Tuesday, May 9, 2017

Pasar Seni Station

Line 1 hampir menutupkan tirainya. Hampir tiga tahun di sini. Alhamdulillah untuk nikmat-nikmat menghabiskan masa di Southgate. Perancangannya, tunnel akan mula beroperasi pada 1hb Ogos 2017. Perpindahan hak milik telah berlaku secara berperingkat. 1hb May lepas, kami telah memberikan kepada Rapid Rail untuk mereka membiasakan diri dengan Station Box dan keadaan sekeliling sebelum memulakan operasi 1hb Ogos nanti. Selepas 1 May, kami tidak punya hak milik ke atas Station masing-masing. Jika mahu memasuki site kami, permit perlu diminta. Renyah. Maka, Contracts and Commercial team telah membuat lawatan ke Underground Station sebelum dibrikan kepada orang lain.

Pengakhiran Line 1 menunjukkan banyak lagi kerja kerana perlu melakukan dua station pada satu-satu masa. Line 1 dan Line 2. Mujurlah Line 2 hanya membuat shaft sahaja berbanding station yang lebih besar. Tetapi, kertas kerja masih menyamai station walaupun kecil sahaja skalanya. 

Sesi ular-ular secara berjemaah pun bermula. Hari pertama, hari Khamis, 27hb April. Terkejut Ai Tee memberitahu mahu ke site kerana esok tidak sempat. Saya yang comel berbaju kurung terpaksa memakai seluar sukan Nina dan baju sukan sendiri. Mujur ada di dalam kereta simpanannya.








Next, Pasar Seni. Call Engineer kesayangan kami, Eu Jin untuk teman. Hehe, Belanja minum kejap sebab dah terpisah dengan team yang lagi dua. 





Eu Jin, Ai Tee, Me dan Nina. :)

Kat TRX dah boleh guna escalator. Sini tak boleh.



Lepas tu pergi Bukit Bintang. Oleh sebab penuh tangga diorang masih buat kerja, kita bergambar kat Entrance sahaja. 






Pengularan masuk hari kedua. Harap maafkan kami kerana mengular secara terlampau. Setelah hampir tiga tahun, masih kurang ke site saya nampaknya. Lajakkan sahaja dua hari ini. Kami ke Intervention Shaft 2 (IVS2) hasil jagaan Pui Yan dan Kerul. 







Ah Nic. :)




Alhamdulillah untuk nikmat-nikmat kecil ini. Nikmat kerja yang ada walaupun bersusah-payah saya menjalaninya. Bagi saya, kerja saya masih lagi dikira senang jika mahu dibandingkan orang lain seperti Nafisah dan Naziha. Saya bersyukur untuk itu dan berdoa semoga mereka tabah menghadapai semua kasih sayang Allah ini. Saya masih mencari kepuasan dalam melakukan kerja. Walaupun banyak kerja yang Alhamdulillah dengan izin Allah, mampu saya selesaikan, tetapi saya melihat ada orang yang lebih hebat pekerjaannya.

Saya masih mencari erti bekerja dengan gembiranya. Seringkali mengingatkan diri sendiri untuk tidak bertanding dengan orang lain, cukuplah menjadi terbaik untuk diri sendiri dari hari sebelumnya. Saya masih beranggapan, banyak lagi yang perlu saya lakukan dan boleh saya lakukan. Manjakan sangat diri ni. Itu sahaja. Semoga bertemu lagi nanti.

Love..

No comments:

Post a Comment