Thursday, March 15, 2018

Sambutan Hari Jadi Ili

Pada 4hb Feb yang lepas, kami sempat menyambut Hari Jadi Ili. Sambutan birthday Ili kali ini agak berbeza kerana birthday girl yang masak kek, memenuhi impian orang tu nak makan roti sardin dengan roti telurlah, sediakan tempat untuk kami berkumpul, dan ibu siap buatkan roti lagi untuk kami. 

Perancangan mula-mula dari Ebah untuk saya, Faezah dan Ebah mengulang program sarapan kami yang gagal sebelum ini sambil menyambut hari jadi Ili. Tetapi, Faezah tiada di Kuala Lumpur hari Ahad itu. Jadi terpaksa ditunda ke hari lain. Tetapi, hari Khamis pula (Cuti Thaipusam), Am mesej saya mengajak keluar. Tetapi, saya akan ke Kelantan hari itu. Bercuti bersama emak dan ayah (sila rajin Nadiah tulis pasal ini). Jadi, saya mengajak Am ke rumah Ili Ahad itu. Pada masa yang sama berjanji dengan Ebah dan kemudian mengajak Adli sekali. Last minute planning is a good planning. Hehe. Alhamdulillah, masing-masing boleh menyertai perjumpaan ini. Ebah tanya dengan Ili dan ingat mahu bersantai-santai di padang berdekatan rumah Ili. Tetapi, memikirkan tempat, nak bawa tikar lagi. Last-last pergi ke rumah Ili sahaja. Ada swimming pool, menarik. Haruslah angkut anak buah ramai-ramai tu. Ingat lagi ada sekali sambut hari jadi Mikha di rumah Paie, dan anak buah nampak pool. Tapi, mana bawa baju masa tu. Siap diorang suruh balik rumah ambil dan datang balik. Memang taklah Alang nak melayan. Hehe. Jadi, kali ni memang ada, kita bawalah sekali dengan pakaian ganti.

Haha. Sabotaj Ami
Hari yang ditunggu. Seperti biasa, janji pukul 8 pagi, masing-masing sejam kemudian baaru sampai. Ebah, aku dan kemudian Adli. Serentak kami di parking kereta. Memang sehati sejiwa. ;p Jumpa Ili, naik rumah Ili ambil barang-barang sikit dan lepakkkkkkkkk chill saja kat tepi pool tu. Budak-budak, kita lepaskan semua ke dalam kolam. Masing-masing bawa potluck sarapan untuk masing-masing punya makan. Dah lupa menu apa bawa. Ada nasi lemak, saya bawa roti canai abang Afiq beli pagi-pagi, Adli bawa air, Ebah bawa kuih kalau tak silap. Sempoi. Tak perlu banyak sangat fikir.


Bergembiralah

Kolam budak

Puas hati nampak

Sarapan potluck! 

Bersantai-santai

Siapalah yang tangkap ni

Lepas dah mandi berejam-rejam dalam tu, bawa-bawalah nak balik. Naik kejap rumah Ili nak jumpa ibu Ili dan cakap terima kasihlah. Pergi rumah orang, tak jumpa tuan rumah tu namanya kurang adab ya kawan-kawan. Bergambar sedikit lebih kurang. Budak-budak ni pula sempat main mainan Ezeqiel. Nasib baik anak buah sangat behave. Rajinlah Alang nak bawa jalan-jalan lepas ni. Ada ibu juga tolong jaga. Bolehlah Alang berborak. Ibu gembira, anak-anak gembira dan tentulah Alang juga. Kemudian, bersurailah kita. Terima kasih Ili dan ibunya. :) Semoga persahabatan ini sehingga ke syurga kawan-kawan.

Sambung main dekat rumah pula

Bawa ibu sekali yer

Isaac, semoga cepat sembuh yer sayang

Kesayangan Alang

Alhamdulillah

Geng Sri Comel tak cukup korum

The prettiest inside out

Happy Birthday Ili!!!
Ili, selamat hari lahir awak. Kita sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk awak dunia dan akhirat. Semoga Allah kurniakan kesihatan untuk awak, termakbul segala cita-cita, diredhai Allah dan berbahagia bersama keluarga tercinta.  

Love..

No comments:

Post a Comment