Tuesday, September 26, 2017

Hampir Hujung Tahun 2017

Seperti biasa, sebagai seorang pekerja kepada sebuah syarikat pembinaan, setiap hampir hujung tahun, kami akan membuat satu Performance Management System (PMS) - untuk menilai cara kerja sepanjang September 2016 sehingga August 2017. Habuan kepada penilaian itu, pastinya bonus pada setiap hujung tahun. Berdasarkan pengalaman 8 tahun lepas, sedikit sekali disebabkan oleh markah kami akan mendapat bonus yang banyak. Mungkin juga kerana saya percaya rezeki bonus telah ditentukan Allah. Banyak mana yang dapat, itulah rezeki saya.

Saya merasakan tidak banyak perubahan saya dengan tahun-tahun sebelumnya. Kerja masih banyak sampai pulang masih lewat. Mungkin juga kerana tiada komitmen selain kepada diri sendiri sahaja. Sila ubah perihal ini jika sudah berkahwin. Nanti suami lari.

Kami akan berbincang mengenai perihal kerja aku dengan Ai Tee. Aku ok sahaja di sini. Ai Tee kata, "You ni ok sahaja." Haha. Aku pun tak sure. Ok ke tak? Ok agaknya. Jangan aku ok, ok. Lepas tu meletup. Memang kesian orang yang kena. Kesian juga aku. Tapi, nak buat camne. Dah terlepas.

Aku tengok Nic pun kerja kemain banyak lagi. Sebab dia boleh buat kerja. Kau bila boleh buat kerja, memang bos kau akan bagilah macam-macam. Lagilah Ai Tee jenis banyak kerja (sebab dia jenis boleh deliver kerja), dia pass dekat Nic. Bertabahlah Nic. Aku nak tolong, tapi, aku sekarang ni tengah dalam usaha finalkan semua Line 1. Line 2 baru masuk sikit-sikit sahaja. Beri sehingga hujung bulan depan, semoga semua sudah in order.

Ai Tee komen pasal aku dengan anak didik aku. Aku dah ada QS bawah aku. Tak sangka. Haha. One step forward. Bila kau ada adik ni, lagilah banyak benda kau nak kena belajar. Baru aku tau yang aku tak banyak sangat ilmu nak ajar dia. Compare Ai Tee ajar aku dulu. Semua benda dia tahu. Alhamdulillah, benda-benda basic boleh ajar. Cuma lebih detail memang agak ke laut. Al-maklum jarang ke site. Dan Ai Tee kata aku tak garang. Aku kata aku tak reti marah orang. Bukan marah Ai Tee kata, nak bagi betul. Proses belajar untuk jadi tegas dan firm dengan apa yang aku cakap. Argh, stress aku sikit. Doakan budak bawah aku ni, tak lari ke Lautan Hindi jauh sangat. Jadi QS juga dan tak susahkan orang. Lynda ni persistent sangat. Budak UM. Aku pun pernah dia push check kerja dia. Aku ni tak sempat check lagi. Huhu. Itu je pasal PMS aku, habis dah Ai Tee evaluate, moga kepok-kepok aku punya bonus.

Aku ada beberapa benda nak buat tahun ni. Aku tulis dekat sini untuk aku ingat, jadi ke tak, tak tentu ya kawan-kawan.

Lama dah nak buat budget. Tahun lepas dah bagitau dekat Ai Tee masa PMS nak buat budget, tapi sibuk buat Wai Fong aje (Alhamdulillah dah selesai WF, nak kena prepare Final Account pula). Akhirnya, tahun ni aku dah start pegang budget. Untuk IVS3 MRT Line2. Taklah besar sangat. Intervention Shaft ni. Nasib bukan pegang Station Box. Aku masa dah selesai buat budget untuk July17 tu, siap cakap dengan Keng Meng, "Luckily my first attempt to do budget is on IVS, if for Station Box I think I already resigned." Haha. Complicated bak hang. Banyak item (semua item) kau kena tengok dan hadam. Next budget akan ada bulan Oktober 17. Tiga bulan sekali kau kena buat budget. Selamat pening kepala November nanti. Selamat mencabar diri juga.

