Saturday, September 16, 2017

Hari Keluarga Haji Othman 2017

Alhamdulillah, hasil perbincangan semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas, berjaya juga kita membuat Hari Keluarga tahun ini. *tepuk-bahu-sendiri*.


Geng Pak Lang dari Klang are ready..
Jutaan terima kasih kepada dua nama besar merealisasikan impian Hari Keluarga kali ini. Yang pertama, Pak Long yang bersungguh mahu membuat Family Day tidur sampai sanggup mensponsor tempat tinggal kami semua pada malam itu. Terima kasih Pak Long. Marilah kita bercita-cita untuk kaya supaya dapat membantu memberikan kegembiraan untuk orang lain, terutamanya kepada ahli keluarga sendiri. 

Ucapan terima kasih kedua kepada Amir yang bersetuju mengetuai projek ini kerana aku memikirkannya sedang bercuti. Ingat cuti, tak busy sangat. Tetapi busy juga Amir ni. Baru pulang dari Kedah hari Jumaat yang esoknya Family Day. Terima kasih Amir. Untuk mengatakan ya untuk tugasan ini, akak sudah berbangga. Mungkin ada benda yang boleh dipelajari (jurugambar) dan dibaiki di masa hadapan untuk mencantikkan perjalanan program lain. Tetapi, bukan semua orang mahu mengambil tanggungjawab itu dan awak bersetuju. Akak masih kira Family Day ini berjaya.

Juga kepada AJK yang dilantik yang telah menjalankan tugas dengan jayanya. Alin, untuk tugasan mencari panel pengisian selepas solat. Muhammad yang telah bersusah-payah membeli, membersihkan dan memerap ayam yang sebanyak 12 ekor untuk kami makan malam itu. Naziha yang bersama-sama Nafisah, Rahman dan Sobri yang membuat permainan dan juga senamrobik pada pagi itu. Harap semua orang gembira walaupun ada kecedaraan yang kita tidak dapat elakkan. Tidak mengapa, ada kenangan tambahan untuk Family Day kali ini. Juga bendahari, Aiman yang berjaya mengutip duit lebih yang kita dapat tambah sedikit untuk menampung perbelanjaan penempatan kepada Pak Long. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Pak Long siap nak bagi balik untuk masuk dalam duit keluarga yang selepas ini kita akan mulakan. Aish. Pemurah betul. Ayah siapa ni? 

Tidak lupa kepada semua ahli keluarga yang turut memeriahkan majlis dan membantu untuk bersama-sama memudahkan semua orang. Cadangan untuk tidak masak dan hanya bergembira sahaja moga mencapai  misinya. Saya gembira dan diharapkan semuanya pun begitu. Anda tahu anda siapa.

Solat Asar berjemaah

Selepas Maghrib pada hari Sabtu, Pak Long telah berpesan kepada kita semua supaya dapatlah kiranya kami mengimamkan solat jenazah kepada ibu-bapa kami sendiri. Pak Long juga telah berusaha membuat kursus solat jenazah untuk kami masa dulu dan sekali lagi mengingatkan kita. InsyaALLAH Pak Long. Ada rezeki masing-masing menguruskan ibu ayah sendiri. Tetapi, kena belajar dari sekarang. Nanti sampai masa, mudah sedikit.


Pak Long 


Perkongsian Achik Iza selepas itu pula mengenai Mengejar Impian. Updated dari nota Arif. Terima kasih Arip. Sebahagian inputnya adalah :-
 
Tahu apa yang kamu tidak mahu dalam hidup walaupun tidak tahu apa yang kamu mahu.
  • Berdoa kepada Allah agar dilorongkan perkara yang terbaik
  • Kita tidak pernah mampu membalas jasa ibu-bapa, tetapi berusaha untuk tidak melukakan hati mereka.
  • Selalu menelefon mereka dan meminta mereka mendoakan kita
  • Buat perkara dengan bersungguh-sungguh (elakkan menjadi monkey mind - mahu benda yang senang dan seronok) 
  • Doa semoga Allah bagi yang terbaik untuk kita di dunia, lagi-lagi akhirat. 
Juga Achik berpesan kepada sesiapa yang mempunyai masalah, mahu menjadi lebih baik, mahu mengubah kehidupan, mahu bercerita digalakkan mencari Achik kerana Achik sangat berbesar hati dapat membantu ahli keluarga sendiri. Mungkin kita akan segan (termasuk tukang taip ni), tetapi kita patut berbangga dan menggunakan khidmatnya selepas ini. Silalah mencari Achik yer. 

Kepada Mak Ina dan Mak yang memasak nasi yang habis malam itu sebab sedap sangat. Terima kasih. Orang belakang, maaf. Makan nasi putih sahajalah. Hehe. Juga pengisian malam itu oleh Mak Ina, Achik, Along dan Ami. Terima kasih.


Selepas solat subuh esoknya, berimamkan Amir, Pak Busu menyampaikan sajak untuk arwah atok Man dan untuk nenek Rammelah. Panjang pula sajaknya. Jika rajin, saya taip dan linkkan ke sini. Terima kasih untuk ingatan kepada yang tiada. Mengingatkan yang pengakhiran kita tidak di sini. Semoga hubungan kita semua berakhir di syurga yang Atok sedang tunggu kita semua. 
 
Kemudian senamrobik diketuai oleh Naziha yang semalamnya sibuk memcari steps bersama Afifah dan aku. Budak yang buat kerja bersungguh-sungguh, beginilah jadinya. Semua orang suka sayang. Sarapan tak perlu buat. Yeay. Afiq beli nasi lemak dan roti canai. Kemudian game. Haha. Gelagat masing-masing. Memang pening kepala AJK permainan ni. Semoga semua terhibur.



Pipah, depan sekali kot

Akmal bersorak suruh atok cepat


Abang Afiq

Kuning in action

Merah

Biru

Kuning

Blessed
Kegembiraan lain adalah kolam mandi. Masa untuk bersuka-ria. 

Love

Asyraf dah sejuk sangat. Baru baik demam

Like cousin. Unfortunately, aunty. Mak Usu.
Terima kasih semua walaupun tidak disebut di sini. You know who you are. 


"Barangsiapa tidak berterima kasih dengan manusia, maka dia tidak mensyukuri akan nikmat Tuhan." 

Untuk banyak lagi gambar-gambar yang menarik (terima kasih tuan pengerusi program jadi tukang tangkap gambar) silalah ke blog Naziha di sini, dan sini. :)

Love..

No comments:

Post a Comment