Saturday, June 2, 2018

Syukur

Saya terpanggil membuat post kegembiraan ini apabila melihat video ini. Video mengenai Menteri-menteri yang baru untuk kerajaan yang baru. Alhamdulillah. Allah beri kemenangan kepada rakyat. Rakyat telah memilih. 

Pagi 10 May 2018, saya mendapat pesanan dari Fatimah, anak arwah Pak Ngah Zaini berbunyi, 

"Tahniah kak ya. Betullah kata Pak Long, Allah ada."

Hal ini kerana, ketika berkempen di Temerloh dan singgah di rumah Mak Ngah, Fatimah bertanya, bolehkah kita menang? Saya masih ragu-ragu. Dengan mengundi pada Rabunya, persempadanan semula dan berbagai taktik kotor BN yang mahu mengekalkan kejayaan pada pilihanraya kali ini, menyebabkan saya kurang yakin. Lagilah pada pilihanraya yang lepas, dengan harapan #inikalilah pun masih belum berjaya mengambil-alih Malaysia. Tetapi, ayah begitu yakin mengatakan yang kita akan menang kali ini. Sebelum kemasukan Bersatu dalam Pakatan Harapan, mungkin sukar. Tetapi, sosok Mahathir ini memberikan impak yang lain pada pandangan ayah. Saya membidas mengatakan kekhuatiran taktik yang akan dilakukan oleh BN. Ayah kata, "Apa pun yang diorang lakukan, Allah ada." Hehe. Saya masih tak yakin. Betapa lemahnya iman saya. Tetapi, masih selalu berdoa untuk kejayaan kami. 

Dan SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. Segala puji dan syukur hanya dipanjatkan kepada Allah. Kejayaan ini sangat tidak disangka oleh saya. Sujud syukur saya atas kemenangan ini. Dan sujud syukur saya atas kejayaan En. Anuar juga. Perasaan yang masih tidak sangka ini saya bawa sehingga minggu pertama, perlantikan menteri dan sekarang juga. Kadang-kadang saya menangis melihat kerajaan yang baru. Melihat perlantikan Mat Sabu, Lim Guan Eng, Dr. Zul, Dr. Maszlee dan semua Menteri-menteri yang bijak terutamanya Mahathir mentadbir Malaysia menyukakan saya. Semoga terhapuslah proses pembodohan rakyat oleh Menteri-menteri yang kurang bijak dan bangkitlah rakyat Malaysia yang lebih kritis dan bijak bersama kepimpinan bersama rakyat ini. 


Ahli Parlimen saya. Kota Raja. 
Meraikan kejayaan YB P088. :)

Keluarga YPU
Selama 20 hari memegang tampuk kepimpinan, Alhamdulillah, banyak yang terjadi. GST dihapuskan. KWSP untuk surirumah tangga. Harga minyak diselaraskan untuk Ron95.  Juga jika mengikuti laman sosial YB sekarang, semuanya merakyat. YB Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Young Syefura, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin jangan cakaplah. Semua bekerja. Segala puji dan syukur kepada Allah untuk nikmat ini. Tidak dinafikan kejutan dengan terbongkarnya kegilaan terhadap beg dan duit yang berjuta-juta disimpan di rumah. Kadang-kadang terfikir, jika tidak menang, mesti tidak tahu ini semua. Allah. Allah. 

Berjuta-juta ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang begitu baik. Bermula dengan #pulangmengundi, menukar kerajaan yang lama dan kemudian Tabung Harapan Negara. Anda semua sangat menginsafkan saya. Semoga kita akan menjadi lebih baik dan lebih memberi untuk kesejahteraan Malaysia. I love you Malaysia. I love you Malaysian. 



Love..

No comments:

Post a Comment