Sekarang ni pula aku dah kena pegang kerja-kerja yang direct terus dengan General Manager, Steve. Nak maintainkan reputasi Ai Tee ke Steve memang susah. Semua benda Ai Tee deliver je dekat Steve. Aku ni buat kerja lambat sikit. Dahlah banyak gila requirement Steve ni. Cakap Aussie pula tu, yang kerja aku kena tengok mulut dia masa dia bercakap nak tangkap apa dia cakap (ada hati nak kerja kat Australia. Haha). Tu belum dalam meeting, aku angguk-angguk je apa yang dia cakap, alih-alih aku kena buat kerja. Keluar meeting, Steve tanya kerja tu dekat aku, aku siap deny aku yang patut buat. Lepas tanya orang lain dalam meeting, masing-masing tak tahu. Tapi masing-masing perasan yang aku dalam meeting kerja mengangguk je. Haha. Sudah. Jadinya, aku kena juga buat kerja tulis minutes meeting untuk BIM weekly meeting walaupun aku pun tak tahu kerja aku tu. Untung boleh minta tolong Chin revise. Chin Toak Ping. Another crush in Southgate. Hehe. Tak sunat dan dah ada dua orang anak yer.

Apa lagi aku nak buat? Aku nak kena belajar tangkap apa maksud orang yang bagi arahan. Sebab kadang-kadang tak faham arahan. Ai Tee cakap lain, aku ingat lain dan buat lain. Lepas tu, kena buat kerja yang sebenarnya Ai Tee nak. Kan dah banyak kerja kau buat. Belajar-belajar. Lagi satu, aku nak kena belajar explain dekat orang in a short and summarize semua benda. Dah pernah terkantoi tak pandai explain dengan Mr. Lim. Banyaknya nak belajar. Sekarang ni dah banyak kerja dengan orang lain. Kena jadikan Ai Tee dengan Mr. Lim idola dan belajar dari diorang. Dan jadikan Kerul contoh Islam yang berjaya survive dalam team yang majority Cina, janji kau pandai buat kerja kau. Walaupun agak susah. Gambate Nadiah.

Aku nak pergi site kerap selepas ni. Dah beberapa kerja terlepas tengok kerja sub-contractor walhal aku buat claim diorang. Demolition untuk IVS3 dah siap semua. Minggu depan nak pergi dengan Keng Meng tengok site. Janganlah banyak kerja. Lepas tu, Jumaat lepas aku gigih pergi site Chan Sow Lin nak ambil tandatangan Kobi untuk payment sebab dia nak cuti seminggu. Aku drive, sekejap ja dah sampai. IVS3 lagilah, jalan kaki dah sampai. Kau kalau jarang juga pergi site, sila mereput Nadiah.

So, my aim for this coming years is to be more productive not busy. Planning my works, planning my financial and my life - and be responsible and learn  from it . Alhamdulillah for the team I'm belong with. I should be thankful to Allah by being a productive muslim in the future. Tahun depan dah masuk tahun ke sepuluh dalam Gamuda. You reach the target! Who's target? Haha. Mana ada plan sangat life kau. Tapi, Alhamdulillah untuk semua rezeki ni. Let's be better. Shall we? 
 
Summary untuk tahun 2017 adalah melalui gambar-gambar di bawah :-

Makan dan makan

Makan lagi

Farewell Steven. Dah jadi bos sekarang dia.

IVS Line 1

Safety first. Hehe

Bawa trainee naik MRT sebelum launch

Setelah berbulan-bulan kursus, ada ujian.

Keng Meng melayan.

Ms. Kong pula ke Sarawak

Tengok Adiwira dan menangis.

Tempat feveret #gengluncheon

Sebelum masing-masing cuti raya

Open House Contracts Commercial

Open House

Tony Romas uolls. Trainee swipe card dia. Pergh..

Site visit

My kakak. Walau beza setahun je :)

Pasar Seni team. Ah Nic the only guy.

Site visit at Pasar Seni Station


Merdeka Station. Tengok yang paling lain.

Jumpa Mr. Looi dengan Ms. Tan

Geng GSC masa Faezah kahwin

Menuju 10 tahun di Gamuda.




No comments:

Post a Comment