari sebelum raya, lepas kerja, aku melepak dengan Alin. Dia nak pergi Pulau Pinang dengan family dia raya kali ni. Kitorang catch-up kejap. Buka puasa sama. Alhamdulillah, dapat puasa. Walhal pagi tu aku pergi site. Ai Tee nak bawa budak-budak trainee pergi tengok Batching Plant dengan Titiwangsa Station. Ingat malas nak puasa. Tapi, Allah kata ganjaran puasa 9 Zulhijjah menghapus dosa tahun sebelumnya dan tahun yang akan datang. Aku nikan banyak dosa. Jadi, doa diberi kekuatan untuk esoknya dan terhapus dosa-dosa yang banyak ni. 

Batching Plant


Titiwangsa Station

My trainee - Lim Wei Teck from INTI College



Julian Sebastian William - Diorang dok sibuk kenen2kan








Cari lipstik

Alhamdulillah, Allah beri kekuatan tu. Nak apa je dengan Allah ni, kita doa sahaja. Allah Yang Maha Pengasih Penyayang ni, memang Dia bagi semua. Dapat pula balik awal. Sempatlah rehat mandi-mandi dekat rumah Mak Ngah. Selesa sikit nak keluar lepas tu. Doa Allah berikan kekuatan, semoga tidak terlalu lapar. Cuma, memang penat. Tak larat nak cakap banyak malaam tu. Haha. Alin pun puasa. Makan jelah kami. 

Esoknya, bangun dan pergi solat hari raya. dengan emak. Baliknya, aku ingat nak pergi tolong orang dekat surau sebab masak bagi orang memasak untuk orang yang datang tolong sembelih lembu. Tetapi, dah ramai orang tolong, aku tak tahu nak buat apa, mak pula dah jumpa geng. Jadi aku pun baliklah. Tidur. Haha.


Punyalah tak produktif raya aku. Yang 1 hingga 9 Zulhijjah, punyalah nak buat betul-betul. Memang tak boleh lama-lama aku dekat rumah sendiri, tempat paling seronok bermalas-malasan dan tak produktif. Hehe. Petang tu Kak Cik balik dari kampung lepas kenduri. Dia kata, pergi kawenlah. Sebab anak Mok Teh dah kena risik. Jadi masing-masing dah tanya pasal jodoh. Bertabahlah Kak Cik. Esoknya nak kerja, aku dari Klang je. Tak sesak. Keluar pukul 6.50 pagi, jam 7.45 dah sampai dah. Kalau hari biasa, pukul 6.30 keluar, sampai pun ngam-ngam je pukul 8. 

Sebab berada di rumah, kadang-kadang lepas solat jemaah jika ayah tidak ke surau, mak akan suruh ayah takbir. Sedikit kemeriahan raya untuk saya. Cerita raya ini aku lakarkan selepas membaca blog Ustaz Hasrizal di sini mengenai raya korban. Sementara masih ada emak dan ayah ni, semoga aku dapat bersama-sama mereka dan menggembirakan hati mereka. Walaupun selalu leka dengan orang lain, semoga Allah sentiasa memelihara mereka di dunia lagi-lagi akhirat.

Love..

No comments:

Post a Comment