Thursday, March 15, 2018

Tender Interview

Seminggu yang lepas, Nic bercuti bersama keluarganya ke Taiwan. Dalam pada yang sama, kami perlu membuat tender interview untuk kerja RC structure di Chan Sow Lin Station. Nic yang menguruskan tender ini dari mula. Sebagai team yang hebat, mantap dan saling tolong-menolong antara satu sama lain, kerja itu diserahkan kepada saya. Lima kontraktor yang berpotensi kami interview. Biasalah kerja-kerja yang perlu dibuat sebelum sesuatu tender interview :-
  1. Booking meeting room
  2. Ambil projector siap-siap sebab takut receiptionist yang jaga kunci pergi solat
  3. Minta tolong kakak tea lady prepare chinese tea dan plain water
  4. Print Matrix Responsibility dan Scope of Works
  5. Print attendance sheet
  6. Bawa masuk submission commercial dan technical
  7. Print summary commercial evaluation
  8. Kalau sesi petang, confirmkan balik dengan sub-contractor dia akan datang interview
  9. Tanya participant dekat mana, bila dah nak mula meeting
Sub-contractor yang pertama memang best. Diorang siap buat slide presentation sekali. Bila General Manager tanya pasal resources dan plant semua boleh jawab. Well prepared. Cuma, harga diorang mahal. Macam tak nak ambil yang ini. Meeting pertama ni Mr. Lim tak masuk lagi. Meeting yaang kedua Mr. Lim masuk. Seperti biasa, dia masuk meeting bawa handphone dan otak je. Tapi, sebelum tu dia dah pernah tengok semua summary of submission semua. Dah ada dalam kepala dia dah. Style dia lain dari Ai Tee. Boleh belajarlah dari dua-dua ni. Basically, smart way.

Sub-contractor yang kedua ni, takde slide. Diorang explain sahaja. Pernah ada pengalaman untuk Line 1. Mr. Lim tanya, projek yang tengah in-hand sekarang. Ada projek untuk elevated, dengan satu cross-over. Lepas tu projek dekat Terengganu. Michelle tanya labour macammana? Mereka boleh ambil Indonesian kalau dapat projek ni. Biasanya 3 bulan dah boleh settle semua. Yang ini nampak ada harapan. 


Bawa handphone je.

Sub-contractor ketiga, Mr. Lim tak masuk juga. Punyalah sub-contractor tak bersedia, takde slide, bila tanya plan nak buat untuk projek ni in terms of labour, team and plant. semua tak boleh jawab. Katanya tak fikir lagi sampai tahap tu. Aku dah keluar meeting masa tu sebab nak call next candidate nak tanya ada slide tak? Dan seperti biasa, diorang pun takde bila aku tanya on the phone. Tiba-tiba Ai Tee keluar dari meeting, kata dengan Mr. Lim, sub-contractor tu unofficially withdraw dari tender ni. 

Next candidate pula, Mr. Lim masuk. Kali ini sub-contractor cina piau. Yang Michelle bila nak explain, cakap bahasa Mandarin kejap, Hokkien kejap dengan bos sub-contractor ni. Nic tukang translate untuk aku. Mr. Hong pula translate untuk Kobi. Being in this company, itu adalah normal. Adalah beberapa orang yang akan tukar bahasa macam Chee Chan Sau, dia akan seboleh-boleh guna English dalam meeting kalau ada non-cina. Biasanya diorang borak bahasa diorang je. Tapi, #KitaOK


Again. Handphone dan otak. ;p

Ada satu lagi company Jepun untuk diinterview. Dia dah tiga kali postpone interview. Mula-mula Mr. Kock tak boleh, lepas tu Michelle tak dapat. Harap-harap minggu depan berjayalah. Sebab lepas interview ni, sub-contractor kena submit balik quotation diorang (biasanya lagi kurang kalau takde isu-isu besar berbangkit dalam tender interview) dan kami perlu sekali lagi justify submission tu. Nak kena award lagi. Dan sebagai ISO company, paperworks sangat banyak. Lagi-lagi dapat bos macam Steve yang detail tu. Keluar masuk keluar masuk dokumen dalam bilik dia sebab nak kena betulkan. But, it is a learning process. Alhamdulillah untuk semua pengalaman ni. 

Gambar untuk kegembiraan di sini. Terima kasih semua. 

Jogging

Site office yang nak siap dah

3/365

Naasiha - Engineer Chan Sow Lin
/
International Women's Day - Purple

Nina belanja sebab bonus tahun lepas ada lagi. Hehe. #tipuje

Chinese New Year MMC-G celebration
Pejam celik, dah 10 tahun dekat sini. Sebenarnya memang rasa nak keluar. Belum ada rezeki. Kerja dulu betul-betul kat sini. Hujung April nanti site office dah siap. Ada port untuk commercial kat sana. Kalau kena pergi site, saya sangat teruja ya. Benda baru. Dah bosan kot duduk kat sini. Takde prospek husband material. Haha.

p/s  : Lepas ni akan update pasal keluarga. Daus kahwin masa tu. Kami semua pergi naik bas yang sangat menarik hampir saya lupa pengalamannya. Sila rajin Nadiah. Nanti Mina nak baca. ;)

Love..

No comments:

Post a Comment