Post sepatutnya sebelum pilihanraya, dari #kitamestimenang sampai #kitasudahmenang. Baru nak post.
______________________
Seminggu dua ni aku sibuk ke Temerloh membantu En. Anuar berkempen. Bantu? Hehe. Lebih kepada bagi moral support je. Tetapi, keberadaan aku tu sangat berkesan untuk aku, bukan En. Anuar sangat pun. Peluang untuk ikut orang dan belajar benda baru ni memang aku hargai. Kalau tak, aku dekat rumah je ar. Tapi, tak salah pun nak rehat-rehat kat rumah. Aku ada kalanya kalau takde program apa-apa, memang membongkang je ar kat rumah. Kesian mak. Anak rajin-rajin tolong kat luar, kat rumah membongkang. Haha. Tapi, aku masak juga tau kat rumah. Masa tulah nak menyembang dengan adik-adik. Macam pernah bacakan?
Masuk minggu lepas, dah tiga kali aku turun. Sekali dengan Kak Ana, kawan En. Anuar. Masa tu, kami bagi leaflet dekat Starmall. Punyalah aku cuak. Sebab awal-awal nak bagi dah kena tegur dengan orang BN. Terus aku takut nak bagi. Haha. Dalam hati ada taman. Dengan Kak Ana ni, memang kau tak rasa bosan. Layan dia bercakap saja ar. Siap dia cakap, "Sorry yer, akak banyak cakap. But, I'm making money with talking". Pernah ada Consultant Firm sendiri yang bila orang panggil bercakap untuk 3 jam, bayaran RM30k. Pergh pergh pergh. Sekarang dah banyak bantu AMANAH. Seronok jadi orang banyak duit ni, boleh tolong banyak orang. Tapi, yang takde banyak pun, boleh tolong orang dengan banyak cara. Angkat kayu dekat tengah jalan, senyum dan bagi salam dekat orang.
|
Kak Anaa |
|
Patin dulu |
Dua minggu lepas, pergi dengan Mak Ina dengan Pakcik Ghani. Kali ni, lagi jauh langkauan. Pergi masuk Felda, join konvoi dengan DAP dan ada join orang India bagi flyers dekat taman. Aku suka cara orang Cina buat kerja. Very organised. Untuk aku yang tak teratur ni, aku rasa, kena belajar banyak dengan orang cina ni. Sistematik dan Islamik kalah kita orang Islam. Untunglah kawasan En. Anuar dekat Pahang, bolehlah ulang-alik. Sejam setengah sahaja. Kalau di Perlis, memang penamaan calon sahaja pergi.
Bila masuk kampung-kampung ni, kau akan nampak banyak orang yang tak terbela. Hidup diorang biasa sahaja, tidaklah merempat. Tapi, kalau pentadbiran telus, kau boleh bantu banyak. Masa dengar talk dari YB Yeo Bee Yin kat program DAP, dia cerita yang bila DAP masuk KOMTAR, tengok akaun hutang negeri RM900 juta dekat kerajaan persekutuan. Sekarang dah 10 tahun, cuba teka berapa? Aku dalam kepala dok fikir dalam 100 ke 200 juta kot. Tapi, salah. Setelah 10 tahun mentadbir Pulau Pinang, kerajaan berjaya melangsaikan semua RM900 juta tersebut. Dalam 100juta setahun purata. Maknanya, selepas bayar hutang ni, ada surplus RM100 juta untuk rakyat Pulau Pinang. Selamatlah kamu merasa nikmat-nikmat di bawah kerajaan negeri itu nanti. Doakan rakyat Malaysia juga dapat merasakannya apabila bertukar kerajaan 10 May ini nanti Amin.
Oh, cuba teka kerajaan Pahang berhutang dengan kerajaan Persekutuan? Takpe, saya bagi jawapan terus. Lebih RM1 billion. Mantap bukan? Lepas ni, kalau kita ambil Pahang, jenuh nak membayar hutang depa sahaja.
|
Mak ayah hantar kat rumah En. Anuar |
|
Bawa Tok. |
|
Mari kita mula. The ladies |
|
Pas dan BN berkongsi batang bendera |
|
Yeo Bee Yin |
|
DAP Mentakab |
|
En. Jamal, orang kuat En. Anuar |
|
Selesai program |
Minggu lepas saya pergi untuk penamaan calon. Memandu seorang dari KL ke Temerloh straightly dari pejabat hari Jumaat untuk sertai solat hajat cadangnya. Terlepas, kerana sampai-sampai orang sudah solat. Tunggu Mak Ina sampai, makan sekali dan terus pergi tengok budak main futsal, lepas tu jumpa orang. Sampai rumah pukul 12.30 malam.
Esoknya penamaan calon yang paling lama dalam sejarah saya. Sampai pukul 1.30 petang kami tunggu. Tetapi sabar kami menunggu En. Anuar. Alhamdulillah selesai. Benda pertama yang ditanya adalah penyata insolvensi yang semalamnya pukul 1.00 malam En Anuar perasan yang insolvensi dia takde. Minta tolong staf dia tolong print, tak boleh masuk pula. Sampai pukul 6 pagi, baru Ammar dapat print.
Selepas selesai penamaan calon, kami pergi makan. Berehat sebentar, dan sambung semula mesyuarat di pejabat. Petang sedikit, saya mengundur diri untuk minggu ini. Sudah tiga kali ke Temerloh, tetapi tidak singgah ke rumah Mak Ngah merapatkan silaturrahim. Maka, kali ini saya singgah.
Niat untuk mengempen ke Mak Ngah memangkah En. Anuar tidak susah. Mak Ngah nampaknya memang mengetahui isu-isu semasa. Kekucar-kaciran PAS, dan kewujudan AMANAH. Saya pulang pada hari Ahad. Menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan adik yang baik kepada emak dan Kak Mi ke Jaya Jusco petang itu.
Ya Allah, Kau menangkan keADILan, rahmatilah negara kami dengan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan supaya dapat membantu rakyat yang memerlukan.#kaliini #kitamestimenang
Love..
kan ada function utk backdate post nadiah...kita punya post gi UK tahun lepas, kita still tulis smpai tahun nie, backdate je..hahaha
ReplyDelete